Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'



Hari ini I check website Nuffnang dan benda wajib I tengok mestilah analytics. I suka ambil tahu siapa yang keluar masuk blog I ni. Selalunya orang terjah blog I dalam diam, takda tegur atau apa. Lepas tu I buatlah terjahan balik ke blog dia. Pun sama. I terjah takda tegur. Heh. And bila I beralih kepada keyword section, I rasa macam nak gelak. Siapa punya kerja ni?



Siapa punya kerja baik mengaku cepat heh. I rasa yang google tu adalah sama kaum dengan I. Dan dia mencari tahu kenapa lelaki kaki perempuan. Adakah beliau dalam dilema? Atau rakan beliau? Err atau berlaku dalam keluarga beliau? Mintak simpang -_-'

Okaylah, I nak bantu beliau menjawab pertanyaan itu. I ni tak lah professional tapi ikut akal fikiran I sendiri lah jawapan I ni.

#Sebab-sebab lelaki menjadi 'kaki perempuan'

Pertama, mungkin sebab kaki dia tak cukup bulu, atau pun dia selalu cukur bulu kaki, sebab tu nampak licin macam kaki perempuan. Err okay tak tak, main-main saja. Menurut I, tak semua lelaki macam tu. Kalau nakal-nakal sikit suka kacau perempuan, lumrah lah lelaki macam tu. Remind you, tak semua lelaki macam tu. Kadang-kadang kita nampak je dia suka kacau perempuan, tapi dia sekadar suka-suka je. Tak lah sampai nak curang ke apa. Atau erti kata lain, isi masa lapang. Heh.

Kedua, tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Kadang-kadang, salah perempuan jugak. Bila ajak keluar, tak boleh. Bila ajak kahwin, belum ready. Bila sibuk, tak fikir pasal boyfriend/tunang/suami langsung. Lelaki pun rasa tercabar lah. Sunyi pun satu.

Ketiga, lelaki ni memang gatal. Eh remind you again, tak semua lah kan. Kebanyakkan lelaki memang gatal. Selalu je I jumpa lelaki yang nafsu tinggi sangat sampai tengah bawak awek/tunang/bini atas motor pun, sempat kenyit mata dekat perempuan. Gatal kan? Bergantung dekat individu lah. Kalau dia setia, setia jugak heh.

Keempat, pun I nak cakap, salah perempuan jugak. Gaduh sikit, terus mintak putus, terus mintak cerai. Gaduh sikit, terus pergi sembunyikan diri. Yang dah kahwin pergi balik rumah mak bapak. Yang belum kahwin, pergi lepak rumah kawan. Kononnya nak lari dari masalah. Ingat lelaki suka? Ingat lelaki nak layan? Ingat lelaki nak pujuk? Heh. Kalau dah selalu sangat buat tindakan ikut perasaan, lelaki pun carilah perempuan lain. Lagi enjoy. Lagi best.

Kelima, kalau hubungan tu dah renggang, memang susah nak cakap. Lelaki fikir perempuan tu ada orang lain, perempuan pulak fikir lelaki ada orang lain. Lepas tu masing-masing sendiri cari lain. Dah bosan punya pasal. Haha.

Keenam, perempuan cuba jangan cabar kewibawaan lelaki. Jangan suka-suka nak keluar kata-kata kesat, jangan mudah nak maki hamun, jangan cuba nak pertikaikan tentang tanggungjawab lelaki. Lelaki benci perempuan yang tak respect dia. Kalau lelaki tu respect you, please respect him too.

Okaylah, itu je kot yang I dapat kongsikan jawapan kepada soalan keyword tu.

Pesanan untuk perempuan: Bawaklah bersabar. Jangan cepat naik angin sangat. Cool kan keadaan. Lepas tu discuss secara comel. Cipta memori indah. Kan lagi best?

Pesanan untuk lelaki: Janganlah menggatal sangat! -_____-' Dapat balasan nanti tak ke haru?

Bye.

Thursday, January 28, 2010

Tips: Risiko 'fad diet'





Diet yang diamalkan sebahagian wanita sekarang adalah TIDAK SIHAT (kena boldkan tanda warning keras), dan dikenali sebagai 'fad diet'. 'Fad diet' adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu menjaga pemakanan dan senaman. Jenis diet yang sering dilakukan ini berisiko tinggi. Antaranya seperti list dekat bawah ni.
  • Diet terlalu rendah kalori
Pengambilan makanan rendah daripada 800 kalori sehari. Ini menyebabkan tubuh terpaksa mendapatkan tenaga daripada simpanan lemak.
Risiko: Diet ini berisiko tinggi untuk mendapat kesan sampingan seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah kerana ketidakseimbangan tenaga.
  • Diet rendah rendah
Diet dari pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan kekurangan jumlah kalori. Ramai pengikut diet ini memberi gambaran mitos bahawa selulit adalah disebabkan bahan toksik. Dengan mengamalkan diet ini dapat mengurangkan lemak terutama pada bahagian peha atau pinggang.
Risiko: Diet ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan pengukur lemak tubuh (BMI) dalam badan.
  • Diet tinggi serat
Amalan diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan dengan memberi rasa kenyang disebabkan pengambilan kalori yang sedikit.
Risiko: Jumlah serat disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut dan cirit birit. Bagi sesiapa yang bermasalah penghadaman akan memburukkan lagi keadaan dan pengambilan bijirin dalam kuantiti besar akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
  • Diet tinggi protein
Pengambilan karbohidrat dihadkan kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan terlalu tinggi boleh melambatkan perut kosong dan mengurangkan keinginan untuk makan.
Risiko: Meningkatkan pengambilan kolestrol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat berasaskan karbohidrat, terutama bijirin tumbuhan. Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit, fungsi kognitif terjejas dan peningkatan paras asid urik dalam buah pinggang berisiko untuk pembentukan batu karang.

Girlssss, tammo cuba 'fad diet' tanpa mendapatkan nasihat doktor tau. Nanti sakit T___T Bagi yang tengah diet tu, if ada something wrong, please cepat jumpa doktor sebelum ada kesan sampingan yang teruk. And girls, tak nak kan kurus keding macam I ni? Sobs.



Eh cuba tengok sarapan I untuk pagi tadi. Lontong. Sedap, kan? Makanan sedap macam ni pun uols ada hati nak diet ke? (Bersiul. Muka tak bersalah)

Papppppppppppp!

"Kan Mama dah cakap bersiul tak baik!" T___________T

Credit: Jelita Januari 2010, page 114

Tuesday, January 26, 2010

Tips: Serangan dan symptom migraine


Siapa ada migraine? I ada migraine, tapi lama dah tak kena serang dengan penyakit tu. Harap-harap tak payah lah datang lagi dah. Kalau dah kena serang migraine, I boleh rasa nak mati sangat dah. Jangan harap boleh berjalan-jalan macam biasa. Lebih-lebih lagi kalau kena cuaca yang panas.


Macamana nak tahu ada migraine? Okay ini adalah gejala ataupun symptom migraine:
  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kanan. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
  2. Rasa mual dan sometimes muntah.
  3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
  4. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Mama I akan suruh I tidur dalam bilik gelap kalau I diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri I terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk T_____T
  5. Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat "aura" iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.

