Showing posts with label hello kitty. Show all posts
Showing posts with label hello kitty. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

Ini kisah saya dengan emak



hai you guys. pernah nampak tak orang pakai tshirt ada tulis "saya sayang emak saya" hahahaha. i rasa nice. sebab dia cakap dia sayang emak dia. fine. i pun sayang mama. and you guys yang ada baju macam tu mesti emak you guys semua terharu kan? kalau i jadi emak you guys i akan menangis terharu. itupun kalau lah.

i sayang mama i. and kebanyakkan readers pun tahu i dah kehilangan seorang abah tiga tahun lepas. pejam celik pejam celik dah tiga tahun i tak dengar suara abah. tak dengar abah gelak. tak tengok muka abah merajuk. jangan risau. i boleh terima kenyataan. i tahu Allah SWT sayangkan arwah abah. al-fatihah. maknanya sekarang i cuma ada mama, ada kakak and ada adik. semua tu penting dalam hidup i. penting. yes. penting.



you guys masih ada emak and abah? hargailah. jangan lupa. satu hari nanti you guys mesti akan kehilangan mereka juga. i bukan doa. tapi serius. i dulu tak pernah terfikir yang i akan kehilangan arwah abah. but Allah SWT ambik nyawa arwah abah sekelip mata. padahal arwah abah tak pernah tunjuk sakit. tak pernah cakap dia sakit. tak pernah merungut sebab sakit. tak pernah. sekelip mata tiba-tiba arwah abah ada luekimia. ada darah beku dalam otak. tak sampai sebulan sakit, dah meninggal. again. Allah SWT lebih sayangkan arwah abah.

mama. mama yang terbaik dalam hidup i. you guys pun mesti cakap emak you guys yang terbaik. kan? ada yang nak cakap emak dia jahat? eh hello guys. jangan lupa awak tu keluar dari mana heh. kalau tak berpeluh emak awak tu. kalau tak mengerang kesakitan emak awak tu. awak ingat awak boleh ada dekat candyfloss baca entri ni sekarang ni? hahahahhahhahahhahekk.



mama i cantik. mama i comel. mama i sweet. mama i menarik. mama i sporting.



apa i nak. apa i teringin. semua dapat. semua mama bagi. semua mama beli. i merungut streamyx tak bagus. mama belikan maxis broadband. bayar bil internet untuk i setiap bulan. i merungut maxis broadband tak hebat. mama belikan celcom broadband. bayar juga bil internet untuk i setiap bulan. sekarang i merungut celcom broadband suka buat hal. tak ada coverage. coverage lambat. pun mama setuju bila i nak beralih ke p1. cuma belum tahu lagi. sebab i dengar p1 pun sama.

"nak tukar celcom broadband boleh? maxis ni connection slow sangat"
"berapa sebulan?"
"RM129"
"okay"

i meminati karakter kartun hello kitty. mama support. mama belikan hello kitty item. mama bagi duit untuk i shopping hello kitty. pergi singapore pun mama tanya mak mah dekat mana ada hello kitty shop. mama suggest dekat i, suruh beli laptop bag hello kitty. mama suka bila i bawak balik speaker hello kitty. malahan. mama belikan i hello kitty handphone berharga RM7++ untuk i. i love you mama :')

"ma, ma. cuba tengok handphone ni" -tunjuk dekat internet.
"berapa tu?"
"after convert dalam RM7++"
"dekat mana ada jual?"
"seller ni dekat singapore. tapi handphone tu kat china"
"cuba suruh abang ngah order kan. nanti mama bayar"

before pindah jb. i cakap dengan mama i nak ambik driving license. mama tak yakin. mama tak percaya. mama kata nanti habiskan duit mama je padahal nanti tak lulus. i anggap kata-kata sebagai cabaran. i pujuk mama. mama bagi duit. mama carikan school driving yang terbaik untuk i. supervisor dekat tempat kerja mama yang ajar i. sebab dia juga adalah driving teacher. i belajar. sampai i dapat license. ke mana-mana i bawa mama. sekarang i makin berani berdriving. tak macam dulu. takut-takut. itupun sebab mama yang membakar semangat i. sayang mama.

i masuk wad. mama temankan i dekat hospital seminggu. mama sanggup tidur tak lena =_______=

dua hari lepas. syafi kata dia makan nasi lemak lauk paru sambal. i teringin. i cakap dengan mama. semalam mama ajak pergi pasar malam. mama beli paru. hari ni mama masak lauk paru sambal. i tahu mama sayangkan i, malah lebih dari itu.



you guys tahu? i sayang mama i. i cinta mama i.

