Dulu masa zaman persekolahan, semangat kemerdekaan mula
menggila bila bulan Ogos bermula. Sekolah rendah lagi lah tak blah.
Pergi audition nyanyian dekat bilik muzik jumpa Cikgu Kamaruddin
dengan tujuan nak masuk acara nyanyian masa konsert merdeka dekat
sekolah. Masa darjah empat. Berkawan baik dengan Nor Shamila Shahadan
yang masa itu penyanyi terbaik dekat sekolah. Shamila mengajak I
untuk berduet dengan beliau pada acara tersebut. Sedih gila sebab
masa audition itu I demam Suara menjadi tidak begitu baik
Kemasukan I ditolak gara-gara demam yang berlanjutan. Kecewa I.
( Tapi memang ah. Suara I bukannya merdu pun )
Sepatutnya I menyanyi lagu "Bonda senyum riangggg, menerimaaa
bahtera merdeka.. tanah semenanjung, tanah semenanjung.. permata nilam.."
Lagu itu I hafal lirik sampai sekarang Betul. Okay kalau tak percaya
nanti kita jumpa dekat mana-mana, I boleh nyanyikan. Haha.
Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa, sekolah rendah I :')
Selain itu, masa itulah cikgu kasi kertas lagu-lagu patriotik.
Dekat dalam bilik ( mesti seorang ) akan menyanyi lagu tersebut
sambil menggunakan microphone berbentuk sikat rambut Cewah.
Kononnya lah I perasan I di atas pentas dekat dewan sekolah, sambil
berdiri atas kerusi belajar, kadang-kadang naik terus atas katil.
I ingat lagi. I pernah juga terkantoi beberapa kali dengan arwah Abah
sebab menyanyi macam orang gila siap practice cakap
"Para hadirin sekalian. Saya bla bla bla ( nama penuh ) dari kelas 4 Harapan
akan menyanyikan lagu Bahtera Merdeka"
Haha sumpah sedih gila sampai kena buat macam itu lepaskan perasaan
yang tak boleh masuk pertandingan sebab demam. Betul. I sedihhhh.
Bila dekat sekolah menengah, I dah menjadi malu nak menyanyi
depan khalayak orang ramai. I bertukar kedudukan dari menjadi
penyanyi kepada penghias pentas. I tell you, I rajin tolong cikgu
pendidikan seni ( Puan Aishah ) pergi hias pentas. Gunting huruf,
tampal. Lepas itu mewarna sepanduk. Semua itu I suka. Tahu kenapa
Masa itulah I boleh melarikan diri daripada subject class yang I benci
I suruh lah kawan yang class lain tu panggil I dekat class lepas itu
dia akan cakap dengan cikgu dekat depan itu
"Assalamualaikum Puan NSJYRY ( nama dirahsiakan, nanti dia google habis ah dia tahu I tak suka subject dia ). Puan Aishah panggil RARA
( bukan nama popular ) untuk projek hias pentas"
HAHAHAHA I memang selalu buat macam itu. Selalu gila tahu tak
Okay lepas itu masa acara konsert merdeka sekolah menengah,
I dah pandai malas pergi sekolah dengan bagi alasan dekat Mama
"Malas nak sekolah. Sakit perut. Lagipun ada konsert merdeka, bukannya belajar pun. Buang masa" Ngehngeh (-_-")
Cukup dah I kantoikan diri sendiri tentang masa lampau. Babai
HAPPY BIRTHDAY 52 MALAYSIA