Migraine akan menyerang apabila:
  1. Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
  2. Makanan - Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
  3. Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
  4. Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
  5. Persekitaran - bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.
  • Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
  • Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
  • Letakkan kain yang sejuk di kepala.
  • Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.
Menurut I, kesakitan yang paling sakit adalah sakit gigi dan gusi. Kedua adalah migraine. Menurut I lah T____T

Wednesday, January 20, 2010

Tips : Panduan memilih bra/coli



ala tak payahlah nak hipokrit sangat sampai cakap i ni entahapahapa buat entri macam ni. rasanya benda macamni sesuailah nak share kan. rasanya lagi, info macam ni penting jugak. nak elakkan sakit entahapahapa nanti kan. yelah sekarang ni macam-macam penyakit je yang suka sangat nak datang tanpa minta izin T_______T

jom cekidaut camana nak pilih coli cara betul. hahaha kelakar betul pilih bahasa 'coli' ni. selalu cakap 'bra' je. lol. jomlah jomlah gantikan 'coli' kepada 'bra'. pfft.

  1. jam ni, (bahasa orang johor yang bermaksud; sekarang ni) ada macam-macam jenis bra dekat pasaran. tak kiralah jusco ke, giant ke, carefour ke, tesco ke, hahahaha. asalkan tempat jual bra lah. kalau boleh, biarlah budget lebih sikit, pilih yang berkualiti melalui jahitan. jenama pun penting jugak. nak pakai triump memanglah selesa.
  2. kenali bentuk dan ukuran payudara. kalau jenis besar tu, pilihlah bra yang sesuai. jangan pulak pilih yang kecik-kecik. nanti kang macam tak pakai bra pulak. (tetiba masa i taip entri ni, kepala i tengok ke luar tingkap. manalah pulak pakcik posmen ni parcel i belum sampai lagi ni HAHAHA)
  3. kalau payudara saiz kecik, samalah jugak kan. pilih bra yang dapat menampung sekaligus memberi kesan lebih penuh. pilih bra yang berbesi dan span, mesti selesa lah T____T
  4. pilih dan kenakan bra sesuai dengan situasi. janganlah mengenakan bra seksi yang hanya bertisu kalau nak berjogging, nanti kang tak membentuk pulak payudara habis layu pulak nanti. pfft.
  5. bersihkan bra dengan baik. ini penting tahu? jangan cuci bra dengan washing machine hoiii. cucilah dengan tangan. bra tak rosak. yelah kalau beli triump, dahlah mahal, masuk washing machine habis rosak, melayang lah RM60-RM80 eh kadang ada yang cecah RM400 satuuu. cuci tu takpayah guna detergen lah, guna sabun biasa je.
  6. cara mengenakan bra yang betul bukan dengan cara mengaitkan bahagian hadapan kemudian diputar ke belakang (walaupun cara ini sangat selesa dan biasa dilakukan). cara macam tu boleh buat payudara tak selesa tahu? cara yang betul dengan menangkupkan coli dari depan, kemudian mengancingkan kait pada posisi belakang. berbelit lah sikit tangan tapi seeloknya ikutlah macam tu.
  7. jam ni, (sekali lagi) mana boleh nak test-test bra sebelum beli. yelah takut jugak kang test tetiba ada kurap ke apa, bahaya lah hoi. make sure tahu size tauuu.
girlssssss, kena ingat. benda macamni penting tau. kena praktikkan selalu. tak boleh ambil mudah. kang dah kena kanser lah apa lah baru nak buat, susahlah kan. harap penyakit-penyakit ni dapatlah dijauhkan. nak jauhkan, kenalah elakkan :P

info ini khas oleh triump dan jelita

* sehingga entri ini habis ditaip dan dipublish pun parcel i belum sampai. cepat sikit boleh tak? gahhh.

** eh jangan nak memandai. parcel i maksudkan bukan 'bra' ye. parcel untuk crafting felt. cis.

Wednesday, January 13, 2010

Tips : Cara mudah bakar kalori



bagi orang kaya raya macam you guys, tips ni sangatlah tidak perlu dipakai sebab you guys boleh pergi celebrity fitness sahaja untuk membakar kalori. baru berlari 800 meter menggunakan treadmill, liyanaa berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg. tapi kalau i, baru nak register nama, tengok harga pun dah ketaq lutut kot. bweheheheh.

okay meh sini i share cara mudah bakar kalori yang i dapat dari majalah jelita. antara yang you guys boleh buat:
  • shopping
girls love shopping very much. eh ada ke girls yang tak suka shopping? err. i rasa semua suka, just depends on ada duit dengan tak ada duit je. pantang ada sales, semua berebut pergi kan? walaupun tengah tak ada duit, tapi sanggup pergi manjakan mata nak window shopping, survey harga, sanggup bersesak. fuhh. sebenarnya, kegiatan macam ini pun boleh menjadi pilihan you guys untuk membakar kalori. shopping selama 45 minit non-stop (terus berjalan tanpa rehat) sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam tubuh badan kita tahu?

ehem. so lepas ni bolehlah mintak parents you guys duit belanja untuk shopping. cakap dekat parents, nak bakar kalori dalam badan. heh.
  • mengemas rumah
pfft. perkara ini adalah satu perkara yang sangat tidak digemari oleh i. serious talking, i ni pemalas sangat sangat sangat T______T

"tapi i ada maid. buat apa nak kemas rumah"

maybe ada yang bagi alasan macam ini. tapi cuba tengok dulu manfaat dia. dengan spent time untuk kemas rumah on weekend, you guys lebih rapat dengan tempat tinggal sendiri, selain tu boleh juga membakar 450 kalori. wooo! banyak tu.
  • berasmara
gulp. cara yang satu ini hanya untuk mereka yang dah berkahwin lah. setiapkali melakukan hubungan kelamin dengan pasangan, boleh menyingkirkan 65 kalori. pfft. jangan tanya i kenapa. pergi tanya aunty-aunty yang dah berpengalaman :P
  • menari
suka menari? ehh i suka. sebab tu lah masa Digi challenge tu i menari sambil tak ada reti malu. eh malu sebenarnya. tapi dah kata pun challenge, kenalah buat kan. you guys, kurang daripada satu jam menari, you guys boleh membakar 230 kalori tau. gerakan dalam tarian yang penuh bertenaga sangat membantu untuk mengurangkan kalori dalam tubuh badan.
  • makan sedikit, tetapi kerap
setiap kali makan, sistem percernaaan dapat bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. untuk menghidupkan mesin percernaan dan melakukan proses ini tentunya memerlukan kalori. sebab itu, amalkan makan sedikit tetapi kerap kerana dapat membakar lebih banyak kalori.
  • jangan abaikan sarapan
i selalu abaikan sarapan. bangun tidur pukul 12pm terus lunch T_______T

orang yang mengabaikan sarapan cenderung lebih banyak mengambil kalori pada waktu makan tengahari, petang atau malam. so, setiap hari you guys perlu ambil sarapan untuk mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan.
  • minum lapan gelas sehari
minum lapan gelas sehari (dua liter) sehari dapat membantu membakar 100 kalori dalam tubuh. mungkin kedengaran tidak terlalu besar, namun kalau dihitung dalam seminggu, boleh mencapai 700 kali atau 2800 sebulan. tapi ingat, jangan minum air terlalu berlebihan, nanti boleh mengancam kesihatan pulak.