Tuesday, October 6, 2009

Uniquely singapore



ada lagi beberapa item belum sold, kalau nak beli boleh click sini.
bukan senang nak dapat harga murah macam tu padahal semua tu
berkualiti. fine. tak nak cakap banyak. entri kali ni i nak cerita pasal
trip ke singapore pada jumaat-ahad baru-baru ni. pengalaman macam
biasalah, rindu gila dekat muhammad syafi, buah hati intan payung berlian
permata pengarang jantung degup degup merindui beliau. achoooom! opps,
sorry naik mrt sebab i tengah selesema ni. jangan risau, belog ni tak ada h1n1.
i bebas dari penyakit tersebut T_______T i tahulah, i dah check. eceh.


sebelah i tu adalah adik i; siapa lagi besar? =_____=

pada hari sabtu yang berkenaan. kah kah kah kah kahak kitorang
pagi-pagi dah pergi MCYS building ; but nasib kurang baik, miss wong
sedang bersantai dekat rumah, maknanya dia cuti on saturday.
and then pergi geylang. gambar dekat atas tu dekat area geylang lah.
niat hati nak beli baju kurung moden untuk pergi wedding efa nanti.
tapi i kan ada masalah size badan, even size s pun besar untuk i (-__-")
mencari baju i susah macam i pulak yang nak kahwin and cari baju untuk
nikah kah kah kah kah. i siap text dekat syafi and cakap dengan dia macam
i yang sibuk nak kahwin cari baju bukan main payah.



i suka naik bas dekat singapore. senang dapat bas. tak payah tunggu
lama-lama. sekejap je bas dah datang. and orang dalam bas pun jarang
penuh sampai kena berdiri. bersih tu tak payah cakap, confirm bersih.
jalan untuk bas pun disediakan, so tak share jalan dengan kereta biasa. bas
kena ikut lane bas. so laju pun laju lah kannnnnn. achooom! masa naik bas ni
kitorang on the way pergi toa payoh; ehem malas nak cakap buat apa :P
lepas shopping macam tak ingat nak balik, kitorang balik jugak akhirnya.



pemandangan dari tingkap dapur rumah mak mah ; ang mo kio.
tak boleh berdiri lama-lama dekat situ sebenarnya sebab rasa
gayat. pegang camera nak capture gambar pun takut-takut. heh.
takut camera jatuh T__________T camera tu dah lah ada sentimental
value dengan arwah abah. achooooom! mana boleh jatuh. cannnnnootttttt.
lepas tu semua bersiap-siap nak pergi rumah kak lenn (mak mah's daughter).



from left : pakcik, mak mah and kak lenn.

kak lenn masak roti jala with kari ayam. fine. sedap gila. i nak tambah
tapi malu tapi still tambah jugak. dah orang kasi makan ; bedal je lah.
rumah kak lenn dekat tampines. rumah kak lenn best; selesa.



rumah kak lenn ada kucing besar gila (KEMEK); tak tahu berat dia berapa.
tapi lagi besar dari chibi atau tabby, apatah lagi oliey. serius besar.
and manja. makan nak bersuap. kalau tak suap, tak makan. gedik
sikit tapi tetap comel. first time tengok dia, sumpah ingatkan teddy
bear. masa tu pulak dia tengah baring achooom! atas katil. tiba-tiba dia
bergerak mahu i tak terkejut. kah kah kah kah kah kah.



tengoklah dia. nak baring pun macam susah, badan dia berat takut
kalau baring sebarang nanti susah nak bangun. hahahaha. GERAM.
rasa macam nak bawak masuk bag je lepas tu bawak balik johor
lepas tu jual. kalau rm3000 confirm tak lari lah; sure boleh kaya heh.



daripada pagi tadi, huda call tapi i tak sempat angkat sebab i macam
tak larat nak cari handphone bawah bantal. achooom! bila i dah bangun,
huda call lagi. huda suruh i pergi klinik apa semua and beberapa minit
lepas tu i dapat parcel dari huda. thankyou huda. cantik sangat.
and rara janji akan jaga baik-baik tau.

peluh ketiak : selamat ulangtahun dua tahun satu bulan rara and syafi semoga bahagia selalu, tammo menangis-nangis macam semalam lagi; sumpah i memang cengeng suka menangis tak tentu pasal lepas tu terpaksa terima akibat sampai demam-demam macam ni T_______T i love you sayang,

Monday, October 5, 2009

Siapa cepat dia dapat



sesiapa follower raracandyfloss.com di twitter and facebook,
korang mesti tahu jumaat baru-baru ni, rara and family ke singapore.
macam biasalah, bulan syawal macam ni memang suka nak ke rumah
saudara mara. memandangkan dekat sana ramai saudara mara, so macam
fun lah bila beraya dekat sana; dah umur dua puluh satu tapi still dapat
duit raya kah kah kah kah kah fun atau tak fun? fun gila wehh.
okay cerita lain kita cerita di entri lain. hari sabtu tersebut i ke toa payoh
and i ada beli beberapa item hello kitty; siapa cepat dia dapat heh.



wallet ni seriously paling i suka. i dah ada satu. and i beli dekat
sanrio shop area tampines 1. masa i beli hari tu ramai yang nak.
so yang ini i cuma beli lagi satu stock sahaja.


