Showing posts with label daily buys. Show all posts
Showing posts with label daily buys. Show all posts

Saturday, January 16, 2010

Felt : Keroppi, hamburger; tiny button juga.



hihi i baru lepas menjahit. heh.

"engkau tak ada kerja lain dah ke rara?"

T________________________T

i kan surirumah sepenuh masa. puii! terus terang sajalah i ni tak bekerja, menjadikan ia sebagai hobi. tak ada masalah, kan?



semalam i berjaya menyiapkan keroppi ini dalam pukul 2.20 pagi. kalau tengok keroppi, mesti ingat yuyu kan? yesssss, yuyu memang penggila karakter kartun keroppi. hik. yuyu order keroppi and tag nama tu. dah siap tapi i lupa nak capture gambar. lagipun biarlah surprise sikit kot :P



pagi tadi i bangun pukul 10 pagi. terus menjahit tanpa makan dan minum. sehingga entri ini ditaip pun, i tak makan minum satu hapa pun lagi. hekhek. i berjaya buat burger menggunakan felt. nyummy nyummy!



and i juga berjaya menjahit biscuits. ceh i sukaaaaaaa sangat bila buat sesuatu yang bercirikan makanan ni. rasa nak ngapppp! nom nom nommm.

and lagi, i nak hoorayy sebab tengahari tadi i dah received parcel yang i order :D









take care everyone and happy weekend! muah muah.

hamburger: rm3
biscuit set: rm4 (5 item)

**harga tak termasuk postage and jenis handphone strap/keychain/ribbon.

Friday, January 15, 2010

Felt : Name and ball; animal eyes juga.



eh oh hello. sekarang ini kan, rumah i dah jadi macam rumah tukang jahit dah. anak menjahit, mama dia mengait. eh. lain ya disitu. menjahit dan mengait adalah satu perbuatan yang lebih kurang sama tapi hasil dan bahan adalah sangat berlainan.



ini hasil mengait. ecewah. blog pun dah jadi macam kelas menjahit dan mengait. heh. okaylah sekarang tengoklah hasil kerja mama i. memang sangat kreatif dan kemas, kan? like mommy, like daughter. eh okay, i terangkat-bakul-masuk-dalam-kain.





ini adalah hasil kerja menjahit oleh anak dia. eh anak dia, maksudnya i lah. huruf-huruf tersebut sangat macam mintak dimakan. ngappppp! dalam gambar nampak macam besar kan, tapi huruf tu kecik sebenarnya. susahnya i nak jahit yang kecil macam itu. tapi bila nampak hasil, sangat puas hati tahu?



ini pulak adalah berbentuk bola. depan bola tu i jahit huruf 'FS' (gabungan nama fyka dan her boyfriend). ini adalah order dari adik fyka. i baru send dua item ni petang tadi. hik. i harap fyka suka. thankyou fyka. nice to know you!



dua hari lepas, i order this animal eyes. hihi. seronoknya bila dah dapat parcel tadi. animal eyes ni i nak guna untuk buat teddy bear or anything else yang menggunakan mata ni. hekhek. i beli online dari kak tini. thankyou so much to her and kak tini sangat nice tau. berbual punya berbual, rupanya kak tini ni adalah kawan kepada kak cujie. haa.

i order animal eyes ni sebanyak 60 pairs, tapi kak tini bagi extra tahu? memang sangat nice and tak rugi i beli dari kak tini. haa ni. i ada cakap dengan kak tini, kalau jumpa online shop yang jual mini brads, bagilah tahu i. tapi kak tini tak tahu T____T tapi tahu tak, kak tini yang nice ni bagi i hands shape and tulang ikan tu. tapi tulang ikan tu patah. punyalah ganas pos malaysia buat kerja cop cop ni. hik.





oh by the way,

T______________T *menangis sedu sedan.

