Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, November 14, 2009

I rasa macam tertekan sebab..



sedih. tertekan. hari ni nak kongsi berita sedih dengan you guys. tak boleh pendam. rasa macam down. boleh kan? T______________T

macam you guys tahu, kiki sakit. dia lemah sangat. nak pegang dia pun dia marah apatah lagi nak angkat dia. dah bagi makan ikan berprotein, dah bagi susu pun tak jalan. dua hari lepas nampak dah okay. tapi semalam, dia nampak lemah balik. i bukan kejam. i memang nak bawak pergi veterinar tapi i takut nak pergi sorang. i mana berani drive tanpa ada orang dekat sebelah. nak buat macamana. anak emak. hesh.

tiga hari lepas. mama dah mula sakit. i pernah cerita mama sakit masa bulan puasa. tak tahu lah you guys ingat ke tak. yang sampai tak boleh nak bangun tu. sekarang ni pun mama sakit macam tu balik. bila orang tanya mama sakit apa. i cuma mampu jawab 'diabetis'. kira adalah itu adalah punca sebenar sakit mama. doakan mama i. please. merayu.

pagi tadi i dapat berita. kakak sulung masuk ward. kakak tengah pregnant. tapi entah kenapa macam ada problem. i pun tak faham. sekarang dia dekat ward. ikut hati, kalau mama sihat, i memang dah on the way agaknya balik kl. tapi hmp. mama pulak tak boleh bangun jugak. get well soon, sister.

i ambil hadis qudsi ni dari blog cikepal. credit to her.

"bersabarlah dalam menghadapi penyakit. sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"

by the way, hari ni birthday angah. happy birthday second sister. semoga selalu bahagia. jangan marah sebab aku nak kahwin dulu dari kau. heh.

syafi pulak minggu ni memang busy sangat dengan training. hari ni dia ada event. esok pagi-pagi dah bertolak ke sabah. dia tak abaikan i pun. sikit pun tak. tapi dia busy so i kena faham. dia cari rezeki.

i perlukan support dari kawan-kawan. doakan keluarga i dalam keadaan yang baik-baik.

Monday, September 14, 2009

Kodzutsumi



Sehari sebelum menyambut hari kedewasaan, I telah pun menerima
hadiah dari seorang budak comot yang I telah menganggap sebagai adik.
I tak dapat nak receive parcel tu dari posmen sebenarnya disebabkan
pada masa itu I ke City Square bersama yang terbusuk termasam.
Balik rumah still tak perasan ada parcel atas meja. Mama pun diam.
Bila ternampak kotak dengan bungkusan warna coklat, I kesukaan lah.



Ini benda pertama I nampak sebab dia paling besar duduk dalam
kotak tersebut dan of course lah sebab dia itu kesukaan I ;
Hello Kitty.



Ini adalah sharpener. Thanks Mieya. Kalau Mieya nak tahu,
Kak Rara dah lama sangat teringinkan set ini. Sumpah tak bohong.
First time nampak set ini dekat belog Singaporean. Nak beli tapi
tak tahu nak bank in macamana dekat orang yang demikian. ^&#(@



Eee tak sangka sangat boleh dapat benda ini. Dah lama admire.
Dah lama sangat dah I mengidamkan ia. Dah lama T____T
Lepas ini, kalau frust sikit, nak asah jari sendiri boleh tak



Hello Kitty lagi satu itu membawa bag. Nampak macam berat kan
Ergh. Apasal menarik sangat sampai I tidur dengan set ini



Yang membawa bag itu sebenarnya dia membawa stapler.
Menarik gila bila tengok dia gendong stapler sebagai bag.
Betul. I dah lama sangat nak benda ini Wishlist I tercapai.
I terharu ada seorang adik yang baik macam Mieya. Nice gila.



Hello Kitty keychain ini pun I suka betul sebab ; I dah ada satu.
Syafi belikan. Syafi pun ada satu. I simpan dekat dalam jewelry box.