Thursday, November 5, 2009

Peringatan kepada semua pemandu





menakutkan.

hati-hati you guys. bulletin ini i dapat dari salah seorang friendlist i dalam myspace. serious i rasa sangat takut bila terbaca bulletin ni (-___-")

kenderaan adalah aset penting dan bukan mudah untuk kita dapat, melainkan you guys anak orang kaya yang menganggap kenderaan itu sebagai handphone atau psp sahaja.

Wednesday, November 4, 2009

Tips bercuti secara ringkas



tak lama lagi dah nak cuti sekolah. eh², entri tadi dah ada bagitahu kot. hish kenapa tak sabar ni?

okay sekarang i nak cerita pasal weekend akan datang. weekend ni i and family nak pergi masuk singapore (again) and insyaAllah kalau tak ada halangan, angah ajak pergi sentosa island. abang azam pun ikut sama. macam fun pulak kalau pergi lebih dari tiga orang. selalunya kan i masuk singapore hanya dengan mama and adik. so bila ada angah dengan abang azam, meriah lah sikit. i rasa meriah banyak kot sebab bakal abang ipar i tu suka sangat melawak. kejap kejap dia buat lawak. i rasa dia terbaik lah untuk jadi abang ipar i, insyaAllah.

okay i nak kongsikan tips berholiday. hihi. mana tahu kalau jadi pergi sentosa island, i boleh guna tips yang ambil dari intrend ini.

♦ jangan bawa terlalu banyak alat solek

elak daripada membawa banyak alat solek sebab akan mengguna banyak ruang dalam bag. bawa apa yang dirasakan perlu sahaja. i rasa semua make up pun semua perlu. kalau tak perlu buat apa i beli, so i bawak jelah semua ye? hihi.

♦ praktikkan solekan natural

bagi menyelamatkan keadaan, bawa palet solekan bernada natural. ia lebih sesuai untuk aktiviti riadah ataupun mood relaks semasa memperuntukkan masa percutian. bedak padat, gloss dan maskara sudah memadai. err. masa i tengok dolphin show nanti mestilah i makeup tebal² mana tahu dolphin terpikat (-___-")



gambar original i sendiri ambil masa i tengok dolphin show dekat sentosa island, singapore. tengok pada orang yang depan tu tutup kepala pakai kertas pun dah nampak betapa panasnya cuasa masa itu :B i pulak pergi duduk yang paling hadapan pada masa itu sebab nak tengok dolphin secara dekat. tak duduk bawah khemah pun. i duduk atas pasir. serius i hebat demi record aksi dolphin =___=

♦ hindari kulit menggelupas

sekiranya percutian di pulau dan banyak masa dihabiskan di tepi pantai (i pergi dolphin show nanti boleh pakai tips ini), aplikasi krim tabir suria pada seluruh bahagian badan yang terdedah pada cahaya matahari. jangan pakai sebarang solekan kerana ia menyebabkan kulit menggelupas. oh maknanya i tak boleh makeup untuk tengok dolphin show nanti T________T

♦ hindari kulit berminyak

jika kulit you guys jenis berminyak, hindari solekan tekstur minyak seperti bedak asas ataupun bedak padat. gunakan solekan unsur debu ataupun pusam bagi mengurangkan produksi minyak pada wajah. (asyik-asyik hindari solekan. pergi pantai nak camwhoring pun tak cantik lah nanti. muka kusam tanpa solekan lepas tu tangkap gambar macam suruh orang ucap takziah) hmp.

♦ laughter is the best medicine

percutian pastinya lebih bermakna dengan senyuman dan gelak ketawa. perhebatkan senyuman dengan layangan gincu atau gloss rona lembut sebagai daya tarik sepanjang menikmati percutian. kalau tak pergi pantai pun, i memang orang yang suka ketawa tak berhenti. heh.

♦ belaian hingga penghujung hari

setelah sehari suntuk menikmati aktiviti menarik (kalau menarik lah), di penghujung hari jangan lupa membelai diri dengan mencuci muka dan mengenakan masker. oleskan juga lotion pada tubuh (i tak suka pakai lotion sebab nanti macam berlengas) hahahaha

Tuesday, November 3, 2009

Tips : Kebersihan bahagian sulit wanita




credit to: devianart

malu membincangkan hal ini, kenapa? bukankah kebersihan di bahagian sulit itu dituntut agama dan yang penting kamu sentiasa selesa. wanita disaran memberi perhatian terhadap kebersihan bahagian sulit mereka bukan sahaja ketika haid, tetapi juga pada hari-hari biasa. pastikan bahagian ini bersih dan kering bagi mengelakkan sebarang jangkitan. tips ini i jumpa dekat bahagian gaya hidup intrend dan carefree acti-fresh. i rasa tips ini penting untuk semua readers i yang rata-ratanya adalah kaum perempuan. readers yang belum akil baligh pun kena baca entri ini, untuk persediaan masa akan datang.
  1. gunakan pad (ketika didatangi haid) atau panty liner (untuk hari biasa) yang sesuai. you guys digalakkan menggunakan yang diperbuat daripada kapas kerana keselesaan yang bakal ditawarkan. ditambah dengan ciri-ciri istimewa seperti pad nipis, panjang, berbentuk dan versi bersayap untuk kegunaan siang mahupun malam. malah ada yang menawarkan pad yang yang boleh menyah bau yang kurang menyenangkan.
  2. kerap menukar pad dan panty liner. menukar pad setiap dua atau empat jam sekali adalah yang disarankan. ini membuat wanita berasa segar dan lebih selesa, juga mengurangkan risiko kebocoran atau bau kurang menyenangkan. lagipun, takkanlah you guys nak pakai satu pad atau satu panty liner sepanjang hari, means 24 hours? huihh tak kuasalah nak dekat dengan you guys kalau macam tu. heh.
  3. jika mengalami kebocoran semasa 'datang bulan', adalah bagus kalau you guys mandi untuk membersihkan diri. elakkan daripada mandi menggunakan air hangat kerana ia akan memberhentikan seketika darah kotor yang keluar. selepas itu, darah akan keluar lebih banyak kerana suhu daripada air hangat merangsang arteri dan kapilari darah.
  4. elak menggunakan produk kewanitaan yang berbau wangi ketika didatangi haid. ingat! ketika haid, serviks boleh meregang dan mengembang seperti mahu melahirkan anak, jadi uterus lebih terdedah terkena jangkitan. pastikan keseimbangan pH kulit pada vagina dan tisu-tisu di sekitarnya. biar keadaan semula jadi menangani masalah kebersihan bahagian sulit wanita.
  5. simpan bekalan pad dan panty liner di beberapa lokasi berbeza misalnya di rumah, office, kereta atau di dalam handbag. ia memudahkan you guys bila menghadapi situasi tak dijangka.
  6. ketika menukar pad atau panty liner, you guys disaran membasuh bersih bahagian sulit (elak daripada menggunakan sabun biasa kerana pH pada bahagian vagina berbeza dengan kulit di badan, sebaliknya guna daily feminine wash yang sesuai). kemudian, lap kering dengan menggunakan tisu tandas atau tuala bersih.