syafi dah balik KL petang tadi. naik bas transnasional pukul 5pm tadi. and masa i menaip entri ni pun, syafi still dalam bas lagi. i dengan mama hantar syafi sampai terminal larkin. you know what, masa nak bye-bye syafi dalam bas tu, hati i meraung-raung dan i cuma pujuk hati macam ni;

"tak apa, hati. nanti bulan dua akan berjumpa lagi. dan bulan tiga pun akan berjumpa lagi. kali itu syafi dan keluarga akan datang berjumpa mama, insyaAllah, 'berkampung'. dan beberapa bulan selepas itu, insyaAllah akan mendirikan masjid"

hati i dah faham sekarang. dan hati dah tak sedih lagi.

AND OH; SIAPA NAK ORDER LAGI, BOLEH EMAIL I TAU ;)

Tuesday, January 12, 2010

My new baby



oh hello hello. nak buat announcement sikit. result untuk DiGi Pimp My Day Challenge belum tahu lagi tau. so takyah tanya i apa-apa please. i kecewa lah setiapkali you guys tanya and i kena jawab satu per satu. well biasalah, hadiah pun lumayan so DiGi and Nuffnang kenalah buat result yang terbaik kan.

oh by the way, hari ahad lepas, i dengan family keluar pergi masjid jamek. angah nak beli ribbons untuk hias dulang hantaran dia nanti. yelah orang nak bertunang. i tak mampu nak support sikit, so i berjasalah sikit bawak angah pergi masjid jamek. heh. jasa peluh nama dia. pfft. padahal tak lah berpenat lelah pun T______T

weols masuk SSF lepas tu i terus nampak mini beauty dalam balang. eh. mini beauty ni taklah mini macam yang biasa tu. dia besar tau. before ni kan i pernah beli mini beauty, tapi memang betul-betul mini. tapi yang kali ni dia besar tau :D



see? comel kan dia? kak cujie pun beli satu tau. tapi tammo lah i tunjuk picture mini beauty dia. biar dia sendiri tunjuk dekat blog. hik. kak cujie punya pink color T______T i yang nak dulu, tapi dia nak sangat yang tu, sebagai adik nasiblah i mengalah. bluek.



lepas tu i jalan-jalan lagi on the that day, i jumpa brooch yang comel. eee kalau bab-bab brooch comel ni memang i rembat je tak kiralah berapa harga dia. confirm i akan fikir "NAK, NAK, NAK". heh.



i beli tujuh biji brooch. hik. ada lagi pattern lain tapi i rasa macam mahal pfft. dapat tujuh biji pun jadilah. mula-mula i ingat nak jual saja, tapi tak jadi i rasa sayang menyayang pulak. hekk.



oh by the way, syafi busuk masam i tu (panjang betul nama dia i bagi) masuk magazine. cuba teka magazine apa? cubalah teka, cubalah teka. hesh. pemalas betul you guys ni tahu tak?


*
**
*

tettt. magazine 'JELITA'. i tak surelah pulak betapa 'jelita'nya syafi i tu. setahu i dia cuma macho saja. lol.

pfft. apa salahnya if i nak puji bakal suami i sendiri kan? takda salah kan? okay fine, i tahu i ada hak nak puji dia. wek. ehem. tadi kitaorang pergi jumpa mak andammmm (tammo cerita yang nii. wekk lagiii)





gambar terbaru. haa. baru petang tadi tau. before pergi mydin dengan mama and busu lehan. ecewah ecewah wah wah wah.

okaylah dah penat membebel and you guys pun dah penat baca kan? babai.

