Wednesday, December 16, 2009

Hari Persandingan Ikelas & Aifanabiha



hepp hepp siapa kata entri perkahwinan muhammad ikelas dengan aifanabiha dah tamat? helloooo. belum lah. i kan baru share pasal pernikahan diaorang. belum lagi hari persandingan. hekhek.



kad undangan ni i dapat masa i dah sampai kl. syafi bagi by hand je. i suruh dia pos tapi dia lambat. lagipun masa i sampai kl kan syafi dekat sabah lagi. dekat kad undangan ada gambar ikelas dengan efa. comel betul.





i dengan syafi sampai lewat sikit masa hari persandingan. pukul 10.30am baru sampai. mula-mula syafi kejut i pukul 8 pagi tapi dia suruh tidur balik and dia cakap akan kejut lagi pukul 9 pagi. pukul 9 pagi bersiap dari rumah lepas tu syafi call cakap dah sampai. dari petaling jaya bertolak ke hulu langat naik kereta. sampai-sampai je, meja kerusi semua dah siap pasang. patutlah syafi tak kisah kitaorang sampai langat tu lambat. heh.



bakal kakak ipar i ni (insyaAllah) tengah make up kan flower girl. i tak ingat nama flower girl ni. rasanya ada la bunyi karina ke apatah lebih kurang macam itulah. heh. dia sebut nama sendiri ada slang ala mat salleh gitu. karina tu disebut macam carry-na gituuuu ecewah.



kek tiga tingkat warna purple ni memang cantik sangat. hiasan bertingkat dia bukan macam selalu orang buat tu. first time i tengok pun i dah kagum. cantik. dah lah sedap. jeng jengg. i makan kek pengantin, syafi tolong ambilkan. tapi syafi kata tak sedap. eleh. syafi tu bukannya suka kek pun.



lepas dah make up dalam bilik beberapa jam, barulah i keluar dan terus cari syafi. syafi dah mula sibuk-sibuk sambut tetamu. i perhatikan je dia tu. kalau dia menggatal ke apa, habislah kenduri kahwin tu i buat huru-hara nanti. heh. nasib baik tak buat perangai entah apa-apa. comel betul sebab i suka perhatikan dia. bila makcik pakcik dia datang, dia salam lepas tu dia mula cari kipas sekejap. sebab dia tak boleh panas. bila dia panas, dia akan rasa nak mengamuk. bwehehehheh.



ini pun flower girl. nama dia erin. jiran sebelah rumah syafi dekat bandar tun razak. hihi. i suka melayan budak-budak ni sebab diaorang macam manja je dengan i. hekhek.





bila pengantin lelaki sampai and kompang pun dimainkan, syafi pun bersiap sedia pegang bunga mangga. manisnya bakal suami i ni heh. dia suruh i duduk tepi jalan untuk ambil gambar dia dengan bunga mangga dengan pengantin lelaki dengan rombongan. dah lah pakai baju pun warna purple, jambu je i tengok muhammad syafi kesayangan i niiiiiii. hihi.



kalau you guys perasan kan, kek dah tinggal dua tingkat je. bwehehheh. catering angkat meja kek tu untuk alihkan tapi tak nak alihkan dulu kek yang atas tu, habis kek tu terjunam jatuh atas jalan tar. berterabur. agaknya kalau i jadi efa, mesti i minta kek baru. tak kiralah demand ke apa, itu hari bahagia sekali seumur hidup kan. dah lah kek paling atas terjunam atas jalan tar, kek kat tengah pulak jatuh atas kek paling bawah. hesh.



dengan bakal adik ipar, aizanazifa. feeewwwiitttttt.





dengan bakal kakak ipar and bakal biras. awwwwwww :P



dengan bakal.. err.. hihi. ni bos syafi; kak zalea. kalau you guys perasan iklan downy, adalah dia. yang cakap "satu kecil cili api pun dah buat telinga berasap" haa lebih kurang gitu lah dialog dia. bweheheheh.



ni udang dekat meja beradab pengantin. heh. pengantin makan bukan banyak pun. i yang makan sampai habis sorang-sorang. syafi yang suruh. i dah lah pantang nampak udanggggggg!

okay lah okay lah. entri ni dah panjang sangat dah. dah lah letak gambar udang. haruslah esok minta mama masakkan udang. cis.

"mana gambar sandingnya?"
"haha. tak ada. i busy masa efa bersanding"

selamat hari rabu semua. tengok wayang hari ni mesti murah ;)

17 comments:

Liyanaa. said...

kenapa raracandyfloss semakin berserii? ya allah comelnye u syggg i suka u pegang belon sbb dkt twitpic mcm zoom je kn. hihi

and and baju u lawa jeles, baju effa lawaaa hihi suka la tema putih pepel ni tsk T_________________T

Rara said...

