Wednesday, October 14, 2009

Ini kisah saya dengan emak



hai you guys. pernah nampak tak orang pakai tshirt ada tulis "saya sayang emak saya" hahahaha. i rasa nice. sebab dia cakap dia sayang emak dia. fine. i pun sayang mama. and you guys yang ada baju macam tu mesti emak you guys semua terharu kan? kalau i jadi emak you guys i akan menangis terharu. itupun kalau lah.

i sayang mama i. and kebanyakkan readers pun tahu i dah kehilangan seorang abah tiga tahun lepas. pejam celik pejam celik dah tiga tahun i tak dengar suara abah. tak dengar abah gelak. tak tengok muka abah merajuk. jangan risau. i boleh terima kenyataan. i tahu Allah SWT sayangkan arwah abah. al-fatihah. maknanya sekarang i cuma ada mama, ada kakak and ada adik. semua tu penting dalam hidup i. penting. yes. penting.



you guys masih ada emak and abah? hargailah. jangan lupa. satu hari nanti you guys mesti akan kehilangan mereka juga. i bukan doa. tapi serius. i dulu tak pernah terfikir yang i akan kehilangan arwah abah. but Allah SWT ambik nyawa arwah abah sekelip mata. padahal arwah abah tak pernah tunjuk sakit. tak pernah cakap dia sakit. tak pernah merungut sebab sakit. tak pernah. sekelip mata tiba-tiba arwah abah ada luekimia. ada darah beku dalam otak. tak sampai sebulan sakit, dah meninggal. again. Allah SWT lebih sayangkan arwah abah.

mama. mama yang terbaik dalam hidup i. you guys pun mesti cakap emak you guys yang terbaik. kan? ada yang nak cakap emak dia jahat? eh hello guys. jangan lupa awak tu keluar dari mana heh. kalau tak berpeluh emak awak tu. kalau tak mengerang kesakitan emak awak tu. awak ingat awak boleh ada dekat candyfloss baca entri ni sekarang ni? hahahahhahhahahhahekk.



mama i cantik. mama i comel. mama i sweet. mama i menarik. mama i sporting.



apa i nak. apa i teringin. semua dapat. semua mama bagi. semua mama beli. i merungut streamyx tak bagus. mama belikan maxis broadband. bayar bil internet untuk i setiap bulan. i merungut maxis broadband tak hebat. mama belikan celcom broadband. bayar juga bil internet untuk i setiap bulan. sekarang i merungut celcom broadband suka buat hal. tak ada coverage. coverage lambat. pun mama setuju bila i nak beralih ke p1. cuma belum tahu lagi. sebab i dengar p1 pun sama.

"nak tukar celcom broadband boleh? maxis ni connection slow sangat"
"berapa sebulan?"
"RM129"
"okay"

i meminati karakter kartun hello kitty. mama support. mama belikan hello kitty item. mama bagi duit untuk i shopping hello kitty. pergi singapore pun mama tanya mak mah dekat mana ada hello kitty shop. mama suggest dekat i, suruh beli laptop bag hello kitty. mama suka bila i bawak balik speaker hello kitty. malahan. mama belikan i hello kitty handphone berharga RM7++ untuk i. i love you mama :')

"ma, ma. cuba tengok handphone ni" -tunjuk dekat internet.
"berapa tu?"
"after convert dalam RM7++"
"dekat mana ada jual?"
"seller ni dekat singapore. tapi handphone tu kat china"
"cuba suruh abang ngah order kan. nanti mama bayar"

before pindah jb. i cakap dengan mama i nak ambik driving license. mama tak yakin. mama tak percaya. mama kata nanti habiskan duit mama je padahal nanti tak lulus. i anggap kata-kata sebagai cabaran. i pujuk mama. mama bagi duit. mama carikan school driving yang terbaik untuk i. supervisor dekat tempat kerja mama yang ajar i. sebab dia juga adalah driving teacher. i belajar. sampai i dapat license. ke mana-mana i bawa mama. sekarang i makin berani berdriving. tak macam dulu. takut-takut. itupun sebab mama yang membakar semangat i. sayang mama.

i masuk wad. mama temankan i dekat hospital seminggu. mama sanggup tidur tak lena =_______=

dua hari lepas. syafi kata dia makan nasi lemak lauk paru sambal. i teringin. i cakap dengan mama. semalam mama ajak pergi pasar malam. mama beli paru. hari ni mama masak lauk paru sambal. i tahu mama sayangkan i, malah lebih dari itu.



you guys tahu? i sayang mama i. i cinta mama i.

19 comments:

Cujie said...

mak sayang ko sorang je... erk!!!

weh mestilah sayang mak... giler ke hapa tak sayang... sekarang bila dah jadi dan merasa sendiri menjadi MAK... hebatnya jadi mak ni!!!

i love u mak...

Rara said...

