Monday, August 31, 2009

Merdeka zaman sekolah



Dulu masa zaman persekolahan, semangat kemerdekaan mula
menggila bila bulan Ogos bermula. Sekolah rendah lagi lah tak blah.
Pergi audition nyanyian dekat bilik muzik jumpa Cikgu Kamaruddin
dengan tujuan nak masuk acara nyanyian masa konsert merdeka dekat
sekolah. Masa darjah empat
. Berkawan baik dengan Nor Shamila Shahadan
yang masa itu penyanyi terbaik dekat sekolah. Shamila mengajak I
untuk berduet dengan beliau pada acara tersebut. Sedih gila sebab
masa audition itu I demam Suara menjadi tidak begitu baik
Kemasukan I ditolak gara-gara demam yang berlanjutan. Kecewa I.
( Tapi memang ah. Suara I bukannya merdu pun )
Sepatutnya I menyanyi lagu "Bonda senyum riangggg, menerimaaa
bahtera merdeka.. tanah semenanjung, tanah semenanjung.. permata nilam.."
Lagu itu I hafal lirik sampai sekarang Betul. Okay kalau tak percaya
nanti kita jumpa dekat mana-mana, I boleh nyanyikan. Haha.


Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa, sekolah rendah I :')

Selain itu, masa itulah cikgu kasi kertas lagu-lagu patriotik.
Dekat dalam bilik ( mesti seorang ) akan menyanyi lagu tersebut
sambil menggunakan microphone berbentuk sikat rambut Cewah.
Kononnya lah I perasan I di atas pentas dekat dewan sekolah, sambil
berdiri atas kerusi belajar, kadang-kadang naik terus atas katil
.
I ingat lagi. I pernah juga terkantoi beberapa kali dengan arwah Abah
sebab menyanyi macam orang gila siap practice cakap

"Para hadirin sekalian. Saya bla bla bla ( nama penuh ) dari kelas 4 Harapan
akan menyanyikan lagu Bahtera Merdeka"



Haha sumpah sedih gila sampai kena buat macam itu lepaskan perasaan
yang tak boleh masuk pertandingan sebab demam. Betul. I sedihhhh.

Bila dekat sekolah menengah, I dah menjadi malu nak menyanyi
depan khalayak orang ramai. I bertukar kedudukan dari menjadi
penyanyi kepada penghias pentas. I tell you, I rajin tolong cikgu
pendidikan seni ( Puan Aishah ) pergi hias pentas. Gunting huruf,
tampal. Lepas itu mewarna sepanduk. Semua itu I suka
. Tahu kenapa
Masa itulah I boleh melarikan diri daripada subject class yang I benci
I suruh lah kawan yang class lain tu panggil I dekat class lepas itu
dia akan cakap dengan cikgu dekat depan itu

"Assalamualaikum Puan NSJYRY ( nama dirahsiakan, nanti dia google habis ah dia tahu I tak suka subject dia ). Puan Aishah panggil RARA
( bukan nama popular ) untuk projek hias pentas"

HAHAHAHA I memang selalu buat macam itu. Selalu gila tahu tak
Okay lepas itu masa acara konsert merdeka sekolah menengah,
I dah pandai malas pergi sekolah dengan bagi alasan dekat Mama

"Malas nak sekolah. Sakit perut. Lagipun ada konsert merdeka, bukannya belajar pun. Buang masa" Ngehngeh (-_-")

Cukup dah I kantoikan diri sendiri tentang masa lampau. Babai

HAPPY BIRTHDAY 52 MALAYSIA

13 comments:

nurull_mrs21 said...

hahaha..rara..i rse laa kn~

cerita zaman sekolah kite lbh kurng je sbb kite kn sme taun..

tp2..i dpt menyanyi laa..n xde laa menghias pentas

:P

Rara said...

Nurull

haha comel kan masa kecikkkkk :P i tak dapat menyanyi tapi dapat hias pentas and dapat jadi ahli tarian aerobic atas pentas . fuhh syokkkkkk =D

Precious said...

Uh ... suker suker! First time I tengok ruang komen dibuat drp rumah. Hiks! Kreatip! Rumah tu terjelir2 lagi. Haku tak suker guna shoutbox, sebab tu haku tak letak kat blog haku. I appreciate org komen bwh posting. Thanks for your comment.
U ni kat skolah aktif yer ...

Ynn. said...

ahaha i dlu kalau ada mcm event apa tah mst kene nyanyi. kalau tak pun menari lah, lepastu femes gila naik form1 trus hilang popularity T______________T

tp comel gilaaa sbb i pn ada nyanyi satu lagu ni secara koir i jd lead haha. lepastu masa kene nyanyi tu i xda suara. sedih :(

Rara said...

Precious

hihi . welcome to candyfloss . eceh . i tak adalah aktif sangat tapi i boleh lah juga dikira aktif kot sebab i suka join benda-benda yang melibatkan populariti dekat sekolah . jadi kepompom girl pon i pernah masa sekolah rendah . kihkih

Rara said...

Ynn

wah u pun aktif jugak eh ? hihik . i paling ingat i menari atas pentas masa form five , aerobic dance , lagu HEY MICKEY . haha lepastu superstar . rancak gila . padahal dah besar tapi enjoy . eeii rindunyaaaaa !

nurull said...

sbb tu i lebih suke ms zmn sekolah..mmg syiokk abes ah..

even da besa mse form 6 pon..ade ke kesah?pedulik laa..

pompom girl pon penah mse sekolah rendah..sekolah menengah malu..kahkah

Rara said...

nurull

i suka aktif dekat sekolah tapi pada hari biasa lah . kalau ada koko hari sabtu ke , jangan harap i pergi walaupun penting . HAHA ;P sekolah menengah aktif ada sebab kan ? sebab nak rapat dengan cikgu = dapat markah lebih . kihkih

♥chentaMAYA™ said...

rara!
kamu mengigatkan sy ttg kecik2 dlu!
hee~

Rara said...

chentamaya

hihi . zaman kecil-kecil dulu paling best ; TAK ADA MASALAH ;P

Lisa said...

Hee.
Best kan masa sekolah?Isk..

Tapi sekolah rendah lah paliiinnggg best..

Rara said...

Lisa

Kakrara suka both of rendah and menengah . sekolah menengah sedikit popular . wkakaka

Lisa said...

Sekolah rndah mmg ah Lisa bebas .
Tapi skola menengah ni dah masuk skola agama.

So,mcm takbyk aktiviti.
Sek rendah lg full aktiviti !!