Liyanaa

semakin berseriiii? ayyyokkkk mana ada T_______T i tumpang seri pengantin je sayang. aah dekat twitpic tu macam zoom and tak clear sangat kan? ;) ikelas dengan effa siap ada baloon nanti i nak jugakkkkk hihihi.

tema putih purple lawa jugak kan? tapi i nak color lain; i dah tengok contoh dah ada orang buat so i yakin nak buat hihihii. baju i tu kan, dua hari sebelum wedding effa tu i beli tau :(

Liyanaa. said...

fewitt awlnyeee ;p
u pnyaaa theme colour apa? taknak bagitahu i ke *merjuk*

AHAHA mungkin lah u pn lagi berape bulan je kan lagi ehem ehem ehem ;p

HAHAHA. hoi u beli lah belon mcm hello kityy ;p

Rara said...

Liyanaa

hahahahahaha awal kan awal kan? tapi tak kira. nak jugakkkkkkkkk. okay jangan merajuk sebab nanti i bagitahu jugakkkkkkkk wekkkkk ;P cepat kasi i menang contest kecil-kecilan u dulu bwehehehh.

belon hello kitty? ehem berdehem hedem dehem. hekhek. comel sangat nanti semua orang taknak balikkkkkkkkkk wkakakkaka :D

Tyka said...

Wah...lawa larh sys rara!!
comey sesangat :)

Rara said...

Tyka

thankyou tykaaaaaaaa ;) hihi. segan kakrara tauuuuu.

stay sweet yang <3

Noorlaila Mohamed Nor said...

http://www.eightdesignsboutique.com/2009/11/lilis-long-cardigans-now-available-in.html

ada 6 kaler
tengok link ni

btw, bestnya wedding
lama tak pi makan knuri
huhu

Rara said...

Laila

Thankyou lailaaaaaaaa! ;) hihi cantik sangatlah. hari tu rara tengok dekat timesquare ada cardigan ala japanese baru RM45. tapi bila nak beli, syafi kata "macam seksi je" hahahaha tak boleh shopping dengan diaaaaaaa, semua yang seksi tak boleh T_________T

haaaaaa lama tak makan kenduri? ala best tau kenduri. rara tunggu kenduri laila ni :P

Mieya said...

OMG kakrara cantik gilaaaaa.
Berseri-seri.
Seri bakal pengantin lah katakan.
Hihi.
Eh syf mcm tak sabar je nak naik pelamin sampai da pakai inai dulu.
Time jumpa hari tu mieya perasan.
And dalam gambar ni pun perasan :P

Btw,mieya baru balik tengok wayang tadi.
Tengok santau.
Eheh :D

Rara said...

Mieya

alaaaaaa betul ke betul ke? hahahahahhaha. thankyou mieyaaaaaa! kakrara yang excited tau masa effa kahwin. bila tengok muka effa and tenung dia, confirm airmata kakrara mengalir =___________="

syafi pakai sebab dia kena jadi saksi masa nikah. mak andam suruh dia pakai kot. hehe.

haaaaaaaaaa masa balik dari jumpa mieya hari tu pun, kakrara tengok santau dekat timesquare. eee tak suka wayang dekat timesquare. tak best!

Atheera said...

wow! purple? sama colour dengan kakak suadara tyra.

err, udang tu nampak sedaplah. haha. and and, bakal kakak ipar lawa lah. cun cun. haha :P mesti best kan? tak lama nanti, kak rara pulak. heee.

Mieya said...

Ala kenapa airmata nak mengalir pulak? :(

Best kan santau.
Sampai menjerit jerit dekat dalam panggung.
Wahaha.

Rara said...

Atheera

hihi sama eh? okay tunggu warna lain pulak nanti tak sama kot eceh ;P

memang sedap pun udang tu sampai kakrara makan tak pandang kiri kanan dah. syafi dekat sebelah pulak melantak ayam HAHAHAHA

Rara said...

Mieya

hihihihi. entah. kakrara rasa macam sebak bila tengok effa akhirnya kahwin. banyak tau pengorbanan effa dalam hubungan dia dengan suami dia masa couple. banyakkkkkkkkkk sangat! and hati dia kuat tempuh semua tu.

eh kakrara tak lah sampai menjerit. sebab masa tu tengah tak ada mood nak tengok wayang pun. sebab nak tinggalkan syafi and dah mula sedih je. hati sebak T__________T lagipun orang ramai banyak gelak-gelak dalam wayang masa tu :D

wanihani said...

eee.sukenye balloons tuh! boleh print name lg.
theme purple untuk weds comel gilaa okayy.kakrara.suka lahh bju kurung bunga kecik2 tu.
and and.boleh tak nk pembawa bunga telor berbaju putih berspek? haha

Noorlaila Mohamed Nor said...

haha macam tu pulak
kalau dengan farhan i
tanya dia semua dia jawab bolehla
boring sungguh
huhu

alahai kenduri rara dulu la kot
kenduri si laila ni takdak tanda2 lagi :P

-N e Y r A- said...

btolah rara berseri2 jek muka., cantik. seyesss... erk? syafi pon pakai inai?? haha