Wednesday, September 16, 2009

Ahh, lelaki annoying





sekarang ini dah banyak sangat dah kes-kes cubaan membunuh diri yang dilakukan oleh golongan perempuan. sampaikan i rasa nak pergi jumpa perempuan tersebut dan maki hamun je T________T annoying gila perangai dia sampai nak bunuh diri. kalau kubur tak terima, nak tanam dekat mana kes macam ni selalu terjadi bila perempuan ditinggalkan oleh lelaki. lelaki pun satu. kalau dah berniat nak mempermainkan perasaan perempuan, janganlah sampai membagi harapan yang lebih tinggi dari gunung everest. kalau perempuan yang engkau main-mainkan tu betul-betul mati bunuh diri lepas tu dia jadi hantu pontianak sebab nak balas dendam dekat engkau, macamana bulan puasa ni insyaAllah lah dia tak kacau engkau, kalau bulan lain engkau tengah malam pertama dengan isteri engkau ke tiba-tiba nampak kelibat perempuan tu macamana engkau tak takut



okay sekarang ni i nak berkongsi lah sedikit perangai-perangai lelaki yang i sendiri tak suka. benda ni tak ditujukan pada semua lelaki ya. segelintir sahaja. ada lelaki yang setia habis tu, tahniah lah i ucapkan. main kayu tiga ni bukannya best, menghabiskan duit engkau je, betul tak takkan lah setiap kali dating, engkau nak guna duit perempuan tak malu

• panas baran
ini sesuatu yang paling i takut. seriously, syafi sendiri seorang yang panas baran, tapi itu dulu. sekarang dia dah berubah menjadi seorang yang gila loving. lelaki panas baran ni susah sikit, apa-apa sikit silap kita, bukan boleh dirunding cara baik. habis-habis kena maki, kena tengking je dari dia. so elakkan lah berpasangan dengan lelaki jenis panas baran ni. kalau dia boleh berubah, cuba lah kasi peluang dulu.

kaki perempuan
ini kes berat. kalau lelaki tu jenis perasan kacak, dia mesti lebih cenderung nak bermain kayu tiga. dia belum rasa macamana rasanya bila hati kecewa disebabkan orang ketiga. kalau jenis macam ni, kalau dia boleh berubah pun, why not cuba ubah dia secara perlahan. dulu syafi pun suka sangat beramah mesra dengan perempuan. tapi lepas ni kalau dia buat lagi ; dia tahu lah langit tinggi atau rendah.

suka mengungkit
bila bergaduh atau ada sikit tak puas hati, mula mengungkit benda dah lepas. kadang-kadang bosan jugak bila perkara kecil diperbesarkan. siap ungkit pasal masa lalu lagi. contohnya ungkit pasal perempuan tu pernah couple dengan si polan ini lah si polan itulah. lepas itu perempuan akan ada perasaan yang menjengkelkan terhadap lelaki tu, dari situ pun boleh buat punca clash.

suka menipu
senang kata tak jujur lah. asyik buat perangai tak henti-henti. cakap ada dekat rumah tengah tidur padahal pergi melepak dengan member dekat kedai makan. alasan lelaki kalau tanya kenapa buat macam tu, mesti dia cakap "takut nak bagitahu, takut nanti perempuan tak kasi keluar" wtf. kalau dia tak kasi itu ada maknanya. maybe sebab takut engkau tu menggatal atau pun risau engkau accident ke apatah T_______T suka menipu ni banyak lah aspek. macam-macam contoh kalau nak kasi. kenapa susah sangat ke kalau nak menjadi seorang yang jujur

pentingkan kawan
ni pun merimaskan bagi i. sikit-sikit kawan, sikit-sikit kawan. pergi mana-mana, nak dating ke nak dinner ke, semua ajak kawan. bila bergaduh sikit, off handphone, pergi lepak dengan kawan tak reti nak balik dah. baik kau pergi kahwin dengan kawan kau tu je tukar jantina, habis cerita. kalau pandai bahagi masa antara kawan dengan girlfriend tu tak kisah lah, ini tak. semua pun kawan.

selekeh
hahahahahaha jahat gila tak i ni i sendiri pun selekeh je. okay okay maksud selekeh disini adalah tak menjaga penampilan diri. rambut tak terurus, baju tak bergosok, pakai selipar jepun saiz lain-lain etc. malu lah kan kalau perempuan tu comel comel nak pergi dating tapi lelaki pulak selekeh and serabai. kalau terserempak dengan saudara mara or rakan-rakan macamana boleh tak kalau nak kenalkan macamni "hai. kenalkan, ini tukang kebun dekat rumah saya" hahahahahahaha :D

poket kering
ini pun meluat. kalau keluar dating, asyik harapkan duit perempuan. at least kalau tak mampu sangat, share lah dengan girlfriend tu. janganlah cintaku seratus percent duit girlfriend. buat malu lah pulak. lagipun ; perempuan sekarang mana tahu susah. mascara je dah mencecah ratusan ringgit. ngehngeh.