Monday, November 2, 2009

Tips : Menangi hati si dia kembali



istilah putus cinta tiada dalam kamus insan yang cekal. yakin dengan apa yang terjadi adalah dugaan yang harus ditempuh demi melihat sejauh mana kehebatan cinta you guys tu. jangan mudah patah semangat.
  • mesti pegang pada janji untuk berubah
sebagai manusia, memang senang menabur janji. menggunakan kata-kata manis. dah banyak kali sangat berjanji sampai pasangan you guys pun macam dah muak nak dengar. lebih baik berjanji mengikut kemampuan you guys. contoh lebih baik untuk berjanji dalam perhubungan adalah begini.

"saya akan berusaha yang terbaik untuk hubungan kita. semoga Tuhan restui jodoh kita"
  • mencari tahu kelebihan dan kekurangan diri sendiri


berhenti menuding jari kepada orang lain and please berhenti memerhati kekurangan orang lain. lebih baik you guys teliti kekurangan pada diri sendiri and fikirkan kenapa si dia berpaling dari you guys. jangan ego. dah tahu kekurangan diri tapi still teruskan dengan perangai buruk and tak ada proses cubaan memperbaiki diri.
  • jual mahal
sometimes, lelaki memang menjadi lebih ego bila perempuan yang lebih terhegeh-hegeh dekat dia. lelaki dah warning jangan ganggu dia lagi tapi perempuan pulak terus menganggu and merayu-rayu supaya terima dia balik. perempuan macam ni lah senang dipermainkan oleh lelaki sebenarnya. kalau i lah kan you guys, once lelaki dah cakap jangan ganggu dia lagi. i terus move on. nak buat apa terhegeh-hegeh lagi? sebab i yakin, Tuhan dah tetapkan jodoh bagi setiap manusia. and trust me, lepas tu lelaki tu akan menyesal and cari you guys balik.
  • tunjukkan kekuatan diri
yes, perempuan memang perlukan perhatian dari seorang lelaki. i ulang, perlukan perhatian BUKAN simpati. wake up please. janganlah tunjuk yang you guys tu lemah sangat and terlalu bergantung pada dia. kononnya you guys tak boleh hidup tanpa dia. kononnya you guys akan demam bila sehari tak dengar suara dia. please jangan buat macam tu. tunjukkan you guys boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa dia. barulah lelaki akan rasa tercabar and dia akan bangga mendapat seorang girlfriend yang pandai berdikari.


  • kekalkan hubungan yang baik dengan keluarga si dia
ini ibarat kunci emas yang you guys perlu jaga. cuba-cubalah dekatkan diri dengan family dia. jangan terlalu malu sampai family dia rasa you guys menyusahkan. depan keluarga dia pun, you guys kena tunjuk yang you guys ni perempuan yang suka berdikari and tak terlalu bergantung dengan si dia. barulah bakal mertua rasa yakin yang you guys adalah calon isteri terbaik untuk anak dia.
  • lupakan kisah lama
dah banyak sangat zaman sekarang ni, punca perhubungan putus di tengah jalan adalah 'ungkit'. dendam atau sakit hati tak akan bawak ke mana-mana. tak ada faedah, tapi sakit hati yang bertambah-tambah. cubalah lupakan masa lalu, jangan tersalah cakap hingga membuatkan si dia terusik hati. bersemuka lah dengan dia, dan bersepakat untuk membuang yang keruh dan ambil yang jernih. mana tahu si dia boleh terima?
  • biar dia rasa kehilangan
bila ada perselisihan faham, jangan cepat sangat call, menghantar atau tersalah hantar sms, e-mail atau apa saja bentuk komunikasi. elakkan daripada menghubungi dia setiap hari. bagilah masa untuk dia dan diri you guys sendiri. fikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalah. kalau you guys terus menerus call and sms dia pujuk rayu atau menambahkan sengketa, confirm si dia akan hilang rasa hormat dekat you guys. so, biarkan si dia rasa kehilangan you guys beberapa hari, atau kalau perlu, beberapa minggu dan beberapa bulan. heh.
  • buang sikap mengongkong
kalau betul you guys kuat control atau TERcontrol, buang lah jauh-jauh. ini lah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan si dia balik. bagi lelaki, masa dia bujanglah masa enjoy nya, bila dah kahwin, dia akan menjadi yang terbaik buat you guys. tapi, kalau perangai dia keterlaluan sangat bila you guys tak control, tinggalkan je. haha.



fuhh. sebenarnya ada banyak lagi tips untuk mendapatkan si dia kembali. tapi i rasa macam readers semuanya dah besar, dah matang, ada akal fikiran yang Allah SWT bagi, so i percaya, you guys boleh fikirkan sendiri and ikhtiar. yang penting, dekatkan diri dengan Allah SWT, doakan supaya hubungan you guys selalu dalam keadaan yang baik. insyaAllah.

Friday, October 30, 2009

Tips kulit sihat dan cantik



nak kulit sihat? tak perlulah sampai pergi berhabis duit dekat beauty saloon. kononnya nak manjakan diri. kalau kita sendiri pandai jaga kulit, tak akan ada masalah kulit suram atau sebagainya. yang penting, kita kena selalu manjakan diri dengan cara kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja ratus-ratusan ringgit. jom kita cuba tips yang dikongsikan oleh intrend ni!
  • makanan sihat


elakkan atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan muka berjerawat dan kulit berminyak. contohnya coklat, kentang goreng and minuman soda. banyakkan makan sayur (ehem) and buah-buahan, ia lebih mendorong untuk mendapatkan kulit sihat.
  • senaman and minum plain water
bersenam secara teratur mempengaruhi kesihatan kompleks kulit muka. selain itu, penting untuk you guys tahu, you guys kena minum lapan gelas plain water sehari. bila darah dalam badan berjalan lancar, ia boleh menjadikan kulit kita berseri balik. you guys juga kena tahu, bersenam and minum plain water boleh mengurangkan stress tau.
  • cuci muka sebelum tidur
haaa. siapa yang tak pernah cuci muka sebelum tidur? muka still ada blusher, ada mascara, eyeliner, lipstick, lepas tu terus tidur. bukan setakat pemalas, pengotor pun ada jugak heh. biasa-biasakanlah diri tu untuk basuh muka dengan air suam sebelum tidur. pembersih muka mestilah sesuai dengan kulit. and then sapukan penyegar, diikuti dengan pelembap. sekali seminggu, gunakan scrub atau revive gel untuk membuang kotoran lama yang menempel pada muka dan mengecilkan liang pori.
  • tidur yang cukup sangat penting
tidur yang cukup adalah tidur selama lapan jam setiap malam. confirm esok pagi you guys bangun dengan segar. bangun tidur tu jangan lupa mulakan hari dengan senyuman. sambil menggeliat tu, sambil senyumlah and cakap pada diri "have a nice day". hihi. rasanya you guys tahu lah kot kalau tidur yang tak cukup boleh menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.
  • lindungi kulit daripada cahaya matahari
penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkan berkeriput, terbakar dan kemerah-merahan. gunakan cream dengan spf 15.
  • berhenti merokok
ayyomaa, ayyopaaaa. ada tak perempuan yang merokok tengah baca ni? T_______T seriously, merokok boleh menyebabkan proses penuaan yang melampau; muka cepat berkedut.



terimalah muka sebelum tidur daripada i :') TAKPAYAH kot nak hipokrit sebab i memang tak lawa.

