Thursday, February 25, 2010

Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'



Hari ini I check website Nuffnang dan benda wajib I tengok mestilah analytics. I suka ambil tahu siapa yang keluar masuk blog I ni. Selalunya orang terjah blog I dalam diam, takda tegur atau apa. Lepas tu I buatlah terjahan balik ke blog dia. Pun sama. I terjah takda tegur. Heh. And bila I beralih kepada keyword section, I rasa macam nak gelak. Siapa punya kerja ni?



Siapa punya kerja baik mengaku cepat heh. I rasa yang google tu adalah sama kaum dengan I. Dan dia mencari tahu kenapa lelaki kaki perempuan. Adakah beliau dalam dilema? Atau rakan beliau? Err atau berlaku dalam keluarga beliau? Mintak simpang -_-'

Okaylah, I nak bantu beliau menjawab pertanyaan itu. I ni tak lah professional tapi ikut akal fikiran I sendiri lah jawapan I ni.

#Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'

Pertama, mungkin sebab kaki dia tak cukup bulu, atau pun dia selalu cukur bulu kaki, sebab tu nampak licin macam kaki perempuan. Err okay tak tak, main-main saja. Menurut I, tak semua lelaki macam tu. Kalau nakal-nakal sikit suka kacau perempuan, lumrah lah lelaki macam tu. Remind you, tak semua lelaki macam tu. Kadang-kadang kita nampak je dia suka kacau perempuan, tapi dia sekadar suka-suka je. Tak lah sampai nak curang ke apa. Atau erti kata lain, isi masa lapang. Heh.

Kedua, tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Kadang-kadang, salah perempuan jugak. Bila ajak keluar, tak boleh. Bila ajak kahwin, belum ready. Bila sibuk, tak fikir pasal boyfriend/tunang/suami langsung. Lelaki pun rasa tercabar lah. Sunyi pun satu.

Ketiga, lelaki ni memang gatal. Eh remind you again, tak semua lah kan. Kebanyakkan lelaki memang gatal. Selalu je I jumpa lelaki yang nafsu tinggi sangat sampai tengah bawak awek/tunang/bini atas motor pun, sempat kenyit mata dekat perempuan. Gatal kan? Bergantung dekat individu lah. Kalau dia setia, setia jugak heh.

Keempat, pun I nak cakap, salah perempuan jugak. Gaduh sikit, terus mintak putus, terus mintak cerai. Gaduh sikit, terus pergi sembunyikan diri. Yang dah kahwin pergi balik rumah mak bapak. Yang belum kahwin, pergi lepak rumah kawan. Kononnya nak lari dari masalah. Ingat lelaki suka? Ingat lelaki nak layan? Ingat lelaki nak pujuk? Heh. Kalau dah selalu sangat buat tindakan ikut perasaan, lelaki pun carilah perempuan lain. Lagi enjoy. Lagi best.

Kelima, kalau hubungan tu dah renggang, memang susah nak cakap. Lelaki fikir perempuan tu ada orang lain, perempuan pulak fikir lelaki ada orang lain. Lepas tu masing-masing sendiri cari lain. Dah bosan punya pasal. Haha.

Keenam, perempuan cuba jangan cabar kewibawaan lelaki. Jangan suka-suka nak keluar kata-kata kesat, jangan mudah nak maki hamun, jangan cuba nak pertikaikan tentang tanggungjawab lelaki. Lelaki benci perempuan yang tak respect dia. Kalau lelaki tu respect you, please respect him too.

Okaylah, itu je kot yang I dapat kongsikan jawapan kepada soalan keyword tu.

Pesanan untuk perempuan: Bawaklah bersabar. Jangan cepat naik angin sangat. Cool kan keadaan. Lepas tu discuss secara comel. Cipta memori indah. Kan lagi best?

Pesanan untuk lelaki: Janganlah menggatal sangat! -_____-' Dapat balasan nanti tak ke haru?

Bye.

10 comments:

zool said...

Macam2 kan..
Salam singgah..
Rasanya ni first time ke sini

fitri oh fitri said...

x,.salah satu sebab adalah laki desperate, and pompuan toooot.
haha





http://fitridzulkifli.blogspot.com

ween said...

wah, love this entry! agree with u Rara :) tp satu je. personally I rasa lelaki yg lebih suka lari drpd masalah (happen to me). reason dia, nak kasi kita calm down dulu. heh. mana boleh calm kalau masalah x setle. haiyo. I prefer discuss secara laju n berbaik semula <3

bobo said...

gua anti pompuan curang!

Rara said...

Ween

Thankyou my dear! For me, lelaki lari dari masalah, elak untuk discuss, sebab bila discuss mula-mula baik lepas tu tetiba perempuan suka melenting tak tentu pasal, membebel macam mak nenek, thats why lelaki selalu lari dan lari dan lari. Kot?

Nanti bila lelaki dah biarkan kita sendiri, kita tak boleh nak membebel apa dah, lepas tu kita sendiri yang calm down sendiri kan? =D Agree with you, Ween! Discuss secara laju and bukan tambahkan masalah, lepas tu berbaik semula and cipta memori baru yang indah-indah! <3

mysara newrie said...

Kak Rara, wah terbaekk lah entry kali ini. Hehe. Boleh buat panduan pada masa depan nie. Hehe

Mieya said...

Wewiiit dah jadi pakar motivasi pulak dah. Hihi.

Eh mieya tak suka lelaki yang gatal, macam kakrara cakap even dgn makwa sendiri pn duk sibuk kenyit mata perempuan lain. Huh mintak simpang lah T_____T

Alynn Notnot said...

nice one! okay2 akan ingat selalu ;)

-N e Y r A- said...

keyword yg masuk blog i dua hari lepas; "gambar separuh bogel erry putra" lagi gila...

felicia richz said...

hwaahh..nice entry..hehe..betul3.. setuju sangat2 dengan apa yang kak rara ckp..huu