Wednesday, February 17, 2010

Karaoke bilik sejam RM5; Yeah.



Sebelum I memulakan kerja I seperti hari-hari biasa, I rasa I perlu update blog. Karang kalau I dah mulakan balik kerjaya I sebagai businesswoman di rumah, I akan lupakan blog T______T Baiklah sekarang jom lah teman I update secara laju. Err teman maksudnya, uols bacalah secara laju-laju.

Actually, lepas majlis pertunangan Angah & Abang Azam selesai, Syafi & his friends pun mulalah kemas-kemas apa yang patut. Basuh pinggan apa semua, tapi seriously sangat terbaiklah bila I tengok Syafi ada kawan-kawan yang very nice. I suka bila lelaki rajin. Bila dia rajin, I akan beranggapan dia adalah lelaki yang bertanggungjawab. Hopefully Syafi & his friends memang orang yang bertanggungjawab lah. Then bila semua dah siap, weols terus bersiap and lepastu I dengan Syafi pergi keluar kejap hantar periuk besar dekat rumah Busu Lehan ; dulang kaki dekat rumah Cik Munah. Well I rasa orang-orang dekat sini semua dah kenal Syafi dah.

Bila dah siap hantar barang semua, weols terus gerak pergi Danga Bay. Heh. Boring memanglah boring, tapi nasib baik ada funfair tu so I rasa macam barulah meriah sikit. Kalau tak, Danga Bay adalah tempat yang paling I nak elakkan daripada jejak kaki dekat situ T____T





Duduk dekat Danga Bay tu tak ada kerja lain dah. Tengok orang berjalan, habis semua orang kena bahan. Heh. Bila pasangan kekasih berjalan pun akan dibahan juga. Dan bila orang yang kayuh macam beca ke apatah tu, lepastu tak boleh reverse pun akan dibahan. Perut I jangan cakaplah, sakit perut akibat gelakkan orang yang dibahan. Berdosalah I pada malam tersebut. Tak baik betul tahu tak?

Lepas dah puas bersuka ria membahan orang, weols balik ke Perintis and lepak makan sampai pukul 1 pagi. Barulah balik rumah and family I pun dah terbongkang tidur masing-masing heh. Mama pulak bangun and tanya macamni;

"Seronok tak keluar jalan?"

Heh sporting kan Mama I? Very understanding. Apa yang tak seronoknya, lepas puas bergelak ketawa dekat Danga Bay, weols sambung gelak ketawa dekat kedai makan KAKAK PEKAK nama dia. Order lain, lain yang dapat. Pfft.



Esoknya pun weols keluar lagi. See? I pakai baju yang sangat sporty. Tak melaram apa dah. Patutnya masa ada Syafi lah I melaram kan? Heh apa nak kisah. Sekali sekala kita mainlah gaya sporty pulak. Lagipun I malas nak biar Syafi dengan kawan-kawan dia tunggu lama. So tempat pertama weols pergi adalah Jusco Bukit Indah. Kedai semua tutup. Lepas tu lepak makan dekat foodcourt. Habis kakak jual cupcorn pun dimengorat oleh Fakhri. Tak lama lepas tu, Nurul pun sampai. Nak tengok Yuyun siapa tak? Haa ini dia Nurul, tapi I panggil dia as Yuyun. Lagi comel kan.



Yuyun ni adalah anak kepada kawan baik Mama. Sama baya dengan I. Tapi I dah kenenkan dia dengan Iskan (Norfazli Eshah Iskandar) -nama bukan main panjang lagi. Tetiba pulak Iskan nak kawan dengan Yuyun so I kenenkan lah mereka berdua :D Nama ayah diaorang dah lah sama heh. Persamaan yang tak dijangka ecewah.

Bila Yuyun dah sampai, weols pun terus plan ke Angsana untuk karaoke. Tapi kecewa sebab dekat Angsana tak ada karaoke bilik. Lepas tu weols mintak Yuyun bawakkan pergi Jusco Tebrau. I ni nama je dah duduk JB dekat dua tahun dah, tapi jalan dekat JB pun I tak tahu T___T Sampai dekat Jusco Tebrau pun weols kecewa sebab yang ada cuma RedBox. RedBox mahal gila heh. Satu kepala RM26 :(



Dekat Jusco Tebrau pun Fakhri sempat lagi mengorat promoter kedai Hinode Shop. Heh comel betul. Tapi I tak tahu berjaya mengorat atau tak. Hik. Lepastu Yuyun cakap ada lagi satu tempat karaoke dekat Taman Sentosa. Weols pun pergilah Taman Sentosa tu dengan harapan yang tinggi.



Yay. At last ada pun tempat karaoke. Murah gila heh I tell you.

