Monday, November 30, 2009

Bestfriend forever



selamat pagi. treng trengg. rasa macam dah lama tak menaip entri waktu pagi. mana tak nya, time macam ni kan selalunya tengah busy mimpi. hek. semalam hari yang best. tapi ada sikit tak best. tapi boleh dikatakan 98% tu best lah. dah dekat setahun agaknya tak jumpa my very bestfriend. last jumpa bila heh. tak ingat. duh.



so semalam mama ajak pergi masjid jamek. angah pun. lepas tu call mia. ajak mia. lama ni tak jumpa. rindu takyah cakap T____T tapi nak buat camana, masing-masing pun macam busy dengan hal masing-masing. i pulak bila datang kl selalu tak ada transport nak pergi hangout dengan mia. sekarang dah ada kereta, berdesup sana sini jelah. cakap je nak pergi mana; tak ada hal punya. heh. berlagak betul. tapi duit minyak jangan cakap lah, laju je macam peluh ketiak masa lepas main galah panjang.



satu-satunya gambar yang di ambil semalam. itupun bila dah sampai dekat rumah. sepanjang perjalanan dekat masjid jamek, langsung tak ambil gambar. tak berani weh nak keluar camera lah, handphone lah semua. dah dua kali tau i jadi mangsa ragut. tapi dua-dua i bernasib baik, peragut tak berjaya. heh.

okay gambar dekat atas tu sebenarnya nak show off sunglasses kitaorang. dapat sunglasses yang sama. lepas tu terpaksa show off dekat dalam rumah je. sebab masa balik pun dah malam. weh. mana ada orang pakai sunglasses waktu malam atau dengan lebih hairan, dalam bangunan? HAHAHAHAHAHA tiba-tiba rasa macam nak kojol tergelak.



dah dah. nanti update lagi. ni baru entri pagi. kang malam kang nak update jugak. hoh. itupun kalau jadi.

apapun semalam memang best walaupun tak dapat jumpa syafi busuk masam tu. tapi i enjoy, and yang penting, dia pun enjoy pergi kuala kangsar. by the way, i miss you sayang. petang karang kita jumpa, makan sama-sama.

8 comments:

Lizz said...

same2 comel!!! i dah tawar hati nak berbestfrez ni. hohoho

wanihani said...

sweet buddies :)
kak rara.my bufday on 3rd december oke.agagaga :)

Liyanaa. said...

hoi bacin serius u semakin hot tauuuu dh gemuk dh hot, kalau slim hot jugak tapi lagi hot hot hot *tekanan first paper i jadi hot HAHAHAHA

hihi kalau tk silap u ada letak pic u dgn mia n sorg lagi kan kwn u kan dkt belog, die mcm dh lain laaa

Rara said...

Liyanaa

hoi mana tahu i belum mandi? hekhek. wangi lagi tapi =P mana ada hot. i macam biasa je. seorang perempuan comot yang cover ayu lagi tak comel lagi macam %^$^& tak terkata T______T

yup yup. yang lagi sorang tu jiera. mia memang dah lain sekarang. jiera tu tak sure lah. dah setahun kot tak jumpa ;( and and mia sekarang ni marvelous sangat tau. hik

nabilah said...

Kak Rara cam diva je . Cantiklaa ! ;D

Rara said...

Nabilah

amboi since kakrara dekat KL ni semua pun cakap kakrara macam diva lah, macam datin lah. malu tau :P

Zhoe Wynz said...

waa... nice... cantek la sunglasses tu... sesuaii

Anonymous said...

perlu menyemak:)