Bila tengok keychain ini pula, I juga teringat terus dekat Ynn,
ini adalah karakter cartoon favourite Ynn. Ynn jeles tak



Selain itu juga, I mendapat dua keping card dari Mieya. Card pertama
I buka adalah card raya yang very sweet ; card kedua pun sweet juga,
of course lah birthday card. Paling best bila Mieya tampal blink-blink.
Hey, I admire sangat dengan tulisan Mieya, comel and kemas sangat
Thanks Mieya ; sebab Mieya nice sangat. Kak Rara tak akan lupa semua
ini sampai bila-bila. I love you a lot, lil sis :-*

Okay done, tatah everyone

Sunday, September 13, 2009

Hari kedewasaan



Blog diabaikan. Blog diabaikan. Blog diabaikan. Blog diabaikan.
Okay cukup empat kali I ulang. Menjadi kebiasaan lah setiap kali
Syafi yang manis ada di samping I, I memang akan abaikan blog
Menjenguk setakat dua tiga minit lepas itu malas dah. Kesian (-__-")
Selepas Syafi pulang ke Kuala Lumpur semula, I akan mulakan sesi
membebel like aunty-aunty dekat sini sorang-sorang
Perkara yang sama
akan berlaku setiap kali I di samping Syafi InsyaAllah bila dah kahwin
nanti, akan ubah perangai menjadi blogger solehah Jeng jeng jeng.



Black forest yang menjadi kegilaan I Hey, I yang mintak
Syafi elakkan dari membeli Secret Recipe's cake sebab I muak.
Muak. Muak. Muak. Walaupun Syafi cuba pujuk I sebab dia nak
belikan Secret Recipe's cake, I tetap menolak keras pujukan itu.
Daripada City Square, I dengan Syafi decided pergi Jusco Bukit Indah.
yes, dekat situ ada kedai cake yang I suka tengok design dia.
Lepas itu, Syafi belikan KFC. Balik rumah, berbuka puasa, bila dah
nak dekat tengah malam, we all membuat party kecil macam biasa.
Thanks my sweetheart sebab sanggup datang JB semata-mata untuk
membahagiakan I
pada hari kedewasaan I :')



Ini birthday girl tiga hari yang lepas Sejak kebelakangan ini,
I selalu merajuk dengan Syafi, I cepat sentap emosional, tetapi
Syafi tetap memahami diri I I terharu. I terharu jugak sebab
semua rakan-rakan I tak putus wish our 2nd anniversary wish
my birthday Tak kira through Facebook, texting me, call, etc. ;
semua pun I rasa gembira sebab ada rakan-rakan macam you all.
Ehh. I dah sweet twenty one. Betul ke semasa usia dua puluh satu adalah
sangat fun dalam hidup



Kuih sarang semut yang dibuat oleh I dibantu oleh Syafi
adik kesayangan. Mereka pembantu terbaik, I admit. Ngehngeh.
Syafi tolong tabur color rice, adik tolong kuncupkan paper cup
yang terlalu kembang. Okay, nice huh.

Btw, welcome to aunties club, Ynn. Hekhek ;-)

See you later. Taa

Thursday, June 18, 2009

One Utama


June 13rd, Sabtu. Hangout dengan family.
Jadi driver lagi Tapi tak boleh nak gantikan arwah Abah.
Bawak kereta pun belum mahir sangat. Tapi dah redah
merata - rata tempat dah. Takut nak drive sorang - sorang.
Kena selalu ada teman. Kalau tak, memang tak boleh drive.
Hati kecut ke apa ni Memang perangai Hagemaru ah Rara ni.
Tapi ada hikmah ah agaknya. Kang kalau berani sangat, habis
ah tak lekat kat rumah. Syafi pun runsing nanti kang, susah


Pergi OU, tak ada apa nak beli. Ingatkan nak beli The Sims 3
Tapi tak ada untuk laptop Semua game untuk PC. Ceh.
Cuba ah maju sikit, orang sekarang ramai pakai laptop apa
Lepas tu, semua macam tak tahu nak jalan mana dah.
OU tu besar sangat, nyampah ah sebab terlampau ramai orang
Kakak pulak ajak pergi Mydin dekat Subang. Seronok ah.
Mydin tu besar takyah cakap. Tapi lagi best dari OU tu. Cis.
Dekat situ ah jumpa booth jual cute brooch. Mahal RM3 satu


13th June, birthday Mia Masa pergi Setiawangsa hari tu,
melawat kawan - kawan Mama tu, ada singgah rumah Mia.
Tapi Mia tak ada. Cuma Mak dia je. Mama Syafi tumpang
solat dekat situ. Masa nak balik, Rara bagi sekali birthday
present untuk Mia Walaupun Rara bukan kawan yang baik,
jarang luangkan masa untuk kawan - kawan, tapi Rara tak akan
lupa birthday kawan baik sendiri Happy birthday, Mia