Order satu jug besar coke; RM9.
Dapat free membercard.
Sejam RM5, lagu tak limited langsung.
Suka hati nak menyanyi berapa lagu pun, lagu pun complete semua ada.

And karaoke bilik, boleh tahanlah besar and aircond pun kuat. Kiranya I puas hatilah. Nanti nak pergi lagi. Kalau bawak Syafi's siblings mesti besttttt.

Bayangkan heh, dua jam setengah weols dekat dalam bilik tu, kitaorang dibagi satu jug air coke and total semua perlu dibayar cuma RM22 untuk enam orang :B





Dari kiri: Iskan, Akim, Fakhri, Syafi

Awal pagi semalam, pukul 8am, Syafi and his friends pun balik KL T______T



Dan ini adalah gadget kesayangan I, C903 yang diambil gambar oleh Sony Ericson SATIO. Pheewitt :P

16 comments:

Liyana Lunia said...

HOI BERHOLIDAY DENGAN SYF YE? MANA BOLEH. KELUAR SAMPAI PUKUL 1AM ADALAH DILARANG !

*ini contoh emak yang garang dan tidak understanding mcm mama uuuuu. HAHAHAHAHAHHA

er, wahh rm22 untuk dua jam adalah berbaloi serius tapi tidak unlimited lagu? maksudnya lagu tak banyak?

i geram dgn yg bwh skali, i geram habis :D

Shira said...

Liyanaa

HAHAHAHAHAHA berholiday secara comel ditemani oleh kawan-kawan tak apa kan? ;p 1AM sahaja ya. Overnight pon tak apa tahu? Tapi dengan syarat asalkan Mama dibagitahu =D

Lagu tidak unlimited? Okay I silap. Lagu tidak limited sebenarnya. Hihi. Lagu banyak and macam lagu dekat RedBox jugak, semua pon ada :B

Best kan? Meh datang sini, I bawak pergi karaoke bersama. I takda lagu lainlah asyik menyanyikan lagu Kerana Terluka by Nurul heh T_______T

Bawah sekali? Eehem best gila okek bila dapat berbaring-baring bersama satio sambil mentangkap gambar ;p

kakak lyana yang manis said...

I tak pernah pegi Danga Bay. Tapi selalu dengar orang cakap tak best. My ex-husband (..???? hahah) pon cakap Danga Bay tak best sangat. Tapi betul ke tak best rara..? hehehe

Shira said...

Kakak Lyana

Tak pernah pergi? Kalau nak pergi, jangan pergi siang. Pergi malam kot baru macam fun sikit T_______T Sebenarnya memang tak best. Yelah Rara dah biasa hidup dekat KL, so lebih best dekat KL lah. Kalau orang JB pulak, mesti cakap Danga Bay tu best, sebab tempat dia kan T______T

Fatin Liyana said...

Sweet blog for a sweet person like you..
^^
sy suka blog awk..
keep it up.. :)

Azureen Azlan said...

eh kenapa murah sgt? pakcik, sila kira semula! HAHA. Best nya. I pernah karok dlm jamban jewww :(

ini blog wirdah said...

wohho..sgt murah.RM5 shj. ni yg nak g sana semata-mata mao karaoke niyh.hoho. berbaloi tak dari penang ke sana? haha.

Aisya J said...

Wahhh best nya jalan jalan! haha :) and murah gila! :D
Wah wah ada satio sudah? :P

Mysara Newrie said...

Woo ~ murahnya satu jam rm5!!! Tak aci betul! Kat kuantan rm30 taw! Hish ~ memang cekik darah betul lah ~

Shira said...

Yukiko

Thankyou and I dah pergi your blog. Nice too babe! =))

Shira said...

Ween

Dia tak salah kira. Harga dia memang macam tuuu. HAHAHAHA nanti i letak address dia dekat sini heh. Membercard tu ada dekat Syf pulak :/

Shira said...

Wirdah

Kalau kaki kalaok, memang berbaloi baloiiii. Tapi kalau BUKAN kaki kalaok yang tegar, tak akan berbaloi lah T____________T HAHAHAHAHAHA

Shira said...

Aisya J

HAHAHAHAHHAHAHA cantik kan gambar dari Satio? Itupun I main snap saja bukannya betul-betul, pakai 10MP :( Tak set kepada 12MP punya :/

Shira said...

Mysara

Tak cekik darah lah :/ Kalau Redbox, RM26 satu kepala. Lagi gila T_______T Tapi satu, kena hati-hati. Kebanyakkan tempat karaoke, dia kasi jug air, lepastu cawan Carlberg punyo :(

Dina Zakaria said...

murahnyerrr karaoke!!!!
jeles, jeles!!

Call me, Eyka said...

shafi mcm dah debab sikit. pandai u jge dye. :P