Wednesday, September 17, 2008

//116; Abah

Currently : Listen Raya's song

Tiba2 hati sayu sangat2 sebab teringat saat2 pemergian Abah. Dulu kalau time puasa and dah tentunya buat persiapan utk raya, Abah akan sediakan VCD lagu raya dan pasang tiap pagi, kuat2 supaya anak2 dia bangun tidur awal T_T Lepastu anak2 Abah akan kemas2 rumah dan buat apa yang patut. Kalau buat kuih, kadang2 Abah pun ada tolong2 jugak kan. Kadang2 Abah tengok jea. Masuk tahun ni adalah tahun kedua kami sekeluarga beraya tanpa Abah. Tapi ingatan Rara pada Abah, tak pernah lekang walaupun sesaat. Kadang2 mulut ni tiba2 terungkap perkataan "Abah". Dan selalunya, kalau duduk kat ruang tamu, mesti termenung tengok gambar Abah. Dalam hati, "Oh Tuhan! Betul ke Abah sudah kembali kepadaMu?" Keadaan yang sunyi tanpa kawan2 dan kakak2 membuatkan Rara lebih sedih Cuba bayangkan hidup tanpa Abah, tanpa kawan2, tanpa kakak2? Mereka semua jauhhhhhh. Jauh dari Rara. Rara kat sini? Hanya dengan Mama dan Adik. Dan kdg2 juga Rara tak mesra dgn mereka mcm biase.

Kehidupan Rara di Kuala Lumpur... Tempat kelahiran dan mmg sejak kecil menetap di Kuala Lumpur. Berkawan, bermesra semua di Kuala Lumpur. Dan memang susah bagi orang yang sudah menetap di Kuala Lumpur tiba2 berpindah ke tempat lain, kan? Begitu juga Rara. Rara rasa sungguh asing. Tapi apakan daya, Rara mesti ikut Mama. Tak mungkinlah Mama akan mengizinkan Rara menetap di Kuala Lumpur tanpa Mama sbb Rara pernah melakukan kesalahan yg mmg sgt2 berat dan sgt2 berdosa. Rara sudah menyesal tapi untuk kembalikan kepercayaan Mama, tidak mungkin Ohh biarlah Rara terus menyesal dan menyesal.

Abah. Rindu sangat kat Abah. Rindu nak dengar Abah ketawa. Rindu nak dengar Abah melawak. Rindu nak tengok Abah marah. Rindu nak dengar Abah tanye "Taknak beli ke baju ni?" Dulu kalau pergi shopping, Rara mmg susah sgt nak tunjuk apa yg Rara berkenan. Then Abah selalu akan suggest baju2 yang comel2, Abah pun tahu Rara suka baju dan kasut yg mcmana. Kalau pilih kasut, selalunya Abah yg pilihkan. Abah, kenapa skrg ni semua kena pilih sendiri? T_T

Last message dari Abah :
Ok,take care..abah blk esk..buat yg tbaik..smoga ank abah success..
- 1st April 2007 18:19pm

Message itu adalah yg terakhir dan masih lg Rara simpan sampai skrg. Mase tu, Abah berada di Kelantan, out station. Abah adalah seorang polis yg gagah dan hebat berkhidmat di Depoh Pengangkutan Jalan Semarak *Bersebelah dgn bekas college Rara* Abah bertugas sebagai Koperal tetapi gaji Abah melebihi gaji polis berjawatan Sarjan. Itu adalah kerana Abah berkhidmat terlalu berdedikasi. Memang ramai rakan sekerja Abah memuji. Masa Abah di Kelantan, Rara memberi message meminta restu untuk mengambil final exam. Rara mintak doa Abah dan Mama. Sepanjang Abah di Kelantan, Abah selalu message2 dgn Rara, sbb Rara tabiasa kalau Abah ta dtg melawat Rara di college. Selalunya tiap pagi Abah akan ajak breakfast di kedai depan college. Dan, untuk pengetahuan semua, dengan restu dan doa Abah dan Mama, Rara mendapat pointer yg tinggi dan cukup membanggakan. Tetapi, result itu tidak sempat untuk Rara tunjuk pada Abah T_T

