Wednesday, December 23, 2009

Menjawab persoalan anda





hari rabu yang kurang kasih sayang ni, i ingat nak menjawab semua persoalan adik-adik, kakak-kakak manis semua yang selalu sangat tanya i, dekat mana nak dapat layout macam ni, dekat mana nak buat header macam i ni, macamana itu macamana ini. karang kalau tak jawab, sure nanti kena maki dekat shoutbox macam budak ni buat dekat i. dah lah email i, lepas i tak boleh nak tolong dia, dia mengamuk dekat shoutbox i pulak. memang nak kena lah kan. ip adress dah lah terpampang. tapi tak apa, i maafkan je dia, manalah tahu hari tu adalah hari kurang kasih sayang dia kan? T_______T
  • macamana nak buat layout 3 column?
jawapan i yang sebenarnya memang tak tahu. sebab coding asal layout i ni dibagi oleh liyanaa.com sebab dia suruh i tukar daripada classic templates ke xml layout ni. tapi bila i dah buat entri private hari tu, dayah yang baik hati pulak bagi link untuk layout 3 column ni. haaa. kira beruntung lah you guys sebab dapat link tu. sekali zassss je dah dapat 3 column. lepas tu pandai-pandai lah edit kasi cantik. i pun mula-mula belajar jugak baru pandai. pelan-pelan kayuh lah. kalau nak tutorial apa-apa, i recommend blog kak ceera.
  • macamana nak buat header macamni and transparent?
i buat header ni dekat adobe photoshop cs4. mana nak dapat photoshop tu tolong lah jangan tanya i banyak-banyak kali. i marah nanti. you guys beruntung gila tau sebab dapat download photoshop secara percuma dekat sini. kalau i dulu kan masa still study, macam nak pengsan cari adobe photoshop yang full version tapi yang local punya. nak beli original memang tak mampu lah kan. mencari ke sana sini, sanggup download guna ares sampai berhari-hari.

buat transparent tak adalah susah mana. masa nak create tu, siap-siap lah tick dekat transparent lepas tu nak save tu save la dengan cara save for web & devices. jangan lupa letak format as .gif atau .png sahaja.
  • macamana nak buat site stats?


hello. i pun mula-mula susah sangat cari benda tu. tapi if you guys betul-betul nak, please jangan malas untuk google. ni takkkkk. baru google sekali tak dapat, terus tanya i minta coding. bukan tanya kat mana dapat, terus minta coding dia T______T itu i tak kisah lah. tapi bila dah bagi, i bagilah yang sebijik macam i punya, malaslah nak tukar warna font dia. eh sekali dia pakai font color yang sebijik macam i jugak. at least tukarlah
  • macamana buat 'hello candyfloss' macam dekat dalam entri?
100% menggunakan adobe photoshop cs4. tutorial nak buat animation pun you guys boleh google. i memanglah tak google sebab i ada memang dah ada basic since form 4. siapa budak multimedia pun mesti tahu nak buat animation kan?
  • macamana nak dapat domain .com macam i?


jawapan dia, senang je. register dekat mana-mana web yang jual domain. ada duit, bank in. selesai. mana ada domain .com free? kalau ada, kat mana? meh bagitahu i? kalau ada, i pun nak lah. siapa tak nak free, kan? bwheheheheh.
  • macamana nak buat blog macam ni?


hahahahaha soalan ni memang mintak kena cium agaknya. you guys, bila orang tanya macam ni dekat i, apa jawapan yang sesuai agaknya heh? i kena bagi dia coding blog i ke? soalan dia sebenarnya meminta jawapan yang macamana? T________T



and please heh. kalau nak tanya something, reveal lah link blog.


okay dah. lepas ni, no more merengek-rengek heh? i dah penat sangat nak jawab (-______-")

37 comments:

nurLIYANA said...

hurm
mcm marah je rara

huk3.

cool babe.

tol tu kalo dh tlg tu jgn lah tiru sebijik mcm kita nya.
just edit jgn bg sme.

huhu.

Rara said...

Nurliyana

No no, dear. I tak marah. I cuma menjawab persoalan diaorang. Malas nak jawab banyak-banyak kali so terhasil lah entri ni ;P Hihi.