Akak Cujinana

emak memang sayang aku je. heh. tak baiklah. emak sayang kita semua lah.

ada orang tak sayang emak dia. dia selalu benci emak dia. dia selalu salahkan emak dia sebab lahirkan dia. ada weh ada orang macam tu tau +________+

eleh tahu lah dah jadi emak. aku lagi best. jadi aunty. akak? akak belum jadi aunty kan? hahahahahhaha =D

Liyanaa. said...

syggg u sgt beruntung ada mama u, jaga mama baik² since tinggal u bertiga dekat jb ey yunk.

i pn sama, i rindu mama i, rindu nak begaduh dgn dia. hihi selalu kalau i minx apa² susah nak dpt, tp minx apak i laju je dapat, tapi takpa i tetap cinta mama i, i takesah pun walaupun kadang² i berebut kasih syg mama dgn akak n adik i takpa

yang penting i nak mama bahgia, ta payah buat keja rumah dah. biar i buat tak sabar sangat nak abis study, nk duduk rumah jaga mama :(

tsk T______________T tiba² rasa mcm nak luah isi hati HAHAHA

u ada mama u je, u jaga dia ey yunk. i syggggg u macam i sayang mama i ♥

Rara said...

Liyanaa

yes dear. since tinggal bertiga, rasa sunyi je rumah. thats why bila kakak-kakak balik and anak-anak buah balik i sanggup say byebye sekejap dekat belog :P hihi.

eh berebut kasih sayang? haha comel betul. but semua emak sayangkan anak dia pun fair kan. mama i ada enam anak. dua lagi oliey dengan kiki kah kah kah kah kah.

u rajin kan. u selalu tolong mama u. ya Allah bukakanlah pintu hati i ni supaya rajin tolong mama :'( HAHAHHAHAHAHAHHAA well i ni pemalas betul (-________-")

i jaga mama selagi i ada. i janji. btw, i pun sayang u macam i sayang mama i jugak and i sayang mama u jugakkkkkk rindu nak jumpa mama u mwah dekat mama u :-*

Kennee said...

Hi there... visited u again...Btw nanged ya post on innit and also clicked on ya ads oredi... ^^

dAyah said...

T___T
i love my emak too.
dulu masa darjah enam i selalu doa;

"ya allah, kau matikan lah aku sebelum kau ambil nyawa kedua orang tuaku."

sekarang allah dah dengar doa i kot T____T sebab tu i ada cancer. just like ur late beloved father.

sebab emak i la i kuat sampai sekarang. siang malam jaga i macam baby =p

pray for me eh kak rara =D

Rara said...

Dayah

i pun selalu doa macam tu tapi agaknya sebab Allah SWT tu nak tunjuk dekat i macamana rasanya kehilangan seseorang, i kehilangan arwah abah :'(

eh u got cancer? hesh :/ take care yang. jangan abaikan diri sendiri tau. i will prays for you dear.

nurull said...

:'( rindu ibu lah...iskkk
sejak raya ke7 xde balek2 umah lagi...

sape yg ta sayang mak dia..bukan insyaAllah lagi komfem xmsok syurga..bukan kate x msok!bau pon x!

rara..kim salam kat mama u eh :)

Rara said...

Nurull

dear janganlah sedih. ibu u kan hantar u untuk belajar :) hihi.

isk. ada la orang tak sayang mak dia. selalu je maki mak dia tau. i pernah baca tau. entri blogger tu tapi dah tak ingat sebab tak follow and bookmark pun. tapi kesian mak dia. dia kata dia benci mak dia sebab lahirkan dia.

okay dear. nanti i sampaikan salam u tau <3

sophie said...

jge mama cik rara baek2 tawu!! mama u mesty syg u sgtt gax!! lyke my mom..hehhehe

ellenyna said...

I love my mum too, rara :)

ellenyna said...

tp kan rara, tak semua org sygkan mak dia. T__T like my uncle, dia lebihkan keluarga dan isteri, mak dia sendiri (who was my grandma) dia x visit langsung for 3 years you know.

Rara said...

Ellenyna

eh serious ke sayang? :( dia langsung tak pernah jenguk for 3 years? sampainya hati dia! T____________T

ellenyna said...

im serious. walaupun my uncle dekat je dengan rumah I, (grandma stay dengan I skali), jenguk pun tak pernah tau.

Rara said...

Ellenyna

i kesian dengan nenek u. mesti sedih kan. actually nenek i pun sama juga ada anak macam tu which is my uncle. jarang sangat dia datang tengok nenek. but its okay nanti dekat akhirat baru dia tahu kan?

Mieya said...

Sygg,sedih tau baca entry ni.
Serious!
:')

Rara said...

Mieya

ala kenapa sedih ni? :P hihi

Fatihah Ory said...

i love my mom too

Rara said...

Fatihah

baguslah. alhamdulillah :)