Sunday, January 10, 2010

Individual by Rara (The Hunter) : Digi Pimp My Day Final Challenge



okaylah fine. entri sebelum ni dengan entri sekarang ni lebih kurang je. tapi previous entri tu i buat dengan teamwork. itu sebenarnya cabaran terakhir untuk weols. weols diberi masa satu jam 6.30pm-7.30pm untuk buat satu entri pasal DiGi Pimp My Challenge Day semalam. hihi. mesti you guys rasa macam "eh rajinnya update blog, taktahu penat ke?". hmp. actually, memang sangat penat sampai i rasa nak termuntah. serious, i nak termuntah semalam bila sampai Mardi Graz pukul 6.15pm tu. dah duduk baru rasa nak termuntah lah, berdiri pun tak boleh, kepala migrain, macam-macam.

okay now i nak start cerita pasal contest semalam even i rasa macam still penat. tapi ini pun dikira cabaran jugaklah yang dibagi oleh Digi and Nuffnang. i buat entri ni sekarang sebab takut tak sempat, kejap lagi i nak bertolak balik Johor. harap-harap bila dah sampai Johor, i dapat berita baik, manalah tahu team i TERmenang dalam apa-apa ke. pffft.

secara jujur, i bangga pada diri i sendiri. macam you guys tahu, hari jumaat (8 Januari 2010), i bertolak ke KL dari JB untuk join contest Digi Pimp My Challenge Day. dengan semangat yang kuat, i drive ke KL walaupun sepanjang highway, hujan adalah sangat lebat. i redah walaupun bahaya dan risiko sangatlah tinggi memandangkan mata i yang tak berapa clear. sampai di KL, i terus bergegas ke Berjaya Timesquare untuk beli baju warna kuning, bersesuaian dengan tema DiGi. and after that, alhamdulillah, i sampai dengan selamat di rumah kakak i, di petaling jaya lebih kurang pukul 11pm. dapatlah i berehat kejap dan tidur. seawal 6 pagi, i bangun dan bersiap.



breakfast dan mempersiapkan diri. dalam pukul 10.30am i bergegas pulak ke gombak untuk mengambil Ynn and Saffa. walaupun still letih berdriving dari JB-KL, i tetap bersemangat kuat, lebih-lebih lagi ramai sangat kawan-kawan, family, bloggers lain yang bagi support. i sangat terharu sebab terlalu ramai yang wish goodluck. thankyou so much. and tak lupa jugak, untuk syafi kesayangan i yang sangat-sangat supportive, siap sediakan kawan baik (Haikal) untuk drive kereta i pada hari tersebut (9 Januari 2010) so means i tak payah drive. thankyou sayang.

dalam perjalanan ke gombak, weols stuck dekat jammed berhampiran tesco ampang.



i dah risau sangat. manalah tahu jammed tu disebabkan oleh accident dan menyebabkan weols tak boleh lalu jalan tu. tapi nasib baik, walaupun jammed, kereta still bergerak perlahan. and at last i sampai di rumah Ynn and ambil Saffa di Giant, Gombak. terus bergegas ke one utama.



our parking area. mesti tangkap gambar. takut lupa T__________T



by the way, salah seorang team i, tak ada pun yang tahu menahu pasal one utama ni. even nak cari Mardi Graz pun weols tak tahu. and mengambil masa hampir setengah jam untuk cari Mardi Graz area. thankyou guard yang banyak menolong.



weols diberi borang agreement, kena baca and sign. tapi, salah seorang dari team kitaorang lambat sampai and kitaorang submit borang ni lebih kurang pukul 2.45pm T_______T tapi tak apa, dah kata pun team, weols kena understanding. Mel stuck dekat komuter Sungai Buloh :(



bila dah submit agreement letter, weols diberi DiGi internet broadband tau. happy sangat and broadband dia pun kecil je. tapi bak kata orang 'kecil-kecil cili padiii' haaaa. walaupun bersaiz kecil, tapi sangat laju and i rasa siapa yang subscribe digi broadband, memang takda menyesal punyaaaa. i recommend you. and i rasa i pun nak bertukar kepada Digi jugak tahu?



weols dah kena masuk Mardi Graz dah. serious i teruja dengan lagu-lagu yang sangat fun. team yang lain pun sangat best sebab sporting and takda sombong. semua pun tegur menegur like dah kenal each other. walaupun ramai Chinese, tapi i memang respect lah sebab diaorang pun sangat friendly. and paling best, i tengok semua orang pakai baju kuning. yes. Digi memang terbaik lah. first time i pakai handphone pun, i pakai Digi tau, masa tu simcard sangat mahal. hihi. seronokkk. bonus pun selalu dapat. i still ingat, i pernah dapat bonus credit RM100 from Digi.





i dengan Ynn keluar kejap from Mardi Graz sebab our readers nak jumpa sangat dengan weols ni haa. thankyou Mieya sebab datang jauh dari Banting just because nak bagi semangat dekat our team. yes, Mieya datang dengan her family dari Banting semata-mata nak bagi support je tau. terharu sangatttt!

