Thursday, November 19, 2009

Situasi hari ini





melayan anak saudara tercinta memang banyak ragam. kan? tapi hati dah sayang sangat, yang nakal pun jadi tak nakal. yang comot itulah yang comel. kalau anak saudara orang lain? baru nakal sikit, i dah meluat dah. hihi.

my nephew and niece panggil i as 'acik' :P

--------------------------------------------------------------

#1 situasi

i duduk dalam bilik sambil online. banggg. pintu terbuka. alesha datang sambil tersengih.
duduk dekat atas riba i. sambil tengok i online. banggg. pintu terbuka lagi. kali ni, ahmad haikal dengan acu (adik) pulak datang.

i bukak youtube. hei. bukan redtube lah. youtube. hesh.
search teletubbies, doraemon, pocoyo, shin chan, habis semua rancangan kanak-kanak.

ahmad haikal dengan alesha seronok.

#2 situasi



ahmad haikal : acik acik, nak makan nasi. ahmad haikal tak nak sayur.
i : habis ahmad haikal nak lauk apa?
ahmad haikal : ahmad haikal nak nasi dengan kicap.

i pergi dapur. terkedek-kedek ambil nasi letak kicap. kicap dah habis pulak. ada botol baru belum bukak. i tak kuat nak bukak.

ahmad haikal : ahmad haikal nak banyak acik! (buat muka masam)
i : ala. kicap dah habis. tunggu nenek kejap eh. (mama tengah berbual dekat phone)
ahmad haikal : ahmad haikal tak nak makan! ahmad haikal nak kicap banyak-banyak!

i terus minta tolong mama cepat-cepat. lepas dah bukak botol baru, ahmad haikal suruh tuang kicap dekat nasi macam jadi kuah dah T____T

#3 situasi



i duduk dalam bilik. baru berkira-kira nak mandi. bangggg. alesha datang. terus ambil bag baju.

alesha : byeeeee (sambil melambai-lambai tangan)

alesha beredar dari bilik dan mengheret bag baju i macam mak cik senah jual kain.

--------------------------------------------------------------

semakin hari semakin banyak sangat sayang dekat ahmad haikal dengan alesha. mana tak nya, ahmad haikal tu anak saudara i yang pertama, lelaki pulak tu. adik beradik i kan semua perempuan. so ahmad haikal tu macam penyeri dah. alesha pulak anak saudara perempuan pertama i. mestilah sayang, kan?

16 comments:

e l d y said...

x ingin cuba buat anak sendiri keh =P ke3 ~

Noorlaila Mohamed Nor said...

huaaa sangat best kan
i baru dok umah sehari
seronok layan dorang
anak sedara i dah 15 orang huhu

Noorlaila Mohamed Nor said...

rara sory kalau ter spam banyak

ween said...

byk nye anak buah Laila! huu

rara, u pangil anak buah u dgn nama penuh ahmad haikal? sgt comel ok :D

Hanida Lavida said...

haha.
i x sanggup melayan kanak kanak.
harap dpt jadi sebaik rara layan budak kecik ;)

MeZ said...

kelakar la alesha cakap bye sambil bawa bag baju kak rara. haha

Nur -al- Ain said...

saye xde anak buah, menumpang syg dkt ank buah pakwe.. yup,mereke sgt cute. they call me cik ain x)

Rara said...

Laila

Haa! Best tau layan diaorang! Eh! 15 kids? Ramainyaaaa and mesti meriah kan? Bestnya laila!

Rara said...

Ween

Aah dear! I memang panggil dia dengan nama ahmad haikal. Hee comel ke? Ween lagiii comel =P

Rara said...

Hanida

Haaa. Tak suka budak-budak? How lah kalau dah ada anak sendiri nanti,dear?

Rara said...

Mez

Budak tu memang kelakar. Kalau perhatikan perangai dia, sakit perut gelakkkk. Hee.

Rara said...

Ain

Haaaa! Sama dengan syafi. Dia belum ada anak buah tapi menumpang anak buah i. Siap belikan ben10 untuk ahmad haikal. Tadi syafi call i, ahmad haikal cakap dengan dia and siap tanya 'uncle, ahmad haikal nak ben10 boleh tak uncle?' haha

Rara said...

wahh,chumel2 lor baby tuhh.. :D

Rara said...

Rara

Hai babe! Hee. Comel kan kan kan?

Noorlaila Mohamed Nor said...

haha memang meriah ween, rara
sangat meriah bila semua balik
penuh rumah
then berebut remote tv berebut basikal
dan mainan semua

Liyanaa. said...

aleshaaa serius comel. ahmad haikal kacak gila nanti dah besar jadi artis macam muhammad syafi ( nabil HAHAHAHA )

alesha pulak jadi artis mcm zaiton sameon HAHAHA :p

hoi makcik tua, bestnya u sbb anak u dah boleh usik² u, i ni, qaisara bacin tu nk sebut aunty na pun tak lepas lagi HAHAA