Thursday, October 29, 2009

Kenapa lelaki tinggalkan perempuan?



sometimes, perempuan selalu merungut tak puas hati bila ditinggalkan boyfriend. dia kata tanpa sebab, lelaki tu angkat kaki daripada cinta. bila fikir-fikir balik macam tak logik, kan? i pun tak perfect, seriously i memang selalu ingatkan you guys, i memang tak pernah perfect. kita semua tak pernah perfect. tapi setiap apa yang berlaku mesti ada sebab. maybe kalau you guys pernah ditinggalkan lelaki and you guys tak tahu apa sebabnya, lepas baca entri ini, you guys akan tahu. and boleh lah perbaiki diri kan?
  • kuat membebel
lelaki, i nak bagitahu, perempuan memang kuat membebel mengalahkan bunyi air dijerang dalam cerek dah masak. kalau salah seorang dari engkau yang dapat perempuan tak kuat membebel, itu kira nasib baik. hadapilah kenyataan, perempuan memang tak lari dengan sikap kuat membebel. perempuan, please please please, kalau nak hubungan you guys tu kekal, kawal sikit mulut and berhenti merungut like mak nenek. lelaki memang anti betul dengan perempuan kuat membebel. lebih-lebih lagi bebelan tu secara kasar.


  • kaki kritik
apa yang boyfriend you guys buat, semuanya salah. sikit-sikit nak kritik, sikit-sikit nak hentam. tak ada langsung bagi semangat atau pujian. sesekali bagilah pujian atau kata-kata semangat bila boyfriend you guys tu bercakap pasal impian, kejayaan atau kisah suka duka. kalau asyik nak kritik sampai bila-bila pun tak akan bahagia lah. macam musuh dalam selimut lah kan.
  • queen control
masalah ini. i sendiri pun terasa. hihi. nak control tu boleh, tapi berpada-padalah. fikirkan dulu baik buruk dan akibatnya. jangan nak main control je. kalau betul lelaki tu salah buat sesuatu perkara, you guys cuba tegur secara baik and minta dia jangan buat lagi. jangan terus bagi tekanan. lelaki benci perempuan yang suka menghadkan kehidupan dia. nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. hal keluarga pun nak masuk campur, melampau lah kan?


  • gedik
lelaki alergi dengan perempuan gedik? betul ke? kalau yang ini, i cakap awal-awal, no comment. heh. maksud i, macam manja-manja sayang, tak apa kot? kalau menggedik tak tentu pasal, nak melengeh-lengeh dengan lelaki twenty four hour, itu baru gedik. sikit-sikit nak merengek, sikit-sikit nak menangis. mula-mula bercinta, bolehlah. dah cukup masa, nanti lelaki kata "selamat tinggal julietku" apa you guys nak buat? please ingat, lelaki lebih suka perempuan yang pandai berdikari sendiri.
  • demand
heh. semuanya nak, semuanya nak. kalau bercinta dengan anak datuk, tan sri atau vvip tu tak apalah jugak. bercinta dengan orang yang biasa, nak demand lebih. merengek nak iphone, merengek nak macbook, merengek itu merengek ini. kalau lelaki tu setakat kerja tukang kira garfu dengan sudu sama ada cukup atau tak dekat restoran mak cik rosnah tepi jalan, macamana nak kasi semua tu? jangan mimpi lah.
  • comot
macam pernah ada dalam entri i dulu. dikategorikan sebagai selekeh and tak pandai jaga penampilan. sampai lelaki pun malu nak kenalkan dengan kawan-kawan. dah lah selekeh, macam busuk pulak ke, badan berbau ke. cili melekat dekat celah gigi lepas tu senyum habis nampak semua, memalukan lah kan? cubalah jadi orang yang pentingkan kebersihan and penampilan diri. penting sangat-sangat.
  • suara
ehem. cik adik manis yang lagi ayu dan anggun semua, suara tu jaga lah sikit. kalau suara dah jadi macam lelaki maskulin, macamana boyfriend you guys nak buat bini? takutlah dia nanti. kalau gaduh, suara dia biasa je, suara you guys yang mengaum sampai selang tiga empat buah rumah pun boleh dengar. kita sebagai perempuan, jagalah sikit keayuan suara kita. tak perlulah buat-buat suara lembut, sekadar jangan bercakap dengan nada suara yang tinggi macam nak bercakap dengan orang pekak tu sudahlah.
  • tiada pendirian
macamana nak hidup kalau tak ada pendirian? tegas pada diri sendiri. walaupun lelaki suka dengan perempuan yang selalu membenarkan percakapannya, sometimes you guys kena tegas juga. mana yang you guys rasa kurang tepat, bersuaralah dan menegakkan pendirian you guys tu.

haa. so lepas ni jangan cakap "dia tinggalkan aku tanpa sebab..". kadang-kadang lelaki tinggalkan perempuan, dia malas nak bagitahu alasan. sebab lelaki tahu, perempuan susah nak terima alasan-alasan macam ni.


Goodbye parents in law selepas berkahwin?



rasanya, entri ni i buat untuk syafi tapi apa salahnya kalau orang lain nak jadikan entri ni sebagai inspirasi pada masa akan datang. hihi. tapi siapalah i sampai nak suruh orang lain berinspirasikan entri-entri i. honestly, bila dah bercouple dengan seseorang, sesuatu yang kita harapkan adalah restu dari kedua-dua belah pihak keluarga. of course kena pandai ambil hati orang tua pasangan kita kan?

tapi yang i pernah jumpa setakat ni macam-macam ragam jugak. masa couple, hari-hari pergi jumpa future parents in law pun tak apa. bukan setakat tu, setiap bulan sanggup belanja future parents in law makan besar. sanggup lah buat apa je janji dapat menangkan hati orang tua pasangan dia tu sampailah dapat jadikan anak mereka sebagai isteri.



bila dah jadi isteri? first thing i harapkan, syafi tak akan lupakan keluarga i apatah lagi membelakangkan keluarga i. apatah lagi bersikap dingin atau tak mesra dengan mama. maybe masa belum kahwin, still segan, itu lain cerita. tapi please. nanti dah kahwin janganlah segan sangat sampai nampak macam sombong.

lagi satu, paling penting. janganlah nak kurang ajar atau nak tinggikan suara dekat parents pasangan. apatah lagi bila parents in law tu bagi ayat berkias macam contoh;

"kipas syiling ni berhabuk sangat dah" -ini bermakna parents in law minta tolong menantu dia tolong lap kan T_________T takkan tak faham? dungu sangat ke?

lepas tu you guys dengar parents in law you guys cakap macam tu, please lah jangan buat tak dengar. macam annoying. for sure parents in law akan kecil hati and boleh menyampah dekat you guys masa tu jugak. perasaan orang tua ni sensitif. so kalau parents sendiri you guys tak boleh nak jaga hati, jagalah hati parents in law. macam mama i selalu pesan dekat i;

