Apakah azam tahun baru?
Okay. Marilah kita bercerita tentang azam baru memandangkan tahun 2008 tinggal hanya beberapa hari sahaja. Kita harus mengucapkan selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009 Semoga kehidupan akan lebih bermakna pada tahun 2009. Insya Allah. Apa azam baru Rara? Azam baru Rara BUKAN lah untuk berkahwin dan paling BUKAN untuk mengorat Ahmad AZAM Alias HAHA *Di twitter Rara memang sangat suka mengacau dan mengganggu En. AZAM* Azam tahun 2009 adalah untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi? BHAHA sama sekali bukan. Rara cuma lah berazam untuk bekerja dan sedikit sebanyak membantu beban Mama. Ya, azam itu kononnya seperti seorang anak yang baik dan taat kepada ibu HAHA tidak lah begitu sekali. Tetapi semenjak arwah Abah meninggal dan Mama pula berhenti kerja, kami sangat selalu mengeluarkan duit dari ASB. Dan jumlah simpanan di ASB sudah semakin kurang Memang lah duit itu masih banyak tapi kan lebih bagus jika ditambah tambah dan bukan ditolak tolak? Dengar kata akan dapat dividen. Eh betul ke ASB sekarang tak boleh keluarkan duit?
Azam kedua. Rara nekad akan mendapatkan sebiji kereta pada tahun 2009. Ya. Tidaklah mahal mana yang Rara
Azam ketiga. Rara sangat memerlukan kebahagiaan Tidak bahagiakah Rara sekarang? Bukan, bukan itu maksud Rara. Rara cuma memerlukan kebahagiaan yang lebih dari sekarang. Tidak bersyukurkah Rara? Rara bersyukur, tapi rasanya kebahagiaan yang kadang kadang menderitakan membuatkan hidup kurang bermakna Sila mendoakan kebahagiaan Rara.
Ya. setakat ini, itulah azam Rara. Sudahlah. Kalau banyak sangat azam tetapi tidak dapat tunaikan pun, nak buat apa HAHA. Semoga azam Rara pada tahun 2009 akan menjadi kenyataan, jika diizinkan Allah.
Apa azam Rara pada tahun 2008? Tercapaikah? HAHA rasanya azam pada tahun 2008 tercapai kot. Sebab azam tahun 2008 cuma tak nak berpisah dengan boyf Kan tercapai lah tu, sebab kami masih bersama dan harapnya berkekalan sampai bila bila walaupun 2008 terlalu banyak kenangan pahit