Abah balik dari Kelantan terus sakit dan tak bole bangun T_T Act, doktor sendiri tidak dpt mengesan punca sakit itu. Semasa Abah sudah kembali ke Rahmatullah, barulah doktor mengesahkan Abah menghidap Luekimia. Saat2 pemergian Abah sungguh memilukan *Nangis* Saudara mara dari jauh dan dekat semua dtg utk melihat keadaan Abah Rara kesian tengok Abah. Semasa dlm van jenazah, Rara hanya mampu menitiskan airmata dan membaca Yassin sahaja. Tidak bolehkah Rara bergurau senda dgn Abah lg? T____T Mia, sahabat baik Rara, tidak pernah putus memberi semangat pada Rara dan selalu ada disisi Rara. Rara masih terbayang melihat tubuh Abah kaku.

Abah.. Maafkan atas semua kesilapan yang pernah anakmu ini lakukan. Ampunkan seluruh dosa anakmu ini, Abah..! Al-Fatihah

23 comments:

ynn;) said...

Al-fatihah, sbb ini lh i sedih syg, tp i tau u kuat, hrp hrp u dpt truskan hidup u, kenangan bersama arwah abah u suatu kenangan terindah. u mst tahu yg u msih ad mama, kakak, syafi, adik, oliey and smua kwn2 u, jgn putus asa ey syg.

*sy br kenal awk, tp sy sgt menghormati psahabatan kita ini, thanx shira :)

nurulbalqis said...

Salam Kak Rara...
Tabah kan hati&diri akak ye...
Balqis baca pown Balqis sediihh sngt..
Al-fatihah untuk arwah abah akak...
Semoga dia berada di tempat org2 yg beriman..
Akak doa selalu taw...
Jangan sedih sedih lagi...
Balqis sentiasa ade dengan akak...
:))

shirarara said...

YNN; i menjadi tabah sbb arwah abah i mmg seorg yg tabah dan cekal. wpun dia tade duit ke apa ke, i mintak mst dia akn bg dan tapenah hampakan apa yg i nak slama ini. u taw, dia slalu belikn i handphone.klau i kata i nk handphone itu ituu, dia akn belikn. i akn tabah, sygg.

*sy juga menghormati persahabatan kita.smoga kita sama2 menghargai kjujuran perhubungan ini

shirarara said...

BALQIS; terima kasih sbb slalu ada dsisi kak rara. kak rara sgt bertuah mengenali adik.
kesimpulannya, hargailah mereka selagi masih ada :P

Myra said...

AL-Fatihah untuk arwah abah rara.

jgn sedih sedih ok. Allah lebih sayangkan abah rara.Abah rara sure tak nak anak dia sedih sedih. dia nak anak dia selalu tabah and teruskan hidup ni. Jgn kecewakan harapan arwah abah rara tu ok.

Rara tak kan sunyi sbb rara still ada mama rara dan ramai kawan kan. :)

Ok sayam ? :)

Cujie said...

Masa² macam ni memang rindu sangat dengan arwah. memang seakan tak percaya, orang yang kuat yang gagah selama ini... jarang sakit. Tetiba... pergi meninggalkan kita semua.

Sampai situ janji arwah pada kita... redha sahajalah pemergiannya. Allah lebih sayangkan dia dari kita semua.

banyak²kan sedekah al-fatihah dan ngaji untuk arwah abah. Masa nilah kita kena tunjukkan kasih sayang kita sebanyak mana.

kita insan kerdil tak mampu halang pemergiannya...

be strong dear!

chepsmore said...

nanes bace n3 rara ni :(
walopon sy mash ade parents ag,
tp kdg2 pna gak sy terpk,
wat happen if one of them
tetiba da tade ag??
i'm the elder one,
so evething will be my rspnsibilities to take care my fam..
nk wat cmane kan rara?
atleast u have sissy..
they can look after u no matter what,ayte?
be strong dear..
kalo nk tenangkn hati,
rajin bace surah alamnashrakh..
bule tenangkn hati yg slalu sedih..
anyway,salam nuzul quran:)

shirarara said...