"emak atau bapak mertua tak sama dengan emak bapak sendiri. kalau emak bapak sendiri, dia dah bela kita dari kecil, dah tahu baik buruk kita, apapun tetap darah daging. kalau emak bapak mertua, kita kecilkan hati diaorang, susah lah hidup"

and lagi satu, masa couple wah wah bukan main lagi kalau boleh setiap hari nak jumpa future in law. hati berbunga-bunga bila dapat jumpa future in law. bila dah kahwin, isteri pergi jumpa emak ayah dia, bukan main payah you guys nak bawak. alasan memang banyak. macam tak best lah kan? once parents in law dah kecil hati dengan kita, macam tak berguna lah kan?

perempuan pun. bila suami you guys macam dingin dengan ahli keluarga, apa salahnya tegur? bukan derhaka pun kan? tegur secara baik, insyaAllah boleh jadikan hidup you guys lebih bahagia. i belum berkahwin, maybe tak layak nak cakap hal macam ni, tapi i rasa macam annoying bila orang dah berkahwin, terus bersikap dingin dengan family in law.

orang kata, berkahwin ni untuk mengembangkan silaturrahim antara keluarga. nak membesarkan lagi ahli sesebuah keluarga. tapi kalau dah macam ni punya perangai, macam baik tak payah kahwin, kan? syafi, please take note. when i said this is about our future, itu bermakna i serious.

Tuesday, October 27, 2009

Menaikkan earning Nuffnang?



hari ni dua puluh tujuh hari bulan sepuluh.

hari yang sesuai untuk tekan button cashout pada nuffnang. and yes. buat kali kedua, raracandyflossdotcom cashout. earning pertama macam you guys dah tahu lah kan; rm100.69. earning kedua i malas nak cerita berapa dan berapa. yang mana alert dekat facebook, dia tahulah. i tapis kawan-kawan dekat facebook bersebab. i ambil masa yang lama untuk approve orang pun ada sebab tertentu.


sometimes i nak share sesuatu benda dekat blog atau twitter, ada orang perkotak-katikkan. ada orang tak puas hati bila i reveal pasal earning nuffnang i. so i malas nak reveal dekat blog. nanti ada orang bertambah tak puas hati. so kalau dekat facebook tu i ada bagitahu and you guys yang tahu, sila buat-buat macam tak tahu bila dekat blog heh. i percaya you guys semua. please appreciate.

i tak mampu puaskan hati semua orang. please faham i. please T__________T



no no no, i bukan budget i bagus sangat. and please jangan salah faham. seriously, i pernah kena hentam hanya disebabkan earning nuffnang i. macam-macam cerita i dengar dari orang dekat twitter yang tak puas hati. jadi untuk puaskan hati semua orang, lebih baik i tak perlu bercerita. pasal buffered campaign apa semua, i malas nak reveal dekat blog. yes of course. of course i sedih bila orang ada perasaan dengki dekat orang lain hanya disebabkan benda remeh temeh. maybe dia rasa tercabar. tak apa. i tak salahkan dia. and i dah lupakan and i jugak dah tak ambil hati and i anggap dia rasa tercabar. thats it.

ada orang tanya i, macamana nak naikkan earning nuffnang. i memang tak tahu nak jawab macamana. i still baru dekat nuffnang. adalah dalam 11 bulan. nasihat i, if earning you guys dah cecah rm51, you guys cashout jelah. tak payah nak tunggu banyak sangat. percaya pada i. lepas you guys dah cashout for the first time, you guys akan rasa earning you guys cepat je naik lepas tu. serious. and untung-untung akan selalu dapat buffered campaign.

why rm51? bukan rm50? minima untuk cashout memang rm50 tapi nuffnang tolak rm1 untuk process cheque. so spent lah dalam rm51.50 pun boleh la. cukup-cukup rm51 pun boleh lah agaknya. i cuma bagi sikit-sikit tips berdasarkan pengalaman. bukan nak kata i dah terror atau nak kata i dah cukup bagus atau nak kata i dah hebat macam redmummy. serious i rasa i tak akan jadi sehebat redmummy. and kalau you guys nak tips yang betul-betul boleh digunapakai, boleh pergi sini. mana tahu kalau ikut tips tu boleh membantu menaikkan earning, kan?

and you guys yang belum daftar nuffnang, pergi sign up sekarang.


Monday, October 26, 2009

Adakah anda tergolong dalam sikap buruk siku?



masa bercinta, tak boleh nak elak lah kan daripada bagi hadiah dekat pasangan. sometimes sampai sanggup belikan jam tangan mahal, baju, ada yang siap belikan handphone lagi. tapi bagi pasangan yang fall in love macam ni, sakan bercinta bukan main lagi, bila dah putus hubungan, macamana heh? barang-barang tu kira halal atau nak bagi balik?



  • KES SATU
ada pasangan putus cara baik and kira halal jelah semua barang yang dia pernah bagi dekat pasangan dia, and pasangan dia pun sama. kira nak buat kenangan yang mereka tu pernah bersama lah agaknya. kalau macam tu, kira senang lah kan? bila dah putus, berbincang and settled.

  • KES DUA
ada pasangan, putus cara kurang baik. means, bergaduh lah kan. tak kiralah apa puncanya. ada orang lain ke, dah jemu ke tengok muka yang sama setiap hari, atau sebagainya lah kan. lepas tu dah bergaduh maki hamun, pergi pulak ambil pen dengan kertas, senaraikan barang yang pernah dia bagi dekat pasangan dia. lepastu sms atau email, mintak balik semua tu siap list kan barang and harga barang tu. cis. apa punya buruk siku orang macam ni?

  • KES TIGA
ada lah yang putus cara baik jugak tapi oleh sebab cinta baru dia (pengganti) jadi batu api suruh mintak balik barang-barang dekat bekas tupperware (ex you guys lah kan), so terpaksa lah turutkan and mintak balik. yang pernah belanja makan dulu pun, siap kira harga nasi ayam goreng campur telur mata kerbau sekali dengan milo ais tu berapa RM. claim jangan tak claim. heh.

  • KES EMPAT
ada orang pulak, tak payah mintak balik. dia bungkus sendiri bagi balik dekat ex dia tu. sebab tak sanggup nak tengok atau malas nak ingat balik memori lama. sometimes kenangan yang lepas tu buat kita sakit hati atau sedih. kalau dah macam tu, pulangkan semua barang-barang adalah yang terbaik lah kan. takkan nak buang kot? hihi.

by the way,

you guys ada macam rasa makan cili tak? kalau ada tu, macam janganlah sampai macamtu. bercinta dimulakan dengan baik, kalau nak diakhirkan pun, harap-harap dengan cara paling terbaik lah. anggap tak ada jodoh. jodoh kan dah ketentuan Allah SWT sejak dari azali. dah memang ada jodoh tertulis untuk setiap manusia.

selalunya,

kes macam ni, lelaki lah kot yang mintak balik barang-barang. atau sama je? setakat ni tak pernah lah pulak i jumpa perempuan yang mintak balik barang-barang. tapi tak kisahlah kan siapa yang jadi buruk siku tu. cuma kalau boleh, beringatlah. kalau you guys dah bagi seseorang hadiah, walau bergaduh macamana sekali pun, janganlah sampai benci membenci and mintak balik. tak elok.

cakap seksi : ini pendapat i. sebab baru-baru ni syafi ada cerita salah seorang kawan dia ada tersenarai dalam list di atas. haih :/ tu baru couple. belum kahwin. agaknya kalau dah kahwin lepas tu cerai, mintak balik duit buat kenduri and duit hantaran. perempuan pulak mintak balik tenaga yang dia keluarkan untuk meneran bayi mereka berdua? aik? T__________T

Rahsia lelaki terbongkar selepas berkahwin




masa bercinta semua pun indah. sikit-sikit nak jumpa, sikit-sikit dah rindu. lelaki pun sanggup buat apa sahaja demi perempuan tersayang. tapi keindahan tu cuma berlaku masa bercinta je ke? dah kahwin macamana pulak?


