Tuesday, June 30, 2009

Gula Pasir Kasar


Pada hari ini Rara sangat sibuk menguruskan hal - hal yang
important. Important adalah penting ya adik adik. Pergi salin
dalam buku grammar. HAHA budak sekarang kan lebih bijak
berbanding budak zaman dulu dalam pelajaran. Eh sometimes
kita ni kena puji jugak budak - budak zaman sekarang. Bagi diaorang
ni rasa happy sikit. Lepastu kita boleh buli diaorang sikit
Contoh buli adalah seperti berikut :

  1. Adik, pergi belikan top up celcom RM10.
  2. Adik, tolong ambilkan air HL, setengah gelas.
  3. Adik, tolong cabutkan bulu ketiak. ( Ini fakta berdasarkan pengalaman )
  4. Adik, bukakkan lampu *_____*
Okay, berbalik kepada tujuan entri pada hari ini adalah Rara pergi
supermarket bersama Mama. Ia menterujakan sehingga semua
pun mahu dibeli. Mari kita tengok sedikit apa yang dibeli.


Gula pasir kasar, minyak buruh, maggi kari, mee sedap pelbagai.
Sememangnya membeli barang makanan adalah sesuatu yang
kebiasaan sejak kecil. Apa saja nak, ambil letak dalam troli.
Itupun kalau agak - agak harga berpatutan. Kalau harga cekik darah
jangan harap dapat beli. Nanti masa dekat kaunter bayaran,
Mama suruh letak balik makanan tersebut, tak ke malu disitu
Tapi, Mama you all lah Mama Rara tidak begitu ya.


Muka teruja dari seorang ibu kerana akhirnya dapat pergi ke
supermarket untuk membeli barang dapur. Belakang Mama banyak
sayur tapi kami tak beli sedikit pun sayur Memang keluarga
anti sayur nak buat macamana. Mama tanya nak beli apa lagi,
semua pun tunjuk. Semua pun nak like no tomorrow. Haha


Terjumpa pulak toothbrush Hello Kitty tersebut. Memang teruja.
But for kids only. Kalau ada anak perempuan mungkin boleh
beli Harap - harap beberapa tahun akan datang toothbrush
tersebut masih ada. Harga cuma RM6.90. How cute it is


Ini pekerja baru supermarket tersebut Baru satu jam bekerja.
Hahaha. Eleh comel betul dia. Kalau owner blog ni lelaki
mesti nak mengorat dia. Tapi dia cakap dia dah berpunya.
Apa nama tunang dia ni Muhammad Syafi. Yes, betullah tu.


Mama still dalam mood teruja memilih barang Mencari beras
barang - barang lain juga Rara pulak tengah sibuk tunggu
chicken roasted black pepper. Sampai dapat sos cili lebih.
Kakak tu cakap "Ni untuk adik heh.. Lainkali tak ada macamni tau"
Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia tengok comel sangat
budak yang mintak chicken roaster tersebut. Hahaha gelaklah


Fokus pada baju. Ya, I got it. Mama belikan.
Kalau tahu lah cantik macamni bila dah pakai, confirm dah
mintak lagi dua tiga helai. Kecewa

Goodnight

Sunday, June 28, 2009

Nuffnang


Tengahari semalam, Rara decided nak tekan cashout button
dekat Nuffnang. Cashout untuk pertama kali adalah satu keadaan
yang excited bercampur takut. Takut sebab earning tak banyak.
Cuma RM100. Bagi mereka yang menganggap RM100 itu jumlah
yang kecil, tolong jangan memperkotak - katikkan entri ini. Ia adalah
satu jumlah yang agak besar untuk Rara memiliki sepasang heels.
Heels untuk apa Okay, Rara memerlukan heels untuk wedding day
Efa ( my future sis in law ) nanti. Ini penting. Rara mahu nampak vogue
pada hari tersebut untuk membuat Syafi lebih sayang dari biasa.
Sekarang ini pun, Syafi dah terlalu sayang Tapi mahu lebih sayang lagi
Pheewwittt Tolong ambil perhatian, Muhammad Syafi


Berblog tanpa menggunakan Nuffnang adalah satu perkara
seperti mandi tanpa sabun Err.. ataupun seperti pakai kain batik
tanpa mengenakan seluar dalam Baiklah. Itu lucah. Tak patut
ada dalam entri berharga RM100 kali ini. Itu untuk next entri. Oh, bukan.
Tak ada. Tak akan ada entri lucah di blog gula - gula kapas. Tak akan.
Bagi orang - orang kaya yang tidak menggunakan Nuffnang sebagai
sumber pendapatan di blog, itu hak mereka. Duit mereka yang bertimbun
dalam bekas guni dalam stor tak akan habis Jadi mereka sama sekali
tak perlu khidmat Nuffnang. Kau takyah buat apa - apa pun.
Cuma meletak codes Nuffnang visitor akan click iklan tersebut.
Dari setiap click itu, earning akan bertambah. Mudah sekali.


Selain daripada mengumpul earning, boleh jugak track
siapa yang keluar masuk blog. Ini sangat terbaik. Daripada sini
Rara selalu akan check setiap visitor tersebut. Berhati - hatilah.
Berhati - hati untuk apa Untuk setiap apa yang kau buat. Cewah.
Eh kau. Belum daftar sebagai Nuffnangers Cepat daftar NOW
sebelum Rara mendapat cek tersebut ada yang akan cemburu nanti

Jaga diri semua Babai