Friday, November 20, 2009

Quick update



pagi-pagi lagi i dah sedih. syafi kata dia check out dari king park hotel, tawau pukul 3pm. flight dari tawau ke kuala lumpur pun i dah malas nak tanya pukul berapa. i rasa macam tak sempat je nak dinner malam ni sama-sama. tapi tak apalah. i kan perempuan yang memahami. heh. asalkan syafi selamat sampai dah lah kan. esok-esok pun boleh dinner together T________T

tapi i dah merajuk dah pun dengan syafi.

merajuk kejap je. letak phone tak cakap 'i love you'. lepas tu send message 'i'm sorry' je dekat dia. hik. menyampah i tau kalau gedik-gedik macam tu.

tadi i mandikan ahmad haikal. dia tak nak mandi dengan orang lain dah. kalau i ada, memang i jelah kena mandikan dia. hek. i kan aunty kesayangan dia.

haa. kawan baik i, huda dah on the way nak ke kuala lumpur. harap semuanya selamat lah. tak sabarnya nak jumpa ramai-ramai ahad ni. tapi dalam fikiran i sekarang, asyik takut tak ada tempat parking je masa wedding tu nanti. jalan dekat situ pun bukannya besar sangat T____T

and i nak arrange kan masa untuk ahad nanti, so siapa yang pergi sekali dengan i hari ahad tu, please contact i and kita discuss okay? please please. kalau i nak call you guys sorang-sorang, kesianlah dekat i kan? hihi.

i tak tahu nak update apa sebenarnya. entri ni entri pakai taip nama dia :P nanti kang dah ada idea baru i update. actually, i nak buat contest. treng trenggg. sapa nak join?