Showing posts with label sanrio. Show all posts
Showing posts with label sanrio. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Siapa cepat dia dapat



sesiapa follower raracandyfloss.com di twitter and facebook,
korang mesti tahu jumaat baru-baru ni, rara and family ke singapore.
macam biasalah, bulan syawal macam ni memang suka nak ke rumah
saudara mara. memandangkan dekat sana ramai saudara mara, so macam
fun lah bila beraya dekat sana; dah umur dua puluh satu tapi still dapat
duit raya kah kah kah kah kah fun atau tak fun? fun gila wehh.
okay cerita lain kita cerita di entri lain. hari sabtu tersebut i ke toa payoh
and i ada beli beberapa item hello kitty; siapa cepat dia dapat heh.



wallet ni seriously paling i suka. i dah ada satu. and i beli dekat
sanrio shop area tampines 1. masa i beli hari tu ramai yang nak.
so yang ini i cuma beli lagi satu stock sahaja.


bahagian belakang :D

hello kitty coin bag
price : rm29 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
1 available reserved by Putri



hello kitty comb
price : rm14 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
1 available SOLD OUT



hello kitty plastic mug
price : rm15 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
1 available



hello kitty sticky notes
price : rm15 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
* kalau korang nak guna pos ekspress rm4.50 je pun boleh,
tapi tak dijamin selamat okay.
1 available for polkadot, 1 available for apple
polkadot reserved by Putri



hello kitty shower gel/hand soap refill bottle
price : rm30 (termasuk postage - RM6 pos laju malaysia)
2 available SOLD OUT

now korang boleh order through comment, or email
queenshira@gmail.com
untuk dapatkan account number : CIMB sahaja i ada.
bila korang dah bank in hari ni, rara akan pos item pada hari esok.
siapa cepat dia dapat, ingat heh :P

Monday, September 14, 2009

Kodzutsumi



Sehari sebelum menyambut hari kedewasaan, I telah pun menerima
hadiah dari seorang budak comot yang I telah menganggap sebagai adik.
I tak dapat nak receive parcel tu dari posmen sebenarnya disebabkan
pada masa itu I ke City Square bersama yang terbusuk termasam.
Balik rumah still tak perasan ada parcel atas meja. Mama pun diam.
Bila ternampak kotak dengan bungkusan warna coklat, I kesukaan lah.



Ini benda pertama I nampak sebab dia paling besar duduk dalam
kotak tersebut dan of course lah sebab dia itu kesukaan I ;
Hello Kitty.



Ini adalah sharpener. Thanks Mieya. Kalau Mieya nak tahu,
Kak Rara dah lama sangat teringinkan set ini. Sumpah tak bohong.
First time nampak set ini dekat belog Singaporean. Nak beli tapi
tak tahu nak bank in macamana dekat orang yang demikian. ^&#(@



Eee tak sangka sangat boleh dapat benda ini. Dah lama admire.
Dah lama sangat dah I mengidamkan ia. Dah lama T____T
Lepas ini, kalau frust sikit, nak asah jari sendiri boleh tak



Hello Kitty lagi satu itu membawa bag. Nampak macam berat kan
Ergh. Apasal menarik sangat sampai I tidur dengan set ini



Yang membawa bag itu sebenarnya dia membawa stapler.
Menarik gila bila tengok dia gendong stapler sebagai bag.
Betul. I dah lama sangat nak benda ini Wishlist I tercapai.
I terharu ada seorang adik yang baik macam Mieya. Nice gila.



Hello Kitty keychain ini pun I suka betul sebab ; I dah ada satu.
Syafi belikan. Syafi pun ada satu. I simpan dekat dalam jewelry box.



Bila tengok keychain ini pula, I juga teringat terus dekat Ynn,
ini adalah karakter cartoon favourite Ynn. Ynn jeles tak



Selain itu juga, I mendapat dua keping card dari Mieya. Card pertama
I buka adalah card raya yang very sweet ; card kedua pun sweet juga,
of course lah birthday card. Paling best bila Mieya tampal blink-blink.
Hey, I admire sangat dengan tulisan Mieya, comel and kemas sangat
Thanks Mieya ; sebab Mieya nice sangat. Kak Rara tak akan lupa semua
ini sampai bila-bila. I love you a lot, lil sis :-*

Okay done, tatah everyone

Sunday, August 30, 2009

Laptop bag



Rindunya dekat Happy Houze, Toa Payoh. Item lain yang dibeli adalah
laptop bag berwarna kegemaran. Comel tak comel belakang cerita.
Tak akan lah setiap item yang dibeli akan terus menerus taip
"Item ini memang comel. Terlalu comel. Very comel" ahh tak boleh blah.
Dah lah blog ni I sorang membebel I sorang yang baca. Bosan ah
kalau ayat asyik sama setiap kali tunjuk item. Comel, comel, comel.
Baik hentikan. Bosan tahu. Bosan.



