Showing posts with label television. Show all posts
Showing posts with label television. Show all posts

Sunday, December 20, 2009

Pelakon utama sinetron Intan berkahwin



siapa penonton setia sinetron intan macam i, mesti seronok kan bila dapat tahu pelakon utama hero dan heroin ini sudah pun diijabkabulkan pada 12 disember baru-baru ni? i pun baru dapat tahu berita ni hari ni. terkejut jugak i. itupun syafi yang call dan bagitahu i tau. mengikut sumber google yang pernah i tengok beberapa bulan lepas, dude herlino (rado) dah ada girlfriend yang tengah sambung study dekat overseas. teehihi. maybe putus di tengah jalan lah tu. bweheheheh.


SETELAH sekian lama menepis gosip adanya hubungan antara mereka, akhirnya Naysilla Mirdad dan Dude Herlino tidak mampu lagi melindungi hubungan mereka. Dua bintang drama bersiri popular itu akhirnya diijabkabulkan pada 12 Disember lalu.

Melalui perkahwinan ini mengukuhkan lagi khabar bahawa Naysilla telahpun memeluk agama Islam. Naysilla pernah dilihat menunaikan solat sunat Aidiladha baru-baru ini cuma tuan punya diri tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap perkara tersebut.

Hubungan antara kedua artis ini pernah tersebar hangat namun penafian demi penafian dilakukan mereka. Malah tersebar juga khabar mengenai hubungan mereka yang dilanda masalah kerana berbeza agama.

Dengan perkahwinan ini, tercapailah hasrat Naysilla untuk berkahwin muda sama seperti ibunya, Lydia Kandou yang berkahwin ketika berusia 22 tahun dan kakaknya Nana Mirdad yang berkahwin pada usia belum pun melepasi 23 tahun. Isteri kepada aktor kacak Dude Herlino ini kini berusia 21 tahun.

Selepas acara akad nikah yang dilakukan di Ciputat Tangerang ini, Dude melahirkan rasa bahagianya.

sumber : utusan malaysia online

pssstt. diaorang kahwin tarikh yang sama dengan ikelas and effa. effa and naysilla kahwin waktu umur 21 tahun. huwaaa sama baya dengan i T__________T

Wednesday, December 16, 2009

Hari Persandingan Ikelas & Aifanabiha



hepp hepp siapa kata entri perkahwinan muhammad ikelas dengan aifanabiha dah tamat? helloooo. belum lah. i kan baru share pasal pernikahan diaorang. belum lagi hari persandingan. hekhek.



kad undangan ni i dapat masa i dah sampai kl. syafi bagi by hand je. i suruh dia pos tapi dia lambat. lagipun masa i sampai kl kan syafi dekat sabah lagi. dekat kad undangan ada gambar ikelas dengan efa. comel betul.





i dengan syafi sampai lewat sikit masa hari persandingan. pukul 10.30am baru sampai. mula-mula syafi kejut i pukul 8 pagi tapi dia suruh tidur balik and dia cakap akan kejut lagi pukul 9 pagi. pukul 9 pagi bersiap dari rumah lepas tu syafi call cakap dah sampai. dari petaling jaya bertolak ke hulu langat naik kereta. sampai-sampai je, meja kerusi semua dah siap pasang. patutlah syafi tak kisah kitaorang sampai langat tu lambat. heh.



bakal kakak ipar i ni (insyaAllah) tengah make up kan flower girl. i tak ingat nama flower girl ni. rasanya ada la bunyi karina ke apatah lebih kurang macam itulah. heh. dia sebut nama sendiri ada slang ala mat salleh gitu. karina tu disebut macam carry-na gituuuu ecewah.



kek tiga tingkat warna purple ni memang cantik sangat. hiasan bertingkat dia bukan macam selalu orang buat tu. first time i tengok pun i dah kagum. cantik. dah lah sedap. jeng jengg. i makan kek pengantin, syafi tolong ambilkan. tapi syafi kata tak sedap. eleh. syafi tu bukannya suka kek pun.



lepas dah make up dalam bilik beberapa jam, barulah i keluar dan terus cari syafi. syafi dah mula sibuk-sibuk sambut tetamu. i perhatikan je dia tu. kalau dia menggatal ke apa, habislah kenduri kahwin tu i buat huru-hara nanti. heh. nasib baik tak buat perangai entah apa-apa. comel betul sebab i suka perhatikan dia. bila makcik pakcik dia datang, dia salam lepas tu dia mula cari kipas sekejap. sebab dia tak boleh panas. bila dia panas, dia akan rasa nak mengamuk. bwehehehheh.