Thursday, December 31, 2009

Ini entri jakun nama dia



masa i bangun tidur pagi tadi, mama tengah on call dengan mak mah. rupanya mak mah ada dekat rumah pak itam sejak semalam. so mama ajak pergi rumah pak itam. i pun terus siap. malas nak lengah-lengah. nanti mama kecil hati pulak. lagipun memang dah tugas i kan, bawak mama pergi mana dia nak. bersiap punya lama, baru makeup, sekali i tengok jam dah nak dekat tengahari, terus sepit rambut. kalau set rambut kang mahu pukul 3 petang baru keluar rumah T______T





alhamdulillah nenek masih sihat. buat masa sekarang ni, mama tak jaga nenek. mama kan kurang sihat. so doktor nasihatkan, mama makan antibiotik selama 3 bulan berturut-turut tanpa henti. harap-harap bolehlah kurangkan sakit mama tu. by the way, nenek i comel kan?



hihi. he is aiman, anak cousin i, kak lenny. muka dia mix chinese sebab nenek belah ayah dia chinese :P

ok dah ok dahhhhhh takyah banyak cerita, i nak cerita benda paling besttttt. balik dari rumah pak itam, i ajak mama singgah jusco bukit indah. jalan punya jalan sekali i ternampakkkkkkk ni;





DAISOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO! o-em-gee.

okay. i teruja. i jakun. i tercengang. i seronok. daiso tu dah lama ada dekat jusco tu tapi i tak pernah perasan sebab kedai dia hujung sangat. i pulak tak pernah sampai ke hujung tu. phewwwitttt. i dah tak heran dah dengan daiso the curve tuuuuuu. sikit pun tak herannnn dahhh. sebab daiso ni lagi best, lagi senang cari barang, tak serabut sangatttttt. pheewwitttt.






haaaaaaa. dah lah i cemburu tengok entri kakak chika yang ni. sekali i tengok dekat daiso ada jugak jual perabot kayu macam ni. eeeeee memang i rasa macam heaven lah. dah lah i memang sayang jusco bukit indah. dah tahu ada daiso, bertambah-tambah sayang lah macam ni. heh.





muka berlagak weh ada daiso dekat sini bweheheheh padahal i bukan suka sangat daiso. banyak barang dapur je. kalau puan-puan tu suka lah. kalau macam i ni? tapi tak apaaaaa, sebab dekat daiso ada fabric felt yang i guna untuk buat huruf-huruf and jahit dekat baju tu. lepas ni boleh buat business lah. hekkk. padahal jahitan pun tak kemas, tak ada siapa sudi T_______T

tak apa. lepas ni semua baju nak letak nama sendiri. hahaha desperate habissssss.



mama beli ni sebab nak cuba buat. mama kan pandai mengait. so mama nak buat. mana tahu nanti boleh bagi orang terdekat masa wedding i nanti. pheewitttt. itu mama yang cakap heh, bukan i.

banyak lagi item sebenarnya we olls borong tapi kalau lekat semua dekat sini, habislah you guys semua kecemburuan dengan i. hahaha tak blah.



HAPPY NEW YEAR 2010 KORANGGG;
- nak hidup tenang, bahagia, diredhai Allah SWT.
- harap dimurahkan rezeki
- membina 'masjid', insyaAllah.
- dikelilingi orang-orang yang baik macam you guys.

Saturday, December 26, 2009

Nuffnang : Hasil berblogging



i want nobody nobody but you :P - i tengah layan lagu ni masa taip entri. heh.

you guys tahu tak cheque nuffnang i untuk bulan oktober dah sampai rumah dan dah pun i cash deposit kan dan dah pun ada dalam account bank i? hihi. alhamdulillah. i terus keluarkan rm200 daripada duit tu and bagi mama; duit untuk hajikan arwah abah i. mama minta setiap seorang adik beradik i rm200. and you guys tahu duit yang i bagi tu adalah hasil usaha i dari berblogging? syukur sangat ada jugak income lebih.



so dua hari lepas, i ajak family i pergi city square jb. yelah. alang-alang kan you guys, angah i dengan bakal tunang dia ada dekat sini. bweheheheh. we olls pergi city square sebab i nak beli jco donut T_________T



bila dah dapat jco donut satu dozen yang berperisa oreo kesemuanya, i beli pulak mcflurry oreo jugak. heh memang hantu oreo betul lah family i ni. dari dulu sampai sekarang semua pun pilih oreo je. hikhik. kalau you guys perasan, dalam gambar dekat atas ni, pipi i nampak chubby sangat. i memang suka sangat lah kan kalau gambar menampakkan diri i ni gemuk.

