Tuesday, February 16, 2010

Pertunangan Raracandyfloss.com



Fuhhh. Lamanya I mendustai blog Raracandyfloss.com ini. Oh no. I bukan mendustai, tapi melupai beberapa ketika. Hek. Bukan lama pun sampai cecah sebulan tak update. Ini belum uruskan wedding sendiri. Agaknya nanti dah dekat persiapan, dua tiga bulan lupa blog. Habislah earning Nuffnang yang belambak T____T Hek, belambak lah sangat. Tak boleh challenge dengan Innity heh. Innity approved Raracandyfloss.com tau, tapi I tak nak curang dengan Nuffnang, yes I love Nuffnang banyak-banyak. Ada events, ada contest, cukup cukup cukup.

Eh entri ni bukan nak cerita pasal Nuffnang mahupun Innity. Pilihan dihujung jari anda. Pfft.



Haa. Kan dah letak gambar bulan madu. Eh bukan bukan. Gambar manis macam madu. Memanglah pasangan ini tak comel tapi dia rasa macam boleh tahan lah daripada macam syok sendiri. Yes yes, I bangga ada bakal-suami-yang-sangat-sayangkan-I. Heh. Tak biarkan I sendirian, tak pernah biarkan I sunyi. Tak pernah buat I terabai atau rasa macam tak ada boyfriend ke camana entah. Tak ada, tak ada. Semuanya baik-baik saja and I rasa lengkap sangat dah. Jom lah kahwin sekarang, sayang? Hekk.

Oh lupa. Pasangan ini tidak meraikan hari Valentine heh. WTH with Valentines? Pui!

Gambar adalah diambil semasa I sedang penat baru balik dari Pontian dan lepas itu ke Jusco Bukit Indah dan lepas itu jumpa Syafi dekat rumah, tiba-tiba Syafi dengan rakan-rakan dah sampai. I kelam kabut bawak kereta sebab banyak tempat nak kena bawak Angah and lepas tu pergi Angsana ambil sirih junjung. Eh lepastu penat macam nak kasi penampar semua orang T__T



Khemah dah siap pasang, cantik sekali. Oren + putih. Kerusi meja semua dihias cantik-cantik. Macamana agaknya kalau owner Raracandyfloss.com kahwin nanti? Tema warna apa? Khemah ada berapa? Comel dia macamana? Siapa nak datang? Siapa nak datang?



Ini dia cupcakes yang I dengan family pergi ambil dekat Yong Peng masa on the way balik JB hari tu. Serious sangat puas hati. Walaupun I tak dapat merasa, tapi tak apa, nanti I nak order cupcakes untuk sedapkan tekak sendiri. Terliur kot tengok gambar ni. Nanti kita buat cupcakes Chelsea + Hello Kitty theme heh?



Baju biru muda tu suami Mak Mah. And Pak Cik adalah wakil bagi pihak perempuan. Bila orang Penang cakap nak sunting bunga, Pak Cik tanya macam ini:

"Dekat rumah ni ada dua bunga. Itu ada masalah sikit tu. Ada dua bunga. Jadi yang mana satu?"

I ada dekat ruang tamu masa itu terus malu T___T Orang semua dah pandang I, jadi nasib baik wakil pihak lelaki sebut nama Angah. Ewahh. I adalah bunga yang tunggu hari kebahagiaan, mana boleh sunting lagi dah :P

Dalam pukul 12.30pm, keluarga pihak lelaki dah datang dah T_______T Angah gementar, I menggeletar. Pfft. I menangis kot tengok Angah dah nak disunting. Ehem. Masa bincang-bincang tu tetiba hati I sebak macam I pula yang nak disunting. Eh nanti I kahwin, confirm banjir satu JB ni. I rasa I tak boleh tahan. Mesti I menangis sampai makeup tertanggal semua sekali. Apalagi bulu mata pelesu, confirm tercabut HAHAHA.







Makeup artist by; Amy Bridal Gallery.
#01, Jalan Orkid 1,
Taman Orkid, Johor Bahru.
07-2388380

Thankyou kepada semua tetamu yang diundang seramai lebih kurang 150 orang yang datang. Majlis berjalan lancar and meriah sangat. Family pihak Abang Azam pun datang ramai dari Penang. Heh. Bayangkan dari Penang-JB? Huih kalau I yang drive, confirm tercabut tangan dengan kaki dengan pinggang dengan tengkuk, habislah rangup seluruh badan. Nasib baik family Syafi dekat KL je. 3 jam setengah sampai dahhhh.





Ramai family from Singapore yang datang. Boleh dikatakan 99% yang datang. Alhamdulillah. And seronok sangat dapat jumpa family belah arwah Abah. Harap-harap hubungan kekeluargaan tu kukuh walaupun arwah Abah dah tak ada. Tapi kalau arwah Abah ada, mesti Abah happy tengok Angah bertunang. Kan? Tapi mesti jugak airmata Abah keluar sebab tengok anak dia masing-masing dah nak mulakan hidup baru. Dulu kecik je, sekarang semua dah besar dah, dah boleh hidup sendiri =_______="

After majlis selesai, I bawak Angah, Abang Azam & his friends, pergi Puteri Harbour, Kota Iskandar. Pemandangan cantik untuk photographer. I recommended. Kalau wedding nanti ada rezeki nak sewa boat, RM300 - the crew bawak pusing laut Selat Tebrau tu.





