Saturday, August 22, 2009

Luahan hati



Eceh. Tajuk emosional.

Alhamdulillah, baru sekejap tadi, seluruh umat Islam sudah
pun berbuka puasa. Syukur pada tahun ini masih berbuka
bersama Mama adik. Berharap pada tahun-tahun akan datang
juga akan berpeluang berbuka bersama keluarga tersayang
.
I masih ingat, suatu ketika dahulu I pernah menangis kerana
memikirkan keluarga yang makin berkurang. Mula-mula kakak
pertama keluar dari rumah, mengikut suami. Kedua, arwah Abah
meninggal. Dua kerusi kekosongan di meja makan. Selepas itu, Mama
memilih untuk berpindah ke Johor, Angah pula bekerja di Kuala
Lumpur. Ada tiga buah kerusi pula yang kekurangan Sunyi.
Tapi apakan daya, memang itulah yang akan dilalui oleh semua
manusia walaupun ada di antaranya masih jauh lagi ke tahap itu.
I rindu nak berebut tempat duduk dengan Angah Kadang-kadang
muka Angah masam sebab I dapat duduk di sebelah Abah I rindu
menunggu kepulangan Abah dari tempat kerja ikut ke bazaar
Ramadhan. Masa itu I belum pandai drive lagi T_T Oh, rindunya

GPS-1

Semalam, I plan dengan Nurull untuk berjumpa memandangkan
beliau melawat saudara beliau yang duduk dekat area rumah I.
Nurull memberi alamat rumah pak cik beliau di Jalan Nusaria
6/8, Taman Gelang Emas
Tapi malangnya, I langsung tidak
pernah dengar nama Taman atau nama jalan tersebut. Sumpah
tak pernah dengar langsung. I cuba cari through GPS, masih lagi
hampa. Satelit GPS juga tidak dapat mengesan tempat tersebut.

GPS-2

Puas juga I tekan GPS cari dekat mana Jalan Nusaria.
Memang sangat menghampakan Tak ada langsung dalam list
GPS Tak apa, mungkin tak ada rezeki nak berjumpa dengan
Nurull. Next time lah, InsyaAllah



after berbuka

Ini kawasan rumah I after berbuka puasa tadi. Sambil
bertwitter, I capture gambar Keadaan masih sunyi,
maklumlah orang semua sedang menikmati waktu berbuka :')
Esok sahur makan apa pula Hihi. I dah simpan ayam sambal
yang Mama masak untuk menu sahur nanti. Favourite.

Jumpa lagi kesayangan I semua. Babai

18 comments:

Khalisa Zulkarnain said...

Dont be sad ok Kak Rara..
Lisa pon rasa kehilangan masa dua-dua akak Lisa masuk U..
huhu..
Nway,take care ok.

Shira said...

Lisa (^∀`)ノ

Thankyou Lisa . Lisa pun take care ye . Sedih kan bila makin lama ahli keluarga makin kurang T_T

Liyana Lunia said...

sygg jgn sedih sedih. biasa la lumrah manusia, makin lama makin bekurangan +____+ mcm i, dlu kiteorg bertujuh, skrg berenam. nsib baik dh tambah dua org(tunang abg n akk i) tp nnt kalau dh kawin, dorg akan tngglkn kite jgk.

yg ptng kenangan bersama tu sntiasa di kenang kn? :) sygggg u lepasni bertambah lg la fmily mama u dgn adanya syf busuk bacin tu HAHAHA

Shira said...

Ynn (^∀`)ノ

i lagi sedih bila fikir nanti i dah kahwin , mama tinggal dengan adik , berdua . yaAllah .. lemahnya hati i sekarang ni .

Mieya said...

Kakrara,jgnla sedih sedih.
Normal lah semua tu.
Walaupun dorang jauh ke hape,yg penting dorang selalu dalam hati kita kan syg :)

lizz said...

yeah..hidup macam ni lah Rara..macam i pun dulu, 6 years ago lah..my dad tinggalkan i. 1 kerusi kosong. Lepastu, my bro pulak further study kat Uk, then tinggal lah i , mak n adik.

abang yg lagi 2 org dah kawen n stay rumah lain..macam ntah apa2 aje bile makan 3 org aje mule2.hahaha

tapi,its about time dear..makin kita membesar, makin kita faham apa itu hidup. u akan jadi someone yang lebih kuat and matang.

tak ada ayah tak bermaksud kita sedey sepanjang masa. pergi kan cuma di alam dunia saja, dalam hati kite tetap ada ayah :)

Shira said...

Mieya (^∀`)ノ

Thankyou yang sebab selalu ada disisi kak rara everytime kakrara sedih . kakrara risaukan mama . what happen if im married ?

Shira said...

Lizz (^∀`)ノ

I boleh terima semua ni , I redha , ini lah kehidupan i , yang perlu i tempuh walaupun pahit i rasa . i cuma rasa sedih since kita dah start bulan puasa ni , terasa kehilangan tu perit sangat . kita sama-sama dah kehilangan ayah kan , tapi bagi i , ayah i selalu ada cuma tak nampak . dalam hati kita , tak siapa tahu betapa rindunya kita dekat arwah Abah kan ? btw , thankyou Lizz :') Thankyou sebab comment u buat i tenang sangat .

Mieya said...

Adik kakrara kan ada syg,boleh tlg jaga and tgk² kan mama.
Plus bila kakrara free boleh balik tengok and jumpa mama kan?
Life must go on my dear sis.
InsyaAllah DIA akan jaga mama and takkan jadi apa²,insyaAllah.
Yg penting,kita kena selalu doa supaya semuanya selamat.

Dah,jgn risau sgt ok.

Shira said...

Mieya (^∀`)ノ

Yelah , kesian dekat Mama sebab adik still kecik lagi , degil pulak tu , nanti mama ada prob nak cerita dekat sapa kan ? erm . insyaAllah dear , kakrara akan selalu balik untuk melawat mama . tak akan abaikan mama selagi mama masih ada . thankyou yang .

MIRA said...

tabahkan idup ya :)

.Cik Nana. said...

jgn sesedih ek kak rara..
always look at the bright side..ade hikmah sume..:D
cheers taw!!
slmt mnymbut the month of blessings,Ramadhan Al Kareem..~
emm.
GPS ek?haha..baru taw..de blaja dlm topic 3 tuk subject ICT..
pening pale nak paham maksud..
thanx kak rara..mahal x benda tu??

Shira said...

MIRA (^∀`)ノ

i will , dear :)

Shira said...

Nana (^∀`)ノ

yup , kakrara percaya pada takdir Allah SWT . selamat bulan Ramadhan juga , dear . tammo ponteng tau . wah gps pun ada belajar eh dekat UIA ? smartnya . tak mahal sangat lah , berbaloi dengan kegunaan dia . just around RM700 macam tu :)

Fatihah N. said...

Selamat Bersahur..
Selamat Berpuasa..
Selamat Beraya (eh ini lmbt lg)

M E Z said...

Kak Rara seorang yang tabah..
:)

Shira said...

Fatihah (^∀`)ノ

Selamat juga buat Fatihah . Jangan nakal tau bulan puasa niiii .

Jangan ah wish je selamat hari raya tapi tangan kosong T_____________T

Shira said...

MeZ (^∀`)ノ

menghadapi ujian dari Allah SWT memang kena tabah dan itulah yang menginsafkan kita .