Kebanyakannya macam tu lah. Tanya i itu ini, sekali view blog dia sama je macam kita punya T__________T

nurLIYANA said...

igtkn marah.huk3
yela setengah de y ssh nk phm bhs.n ada setengah y t'lbh phm.
hihi.

mmg xptt lah.kalo tiru sebijik mcm rara kn.actually mst byk choice kn.

actually yana br nk tny rara?tp dh kuar post mcm ni.tkt lah nk tny.
lariiiiiiiiiii~

Rara said...

Nurliyana

Kalau u nak tanya sesuatu yang tak ada dalam entri ni, tanya jelah ;p Don't worry babe. I just menjawab persoalan, bukan marah. LOL.

nurLIYANA said...

oh ok2 i know u xmrh.
juz memberitahu.
mgkn x de kne mengena kot dlm persoalan rara tu.

huhu

if x ssh kn rara menjawab n tlg bgth bkn tlg buatkn.ihihi..

mne nk cr link background y comel2?

Rara said...

Nurliyana

hihi biasanya nak cari background, i ambil dari layout myspace. tapi ambil code background jelah. contohnya i ambill dekat

http://www.dolliecrave.com/
http://hot-lyts.com/

;)

Liyanaa. said...

hihi sygggg, gud dorg ni semua sangat2 beruntung. i ckp beruntung sebab dorg takpayah nak susah payah pegi cari photoshop dkt filehippo.com .

dh la dkt filehippo.com selalu bagi yg 30days trial je. kita kene cari lg nk cr die pnye keys plak. haih

beruntung habis dorg ni. BERUNTUNG HABIS. heh ;p

nurLIYANA said...

oh link ni i th.
n mmg gne tok myspace.

tp xth lak boleh gne tok blog.
code dia still boleh pki tok blog ek?
juz copy n paste.right?

tengs rara. (^__^)
xth mcm ne nk bls jasabaik rara.
myb dgn cara mengomen hasil2 post rara jela yg yana ley.

tengs again,dear~

Rara said...

Liyanaa

hihi betul babe. dorang ni beruntung habis tau. kalau i dulu masa nak buat assignment menangis² mintak dekat arwah abah nak yang original punya photoshop sebab asyik habis tempoh trial je T_______T malas nak cari keygen punya pasal. and arwah abah bagi duit suruh cari dekat lowyat tapi dekat lowyat pulak ada jual tapi kena beli lesen hak milik pulak wtf? T____________T

Rara said...

Nurliyana

boleh. just ambil link background dia jelah and then masukkan dalam photobucket ;) lepas tu letak lah dekat blog. tinkkkk! senang kan?

ala u. i tak minta lebih pun. u sudi baca posts i pun dah cukup tau.

Saranghae-Kawaii♥♥ said...

sian kak rara...
mmg susa nak puaskan ati sume org kan??
huhu..
;)
persoalan sume da jwb.
arap xde yg tnye lagi..
hihi..
nway,kak Rara nie baek sungguh!

ayong said...

blog u comel ar yang, len la cam blog i. hahaha.. adooi. ta mo marah2, t pat tue. u nk kwen kn next year? hehe~
btw, i ade mende nk mnx u tnjuk ajar, tp nnt2 la. hik2~ :D

pink said...

wahhh kaka rara .macehh cngad2 .hehe . kaka ne baek cngd2 tao :D
rajen gile answer persoalan2 y kaka dapat .bgos2 ta kdkott ilmuu kan :)
hee .

N.Izzah.R said...

x berhati perot betoL bdak yg maki akq..!! ishh!! geramnye!!! suke hati dye je nak maki artis blogger kite nie! buat artis blogger kite sedih dan mamrah!!.. dye tu x malu ke maki org? mak bapak dye x ajar ekk? huh >=(
hehe,, terlebih plakk..

Nur said...

Herm , tu ahh . Kalau kita answer soalan dorang tu maybe ada sbb x pyh lah smpai nak maki maki . HAHA , bagus pun Sis Rara tulis terus terang biar dia sedar sikit :DD

[a.m.o.i] ™ said...

dulu aku belajar dari chukis dgn juki je pasal edit2 blog. then bila dh pandai sikit2 tu aku mula la cari kat google. Google is a good helper!
YEAH!

♥miszluna™ said...

huhu
garang nye tatot i baca entry u ni..

huhu..
rara kn baik hati..
sbb tu syf syg =)

Rara said...

