Saturday, October 24, 2009

Tips : Natural hair care



lepas i buat entri ni ada seorang blogger yang manis minta i membagi tips back to basic khas untuk penjagaan rambut. actually, ada orang tak suka pun nak guna bahan semulajadi pada rambut. tapi lepas i tanya ramai kawan-kawan i, diaorang pun kebanyakannya dah mencuba tips ini dan dikatakan berkesan. eceh. apapun, tips ini i tetap creditkan kepada intrend inspirasi gaya hidup anda. heh.



  • mandi wap
amalan mandi wap dipercayai boleh membantu untuk merawat rambut. rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, lidah buaya, minyak kelapa, telur, avokado and lobak merah. amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang hitam menawan, lebat and kelihatan bermaya. dalam masa sama, ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang.
  • minyak tanak
untuk rambut yang harum secara semulajadi, cuba petua ini. lumur rambut you guys dengan minyak tanak yang dicampur dengan bunga melur, kenanga serta rempah ratus. kesannya rambut you guys akan wangi, kelihatan ikal and lebih lembut selembut kain sutera :P
  • biji betik


jemur biji betik sampai kering. kemudian goreng tanpa menggunakan minyak hingga biji betik itu kelihatan garing dan hitam. goreng dengan kadar api perlahan je ye. tumbuk halus biji betik yang digoreng tadi dan ayak. campur dengan minyak masak and lumur atas kepala sampai mengenai seluruh rambut. biarkan semalaman agar rambut kelihatan sihat, lebat and lembut.
  • daun parsli dan minyak bunga matahari
rawat sendiri rambut you guys yang kering dengan bahan daripada dapur. tak payah memasak. guna bahan-bahan untuk masak tu sebagai rawatan minyak panas seperti rebonding di saloon. eh okay teruskan jangan merepek. campur daun parsli dengan minyak bunga matahari dan sapu pada seluruh kulit kepala. ia berupaya mengatasi rambut kering dan tidak bermaya macam rambut i :P


cakap seksi : dah sebulan lebih tak pergi saloon ni. jom?

8 comments:

Anonymous said...

u.klo mandi wap tue mcm mne nk buat?

Rara said...

@Anonymous

hihi i pun tak sure. but i rasa kalau ada bath tab boleh lah kot. ataupun ada water heater kot :D

eisyaaaa said...

OH, thanks si comel :D i think i na try yg biji betik tu sbb mama i suke buat rojak betik, so biji dea ta buat pape, i na try lahh. Eh! thanks tau, everyday if i on, msti na tgk blog u, chewahh ! love you la comel :D

chipsmore said...

hakk..jarang nak pergi saloon.ni..hehe..

iklan digi ditangkap ;)

Noorlaila Mohamed Nor said...

mula2 interested dengan bijik betik tu
tp byk pulak kena buat
klu lumur je bijik fresh xleh?
huhu

Noorlaila Mohamed Nor said...

mula2 interested dengan bijik betik tu
tp byk pulak kena buat
klu lumur je bijik fresh xleh?
huhu

lizz said...

owh, kalau bab2 rambut ni kuserahkan saje pade saloon. hahaha

sophie said...

rara,mnyak tanak tew pe?? coey i'm such a noob