  1. belum nikah tu, dia kata tak suka rumah bersepah-sepah. pantang rumah tunggang langgang. lepas jadi suami, amboiii. dah campak kain baju merata-rata. bagi dia, "kan ada orang rumah.."
  2. masa hangat bercinta, bukan main lagi nak beli baju couple set dekat timesquare yang berharga rm60 sepasang. waktu bersanding pun sedondon je. lepas dah kahwin, TERpakai baju yang sama, terus tukar cepat-cepat.
  3. dulu waktu lunch siap tanya "yang, you nak makan apa?" lepas kahwin, apa dia tapau, makan je. jangan banyak tanya. kang dia jawab "dah beli pun nasib baik.."
  4. masa bercinta dulu, kalau spent rm300 untuk beli bunga atau belanja girlfriend shopping, apalah sangat. lepas kahwin, mintak rm100 nak beli barang dapur pun dah cakap "you nak cekik darah i ke?"
  5. kereta atau motor berhabuk sikit, terus mandikan dengan kasih sayang and belaian manja. cewah. dalam hati perempuan pun berkata, "untungnya aku dapat lelaki pembersih macam ni". lepas kahwin, isteri mintak bersihkan toilet, dia boleh jawab "tahun depan pun boleh basuh"
  6. sebelum kahwin, macam ribut kemas rumah bila girlfriend singgah kejap. lepas kahwin, rumah macam tongkang karam pun dia buat tak tahu je.
  7. masa bercinta, teman girlfriend shopping setiap hari pun tak apa. sanggup. lepas kahwin, macam-macam alasan dia bagi nak elak daripada teman isteri shopping. malas nak tolong pegang shopping bag agaknya?
  8. masa isteri pertama kali pregnant, lelaki lah paling risau, paling takut mengenangkan proses bersalin. lepas isteri dah beranak satu, jadual isteri penuh, dah tak kisah kesihatan isteri dah.
  9. bercinta sakan sampai bergayut dekat phone lima-enam jam sehari pun tak apa. lepas kahwin, bila dia outstation, dapat lima patah sms pun dah kira okay.
  10. sebelum kahwin, kejap-kejap sms, satu hari tu tak berhenti-henti sms. kalau girlfriend tanya sikit, dia jawab panjang berjela. sekarang ni tiga atau empat sms sehari, dia cuma reply 'K', tak ke sakit hati?
  11. dulu kejap-kejap 'love you', kejap kang 'miss you', pergi toilet keluar dah rindu. sekarang, nak cakap 'i love you' pun tergagap-gagap.
  12. dulu kalau girlfriend tersepak batu, lelaki sanggup marahkan batu. sekarang dah kahwin, marah pulak bini sebab tersepak batu.
lelaki bujang kata,

"kalau aku tahu nikmat kahwin macam ni, dah lama aku kahwin.."

lepas berkahwin,

"kalau macam ni sengsara rumahtangga, tak nak aku kahwin!"

credit: intrend
cakap seksi : bergantung pada masing-masing lah kan. kalau betul dia sayang dekat girlfriend dia (bakal isteri), janganlah buat macam ni.

Saturday, October 24, 2009

Tips : Natural hair care



lepas i buat entri ni ada seorang blogger yang manis minta i membagi tips back to basic khas untuk penjagaan rambut. actually, ada orang tak suka pun nak guna bahan semulajadi pada rambut. tapi lepas i tanya ramai kawan-kawan i, diaorang pun kebanyakannya dah mencuba tips ini dan dikatakan berkesan. eceh. apapun, tips ini i tetap creditkan kepada intrend inspirasi gaya hidup anda. heh.



  • mandi wap
amalan mandi wap dipercayai boleh membantu untuk merawat rambut. rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, lidah buaya, minyak kelapa, telur, avokado and lobak merah. amalkan selalu untuk mendapatkan rambut yang hitam menawan, lebat and kelihatan bermaya. dalam masa sama, ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang.
  • minyak tanak
untuk rambut yang harum secara semulajadi, cuba petua ini. lumur rambut you guys dengan minyak tanak yang dicampur dengan bunga melur, kenanga serta rempah ratus. kesannya rambut you guys akan wangi, kelihatan ikal and lebih lembut selembut kain sutera :P
  • biji betik


jemur biji betik sampai kering. kemudian goreng tanpa menggunakan minyak hingga biji betik itu kelihatan garing dan hitam. goreng dengan kadar api perlahan je ye. tumbuk halus biji betik yang digoreng tadi dan ayak. campur dengan minyak masak and lumur atas kepala sampai mengenai seluruh rambut. biarkan semalaman agar rambut kelihatan sihat, lebat and lembut.
  • daun parsli dan minyak bunga matahari
rawat sendiri rambut you guys yang kering dengan bahan daripada dapur. tak payah memasak. guna bahan-bahan untuk masak tu sebagai rawatan minyak panas seperti rebonding di saloon. eh okay teruskan jangan merepek. campur daun parsli dengan minyak bunga matahari dan sapu pada seluruh kulit kepala. ia berupaya mengatasi rambut kering dan tidak bermaya macam rambut i :P


cakap seksi : dah sebulan lebih tak pergi saloon ni. jom?

Monday, October 19, 2009

Tips : Back to basics



ada beberapa bloggers yang leave message dekat shoutbox, ada juga yang comment, ada juga yang email. semua tanya i cara penjagaan badan. i sendiri pun cari juga tips penjagaan diri. well, biasalah kan, nama pun perempuan. mana boleh kecantikan dan perempuan dipisahkan. okay now kita cuba lah back to basics, khasiat bahan semulajadi ciptaan Allah SWT.



cara penjagaan muka
  • lobak
lobak kaya dengan vitamin E bermanfaat bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri wajah. juga sesuai bagi meningkatkan kelembapan pada kulit muka you guys yang kering-kering tu. parut lobak dan ratakan pada muka seperti mask. biarkan selama setengah jam. kemudian bersihkan dengan air.
  • avokado
you guys yang menghadapi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi boleh menggunakan avokado. tempek isi avokado pada seluruh muka. ia mampu menghalang pertumbuhan kulit berminyak sekaligus menjadi kulit lembut dan gebu gitu.
  • daun inai
ambil segenggam daun inai atau akar inai. rebus hingga airnya menjadi kekuningan dalam masa 15 minit. after that, tapis air tersebut dan biar sehingga suam sedikit. amalkan minum air rebusan inai. insyaAllah muka you guys nampak kemerah-merahan dan berseri-seri.