thnks semuaaaaa :P
wuuu semalam ta tido sampai sahur
lepas sahur baru tido T_T

asyik terfikir pasal arwah abah
sedihnyeee :(

_tuLanG.iKaN.kEwL_ said...

banyakkan bersabar ye rara...
sy pun asyik teringat kat arwah adik bila dekat2 ry cmni..
dah tu sume keje x menjadik sbb asyik rs nak nanges..
dah 2tahun lebih adik pegi bertemuNya.. :(

sara said...

Assalamualakum Kak Rara..

Jangan sedih0sedih sangat. Sara tahu akak tabah sebab Allah takkan bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapinya. Banyakkan sedekah Al-Fatihah dan doa untuk abah kak rara. Setiap ibu bapa sentiasa terunggu-tunggu doa anak yang soleh/ah.

cikyuyu said...

RARA.
Al-fatihah untuk arwah abah ya..
uu doakan aarwah abah ditempatkan dalam org-org yang beriman..
uu pernah rasa mcm yg rara rase..
walaupun uu hanya kehilangan abang uu 22 org sekali pada tahun yg sama..
rasa sayu sgt2!
walauapapun.. KITA mesti tabah menghadapi kehidupan ini dengan seadanya..


UU tetap bersama RARA
walaupun kita hanya di alam maya ini..

shirarara said...

thanks uu && sara
yes yesss
rara akan tetap tabah menghadapi
semua ujian dr Allah SWT :)

shirarara said...

vujie, adik pergi sakit apa? T_T

Fatyhah. said...

rara, be strong, jgn pernah jemu berdoa. arwah sentiasa rindukan doa anak2 nya yang soleh dan solehah :)

shirarara said...

ye adek manes T_T
rara tahu itu. rara btl2 sadis skrg.
rinduuu nak beraya bersama arwah T_T
kenape Allah tak amik nyawa kakak,
kenapa amik nyawa abah ? T_T *terkedu

_tuLanG.iKaN.kEwL_ said...

tak rara..dia x sakit..
lemas tym mandi laut kat skul..
:(
sgt mengejutkan..

penanya (?) said...

rara yang comel~
daddy u sgt hero..
al-fatihah~

Nabila23 said...

hye kak rara,hurm jgnlah cdey2,nanti x cun lagi hehe.hurm saye powm ade gak pngalaman yg watkan hati nie dlara krnduan thp maksima:tingat arwah atuk yg pergi mase saye darjah 3,dlm blan pose,3 hari nak raya,(no.3 ade makna)saye rapat sgt ngan atuk,sgguh trasa akan kehilangannya,tpi nk wat cane Tuhan lbih sygkan....kita x leh wat pape,[redha je]arwah prgi sebab jatuh blik air waktu banjir,mase subuh(nak amik air smbahyang),jd kalu nak raya jerh Tuhan aje yg tau prasaan anak2 n cucu2 nye...

p/s:kak rara jgn cdey,Allah still ade ngan kite,ahli famili lain pown ade,n lg penting kawan2 skeliling akak still lg ngan akak...[kalu tak blog akak nie x dpt smbutan lorh..hehe]sekian..salam

shirarara said...

nabila, blog kak rara ni ade sambutan ke yamm?
hee :D terima kasih ats nasihat itu
akan ku jdkan pedoman hingga akhir hayat
wakaka :D
*gelak terbahak2 , pastu nangis T.T

penanya, yess daddy i memang sgt HERO :)

Jainab said...

:(( sedih..

Farha said...

rara.
i menangis baca post u nie. ;(
kuatkn semangat. selamat hari raya

al fatihah.
and nk puji sikit. cantek la blog u..

shirarara said...

farha, sangat2 berterima kasih

hee malu lah sebab u puji blog i santek
blog u menawan. aww :)

dakC0Mot said...

be strong Rara...xmo sesedey....
i rs cm nk nanes gak..hukhukk...
x mo sesedyyyyyyy......=))