bahagian belakang :D

hello kitty coin bag
price : rm29 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
1 available reserved by Putri



hello kitty comb
price : rm14 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
1 available SOLD OUT



hello kitty plastic mug
price : rm15 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
1 available



hello kitty sticky notes
price : rm15 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
* kalau korang nak guna pos ekspress rm4.50 je pun boleh,
tapi tak dijamin selamat okay.
1 available for polkadot, 1 available for apple
polkadot reserved by Putri



hello kitty shower gel/hand soap refill bottle
price : rm30 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
2 available SOLD OUT

now korang boleh order through comment, or email
queenshira@gmail.com
untuk dapatkan account number : CIMB sahaja i ada.
bila korang dah bank in hari ni, rara akan pos item pada hari esok.
siapa cepat dia dapat, ingat heh :P

Monday, September 14, 2009

Kodzutsumi



Sehari sebelum menyambut hari kedewasaan, I telah pun menerima
hadiah dari seorang budak comot yang I telah menganggap sebagai adik.
I tak dapat nak receive parcel tu dari posmen sebenarnya disebabkan
pada masa itu I ke City Square bersama yang terbusuk termasam.
Balik rumah still tak perasan ada parcel atas meja. Mama pun diam.
Bila ternampak kotak dengan bungkusan warna coklat, I kesukaan lah.



Ini benda pertama I nampak sebab dia paling besar duduk dalam
kotak tersebut dan of course lah sebab dia itu kesukaan I ;
Hello Kitty.



Ini adalah sharpener. Thanks Mieya. Kalau Mieya nak tahu,
Kak Rara dah lama sangat teringinkan set ini. Sumpah tak bohong.
First time nampak set ini dekat belog Singaporean. Nak beli tapi
tak tahu nak bank in macamana dekat orang yang demikian. ^&#(@



Eee tak sangka sangat boleh dapat benda ini. Dah lama admire.
Dah lama sangat dah I mengidamkan ia. Dah lama T____T
Lepas ini, kalau frust sikit, nak asah jari sendiri boleh tak



Hello Kitty lagi satu itu membawa bag. Nampak macam berat kan
Ergh. Apasal menarik sangat sampai I tidur dengan set ini



Yang membawa bag itu sebenarnya dia membawa stapler.
Menarik gila bila tengok dia gendong stapler sebagai bag.
Betul. I dah lama sangat nak benda ini Wishlist I tercapai.
I terharu ada seorang adik yang baik macam Mieya. Nice gila.



Hello Kitty keychain ini pun I suka betul sebab ; I dah ada satu.
Syafi belikan. Syafi pun ada satu. I simpan dekat dalam jewelry box.



Bila tengok keychain ini pula, I juga teringat terus dekat Ynn,
ini adalah karakter cartoon favourite Ynn. Ynn jeles tak



Selain itu juga, I mendapat dua keping card dari Mieya. Card pertama
I buka adalah card raya yang very sweet ; card kedua pun sweet juga,
of course lah birthday card. Paling best bila Mieya tampal blink-blink.
Hey, I admire sangat dengan tulisan Mieya, comel and kemas sangat
Thanks Mieya ; sebab Mieya nice sangat. Kak Rara tak akan lupa semua
ini sampai bila-bila. I love you a lot, lil sis :-*

Okay done, tatah everyone

Sunday, August 30, 2009

Laptop bag



Rindunya dekat Happy Houze, Toa Payoh. Item lain yang dibeli adalah
laptop bag berwarna kegemaran. Comel tak comel belakang cerita.
Tak akan lah setiap item yang dibeli akan terus menerus taip
"Item ini memang comel. Terlalu comel. Very comel" ahh tak boleh blah.
Dah lah blog ni I sorang membebel I sorang yang baca. Bosan ah
kalau ayat asyik sama setiap kali tunjuk item. Comel, comel, comel.
Baik hentikan. Bosan tahu. Bosan.



Ayat comel mari kita gantikan dengan 'menarik'. Wah, menariknya
Ya. Itu adalah terbaik sedikit I dah tak ingat harga bag ni,
tapi fikir banyak kali jugaklah nak beli dia. Nasib baik menarik.
Mula-mula I fikir nak beli jam. Jam tu menarik gila. Harga pun
lebih mahal sedikit daripada bag ini. Tapi memang ah menarik
sampai hati I tertarik-tarik, tapi tak boleh. Terpaksa tolak.
Lain kali I masuk Singapore mesti nak beli watch tersebut. Ingat.



Bahagian belakang. Nampak biasa dalam gambar. Tapi serious
menarik in real. Paling I suka dengan bag ini sebab dia ada sediakan
tali yang panjang. Kata pun laptop bag kan



Menarik.



Bahagian dalam bag tersebut ada span. Eee Rara ni, aku tahulah.
Katapun laptop bag

HAHA I faham, entri ini bosan Babai



Guest yang request tutorial dekat shoutbox semalam, sorry
hari ini I rasa letih nak buat tutorial. Maaf.