cara penjagaan tangan
  • asam jawa
ambil sedikit asam jawa dan ramaskan pada dua-dua telapak tangan. buang biji asam jawa dan biarkan kering selama 15 minit. amalkan selalu and insyaAllah nanti tangan you guys akan terasa lembut macam tangan i. psst. tangan i lembut sebab tak pernah buat kerja rumah lah you guys B-)
  • hampas teh
untuk you guys yang mempunyai masalah tangan kering, ambil hampas teh yang sudah tidak digunakan. kemudian sapu pada tangan and biarkan beberapa minit. selepas itu macam biasalah, basuh dengan air.

cara penjagaan kaki
  • hampas kelapa dan asam jawa
campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. sapukan juga sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik setiap hari. insyaAllah masalah kaki bersisik akan beransur baik.
  • air limau nipis dan bawang putih
campurkan sedikit perahan air limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. sapukan pada tumit kaki yang pecah. amalkan selalu sehingga sembuh.
  • minyak masak
masalah kaki melecet kan you guys? i pun selalu bermasalah macamni. sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum pakai kasut. insyaAllah kaki tak melecet dah lepastu.
  • asam jawa dan garam
kaki berpeluh dan berbau? jangan segan. benda ni normal lah kan bagi yang selalu pakai kasut jenis bertutup. sebab tu i jarang pakai kasut bertutup. so, sediakan sebesen air dan campurkan segenggam garam. rendamkan kaki and gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. selain dapat menghilangkan bau kaki, juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal pada kaki.

khasiat semulajadi bahan-bahan ni adalah solusi mudah khusus untuk you guys cuba. actually i pun tak tahu sangat pasal khasiat bahan-bahan semulajadi ni. macam biasa, i ambil tips ni dari intrend lah kan you guys. i kan duta intrend kan. siapa tak tahu? hahahahahahahahhaha. okay cukup.

Sunday, October 18, 2009

Tips berhadapan dengan pesakit kanser



selamat ahad.

hari ni bangun awal. tak lena tidur. rasa macam tak sedap hati. pukul 2.50am ada sesuatu berlaku. kalau i cerita you guys mesti tak percaya. i kena kacau malam tadi. pffft.

eh. you guys ada tak kawan-kawan yang kena kanser? kesian kan? you guys rasa tak hidup diorang macam sedih je. diorang tak boleh aktif macam you guys. apa nak buat semua terhad. kan?

i ada beberapa tips untuk you guys berhadapan dengan orang yang menghidap kanser.


  • jangan lupakan dia
jangan berhenti call dia semata-mata tak tahu nak cakap apa. you guys boleh tanya macamana keadaan dia. atau. kasi cerita lawak sikit yang buat dia lupakan penyakit dia sekejap. kalau pergi majlis mana-mana jangan pulak buat tak tahu dengan dia sebab you guys takut tersalah cakap ke apa. jaga jelah kata-kata. janganlah kepochi sangat kan you guys.
  • masih bertemu
masih jumpa dengan dia, call atau email. kiranya jangan lost contact lah. bagitahulah yang you guys tahu penyakit yang sedang dia hadapi. bagitahu juga you guys sedih and simpati. at least dia tahu you guys tu ada perasaan.
  • jangan bercerita
jangan pulak you guys cerita kisah sedih yang berkaitan dengan pesakit kanser terutamanya kisah kematian. contoh. you guys cakap jiran you guys ada yang meninggal sebab kanser lepas setahun menghidap kanser. gila apa. mestilah keadaan bertambah buruk and boleh buat dia putus asa.
  • elakkan
elakkan bercakap pasal perubatan alternatif yang boleh sembuhkan penyakit dia. bagilah kata-kata perangsang untuk dia menjalani rawatan. contohnya kimoterapi.
  • kalau dia sedih
jangan beritahu dia yang dia tak patut sedih. dia berhak untuk rasa sedih atau apa sahaja yang dia rasa. jangan pandai-pandai beritahu dia apa yang dia patut buat. you guys kena yakin, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. heh
  • bertanya
tanyakan tentang rawatan dia. kemudian dengar luahan dari dia. biarpun agak membosankan sebab berkaitan dengan 'medical term', dengar jelah. at least dia rasa tenang lepas luahkan perasaan tu kan. kena lah faham and berkorban lah sikit. kesian dia.
  • pelukkan
kalau boleh, peluk dia dan gosok perlahan-lahan belakang badannya. beritahu dia yang you guys prihatin and ambil berat tentang penyakitnya. bagitahu you guys risau dan nak tengok dia sembuh satu hari nanti.

see? tak adalah susah mana kan. sekarang ni diaorang yang menanggung derita, nasib i, nasib you guys pun kita tak tahu lagi kan. mintak dijauhkan. tapi ini semua kuasa Allah SWT.

credit: intrend.

heh. well. nak buat macamana. duta intrend. hekk

Tuesday, October 13, 2009

Tips rambut rosak





tips bersyampu dengan betul.
  • first sekali, you guys mestilah basahkan rambut. gunakan air suam ya bagi membuka kutikel rambut. aplikasi air suam juga bagus untuk membersihkan minyak dan kotoran daripada rambut.
  • tuang sedikit syampu pada tangan. ikut jugaklah rambut you guys panjang mana. kalau panjang macam ikan duyung ke apatah, lebihkanlah sikit. takyah banyak-banyak sangat. gosok sampai keluar buih and ramas pada rambut.
  • bilas rambut dengan bersih. make sure you guys cuci rambut dua kali sehari untuk penjagaan rapi. lepas bersyampu, biarkan dulu beberapa minit. i wonder ada juga orang yang cuci sehari sekali and selang sehari. ikut pada kelesesaan, maybe?
  • bilas dengan air sejuk untuk menutup kutikel. teknik menggunakan air sejuk juga bagus untuk menambahkan kilauan pada helaian rambut.
  • untuk buang air lebihan pada rambut, perah dengan lembut ya. you guys jangan kasar sangat dik nonnnnn. nanti rambut merajuk! balut rambut basah dengan tuala sebelum perah tau. jangan sekali-kali tarik rambut secara kasar.
  • sapu krim perapi (conditioner) antara garis rambut dan penghujung rambut you guys. ingat. elakkan dari terkena kulit kepala.
  • lengkapkan bilasan terakhir dengan air sejuk untuk menutup kembali (again) kutikel. gunakan jari jemari you guys yang lembut macam candyfloss tu untuk membersihkan sisa krim perapi.
kata orang rambut yang diwarnakan perlu penjagaan rapi. produk apa yang intrend cadangkan?


  • rangkaian produk penjagaan semula jadi PUREOLOGY adalah jawapannya. diperkaya dengan kandungan antifade complex dan zerosulfate, ia membersih secara semula jadi khusus bagi rambut yang kering dan sensitif. esktrak botani organik macam rose, peppermint and green tea menambahkan haruman pada rambut apabila you guys menggunakan Hydrates Condition (RM78).
credit : intrend
cakap seksi : rambut i pun tak lah sihat sangat you guys. so i kongsi tips dekat sini. i sendiri amalkan tau! semoga rambut dan tubuh badan kita semua sihat kan you guys B-)