Thursday, September 17, 2009

Cis, perempuan annoying



baiklah, baiklah T_______T perempuan juga tak perfect.



haha apa pasal tiba-tiba ni ? baiklah , entri sebelum ini i cakap pasal lelaki yang annoying bagi i. sekarang ini i buat entri tentang perempuan yang annoying pada pandangan lelaki. actually benda ni i dah buat survey dulu, bukan berdasarkan pengalaman ya, itu dah lain macam dah haha.

• cepat merajuk
sikit sikit nak merajuk. dah lah susah nak pujuk, kena mintak maaf banyak kali baru nak maafkan, konon nak tunjuk perasaan. lelaki ni cepat bosan jugak, kalau asyik nak layan karenah engkau seorang, susahlah. lambat message, tak jawab call dah fikir bukan-bukan. dah merajuk macam apa entah. lepas tu menangis sorang-sorang padahal boyfriend engkau dah banyak kali pesan jangan menangis (weh i terasa gila sebab benda ni i sendiri punya perangai)

• suka menipu
point yang ni tak kira lelaki atau perempuan lah kan. bukan setakat lelaki, perempuan pun ada yang suka menipu jugak. cakap nak pergi klinik sebab demam padahal pergi jumpa kawan lelaki lain. atau cakap nak keluar dengan kawan perempuan padahal antaranya ada jugak lelaki T_______________T perempuan selalu salahkan lelaki bila lelaki terkantoi menipu dia, padahal dia pun sama je. point ni sumpah i tak terasa apa-apa sebab i tak pernah tipu muhammad syafi ya, jangan pandai-pandai kang i sembelih you all buat lauk hari raya.


• terlalu sensitif
bila lelaki dah anggap perempuan tersebut adalah sebagai teman hidup, cara bergurau dia sedikit kasar, bagi lelaki gurauan itu untuk menjalinkan kemesraan dengan perempuan kesayangannya. tapi perempuan selalu cepat sentap dan sensitif sangat. contohnya lelaki tu cakap "eh comelnya anak nyonya yang jual rambut palsu ni" dan perempuan mula lah akan cakap "pergilah. pergilah mintak nombor telefon dia" dari situ mula lah nak badmood habis tak jadi dating yang katanya nak pergi makan satay kambing bersama. habis hancur semua plan disebabkan perempuan dah masam muka macam jiran sebelah hilang spender dekat ampaian :(

• selebet
hahahahahaha kalau lelaki selekeh, perempuan selebet pula ? bagaimana ye perkara ini ? i sendiri pun selebet benaran ni. okay macam ni lah, biasalah kalau keluar dating, lelaki yang ajak kot. kalau nak pergi taman ke dinner ke atau apa-apa acara, bagitahulah perempuan tersayang dengan awal. plan nak pakai baju apa supaya engkau tak malu dengan penampilan dia. kalau engkau rasa baju dia semuanya dah lusuh, dah buruk, apakata engkau pergi bawak girlfriend engkau tu ke klcc dan belikan dia seluar baju dekat zara boutique dan kasut dekat vincci pon jadilah. haha. perempuan pun satu, jagalah penampilan tu. ikut kesesuaian. kalau nak pergi jumpa ahli keluarga lelaki atau saudara mara, cubalah hias diri, pakai make up ala kadar pun jadi lah. at least lelaki tu tak lah malu nak kenalkan girlfriend dia dekat umum.

• gedik
hihi. ada lelaki suka perempuan gedik, ada lelaki benci. tapi rasanya gedik yang dimaksudkan adalah sedikit manja macam i, jangan terlampau gedik sampai bakal emak mertua rasa annoying pulak kang terus dia tak ingin masuk meminang pulak T______T

• pisau cukur
ya Allah, serius point yang ini agak memalukan. ewah ewah, mentang-mentang boyfriend engkau itu berduit sikit, ada je benda yang engkau minta. mulalah kata handphone engkau rosak lah, stokin terkoyak lah, tercukur bulu kening dan minta lelaki belikan bulu kening palsu (haha, i pun tak tahu ada ke tak bulu kening palsu :P) janganlah berperangai macam ni, kalau asyik ambil kesempatan dengan duit lelaki, tak akan tenang weh dekat akhirat nanti =_______=

• mudah terpengaruh
pantang rakan ajak pergi mana-mana, semua engkau nak ikut. pantang dengar rakan cakap clubbing dekat zouk best gila (padahal macam monyet menari dapat angpau), engkau pun nak cuba, apa lagi kalau masa itu engkau tengah selisih faham dengan boyfriend, laju gila engkau setuju pergi dengan rakan. pantang rakan cakap merokok boleh hilangkan stress, pantas je engkau pergi beli sekotak rokok dengan alasan nak belikan untuk kucing engkau.