Alhamdulillah selesai semuanya. Kita tunggu owner Raracandyfloss.com buat announcement pulak. Heh. Jangan tanya bila, bila, bila. Once I dah confirm this March, I terus buat announcement. Tak payah risau. Doakan yang terbaik. Amin. And and, boleh jugak nak countdown untuk Angah. Maybe end of May tahun depan. InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.

29 comments:

kakak lyana yg manis said...

Takde gambar pelamin yg full eh yang. Teringin nak tengok. Hihihi

Rara said...

Kakak Lyana yang terlalu manis,

Hihi dah letak dahhhhh =)) Tapi kalau nak cantik lagi, kena tunggu photographer bagi CD ehh ;p

**syaza** said...

comel lah pengantin p0mpuan
2 mcm kak rara..

wakkakakaka..
hehehe :)

Rara said...

Syaza

Pengantin? Belum lagi lah. Huu. Dah kata pun adik beradik mestilah ada iras-iras. LOL >,<

See Wunny said...

gmnbr kak rara tu mcm budak umo 15 taon lah
siyes taw

Rara said...

Wunny

Eh limabelastahunnnn? T______T HAHAHAHA actually ramai yang cakap macam itu. ada siap yang cakap macam budak baru naik sekolah menengah. Pffft! ;(

Liyanaa. said...

serius lawaaa sangat kak ngah. HAHAHAHAHA i dh terliur habis dgn theme color orange+white T_T

HOIIII lawa nya bakal pengantin tu. lawa nyaaa * sambil jeling syf. HAHA

Liyanaa. said...

eh eh aah lahh, baru dapat tengok pelamin. tak sabar nak tunggu dr photographer upahan. photographer yang guna SE ni pun dh pro gila ;p

Rara said...

Yiyin

U suka orange+white heh? Nanti u buatlah theme color macam itu. Macam nice kan? Hihi.

Aik? Bakal pengantin yang mana satu niii? ;p KAH KAH KAH okaylah i tak lawa langsung, busy sangat sampai tak sempat setting rambut apa semua. kena bawak angah merata-rata T______T

Aah i pun tak sabar nak tengok original photographer punya gambar. Eeee janganlah lambat sangat kannn :(

ween said...

congratulations! ur Angah looks so SWEET on her engagement day :)

Rara said...

Ween

Hihihi thankyou v much Ween ;b Aah dia memang selalu sweet. Lepas makeup artist tu makeup dia, muka dia bertambah sweet, wahhhh I likeeee ;)

~amalina~ said...

waaa...nampak cam meriah jer majlis pertunangan nih..nanti kalau hari perkahwinan surely lagi meriah kan..semoga Kak Ngah Rara tu and Rara sendiri akan menemui kebabahagiaan hidup dunia dan akhirat..ameeen..

Rara said...

Amalina

Meriah sangat, tell you. Penat pun sama meriah :P Nanti kahwin Angah pakai Amy Bridal as wedding planner jugak kot. Tapi not sure sebab Angah kahwin dekat KL ;))

Amin. Thankyou yea. Xoxo =)

DaHLia said...

cupcake tu sgt comel!!!!

geram tengok... :)

Rara said...

Dahlia

Comel kan? Lepas tu siap kan, orang yang buat tu, buat dekat rumah & jual online tau tapi siap ada lesen. Memang terbaik ;))

ini blog wirdah said...

kalau rara kawin,nak g majlis boleh? hee:)

Rara said...

Wirdah

Ehhh kenapa tak boleh, mestilah boleh yangggg :D

ellenyna said...

wow. x sabar nye nyna nak melalui detik ini. -___-"

Rara said...

Nyna

Nynaaaaaa, nyna bila ey yang? Jemput i tau.

LadyCaja said...

igtkan rara yg btunang...hihi..
btw pelamin die npk cntek & simple..suke la tgk..

cik eykameow :) said...

giler best, :) btw . . teringin nnty nk pgi ur wedding coming soon. aww

LUVLYDIYANA said...

tak sabar tgg turn rara n syafi..happy always!!

Rara said...

Diyana

Kalau orang lain tak sabar, apalagi i ni ha kan? =_______="

Rara said...

Lady Caja & Eyka

Tak apa. Nantikan. Hihi =)) InsyaAllah ada rezeki lebih I jemput semua orang yea

-N e Y r A- said...

cantik gila pelamin. si angah ni umur bapa? hheehe apesal u kecik. haha

Rara said...

Neyra

Angah tahun ni 25 yrs old. Eh apasal I kecik? HAHA pergi tanya emak I lah ;p

Mieya said...

Waah comelnyaaa cantiknyaaaaaaaaa. Suka sukaaaaaaa. Geram je tengok gambar. Semua adik beradik kakrara cantik kan. Eh kak ngah memang pakai tudung eh?

*sorry lambat mengcomment T______T

-N e Y r A- said...

hahaha sebab u kecik, i jles. sebab i chubby ahha

full of love,keyna said...

wah.tak sabar tunggu sys :D