tak matang
terlampau kebudak-budakan sangat and berfikir secara tak matang pun annoying jugak. cubalah mematangkan diri. lelaki kan bertanggungjawab untuk menjaga perempuan. so mestilah perempuan akan rasa dilindungi bila seorang lelaki tu matang. bila shopping pun, buah fikiran dari lelaki mestilah perempuan nak ambil tahu juga.

tak pandai memujuk
asyik engkau je nak merajuk, bila engkau merajuk, si girlfriend susah hati cari jalan macamana nak pujuk. tapi bila girlfriend engkau merajuk, buat tak tahu je. engkau kata diam lagi okay. perempuan nak jugak dipujuk :P

• anak emak ; credit to huda
yang ini bahaya. sebelum kahwin tak apa lah, boleh dimaafkan. tapi kalau dah kahwin nanti asyik emak, emak, emak pon bosan juga. syurga dibawah tapak kaki emak; itu betul. tapi jangan sampai emak suruh ceraikan isteri pon engkau nak buat. itu dah salah. kadang-kadang emak seorang lelaki memang susah nak terima menantu perempuan; dia jeles ke apatah tu tak sure lah T______________T

okay rasanya cukup kot setakat ni. kalau ada tertinggal atau korang nak bagi pendapat, boleh lah tinggalkan dekat comment :) semua di atas adalah berdasarkan pengalaman i sendiri ya tapi serius bukanlah dengan terbusuk termasam i tu. sikit-sikit tu adalah tapi syafi bukan macam semua di atas ya. ini sekadar berkongsi, jangan terasa hati pulak. tatah

33 comments:

lizz said...

haha. lelaki mmg pelik. kite mmg xleh nk fhm sgt pun care dieorang ni. tp,xtau lah..napi i sker kwn ngn laki2..hohoho

Rara said...

lizz

haha susah nak faham diaorang kan ? mama i kata, dah berpuluh tahun kahwin dengan arwah abah i pun sampai arwah abah meninggal pun, mama still tak faham lagi dengan perangai arwah abah . diaorang ni banyak berahsia ke apatah T______T aneh gila

nabilah said...

setuju!setuju!
pompuan ni pon..
buatlah kputusan btul btul
ni skit skit
nak bunoh diri..;P
Lelaki pon sme
ske sngat memainkan perasaan org pompuan..:(

eyra said...

iera rase mcm setuju je dgn sume yg rara tulis
boyfie iera bukan lah cmtuh cume arap die takan jd cmtuh
errr, sket2 ade laaa kot ;D

btw, selamat hari raye ;)

Izzati Hazwani said...

Sys Rra
Hampir sume ciri ciri laki yang sys ta suke tu ade pade ex wani . HUHU
Nasib baik da tinggalkan dea awal awal .

Ynn. said...

hihi i suka laki manja tp kalau over gedik melampau mmg ah nk kene maki an hahaha :P

hoi hoi syf pn manja gedik kan? menyampah i HAHAHAH

benci lelaki yg pemainkn hati pmpuan, benciii

Rara said...

Nabilah

hihi . itu lah pasal T______________T perempuan pun tak boleh lah nak korbankan nyawa untuk lelaki , tak ada faedah , dosa besar :( lelaki tak sedar diri je yang main-mainkan perasaan perempuan kan ?

Rara said...

Eyra

kakrara doakan bf eyra takkan jadi macam tu tau . tammo lah ada kalangan readers dekat sini menderita sebab cinta . benda yang melibatkan perasaan memang sakit :S

Rara said...

Wani

fuhhhh nasib baik dah tinggalkan dia ! kalau tak merana hidup asyik nak terfikir-fikir pasal lelaki macam ni kan ? tahniah sebab wani buat keputusan yang betul yey :D

Rara said...

Ynn

i pun suka lelaki manja . gedik sikit pun okay jugak , senang kata macam syafi lah whahahaw :P sampai hati u mengumpat syafi bebuyuk i tu . hik . i pun paling benci lelaki jenis suka menipu niiii . rasa nak tempeleng je pakai senapang :P

Viya said...

unfortunately, a lot of these are true...

Rara said...

Viya

Hello viya :) thankyou !

sickchild said...

SETUJU =D

tapi lelaki yang terlalu caring sampai call sehari 20 kali pun cam rimas gak an?
hahaha masukkan dalam list =D

Fatyyhahh :) said...

wow, i rs semakin akan berhati2 dgn lelaki hehe. informative! :D

Rara said...

Eny

haha syafi call lima puluh sehari , aku tak pulak rasa rimas . melainkan dia cakap benda yang menyakitkan hati aku jela :) tapi alhamdulillah setakat ni jarang la . hee :D

Rara said...

Tyha

hati-hati itu menjadikan kita awas dengan keadaan :)

♥miszluna™ said...

lelaki anak mak!


tu tensi weh..
sikit2 sume nak kne tnya mak dlu..


huhu

Rara said...

