Thursday, December 24, 2009

Kakak Yonna in Candyfloss's



Assalamualaikum utk semua Raracandyfloss’ readers (pergh.soooooooo not me!) Anyway, saya telah diberi kad jemputan kahwin sebagai penulis jemputan di Raracandyfloss ni. Actually saya tak pasti atas reason apa beliau menjemput saya menjadi penulis kat sini, but I will tell you guys mcm mana saya kenal dengan Rara si comel ni.

Saya kenal dia dah setahun lebih :) masa mula2 kenal Rara, dia memang ZERO hal-hal blogging ni. Jangan kata nak buat layout, nak buat kotak komen pun tak lepas. Seriously. Disebabkan kotak komen tu lah,saya kenal dengan Rara. Kitorang mula YM, dia Tanya saya macam mana nak buat kotak komen. (time tu Blogger guna classic template lagi), saya pun bagi coding blog saya. Then dia ejas sikit dekat nama komen tu. Ok done. Lepas tu, dia tanya pulak,boleh tak nak letak imej comel-comel dekat link comment box tu? saya pun cakaplah,rasanya boleh sebab Kak Ju punya link dekat comment tu imej comel jugak. Tapi saya tak ajar dia. Saya tak bagi coding untuk buatkan imej comel tersebut. Then selang beberapa minit,dia dah dapat buat imej comel tersebut. She found it herself! Great. Budak-budak baru dalam arena blogging ni selalunya memang semangat nak belajar semua benda.

Start dari tu lah kitorang kenal,cumanya kawan gitu-gitu je lah. Saya selalu jadi Silent Reader dalam blog ni. Dulu mula-mula blogging,tak banyak sangat cerita2 comel macam sekarang ni :p saya ingat lagi kisah dia dengan Syafi yang hampir2 broke lah jugak (kisah dalam Myspace), tapi Alhamdulillah sampai sekarang diorang bertahan :) nak bersatu dah pun!

Lepas tu,dulu entry dia SELALU akan ada dia post pasal barang-barang HELLO KITTY yang dia kumpul,yang dia beli. Memang comel. Tapi saya boleh pulak komen yang macam annoying gila dekat entry tu. siap cakap Rara ni macam budak-budak lah minat HELLO KITTY semua lah. Saya tak pasti kenapa saya boleh komen mcm tu tanpa rasa bersalah sedangkan tu minat masing-masing. Kenapa saya nak kena komen annoyed yang mcm tu kan? So, dia pun reply lah kat msjbox saya,dia cakap tak salah kan kalau minat benda2 cute macam tu? lagipun dah tu minat dia blablabla. I think dia explain sampai 3 tab kat msjbox tu :p (in case if Rara ingat lagi) agaknya dia pun hangin dengan komen saya haha.

One day, saya terjumpa Rara punya mesej dekat shoutbox blogger mana entah. Boleh lah baca entry saya kat bawah ni. Blogger yang aku kenal tu merujuk pada Rara. Saya rasa dia tak merujuk pada saya, sebab conversation tu mcm diorang memang tgh bersembang pasal isu nama panggilan ni. As for me,its not a big deal sama ada nak panggil adik atau tak. Saya hanya tunjukkan respect saya sebab dia adalah ‘pangkat’ adik dari saya :) eh,jangan salah anggap. Saya tak berniat nak burukkan Rara, tp ni adalah cebisan kenangan antara saya dengan dia :) so,saya nak share dengan kalian mcm mana rentetan friendship kitorang. Kan Rara? *hugs* entry ni pun dah lama (19 Sept 2008)


Sejak saya aktif macam orang jakun gila dekat Twitter ni, barulah saya rapat jugaklah dengan Rara. Kitorang selalu gosip pasal org yang sama. Ok malas cerita bab ni. Saya sedar diri ni blog Rara. Hahaha. Ni pun dah mcm blog saya sendiri ;p Anyway, im glad sebab dapat kenal dengan Rara, antara yang saya anggap sangat cinta mati dekat kekasih beliau, Syafi. Dah sinonim gila Rara & Syafi. Everyday pun its all about Syafi Well,Rara sekarang pun dah pandai setup blog.dah ada domain sendiri. Blog pun dah comel gila sampai saya rasa nak makan je benda2 cute dalam blog ni. Dah pandai buat header,layout blog SENDIRI. Gigihnya beliau belajar semua tu. sumpah saya kagum. Mungkin hasil beliau menuntut dengan cik Chokilala atau pun dengan blogger lain, atau beliau meng-google sendiri. So, janganlah curi hasil usaha beliau. Kalau korang nak blog mcm dia, nak comel lip lap macam beliau, tanya lah baik2. bukan dengan copy url ke apa. Lepas tu tempek dalam blog mcm hak sendiri punya :)

I think my post is too long! Sorry.Rara :D over excited punya org memang mcm ni hahaha. Anyway,thanks a lot Rara sebab bagi akak tulis dalam blog yang comel mcm akak ni agagaga. *ferasan* semoga friendship kita kekal sampai bila-bila. hal lepas2 kita dah tutup buku kan?hehe. Keep on blogging,ok dik? Rara ada ramai followers dan readers :D and always be yourself ya! Kahwin nnt jangan lupa jemput akak heee. sayang Rara selalu *hugs*

ditaip dengan ikhlas untuk Rara,
Kak Yonna

14 comments:

Aidi-Safuan said...

wah..besh2.

Mieya said...