ini pun flower girl. nama dia erin. jiran sebelah rumah syafi dekat bandar tun razak. hihi. i suka melayan budak-budak ni sebab diaorang macam manja je dengan i. hekhek.





bila pengantin lelaki sampai and kompang pun dimainkan, syafi pun bersiap sedia pegang bunga mangga. manisnya bakal suami i ni heh. dia suruh i duduk tepi jalan untuk ambil gambar dia dengan bunga mangga dengan pengantin lelaki dengan rombongan. dah lah pakai baju pun warna purple, jambu je i tengok muhammad syafi kesayangan i niiiiiii. hihi.



kalau you guys perasan kan, kek dah tinggal dua tingkat je. bwehehheh. catering angkat meja kek tu untuk alihkan tapi tak nak alihkan dulu kek yang atas tu, habis kek tu terjunam jatuh atas jalan tar. berterabur. agaknya kalau i jadi efa, mesti i minta kek baru. tak kiralah demand ke apa, itu hari bahagia sekali seumur hidup kan. dah lah kek paling atas terjunam atas jalan tar, kek kat tengah pulak jatuh atas kek paling bawah. hesh.



dengan bakal adik ipar, aizanazifa. feeewwwiitttttt.





dengan bakal kakak ipar and bakal biras. awwwwwww :P



dengan bakal.. err.. hihi. ni bos syafi; kak zalea. kalau you guys perasan iklan downy, adalah dia. yang cakap "satu kecil cili api pun dah buat telinga berasap" haa lebih kurang gitu lah dialog dia. bweheheheh.



ni udang dekat meja beradab pengantin. heh. pengantin makan bukan banyak pun. i yang makan sampai habis sorang-sorang. syafi yang suruh. i dah lah pantang nampak udanggggggg!

okay lah okay lah. entri ni dah panjang sangat dah. dah lah letak gambar udang. haruslah esok minta mama masakkan udang. cis.

"mana gambar sandingnya?"
"haha. tak ada. i busy masa efa bersanding"

selamat hari rabu semua. tengok wayang hari ni mesti murah ;)

Tuesday, January 27, 2009

My Second Sister

Hai semua. Hik. Dah puas makan limau
Tahun ni first time ber-Chinese New Year di JB
Bunyi mercun sangat memekak tak boleh tidur.
Maybe dalam 3 pagi baru stop. Tak ingat dunia betul mereka
Before ni kan Rara duduk area quartes polis,
so takda lah bunyi mercun yang tak henti. Nak kena tangkap

Kenapa dah lama Rara tak update blog Minta sorry ye.
Busy sangat memandangkan kakak kedua saudara mara
datang ke rumah. Yelah, masing bercuti kan.
Tapi sangat bersedih sebab kakak pertama takda balik JB
Selain melayan tetamu yang datang, Rara dengan Angah
menghabiskan masa dengan Atasinchi. Comelnyaa
Rara sangat jatuh hati melihat Mama dalam family Atasinchi
Kelakar sangat happy family okay.

Gambar ini adalah beberapa jam sebelum Angah balik
Puas Rara memujuk Angah untuk membagi baju yang dipakai itu
Baju tu adalah baju company Angah iaitu Naza.
Kat tepi tu ada word "PEUGEOT" Huwaa sangat seronok lah.
Tapi Angah kata baju tu susah nak dapat sebab Angah bukan
di bahagian marketing, tapi bahagian Finance. Ggrr

Comel sangat padan kan? Hehehe
Beberapa hari lepas, Angah membagi Rara bercakap
dalam phone dengan Abg Nizam (boyfriend Angah lah)
Then Rara sempatlah bertanya khabar juga.
Abg Nizam sangat baik hati sangat prihatin pada family Rara
Harapnya lepas dah kahwin dengan Angah pun,
Abg Nizam tetap rapat mesra dengan family kami.
Psst, tahun ni genap lah mereka ini selama 7 tahun.
Cepat lah berkahwin takda lah adik dia ni melangkah bendul

Boleh tolong Tolong mendoakan Angah cepat kahwin
Kalau Rara terpaksa langkah bendul, kena membagi hadiah
Sila mengelak itu kerana nanti kehabisan mata wang.
Angah sangat mementingkan kualiti barang, nanti dia minta
yang mahal. Tolong berdoa untuk permaisuri anda. Lalala


Boyfie suruh pergi mandi petang Ekekeke
Okay kena berhenti sekarang ni. Mmuaahh semua. Babai