Anis

bweheheheheh. harap-harap diaorang puas hati dengan entri ni. kakrara kan, tak kisah orang nak tanya sebenarnya tapi T___________T diaorang suka tammo bagi link. tapi macamlah kakrara tak boleh tahu siapa. kadang tu sengaja tammo balas message diaorang!

Rara said...

Ayong

seriously mana ada i marah. kenapa cakap i marah ey? dekat mana yang macam marah? bweheheh hari ni i kurang kasih sayang. thats why kot ;P eh nak minta tolong apa? meh bagitahu mehhh.

Rara said...

Pink

okay dear ;) ada benda kita boleh share, ada benda yang tak boleh.

Rara said...

Izzah

errr kenapa marah ni? kakrara tak marah pun? bluek ^,^ garang betul izzah ni. akak yang takut. haha. isk. mana ada artis blogger huwaaaaaaaa T__________T

Rara said...

Nur

tu lah. kakrara malas nak reveal url dia sebenarnya tapi ada sebab tertentu nak reveal tu. kasi dia sedar. dia ingat kakrara bodoh macam dia ke apatah siap nak maki dekat shoutbox. memang silap besar lah. buat malu je haha

Rara said...

Amoi

betul. kita banyak belajar dari senior kan. tapi budak² sekarang bukan nak belajar. dia macam ugut je kita suruh bagi link. hek dia.

Rara said...

Miszluna

tsk. mana ada garang lah yayang. u lagi garang tau bila marah abang cayang u. bwehehehehehe <3

dAyah said...

kak rara,

walaupun dorang dah maki hamun, kak rara tetap share info lagi. baik hati betul. =D

perrghh. kalau budak tu baca entri ni mesti dia cepat2 tukar url blog dia. haha =p

Juice said...

bagus jugak rara wat entry camni, lain kali x penat nk jawab soalan yg sama kan...
kak juice dulu zero pasal coding html tau, rajin google dan bertanya ngan cik chokilala yg sweet akhirnya kak juice faham sikit2. even blog x secanggih rara tapi sedaplah mata memandang...
kak juice perasan rara dah lama tak guna icon kecik2 pada entry rara, kenapa ek???

Rara said...

Dayah

Mestilah kena share jugak. Kakrara share untuk orang lain yang banyakkkkk buat baik dengan kakrara. Bukan dekat sebab 'dia' tu hihi ;P

Rara said...

Kak Juice

aah kak juice. orang ramai salah anggap yang entri ni macam tak ikhlas nak tolong orang, tapi diaorang tak tahu, macam² ragam yang rara jumpa. bila rara tak boleh tolong atau busy atau tak ada mood that time, diaorang mesti melenting cakap bukan² je T________T ramai tak faham.

oh pasal emoji tu, haha rara sendiri yang tak buat sebab nak nampak entri sedikit kedewasaan ;) tak salah, kan?

cik yana said...
This comment has been removed by the author.
Rara said...

Cik Yana

err about me tu? kenapa? nak buat jugak???

thankyou sebab sudi adore <3

Atheera said...

hah orang tu maki kak rara? dia gila kuasa kot. haha. tapi okay kalau kak rara buat macam ni. biar dia orang sedar susah nak cari semua ni :)

Ayu Candy said...

haha i faham perasaan u rara
i pnah kena org tanye macam2
tp takpela, yg penting kita sabar moga berkat

btw, thanks. u blogger yg baik. byk tutorial yg beri manfaat. keep it up~

lg byk kita share, lg banyak ilmu yg kita dapat :)

cik yana said...
This comment has been removed by the author.
Juice said...

wah baguslah camtu, kdg2 entry yg byk emoji tu nampak serabut tau.

rara mesti tension time tu. lagi tension kalau nak rara jawab cepat2 kan, x sabar. bukannya kita ngadap lappy 24jam, ada jugak keje lain nak buat. susah nak puaskan hati semua org.

cara rara handle masalah ni bagus sgt, tapi sian plak kat rara kalau semua blog sama cam rara kan. x best jgk kalau semua blog sama jer, biarlah ada kelainan sikit.

ayong said...

hek2, nnt la yang, i lom pikir lagi. haha. hari tu ade. tp i kan pemalu nk tnye. cewah.. haha~ :P

suĐĆaya said...

Fiuhh
Sis sabar sikit -___-

Anonymous said...

salam kak rara,
cm mane nk buat box kt tepi2 tu eh? tq ye.