Tuesday, August 4, 2009

Precious Moment



Semalam tak sempat nak update blog Bila tengok dashboard je,
mesti tak jadi nak update. Ini mungkin lah entri Hello Kitty yang
di shopping di Singapore hari tu yang terakhir. Eh. Bukan. Nanti ada
lagi. After I kembali dari Singapore nanti. Eh, ataupun semasa I di
Singapore Kali ni I bawak laptop Rumah Mak Mah ada wireless.
InsyaAllah boleh online. Harap-harap tak boringlah. I akan shopping
sebaik sahaja sampai di Ang Mo Kio Interchange. Since semalam,
I dah terima beberapa email untuk minta tolong I belikan item yang
diaorang berkenan. I akan balik pada hari Selasa nanti so I akan pos
semua item tersebut pada hari Rabu.

Hello Kitty Passport Cover

This is Hello Kitty passport cover. Berharga $2 sahaja. Puas cari
dekat merata tempat but at last jumpa jugak dekat Ang Mo Kio
Interchange ( Again ). Err, I'm in love with that place I dengan
adik of course lah pilih Hello Kitty design but our mom decided to choose..

Precious Moment passport cover

Precious Moment passport cover. Pilihan Mama memang selalu
tepat. Sesuailah dengan Mama yang comel memilih passport
cover berciri comel jugak I've found this passport cover at
Precious Moment's shop and the price is around $3. Nasib baik
tak beli. Kalau tak, mesti rasa rugi walaupun bezanya cuma $1.
Eh hello hello. $1 means RM2.40 tau. Boleh dapat biscuit sedap
yang dibeli semasa shopping di Perling Mall tempoh hari tau.

Hello Kitty pen1

I dah collect banyak jugak Hello Kitty pen. Macam-macam
corak yang semua pun sangat interesting. Benda interesting
macam ni tak rugi kalau beli banyak-banyak
. Very unique. Setiap
kali pergi post office send parcel, I mesti guna one of my pen
collection. Lepas tu nanti mesti ada orang tengok je masa I menulis
details dekat form tu First time I guna pen ice-cream I dulu tu,
kakak dekat counter tu tegur "Eh, pen ke tu Comelnya "

Bahagian belakang

Warna putih bahagian belakang pen ni adalah tempat on/off
pen. Kalau tolak ke atas, kaki Hello Kitty akan menyorok tau,
macam dalam gambar dekat atas tu kalau tolak ke bawah balik,
kaki Hello Kitty akan terkeluar macamni

Hello Kitty pen1-2

Harga pen ni $3.90 only. I beli Hello Kitty item memang tak
mahal tau Nanti dah sampai Singapore, I borong lagi apa yang cute
okay Tapi lepas ni I dah tak tahu bila akan pergi Singapore
lagi. Harap-harap semua urusan dekat sana boleh settle terus
Malas dah nak pergi banyak kali. I really miss my grandmom yang
dah dua minggu dekat rumah uncle.

Cek Pertama Nuffnang

I dah dapat cek nuffnang tau tadi. Belum mandi dah pergi
tengok letterbox tau. Alhamdulillah sangat sebab berblogging
tak menjadi sia-sia. I start collect this RM100.69 since Januari.
Cashout on 29th June now my current earning is RM54.14.

Tata everyone

22 comments:

Liyana Lunia said...

entry kali ini berciri sngt comel bila ada gabungan manglish di situ

hihi comel hoi comel hoi kenape kah i jenis takde perasaan sgt dengan bende2 cute hah?

*nnges separuh baldi

i sebenarnye berknan dgn owner belog ni lah, kalau i beli dia, berape hantarannya? eceh :P

Shira said...

Yiyin Tiptop ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Hahahahahahha I tak terror dalam english tapi ingin mencuba lah . Dulu masa college dulu selalu jugak berspeaking tapi macam dah lama tak speaking jadi macam gila kekok =.="

Tak ada perasaan dengan benda cute ? Sampai hati u tau . Benda cute semua berperasaan terhadap u . Kah kah kah kah kah kah . Habis lah baldi tempat i muntah u dah letak airmata u ! :S

Ecececeh . Owner blog mana bolehhhhhhhh . Dia murah je sebab dia kan hitammmmmm ! :P

Cujie said...

haih nak termuntah rasanya... tengok kepala hello kitty...

ni soklan bonus ni... pernah ke mimpi kawen ateh pelamin HK... bilik panten ada hello kitty giler gempak nusa perintis...

Shira said...

My Lovely Sister ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Eleh . Cemburu kan ? Bluek . Erk . Tak pernah mimpi pun =.=" Kakak nak support tak ? Haha

Liyana Lunia said...

hoiii bru perasan dh ada check wah2 u ni sje tauuuu die cubit kang +_____________________________+


ehem2 jeles nyeee i blum lg cashout, u dh bole cashout utk kali kedua hihi

Mieya said...

Nanti lepas balik dr s'pore update secara banyak tau.
Mieya semacam dah jatuh hati dekat benda² yg cute :)

Shira said...

Yiyin Tiptop ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Haha i malas buat entri baru semata-mata nak cerita pasal cek . Baik i post sekali dekat sini saja . Tak apa lah , at least u dah boleh cashout kan ? Mana tahu end of this month dah ada RM100 ?

Shira said...

Mieya Lilly Sis ! ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Ahaa okay dear . Itu kemestian lah tau . Tunggu je nanti . KakRara nak kasi Mieya jealous secara tebal . Hihikk

Mieya said...

Jealous secara tebal?
Isk tak boleh jadi ni.
Kena pasang pagar secara tebal supaya boleh tepis jealous tu so takde lah jealous secara tebal.
Wekk :P

Shira said...

Mieya Lilly Sis ! ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Haha . Mana boleh . Sebab nanti Mieya akan jealous secara tebal jugak . Trust me bluek :P

Neyra Shazeyra said...

bestttnya! hahahaha nak hadiah beday! da kaya dapat cek tuh. ahahha

Shira said...

Eyra Baybeh ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Eceh . Birthday u dah lepas baru nak mintak , mana bolehhhhhhh =.=

Neyra Shazeyra said...

ala...camtuh ke? rugi ta mntak awal ;'(

Shira said...

Eyra Baybeh ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Buat sistem barter lah eh ? I kasi u present birthday , nanti 10 Sept u pulak kasi i present birthday . Haha boleh gitu ? ^______________^

Neyra Shazeyra said...

i mmg ske pos2 ni. xcaya tnya ujieeee. hihihi

Call me, Eyka said...

rara , i nk twu psl nuffnang. leh u explain x kt i.. ? itu pown law u sudi...

Shira said...

Eyra Baybeh ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Eheh . Ok . Nanti i tengok item dekat Singapore lah okay ? I malas nak beli dekat sini Y______Y

Qib said...

best nye rara, asek boleh je lepas kaki ke singapore..
shopping33.

dengki siket

Shira said...

PinQib ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Hehe . Tak adalah best sangat . Tempat shopping je best . Haha . Dekat sana macam terkongkong , tak bebas T_______________T

Hidayah said...

Kak Rara ,

Ada email request . Reply eh ?

M E Z said...

Halo Kak Rara.. MeZ ada jumpa banyak barang Hello Kitty dekat kedai S&J di Jusco,Seberang Prai.. Yang palng MeZ tertarik kalkulatur Hello Kitty.. Comel.. pink lak tu..

Anis Solihin said...

salam..