
Apakah azam tahun baru?
Okay. Marilah kita bercerita tentang azam baru memandangkan tahun 2008 tinggal hanya beberapa hari sahaja. Kita harus mengucapkan selamat tinggal 2008
dan selamat datang 2009
Semoga kehidupan akan lebih bermakna pada tahun 2009. Insya Allah. Apa azam baru Rara?
Azam baru Rara BUKAN lah untuk berkahwin dan paling BUKAN untuk mengorat Ahmad AZAM Alias
HAHA *Di twitter Rara memang sangat suka mengacau dan mengganggu En. AZAM*
Azam tahun 2009 adalah untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi? BHAHA sama sekali bukan. Rara cuma lah berazam untuk bekerja dan sedikit sebanyak membantu beban 
Mama. Ya, azam itu kononnya seperti seorang anak yang baik dan taat kepada ibu 
HAHA tidak lah begitu sekali. Tetapi semenjak arwah Abah meninggal dan Mama pula berhenti kerja,
kami sangat selalu mengeluarkan duit dari ASB. Dan jumlah simpanan di ASB sudah semakin kurang
Memang lah duit itu masih banyak tapi kan lebih bagus jika ditambah tambah dan bukan ditolak tolak? Dengar kata akan dapat dividen. Eh betul ke ASB sekarang tak boleh keluarkan duit?Azam kedua. Rara nekad akan mendapatkan sebiji kereta
pada tahun 2009. Ya. Tidaklah mahal mana yang Rara
Setakat ini, Mama sangat menyokong Rara untuk mendapatkan kereta itu
Ya, Mama kata bayarlah deposit lebih sedikit
Entah. Itu tidak dikira kira lagi. (Sila bekerja dulu, Rara!) Ohh. Baiklah. Erk kereta yang dipakai sekarang?
Mungkin dibagi pada Angah kot?Azam ketiga. Rara sangat memerlukan kebahagiaan

Tidak bahagiakah Rara sekarang? Bukan, bukan itu maksud Rara. Rara cuma memerlukan kebahagiaan yang lebih
dari sekarang. Tidak bersyukurkah Rara?
Rara bersyukur, tapi rasanya kebahagiaan yang kadang kadang menderitakan membuatkan hidup kurang bermakna
Sila mendoakan kebahagiaan Rara.Ya. setakat ini, itulah azam Rara. Sudahlah.
Kalau banyak sangat azam tetapi tidak dapat tunaikan pun, nak buat apa
HAHA. Semoga azam Rara pada tahun 2009 akan menjadi kenyataan, jika diizinkan Allah.Apa azam Rara pada tahun 2008? Tercapaikah?
HAHA rasanya azam pada tahun 2008 tercapai kot. Sebab azam tahun 2008 cuma tak nak berpisah dengan boyf 
Kan tercapai lah tu, sebab kami masih bersama 
dan harapnya berkekalan sampai bila bila walaupun 2008 terlalu banyak kenangan pahit 

Sangat seronok bila berhari Ahad kan sebab rasa enjoy saja, banyak movie best di Astro
Tapi pagi pagi lagi bukak tv
terus tengok
Harapnya berkekalan lah hubungan mereka tu 
Semalam Rara bukak lah AP CS3 tu then ada warning lah, bagitahu tinggal 17 days je software tu boleh digunakan 
HAHA tiba tiba entah lah macamana ek, Rara menjumpa satu webbie ni yang mengoffer crack.

best lah bila Rara dah mendapat
Sekarang Rara boleh mengguna AP CS3 