Huda

huda huda , ni kalau syafi baca confirm dia terasa . dia tu sikit-sikit mama . apa-apa semua mama dia je first . semua kena tanya mama dia dulu hahaha :P belum kahwin ni boleh la kan ? kalau dah kahwin , fuhh rimas nanti . okay okay nanti rara update lagi entri ni tambah lagi .

♥miszluna™ said...

huhu..

b4 kawen tape rara..
lps kawen tu yg ssh..


hormat mak..
kne la hormat..
tp jgn smp anak bini pun ter-abai..


huda ade sorg kwn ni..
ayah die anak mak..
cian mama die asik kne lempang je ngn mertua die..
suami tak tlg x ckp ape pn..
bia je mak die lempang bini die

Rara said...

Huda

okay thanks yang , i dah tambah dalam list . hihik :D

sickchild said...

huhu.
tapi kan syurga lelaki even da kawin still di bawah tapak kaki mak?
perempuan kalau da kawin di bawah tapak kaki suami.

tapi an kalau mentua cam keras kepala serabut gak an.
haih.

haha aku tak berapa suka kalau kol banyak kali aku rase cam serabut. haha.

Ayu Firzara said...

Selamat hari raya rara!

Rara said...

Sickchild

memang ah . maksud aku bukan ah sampai dia kena lupakan mak dia . kan ada mak mertua yang tak suka menantu dia , so dia suruh anak lelaki dia kahwin lagi satu , and kalau lelaki tu jenis anak mak , dia mestilah ikut kan ? kau nak ke laki kau cam tu ? tak nak kot kan ?

hahahahaha itu kau . kau tak pernah rasa lagi diabaikan seorang lelaki , sebab tu kau tak suka dia call banyak kali . aku ni pernah rasa berminggu-minggu syafi tak call aku ; aku sedih . perasaan aku sensitif , aku cepat fikir bukan-bukan . so benda ni aku rasa ramai je perempuan macam aku kot . suka je kalau bf dia call . kau sebab kau ramai sangat kawan agaknya , handphone kau asyik berbunyi je kot . haha . macam aku , no aku paling private buat aku . tak ramai yang aku bagi suka hati je no phone aku . so bila syafi call , aku HARGAI lah :)

Rara said...

Ayu Firzara

hai kak :) selamat hari raya jugakkkkkkk .

sickchild said...

hihihi.
wallahualam lah beb.
aku pun tak lalui lagi saat tu.
no komen.
haha.

aku tak pernah rasa lagi diabaikan oleh seorang lelaki?
mana ko tau?

siggplus said...

haha terasa aku oh..bnyk gak dlm listing ni aku ada..hee

"hai. kenalkan, ini tukang kebun dekat rumah saya" -aku suka sgt ayat ni..tergolek2 aku baca..

er, macam mana lak kalau girls plak yg mcm dlm list tu?get back to me k..heh

Rara said...

Eny

haha . tu ah . aku harap kau tak lalui , tapi faham dengan orang yang dah lalui lah hihi .

kalau kau pernah diabaikan lelaki , itu cerita kau lah kot , memang kau jenis tak suka lah kot kalau bf kau sendiri kau call . haha . sebab kan kau lebih suka bebas :)

Rara said...

mr.huda | siggplus

whahaw :P kalau terasa tu perbaiki lah kelemahan diri supaya huda lebih sayang . perempuan ni kalau dia dah benci kang susah pulak T_________T jangan sampai perempuan berdendam ke apalah . selamatkan perhubungan tu kalau masih sayang !

haha . terima kasih sebab suka ayat tu , masa tu spontan aku taip sebenarnya . kah kah kah :D

okay nanti aku buat entri pasal perempuan annoying pulak . aku faham , lelaki mesti bengang bila baca ni , lagi-lagi kalau dia terasa hahahhaha :P okay okay tunggu entri aku petang karang . adil .

cik eykameow :) said...

:) i suke sgt enrty nih. . ppepown, x smesti nya kite akn dpt laki laki mcm pe dlm list tu. org kate ; pompan yg baek utk laki2 y baek, & pompan yg jahat,utk laki2 yg jahat. .

btw,point yg ke-9 & 10 tu mmg 1 of ciri2 my bf. tp i ta kesahh..sbb dah syg kn :)

Rara said...

Eykameow

yelah , kita tak akan dapat yang perfect lah , kita pun tak perfect cuma kalau boleh memperbaiki diri lah , betul kan ? :) kalau dah tahu kelemahan diri tapi tak nak berubah langsung buat apa hidup ? T__________T

cik eykameow :) said...

yupp, betul sgttt cik rara >_<

sick said...

mane kau tau aku lebih suka bebas?

Rara said...

sick

la , kau sendiri yang cakap dengan aku masa dalam kereta otw pergi rumah ynn . kau cakap kau tak suka lelaki control kau and kau lagi suka bebas . aku ingat lagi .