lepas tu we olls singgah sasa boutique tau you guys. i lah, nak beli brushes lagi. tak cukup-cukup. haa ni pun i beli guna hasil nuffnang. weee.

balik dari city square, we olls pergi amy's bridal dekat taman orkid pulak =)

lepas tu we olls pergi makan-makan dekat taman perling.





gelak punya gelak, makan punya makan, minum punya minum, bincang punya bincang, we olls pun balik rumah. eh tak tak. sebelum balik rumah kan, we olls pergi beli cd pirate heh. drag me to the hell dengan phobia 2. phobia 2 tu i yang recommend sebab i suka cerita tu. haa lepas tu baru lah balik rumah. sambil nak tunggu angah pasang movie tu, sambil tu we olls melantak lagi.





alhamdulillah lagi sekali sebab i dapat belanja family i makan jco donut ni. kali ni hasil duit nuffnang i memang berbaloi-baloi. bwehehehehh.


Thursday, December 24, 2009

Milk tablet, korang pernah makan?



semalam adik pergi kedai beli apatah untuk mama. sekali adik bawak balik milk tablet candy yang i suka masa zaman kanak-kanak dulu.

"adik, nak jugakkkk. belikan boleh?"
"okay tunggu lepas hujan reda"

hujan dah reda. hati dah tak sabar.

"adik, hujan dah reda. pergi belikan"
"nak berapa?"
"nah rm2"
"eee banyaknya! dekat dalam balang tu dah nak habis lah"
"ambil semua yang mana cukup"

tamak, kan?



nasib baik cukup rm2. dapat 20 packet. heh. sedap. dah lah bentuk heart. rasa susu pulak tu.

i suka susu. sangat-sangat.

Saturday, December 5, 2009

Mencarut



ini entri dua hari lepas. sepatutnya-lah.

dua hari lepas. i dengan kak cujie call mcdonald delivery and order macam-macam makanan; takkan nak order set cadar untuk pengantin pulak. order set mc chicken regular dengan air milo macam biasa. tunggu dalam sejam lepas tu melantak beramai-ramai.



perut ni tiba-tiba buat perangai nak berbunyi balik. telefon bimbit pun tiba-tiba ada dekat sebelah. kang kalau dial nombor 1300131300 tu habis duit berkeping-keping. baik tahan sikit. walaupun tengah lapar sekarang. sabar.

hari tu memang dah janji dengan syafi nak bawak mama pergi pejabat guaman. lepas makan and tengah bersiap, tiba-tiba bunyi ding dong. syafi sampai. blusher, mascara apa semua belum tepek dekat muka lagi ni (-____-")



puas cari building kraftangan tu dekat area petaling street. dalam alamat tulis dekat petaling street. sekali pergi rupanya dekat area masjid jamek. dah lah susah cari parking. i drive kereta dengan himpit bas apa semua, tengah bandar macam tu, tekanan jiwa pun sempat.




bila dah sampai, kena tunggu kejap. lepas tu masing-masing buat muka boring. lepas tu i main twitter. tapi boring jugak. tengok dashboard blog pun, boring jugak. sekali nama mama kena panggil. fuhh. bila mama dah keluar, mama cakap orang tu tak ambil case pasal perumahan. ni rasa nak mencarut ni. heh.

dalam phone, bila mama dah terangkan apa semua masalah mama lepas tu cakap pasal rumah dekat cheras tu, dia cakap boleh, lepastu suruh mama datang bangunan kraftangan tu. what the hell weh bila dah sampai dengan susah payah cari parking dekat area masjid jamek tu, kau kata tak ambil case tu? T___T



wajah-wajah kekasih. ecewah :P