Monday, January 5, 2009

Maron

BHAHA. Sorry, tadi blog ni private. Ingatkan nak tukar ke modern layout. Tapi nampak gayanya kena lah pakai classic jugak. Dah try buat tapi hasilnya lebih kurang cam si pelajar ini. HAHA sian dia. I mensibuk send text dia tanya pakai modern layout yang mana :P HAHA maaf ganggu pelajar tersebut yang sedang mencari jadual :D Semasa sedang tensi menggodeh segala jenis coding, Mama mengajak ke kedai untuk membeli tudung dan kasut sekolah adik. Oh. Rara cuma mendrive ke sana tetapi hanya tunggu di dalam kereta. Ya, kerana kemalasan untuk berjalan berlenggang kangkung :P Baiklah, Rara duduk diam diam di dalam kereta sambil mendengar lagu dan menyanyi terpekik terlolong seperti keluarga jiran depan rumah. Eh. Betul. Mereka sangat suka berkaraoke sehingga menganggu waktu tidur Rara. Macam nak pecah gegendang telinga. Bukan jiran di depan rumah saja. Tapi ramai lagi jiran jiran begitu. Haih, sila lah masuk ujibakat AF kalau nak sangat menjadi penyanyi! Atau sila ke karaoke jamban kalau nak menyanyi secara kuat. Pulak tu, lagu yang sering dinyanyikan adalah Cinta Tiga Segi. KAH KAH. Wahai Abang yang tak cukup handsome, janganlah frust sampai sebegitu rupa. Haih.

Ohh. Berbalik kisah tadi. Rara mentunggu Mama di dalam kereta. Ya, kereta itulah. Hanya Wira Aeroback saja. Kihkih. Lepas Mama sudah siap membeli semua barang, Mama mengajak ke sekolah adik. Jenuh lah Rara mentunggu sekali lagi di dalam kereta sambil menyanyi lagi sorang sorang dan sambil jugak mentangkap gambar secara bersyok sendiri :P Dan inilah hasil yang muktamad.




KAH KAH. Ya, Rara memang suka membuat pelbagai mimik muka dan mengsnap snap pic. HAHA. Ala, kauorang jangan nak tipu lahhh! Kauorang pun memang suka buat begini kan? Tak kira ada orang atau tidak, kauorang mesti senyum sorang sorang lepastu snap snap kan. Hek eleh. Tak nak mengaku pulak. Sudah lah kalau begitu. Memang mentangkap gambar versi syok sendiri ni hebat sangat. Sebab kita tak perlu ego nak buat buat muka ayu menggoda macam budak budak yang baru nak up then register myspace. Kih kih.

Eh bersentuhan pulak cerita myspace. Bila bukak myspace je, ada friend request. Ada muka muka blogger, ada muka muka kawan sekolah dulu, ada muka muka kawan college dulu.. Eh! Tiba tiba ada muka yang tak dikenali. Oh. Nak berkenalan, mungkin! HAHA Rara bukan seorang yang suka menggaprove tanpa sebab. Ya, kalau tak percaya, sila mencuba add sekarang :P Oh ya, si pengrequest yang tak dikenali tadi. Rara tak approve. Tapi profile beliau tidak di privatekan, jadi Rara mentengok lah gambar. Mulanya kemalasan jugak, sebab mentengok default pic saja sudah meloyakan. Mana tak nya, gambar di snap dari atas, mata terbeliak, tangan nampak sangat snap sendiri (kot ye pun, cover la tangan tu minah oi) HAHA lepastu mulut muncung muncung macam mintak cium. Tak salah lah nak bergambar ala ala model gitu. Suka hati kau lah. Tapi jangan lah tayang buah dada yang tak berapa nak besar tu. Pakai seksi konon nanti ramailah jejaka nak add? Mereka bukan nak add kau, mereka nak add buah dada itu saja :P Kihkih. Kelakar lah. Lepastu mula lah kat profile buat ayat yang nampak sangat budak baru nak up. "Rempit rempit jangan add ako. Ako tak shukerw! Budark budget hot pewgy mampos, ako tak hewan!" Tak sesuai langsung kau nak tulis macamtu kat profile kau. Sebab apa? Sebab dari gaya picture kau semua, hanya rempit rempit saja yang layak bersama kau :P Plus plussssss, rasanya kau kot yang budget hot sangat? BHAHA memang lah kelakar.