cabaran bermula tepat pukul 4pm. see? Digi and Nuffnang sangat menepati masa. If diaorang kata start pukul 4pm, memang tepat pukul 4pm lah start. weols diberi satu kertas. dalam kertas tu ada beberapa logo kedai yang weols kena cari. dah lah weols ni taktahu langsung pasal one utama tu. pencarian sangatlah menguji kesabaran T______T bila tanya guard cakap lain, bila tanya orang ramai cakap lain and tanya promoter kedai-kedai pun cakap lain :(

first challenge adalah cabaran yang sangat menguji kekuatan i dan itulah yang paling mencabar. i ni manalah pernah nak berjogging ke apa. tapi tetiba kena pulak berlari sejauh 800 meter di Celebrity Fitness Center. fuhhh. walaupun penat and tak berdaya, semput, sesak nafas, i teruskan jugak. dalam fikiran ni fikir laptop je T_____T serious i sangat perlukan laptop baru. tapi bila tengok team lain pun gigih jugak, i rasa ramai yang layak memenangi laptop tersebut. tsk.

apapun, inilah first time i pergi celebrity fitness center and i rasa seronok sangat sebab diberi peluang macamni. nak pergi sendiri, manalah nak ada duit kan T_____T HAHAHA i nak menambah berat badan, tapi bila dah lari sejauh 800 meter, nampaknya i kekurangan 20kg lah. hihihi.



lepas cabaran pertama, weols pergi mencari quicksilver. serious sangat susah cari quicksilver niii. saffa tanya ramai sangat orang tapi tak ada yang membantu and at last weols cari sendiri juga. nasib baiklah jumpa and weols terus buat tugasan yang diberi. pakai baju quicksilver yang disediakan and pose like models gitu. haaa. bila lagi nak ada peluang jadi model kan? :P





nasib baiklah lepas kekurangan 20kg di Celebrity Fitness Center tadi tu, balik Mardi Graz, Digi and Nuffnang dah siap sediakan makanan. semua free tahuuuu? memang terbaiklah. makanan bukannya sikit, tapi banyakkkkk and i makan sambil taip previous entri tu tau. lapar sangat. dah lah cari tempat nak charge laptop tapi dah full. ada satu kosong tapi dekat tangga. so our team pun berkampunglah dekat tangga. even i ingat pesan nenek i, anak dara tak elok makan dekat tangga, tapi demi ingin memiliki sebuah laptop, i sahut cabaran Digi Pimp My Challenge Day ni!!!



sedapnya makanan yang disediakan T________T nak lagi pleaseeeeee. hihi.





haaaa aksi panas tauu weols dapat tengokkkk. semua dah teruja dah. dengan lagu-lagu yang best and dengan show yang "phewwwww" memang terbaiklah. i wonder macamana lah diaorang boleh menari and melekat dekat tiang besi tu and lepas tangan. fuhhh.

tak cukup ke? okaylah i kasi you guys tengok puas-puassssss.





THE HUNTER #17

9 Januari 2010 akan kekal dalam kenangan manis hidup i. memang memenatkan, memang menerujakan, memang mendebarkan, tapi sangatlah awesome! i tak sangka i dapat peluang ni. terpilih sebagai finalist untuk join pun dah cukup buat our team sebenarnya. tapi apa salahnya if Digi and Nuffnang nak bagi hadiah untuk i sebab i buat 'orang kuning digi' ni? :P hikhik.



ramai sangat yang tegur dan minta nak ambil gambar weols dengan orang kuning ni sambil tanya macamana i buat, ambil masa berapa hari, and sekali dengan puji "its so cute!!". thankyou so muchhhh T______T you guys tahu tak tangan i melepuh sebab menjahit dan memegang jarum? :(( tapi tak apa. i melakukan yang terbaik untuk Digi Pimp My Challenge Day.

i bangga dengan diri sendiri. i bangga dengan team i. sebab semangat tak pernah buat weols putus asa.



semua nuffnanger yang join Digi Pimp My Day Challenge, dapat free simcard Digi Internet tau. percuma 5 hari dari tarikh activation. huwaaaaa. i need to change to digi broadband!!! dah lah turbo 3G compatible. memang seronok habisssssss. semalam i guna Digi internet broadband pun sangatlah laju and i rasa nak bawak balik je broadband yang Digi bagi tu tapi mana boleh, kena pulangkan hoii. hihi :D

8 comments:

ARC said...

maka lepas lu orang berkampung di tangga, gua pulak datang menyibuk, buat muka toya dan pinjam surat akhir hahahha

ayong said...

yang! i aritu dah nk dtg dah, tp disebabkan hal yg tak dpt dieelakan, i tak jadi dtg. adooi. meiya dtg yer? rajin nye diee~! all the best dear!

Zuhaini said...

oh.. bestnya dapat simcard internet free! tapi dia x kasi modemnya/broadbandnya skali ke..? hihihi

Mieya said...

Waah mieya baca entry je pun da mcm woahhhh best gilaaa.
Ingat lg time dtg cr mardigrazz tu punya lah susah and nasib baik jumpa.
And and ingat tak ada auntie cina tu tanya apetah tp mieya dgr disco kakrara dgr benda lain HIHI.

Apepun , thanks kakrara and kakynn sbb dpt jumpa semalam even sekejap je.
And thanks to abah sbb bawak pegi mardigrazz.
*eh patutnye ckp dkt abah lah kan buatpe type dkt sini :P

Syg kakrara and kakynn.
Next time jumpa lagiii :D

cik eykameow :) said...

hoho sangat beshhhh T__T

Rabiatul Adawiyah said...

holla.. hehehe.. duk kat tangga tu yang senang tegur.. hehe..

:D

LUVLYDIYANA said...

semangat betul rara..semangat mcm ni la yg kita mahukan..eceh! dah boleh jadi duta digi ni.. :)

yOnnA said...

yes dear.kawan akak pun ckp mmg laju gila2 broadband dg ni :)

good luck anyway :)