Friday, June 26, 2009

Danga Bay


Sejak dua hari lepas, adalah hari kesibukan buat Rara. Membawa
Mama ke sana ke sini. Sekejap pergi wisma, sekejap kang pergi Mahkamah
Syariah Memang penat. Lagi - lagi sepanjang hidup dekat Johor,
mana lah pernah driving sampai ke sana. Bukan tak berani, tapi tak ada hati.
Eleh, Johor neh bukannya ada apa sangat. Setakat Danga Bay yang entah
apa - apa. Asyik buat renovation, mensakitkan pandangan mata je.
Bila tourist datang nak tengok Danga Bay, mesti ah menyesal sebab
tengah renovate ^#!@$* Memalukan. Nanti bila tourist balik negara
masing - masing keluarga mintak cerita pasal Malaysia, habis terkantoi
pasal Malaysia ni suka buat renovation padahal Danga Bay yang sebelum
ni masih berkeadaan baik. Takyah membazir duit rakyat


Mama pergi Mahkamah Syariah untuk hantar surat paraid.
Bukan main susah heh nak tuntut CPF dekat Singapore. Siap
nak mintak surat paraid. Bukan main lagi permintaan negara
jiran tersebut. Amboi amboi. Mentang - mentang ah nak tuntut hak kita.
Cuba kalau dia mintak duit kita, lambat sikit bayar, habis ah kena
saman %#(*!#& Macam ni nak cakap dunia sekarang dah maju
Cewah. Eh kau neh apasal asyik nak marah - marah Err. Kesian
Mama T_______T Mama, I love you and always beside you lah


Petang semalam pergi PetShop Kami adik beradik merengek
nak beli hamster. Dulu pernah bela, tapi mati semua. Tak ingat ah
pasal apa. Tapi masa tu tak heran dia nak mati sebab dah banyak
sangat. Asyik beranak. Sekejap kang beranak, lepas tu beranak
lagi. Menyampah ah nak beli cage dia. Beli dua cage yang besar pun
macam ikan sardin kena sumbat dalam tin dah. Tapi hamster yang
dulu tu hamster biasa. Makin lama makin besar


Ini hamster adik. Nama dia Gemol Gemol neh kecik sikit.
Dia suka tidur dekat dalam buaian tempat dia test lumba lari.
HAHAHAHA. Sebenarnya macam ni, kalau beli cage dekat atas tu,
percuma satu ekor hamster. So Mama tambah lagi satu ah. Bagi
sepasang, tapi bukan ah jantan betina. Tak sanggup dah
Kali ni biar betina betina. Hamster neh jenis tak akan membesar.


Hamster yang neh comel macam tuan dia Nama dia Gebu.
Dia neh pendiam, tak banyak bunyi. Bulu dia pun gebu sangat.
Comel sekali Kuat makan. Kejap kang makan, lepas tu makan
lagi. Entah berapa pek kuaci entah kena beli setiap bulan

Okay, nak sambung main Restaurant City Babai

Thursday, June 25, 2009

Inshokuten


Sekarang ni dah kurang berbual dengan Ynn dekat shoutbox.
Amboi amboi. Dah active Facebook, ada hati nak abaikan blog. HEH.
Kejam betul owner blog neh. Nak kena mandi dengan air lada heh.
Mana Mana dia T____T Cop Blog tetap dekat hati forever.
Tapi Syafi tetap yang pertama ah, jangan nak mengada lupakan
beliau. Itu adalah paling mustahak dalam kehidupan. Sumpah.
Sekarang dah mula rindu dekat Syafi. Mata, jangan ah nangis

( Ketagih Pet Society, tapi belum terlampau ketagih. Sedikit )

Bermain Facebook bukan ah bermaksud ketagih macam Myspace.
Myspace Dah lapuk dah Sekarang ni Facebook lagi best.
Facebook pun dah lapuk tapi masih hebat berbanding Myspace ah.
Cewah. Cakap tak nak kalah. Perangai Maruko Chan betul ah.
Baca : Maruko Chan adalah seorang budak perempuan yang nakal
tak agak dan ayat memang tak pernah nak kalah. Tak senonoh. Mari
berbalik kepada asal. Gambar tersebut adalah binatang peliharaan
di Facebook, bernama Gomol. Ya, cukup comel sekali. Akan tetapi,
coins masih belum banyak untuk beli perabot secara rakus renovate
rumah secara membabi buta. Opps. Bukan mencarut heh.

Produced 42 units ( 3 stolen )

Rujuk kepada Ynn untuk mengetahui butiran 3 stolen berkenaan.
HAHAHAHA adat ah nak main Barn Buddy neh kena ah pandai
stole tanaman orang baru boleh dapat coins secara banyak
Ynn memang rajin letak bugs dengan weeds dekat tanaman. CEH.
Lepas tu serangan balas dari Rara Hudson neh takyah cakap.
Habis semua tanaman Ynn, bugs belambak, weeds belambak


Setakat ini cuma addict kepada tiga game berkenaan sahaja
Harapnya cuma itu sajalah. Pening kepala kalau banyak sangat.
Nak tidur pun tak senang Asyik terfikir - fikir apalah nasib game
tersebut jika tak dijenguk. Restaurant City terutamanya. Bukan
senang nak tinggalkan macamtu saja ya, sebab risau kalau semua pekerja
terpengsan - pengsan Cukup kasihan. Coins pun belum banyak.
Maklumlah Rara Hudson tersebut ( siapa entah ) baru nak berjinak.

Jangan lupa add Rara Hudson tersebut dekat Facebook
Goodnight pretty Babai