Eh sudahlah tu Rara. Nanti bercerita pasal myspace saja, sampai tiga tahun belum tentu habis kisahnya. Sekarang Rara sedang makan buah berangan (Chestnut) anda semua tahu ke? Dan pernah makan? Oh sedap! :D

17 comments:

Anonymous said...

i keriyes.. u tade gigi ke rarakus? tak pernah neok pic u yang ada gigi. kahkah. sama macam ynn pelajar cemerlang. hehe

pasal myspace tu, next time u better jgn komen kat blog la kalau u tak kenal org tu. u simpan dlm hati je kutukan u

mana tau pompuan tu terjumpa blog u n dia terasa yg amat ke. hehe. kalau boleh, try elak cakap psl seseorg dlm blog. i cakap je. langkah2 berjaga. hehe

Shira said...

HAHA. ada la , ada la. betul ni! ada la pic i nampak gigi. ehee :P i jarang sikit snap pic nampak gigi. agak kemaluan lh nampak gigi. mentayang gigi mcm iklan fresh and white pulak! :D

BHAHA budak tu kalau jumpa pun, dia bukan tahu dia siapa. ramai la yang add i tapi tak approve sebab i dah make sure orang tu bukan blogger atau kawan yang dikenali :P

kalau betul dia terjumpa blog i and dia terasa yang amat, okay apa? at least dia boleh sedar sikit BHAHA :P mana tau kot lepastu takda la pic dia tayang bra baru beli (seyes ni) dalam album picture dia ada gambar dia pakai bra saja, pastu caption "my new bra, scarlet jerw" BHAHA

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

aish~ x baik la kutuk org dlm blog :)) tp kakn0i pon buat gak..HAHA.. mengutuk hozmet sdiri pengotor dlm blog..akhirnya dia tlh mbuang sampah smlm..~ erk sampah tu da brp ari tah, 1 week gak la.. xpe la janji dia da buang.YAY! skrg dia tgh sebok mengisi sampah yg baru, tgk la brp lama dia nak perap lak pasni :D
tak kesah la~takde kena mengena ngn akak pon

ermm~ tetiba lak melalut ni..aish..
arini nak tdo awal :D
esok DEADLINE~! huwaaaaaaa! esok confirm separuh mati dpn lappy *hmmm*

Aisyah Sinclair said...

hahaha rara! klu bercerita pasal myspace... ada2 saje kutukan "membina".

LOL. XD

Alya said...

HAHA =D
Cuba try mentengok gmbr no keempatan.
Sekali pndg, macam muka KakIzah aka CikChokilala pun ada.
NGeee~~

Shira said...

kaknoiiiiii :P

KAHKAH memang lh tabaik. tp bukan ke kat blog kita sendiri lh kita nak kutuk dan sukahati kita nak taip ape, betul tak? BHAHA. takda lah. bukannya teruk sangat pun. cuma geram lh. kalau tanak kena kutuk, jangan add rara, senang je :PP

HAHA dah buang ke smpah tu? takpa takpaaa, kita tgk dia brubah ke tak bab membuang sampah tu :DD

esok deadline? HIKK. semoga success kaknoi

Shira said...

Aisyah Sinclair.

HAHA heyyy! long time no chat with you lah sygg! :P rindu tahu. HAHA lol. takpaaaa, kutukan sikit je :P yang betul, bukan tipu tipuuuu

Shira said...

Alya Chan!~

LOL. mana sama. tak sama langsung. kak rara lagi comel kot? KAH KAH *cik cukis takda kan kan kan? :P

lariiiiiiiiiiiiiiii

chepsmore said...

hahaha.satu soalan?
kenapa entry ni kosong??
u know what i mean right?:D

Shira said...

HAHA pasal takda pixel kan?
tetiba i merasa rimas dengan kewujudan pixel pixel :P
hikk. tp okay kan?
tak semak semak kan?

chepsmore said...

bagus.u da jd ladies.no more girlish:)

Shira said...

BHAHA ladies? girlish? lol.
ada ke begitu? hik
pasal pixel pun menunjukkan girlish/ladies kah?
i mmg nak menjadi ladies amat ni :P
pakai tumit tinggi selalu KAHKAH

Admin said...

haha. kasi la id profile tu. meh ak tlg add diorg. sian die

Shira said...

BHAHA takda masa aku nak bagi id profile dorang
kalau kau nak, cari lh sndiri kt myspace, bukan sorang dua, belambak lambak ada :P

chepsmore said...

haha,perspektif i untuk mereka yg ada my space ni ada satu je.org tu sexy.tak tau la knapa..

Shira said...

cheps, yup! i suatu ketika dulu jugak pernah menseksikan diri di myspace. LOL. tapi i takda kesah la, sebab i takpernah add orang! :DD orang je add i. macam budak tu, seboleh boleh menge-add orang ramai :P HAHA

Anonymous said...

nk kena saman ni