La kenapa tak boleh panggil adik?
Tapi mieya boleh pggl kakrara kakak kan? :P
And and kakrara boleh la pggl mieya adik sbb mieya takde kakak.
Mieya takde kakak kandung yg hebat yg panggil mieya adik :Pp

Rara said...

Mieya

bwehehehhe tu dulu lah. masa baru gila blogging T_________________T masa tu gila-gila punya sayangkan kakak² punya pasal takut diaorang kecik hati lah konon sebab ada kakak lain. sekarang niiiiii hahahahhahaha semua yang ada dekat candyfloss ni semua dah macam family! =P

MeZ said...

wou.. kira ni tukar diari la ni. hehe.
kak rara memang bersemangatkan bila nak buat sesuatu.
tengok semua hasil usaha kak rara semua orang suka,comel.

Liyanaa. said...

dulu pun i plak mcm x biasa kalau x panggil org yg berusia dr i kakak, tp kn yunk, dgn u i relax je x panggil kakak rara kan? HAHAHA

HOIII tawaran untuk i masih terbuka tak? hihi

Rara said...

Mez

hihi semangat kena ada barulah nampak hasil usaha ;P

Rara said...

Liyanaa

bwehehehehhe ;P u lah. banyak kali i tanya tapi tammo pun sudi jawab and terima pelawaan dari i T______________T

(◡‿◡✿) Noi said...

I remember dulu pernah gak panggil Rara adik.. I mean, .... "Dik"..
Ehehe.. becoz to me, she's just like sister!! Rara.. meh hug meh!

Comel gak entry ni..
Ni rasa nak invite Yonna wat entry kat blog kak Noi gak sbb Kak Noi serious dah tak tau nak update ape (T___________________T)

Rara said...

Kak Noi

hihihi tak apa. sekarang ramai 'kakak' yang jaga rara :) sayang semua!

*Hugsssssss*

haaaaa comel kan kakak yonna buat entri untuk rara? rara sengaja invite dia. lepas ni nak invite beberapa bloggers lagi yay :P

Juice said...

hai ADIK rara...

hehe kak juice penah tak call rara adik? erm tak pernah kot...boleh tahan garang rara ni ek, anyway skrg rara dah matang. kak juice perasan ngan perubahan tu.

have a nice day ADIK RARA...jangan marah...

Rara said...

Kak Juice

err tak pernah kot T_________T hihihi. thankyouuuuu ;)

Diya said...

Since akak subscribe ur blog few days ago, belum sempat lagi nak selak2 Rara's blog yang kiut miut nih. Baru tadi tergerak ati nak belek entri2 lama Rara. Wahhh, sekali terjumpa entri kak yonna jadi penulis jemputan! Haha sedikit terpinga2 jugak lah dengan ayat2 kak yonna. Haha. Akak tak tahu pulak kak yonna kenal Rara dah lama [err akak memang tak bergaul sangat dengan bloggers nih, bukan sombong ke apa, tapi akak prefer orang approach dulu plus zaman excited akak berblog dah lama berlalu, huhu]. Sebelum ni, ada jugak beberapa kali akak tersesat dekat blog Rara nih, tapi serius tak tahu Kak Yonna kenal Rara. Sehingga lah satu masa Kak Yonna YM link blog Rara yang pasal felt tu. Ehhh serius akak terpegun. Rajin betul Rara buat felt tu ye. Comel gila. Akak jeles nau dengan orang pandai menjahit nih, sebab akak tak reti menjahit punnn agagaga.

Ohhh. Lupa satu hal. Akak tak dapat jejak jugak si Rahim yang mencurik itu felt made by Rara. Serius, terkilan di hati ni Tuhan je yang tahu. 1st sebab Kak Yonna yang hadiahkan. 2nd sebab felt tu sangat comel. Akak teringin jugak nak order banyak2 dengan Rara [untuk event course akak]. Tapi, maybe akak kena bincang dengan group members lah dulu. Kang akak buat keputusan sendiri, orang lain tak setuju, naya jugak.

Err ini la sebabnya akak tak bergaul dengan bloggers sangat. Kang akak dah start komen, berjelaaaaaa tak ingat dunia. Btw akak dah link ur blog eh ;)

Rara said...

Hai Kak Diya :)))

Thankyou for comment! ^____^

Aahlah. Rasanya ini comment paling panjang yang Rara dapat selama hampir dua tahun berblogging ekekekeke ;p

Rara dengan Kak Yonna memang lama kenal dah. And cuma tak berapa rapat macam sekarang.

Oh ya pasal item yang Rara send tu, tak apalah. Maybe Rahim tu ada GF nama sama dengan Kak Diya sebab tu dia cilok tammo pulangkan kot? ;p Okay kakak, selamat berkenalan! :*

Diya said...

Hahaha tergelak besar akak heh. Ada ke patut nama GF si Rahim tu sebijik sejibon dengan nama akak. Memang akak nak jumpa die ah kalau betul nama sama. Hik hik.

Rasanya Kak Yonna dah bagitahu Rara kan, yang felt Rara dah sampai dengan selamatnya kat rumah akak. Huhu. Akak tak balik cuti raya cina ni, tapi akak dah make sure adik akak simpan elok2 felt tu. Insya Allah, bila cuti panjang nanti baru akak balik.

Ikutkan, akak masih tertanya2 lagi macam mana tiba2 felt tu boleh sampai ke rumah. Sebab akak memang dah pasrah gila, mintak tolong frens n family kat sana pun langsung tak dapat jejak si Rahim tu. Ada hikmah kot kan *salah satunya dapat kenal Rara.

Thanks anyway, untuk felt tersebut =)