• queen control
kuat sangat cemburu sampai terpaksa menjadikan seorang perempuan itu sebagai queen control. tapi jangan ah melampau sangat, ada batas. jangan sampai lelaki tu rasa rimas and tak boleh bernafas sudah lah. urgent nak pergi tesco beli sarung tangan untuk gardening pon engkau tak kasi, kesian lah dia. cuba kawal sikit T_________T (point ini i terasa, sedikit tak banyak)

• terlalu bergantung
sesetengah lelaki juga rimas bila girlfriend asyik nak melekat dengan dia. cepat jemu kot. ada perempuan, boyfriend pergi main futsal atau lepak dengan member pun nak ikut. lepas tu merungut-rungut suruh balik lah, panas lah, tak selesa lah. lelaki lebih suka perempuan yang pandai berdikari and tak terlalu bergantung pada dia. tapi ada jugak lelaki yang suka perempuan tu melekat dengan dia, kan ? so, apa kata survey ?

okay okay cukup rasanya setakat ini kalau ada extra idea atau pengalaman boleh kongsikan dekat comment dan akan diupdate dalam entri ni. semua ini tak ada kena mengena dengan sesiapa, biasalah lumrah kehidupan. i pun tak perfect, banyak lagi kekurangan i, belambak lagi dosa i. jangan terasa hati atau rasa tak selesa pulak ye. yang mana salah silap dalam diri, kita cuba perbetulkan. selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

13 comments:

Liyana Lunia said...

hihi perempuan lg annoying i tgk list u pn i mcm heh byk nyee kekurangan perempuan tsk T_____T

eh lg satu eh u tak sebut pasal kuat mengumpat & busybody :P

x-po said...

aku plg geram kt point no 2 tu..aku dh alaminya..sakitnya ati bila tau dia curang..sialan tul pmpn cmni..

Shira said...

Ynn

hihi banyakkkkk . ada banyak lagi tak tersenarai sebenarnya kan . well manusia memang ada kekurangan .

eh lelaki tak suka ke perempuan yang suka busybody and mengumpat ? betul ke yang ?

Shira said...

xpo

ada perempuan akan bagi alasan yang diaorang just kawan je , tapi bagi aku tu semua alasan kot . keluar dengan lelaki lain yang dianggap kawan padahal dah ada boyfriend . walaupun aku sebagai perempuan , aku pun benci perempuan type macam tu . itu perempuan perasan cantik namanya .

IZZ HAZWANI. said...

wahwah
sume point nih hampir sume mmg ade pade wani

HAHA
pompuan pon ta perfect daa
patut dulu kene tinggal
*aritu meninggalkan ex .
now , DITINGGALKAN ex

Shira said...

Wani

amboiiii budak kecik ni . hihi . kecik-kecik dah pandai eh . eceh :P

ditinggalkan ? fuhh . sakitnya .

Huda Luna said...

komen i dpt x?
tetibe jd komen-do



aiseh

Huda Luna said...

ok x dpt..


erm..

perempuan biase la tuh merajuk n sensitif..

sbb nk kn perhatian..

Anonymous said...

erm...pmpuan mang ann0ying...
sb to mmmmmuch c0mplicated lor...

anda prmpuan mcm mna? de ciri2 spt di ats?
hurmm...

Shira said...

Huda

dear , betul tu . itu lumrah lah kan . lain lah kalau perempuan tu ada orang lain ke apa , for sure dia tak akan merajuk dengan bf dia kan ? so kira perempuan merajuk ni comel kan ? haha i kuat gila merajuk tau :(

Shira said...

Bukan sindarela

hihi . saya dah bagitahu yang mana saya terasa tu ada lah . yang lain bukan ya , lebih lagi pisau cukur tu , eei mintak simpang :(

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Wah..sekarang blog dia cam ada tips tips bercinta je..ehehehe.. advance ek..ehehehe..:P

Rara..
nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin... KakNoi balik Tawau esok ni, doakan akan selamat sampai ye.. Minta maaf kalau akak pernah tersakitkan hati Rara.. =) mana le tau kalau ada tak sengaja..

Semoga kita semua sihat2 belaka di hari raya nanti.. wah!!

Take care. *Hugsssssss*

Luna Abdullah said...

rara, luna trase plak kat part cepat merajuk dan menangis tuh. selalu buat bnde tu kat bf luna. ade skali tu sampai dia ckp, "awak ni, jgn sampai saya tinggalkan awak sbb awak slalu mcm ni."

terus terdiam lepas tu. kakaka...