Saturday, February 27, 2010

(UPDATE) Bathtub untuk kucing kesayangan, mahal tau



Selamat hari Sabtu.

I dah belikan bathtub untuk Kiki. Yelah, kucing pun teringin jugak nak main buih sabun.





Muka Kiki macam excited kan? (Padahal muka marah kena paksa duduk dalam bathtub dia tu) Heh.



Tak ada maknanya I nak perabeh duit beli bathtub lah apa jadah tu. Dalam sinki sudah.

#UPDATE PASAL KIKI
  • Setiap pagi sekarang dalam pukul 8.30am akan bising 'meow meow' masuk setiap bilik dan kejut semua orang. Kalau tak bangun, Kiki akan naik atas katil dan pijak badan orang T___T
  • Kalau handphone Mama bunyi, Kiki akan cari handphone tu sampai dapat. Kalau Mama buat-buat tak dengar, Kiki akan pandang Mama dan lepas tu 'meow'.
  • Kalau jumpa jiran dekat kawasan rumah yang selalu berbual dengan Mama, Kiki akan tunjuk perangai. Panjat pagar, lari-lari etc.
  • Suka tidur dalam penutup box yang I letak barang-barang untuk crafting felt.
  • Kalau salah seorang dari family I, which is antara I, Mama atau adik keluar dari rumah, Kiki akan ikut. Kiki selalu ikut adik, kalau adik bawak basikal pergi kedai, Kiki kejar sampai kedai lepas tu akan 'meow' dekat adik -_____- Ikut Mama pergi rumah jiran-jiran. Dan pernah kejar kereta I masa I nak pergi ambil adik dekat sekolah.
  • Kalau I takda kerja, pasang lagu dan menyanyi secara kuat. Setiapkali part chorus, Kiki akan datang dekat I dan cium pipi I :')
Ini semua fakta, bukan auta. Serious. Sebab itu makin lama makin sayang. Selamat berhujung minggu, bye.

14 comments:

Liyanaa. said...

HAHAHA serius comel kiki dlm tu. ohoi i dh tau sinki sbb nampak kepala paip HAHAHA

Rara said...

Liyanaa

HAHAHAHA comel kan Kiki dalam tu? Oliey tak muat :/ I memang tahu semua orang akan tahu itu adalah sinki, saja je I nak update macam itu HAHAHAHA =P Eh bathtub tak ada paip ke hoi? Ada kan, cuma lain kekekeke

Mrs NarchotiQue said...

dl akk ade kucing mandi lam bilik air jew..bila kena air mengiau2 dye x thn sjuk..hehe

Rara said...

Kak Arin

Aah, kucing Rara pun mandi dalam bilik air je sebenarnya. Tapi kena mandi air panas. Kalau air sejuk macam kesian bila dia menangis.

*Menangis tu mengiau² lah tu =P

♥ nur_solehan ♥ said...

cOmel..heeehee

shakirah samsudin said...

haha, comeeeeeel gile muke kesian kiki itu. :D

chokilala said...

ahh xyah bath tub semua ni. kucing i kucing melayu. mandi dekat laman rumah je. guna paip siram pokok bunga tu je. wakaka. baru la mencabar nak kena pegang dia, kejar dia. hoho

ツhʋƨиα ツ said...

haha grrr entri pendek tapi menarik sebab tayang hello kitty tu ! :D

at least kiki tak keluar innocent je dalam sink . T_____T kalau kucing usna da menangis dahh nak keluar bilik air sekarangg jugak ! tskkk

ehhh coffewalking kak rara :D

Mieya said...

Ya Allah punya lah eksaited nak tgk bathtub untuk kucing, rupanya bathtun tu sinki. HAHAHA =D

azizuan said...

rajin la plak beliau mandi..keke

Cujie said...

kiki tak agak² kalau dpt bath tub
nak kena sepak ke hape...
buat muka cute eh...

p/s: sampai sekarang takut ngan kiki

mysara newrie said...

Haha. Kesian lah kat kucing tue. Haha.

yonna said...

akak tgh bayangkan.. akak ni ada banyak kekuatan ke nak jaga kucing? kang akak je makan hari2 dia akak tak bg mkn pun

T________________T

bersih kucing rara :)

zida said...

rindulak kucing lama. huhuh