Ayat comel mari kita gantikan dengan 'menarik'. Wah, menariknya
Ya. Itu adalah terbaik sedikit I dah tak ingat harga bag ni,
tapi fikir banyak kali jugaklah nak beli dia. Nasib baik menarik.
Mula-mula I fikir nak beli jam. Jam tu menarik gila. Harga pun
lebih mahal sedikit daripada bag ini. Tapi memang ah menarik
sampai hati I tertarik-tarik, tapi tak boleh. Terpaksa tolak.
Lain kali I masuk Singapore mesti nak beli watch tersebut. Ingat.



Bahagian belakang. Nampak biasa dalam gambar. Tapi serious
menarik in real. Paling I suka dengan bag ini sebab dia ada sediakan
tali yang panjang. Kata pun laptop bag kan



Menarik.



Bahagian dalam bag tersebut ada span. Eee Rara ni, aku tahulah.
Katapun laptop bag

HAHA I faham, entri ini bosan Babai



Guest yang request tutorial dekat shoutbox semalam, sorry
hari ini I rasa letih nak buat tutorial. Maaf.

Thursday, August 27, 2009

Masak masak



Mood hari ni alhamdulillah baik sahaja Harap akan selalu
baik macam biasa. Candyfloss semua tolong doakan yang baik-
baik untuk Mama Semoga Mama cepat sembuh dari segala
penyakit penderitaan yang Mama tanggung. Amin.
Hari ini I diberi tugas macam semalam. Mama mempertanggung-
jawabkan I untuk memasak
I masih diberi kepercayaan setelah
apa yang berlaku semalam. Eceh. Itu bukan salah I, salahkan
induction cooker tersebut Ngehngeh (-_-)"

memasak1

I kisar bawang besar, bawang putih, halia cili bersama.
Serai itu tak akan lah nak kisar kan.. letak serai masa dah mendidih
lah. Ini bukan belog resipi kot nak kasitau bahan satu per satu, deii.
Semuanya I potong-potong dahulu sampai berair mata memotong
bawang. Maklumlah, baru pertama kali memasak makanan
berciri berat sedikit, so I jadi excited Eceh.

memasak2

Bila masakan I sudah siap, I terus ambil sudu merasa sedikit.
I ingatkan masin rupanya tak Alhamdulillah, pertama kali
cuba memasak, tetapi hasil memuaskan very sedap tau. Hekhek.
Phew. Tak sabar nak makan sahur nanti sebab lauk masakan
sendiri; Ayam masak lemak Haha. Gila kantoi sebab rasa makanan.
Okay okay T___________T I cutiiiiiiiiii.

hello kitty hairband

This is a Hello Kitty hairband yang dibeli beberapa minggu lepas.
Harga tak mahal pun tau Beli dekat area rumah ni, ala kedai
yang I selalu cerita tu, ala yang banyak Hello Kitty tu lepastu
yang nyonya tu dah kenal keluarga I dah, yang bila I masuk
kedai dia tu, dia akan cakap "Hallooo. Mau Hello Kitty lagi "
Ha. Kedai itulah. Yang menjadi favourite, juga kedai terpilih
keluarga I Hahahahahahahaha.

hello kitty haircomb

Ini pula haircomb yang beli masa pergi Singapore. Masa tu
I sibuk sangat tolong shopping untuk kawan-kawan sampai
tak ada masa nak grab untuk diri sendiri. Tawar menawar
semua pun susah dapat, dapat pun sikit je Itupun abang saudara
yang tolong bargain. I manalah tahu cara bargain dekat sana,
siap berbisik-bisik apa entah. Susah tau nak dapat bargain.
Rindu ah nak shopping dekat sana lagi.

Jom exchange kad raya jom Teehihi :')

Later darlings. Taa