Tuesday, January 26, 2010

Tips: Serangan dan symptom migraine


Siapa ada migraine? I ada migraine, tapi lama dah tak kena serang dengan penyakit tu. Harap-harap tak payah lah datang lagi dah. Kalau dah kena serang migraine, I boleh rasa nak mati sangat dah. Jangan harap boleh berjalan-jalan macam biasa. Lebih-lebih lagi kalau kena cuaca yang panas.


Macamana nak tahu ada migraine? Okay ini adalah gejala ataupun symptom migraine:
  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kanan. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
  2. Rasa mual dan sometimes muntah.
  3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
  4. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Mama I akan suruh I tidur dalam bilik gelap kalau I diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri I terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk T_____T
  5. Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat "aura" iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.

Migraine akan menyerang apabila:
  1. Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
  2. Makanan - Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
  3. Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
  4. Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
  5. Persekitaran - bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.
  • Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
  • Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
  • Letakkan kain yang sejuk di kepala.
  • Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.
Menurut I, kesakitan yang paling sakit adalah sakit gigi dan gusi. Kedua adalah migraine. Menurut I lah T____T

14 comments:

aidajoe said...

thanx for d tips rara..i pon ade migraine..thank god dah lame tak kna..hehehe..

Shira said...

Aidajoe

Welcome awak ;) U kena start umur berapa? I start umur 15 kot kalau tak silap. Alhamdulillah sekarang ni jarang kena T_____T Dulu masa sekolah, selalu sangat kena :(

Mieya said...

Mieya pun rasa mieya kena migrain tauu. Bila kena panas akan pening and biasanya pening sebelah petang. Lagi² bila amali lesen tu memang akan rasa pening nak muntah pun ada tauuu T______T

Anonymous said...

thanks 4 d tips rara. i pn ada migraine gak. tp xdelah hardcore mcm sesetengah org. i pny migraine light2 je. tp mmg kalau kene mmg sensitif dgn cahaya. laptop pn xsggp nk tgk dh. sakit woooo.

Shira said...

Mieya

check doktor lah. Kalau teruk sangat, doktor akan kasi ubat tau. Tapi kalau doktor check and tak berapa teruk, doktor tak akan kasi ubat. Sebab ubat tu kuat sangat T_______T

Shira said...

Haneem

Welcome my dear. Oh kiranya tak teruk sampai doktor bagi ubat lah ye yang? I teruk sangat tau bila kena. Tak boleh bangun. Laptop memang dah duduk jauh dah lah T_______T Sakit kan bila kena? Guling-guling lah bila kena serang :-s

Eldy Voon said...

mesti tempat yang gelap keh ?

Anonymous said...

i selalu dapat migrain! tips u bg ni berguna! thankssss... =)

Shira said...

Lilcute_Girl

Okay buat tau tips tu. Harap boleh lah kurangkan sikit migrain tu =)))

Atheera said...

theera pun ada migraine. memang tak tahan ah kalau kena.

Shira said...

Atheera

Ehhh atheera umur berapa? Budak-budak ada ke migraine? Mana adaaaaaaaa! Sakit kepala biasa kot?

anajoe said...

sis rara,
i wonder la..nk buat print screen cm ne ek??
tq.

Atheera said...

doctor cakap ada. memang family theera ada lah.

amet ismail said...

tips yang baik..info berguna..skrg i dah tau mmg saket kepala ni migrain..huhuhu