Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Felt : One slice cake, please?









cuba teka i buat apa ni dekat atas ni? bweheheheheh. eh, tadi i buat kan, baru i perasan kapas i dah nak dekat habis. kena pergi borong kapas ni. huwaaaaaa malasnya. ada tak online shop yang jual kapas? malasnya i nak keluar pergi beli kapas. dah seronok duduk rumah menghadap felt, gunting, jarum. blog pun dah kurang. tapi tetap sayang, sebab itulah lepas menjahit terus hadap blog T________T





eh hello? sorry. i bukan student yang lukis-lukis apa entah tu heh. i tukang jahit felt yang comel. okay baca. felt yang comel. bukan i. i tak ada comel langsung :P sebelum menjahit, i memang selalunya akan melukis dulu. bila dah lukis baru i tekap dekat atas felt and jahit. lukisan i dekat atas adalah untuk buat 'cream'.


pandangan cake dari atas



tadaaaaaaaa. dah siap cake. bweheheheh. nyummy nyummy! 8-)

felt warna pink yang i sumbat kapas tadi adalah strawberry. hik. and lukisan yang i lakar tadi tu adalah cream di bawah strawberry tersebut.



design cake macam ni sesuailah kalau nak kasi gift untuk birthday, kan? nanti boleh lah i tambah 'happy birthday' ke apa ikut citarasa customer lah :D haaaa nak tambah lilin pun boleh.

sesiapa yang nak order, boleh email i tau. untuk pertanyaan harga, boleh email i atau direct message :)

Saturday, January 16, 2010

Felt : Keroppi, hamburger; tiny button juga.



hihi i baru lepas menjahit. heh.

"engkau tak ada kerja lain dah ke rara?"

T________________________T

i kan surirumah sepenuh masa. puii! terus terang sajalah i ni tak bekerja, menjadikan ia sebagai hobi. tak ada masalah, kan?



semalam i berjaya menyiapkan keroppi ini dalam pukul 2.20 pagi. kalau tengok keroppi, mesti ingat yuyu kan? yesssss, yuyu memang penggila karakter kartun keroppi. hik. yuyu order keroppi and tag nama tu. dah siap tapi i lupa nak capture gambar. lagipun biarlah surprise sikit kot :P



pagi tadi i bangun pukul 10 pagi. terus menjahit tanpa makan dan minum. sehingga entri ini ditaip pun, i tak makan minum satu hapa pun lagi. hekhek. i berjaya buat burger menggunakan felt. nyummy nyummy!



and i juga berjaya menjahit biscuits. ceh i sukaaaaaaa sangat bila buat sesuatu yang bercirikan makanan ni. rasa nak ngapppp! nom nom nommm.

and lagi, i nak hoorayy sebab tengahari tadi i dah received parcel yang i order :D









take care everyone and happy weekend! muah muah.

hamburger: rm3
biscuit set: rm4 (5 item)

**harga tak termasuk postage and jenis handphone strap/keychain/ribbon.

Thursday, December 24, 2009

Milk tablet, korang pernah makan?



semalam adik pergi kedai beli apatah untuk mama. sekali adik bawak balik milk tablet candy yang i suka masa zaman kanak-kanak dulu.

"adik, nak jugakkkk. belikan boleh?"
"okay tunggu lepas hujan reda"

hujan dah reda. hati dah tak sabar.

"adik, hujan dah reda. pergi belikan"
"nak berapa?"
"nah rm2"
"eee banyaknya! dekat dalam balang tu dah nak habis lah"
"ambil semua yang mana cukup"

tamak, kan?



nasib baik cukup rm2. dapat 20 packet. heh. sedap. dah lah bentuk heart. rasa susu pulak tu.

i suka susu. sangat-sangat.

Thursday, February 5, 2009

Cermai Yang Banyak



Pokok cermai depan rumah

Hello Kitty Key Chain

Mini notebook.

Ice cream hair clip


Sunday, January 18, 2009

Pontian

Selamat pagi semua budak budak comot Agagagagaga
Mula mula Rara nak bercerita kisah semalam lah
Rara, Mama, Kak Noni Abg Jaafar ke Jusco Bukit Indah
Benda ni tak dirancang pada mulanya. Kak Noni secara tiba tiba
mengajak Mama Rara secara mengejut.
Tak sangka plan menjadi pula
Mula mula masuk, terasa macam berada di Jusco AU2 Setiawangsa.
Memang sama lah keadaannya.
Tapi selepas itu, boleh menerima hakikat
yang Rara sedang berada di Johor. HAHAHAHA rindunya kat KL


Gambar ni adalah highway di belakang rumah.
Memang nampak lah jalan yang baru keadaan yang lengang
Seronok lah berdriving di sini secara laju.
Bila masa lagi nak tunjuk bakat
Balik dari Jusco, Kak Noni mengajak Rara meround di kawasan baru
Around pukul 9pm macam tu lah, kitaorang pergi meround
Oh terpegun lah sikit. Ada jugak kedai makan untuk melepak Opps
ada jugak mini market untuk membeli barang dapur.
Insya Allah nanti Angah balik, Rara mahu mengajak Angah ke sana lagi


Sejak akhir akhir ni, entry Rara memang dibanjiri oleh makanan
Mesti korang lapar bila menengok bermacam jenis makanan, kan
Okay. Cadbury Crunchie adalah makanan
breakfast Rara untuk hari ini
Sangat sedap lah. Tapi tak dapat menghabiskan dalam satu masa.
Kena simpan untuk petang nanti pula. Agagagaga.
Haa..Korang pernah makan atau ada suka tak Cadbury Crunchie ni

Eh. Rara sedang membersihkan lappy ni Jom mandikan lappy

UPDATE SEDIKIT:
Lokasi; Tepi Laut, Pontian, Johor.
Masa; Around 4pm-7pm

BHAHA best gila melepak tepi laut camni :P

Saturday, January 17, 2009

morning

10:47am 17-Jan-2009
"Syg, good morning.. mucuk gubu"

**SMS tidak dipedulikan

12:16pm calling from Sayang
"Sayang, bangun sekarang! Sekarang jugak.."

***

Okay okay Rara cepat cepat bangun
terus pergi membuat apa yang patut. Err. Kacau betul lah.
Huarghh. Bila kat dapur, Rara terus ambil breakfast.
Ya ya, breakfast di tengahari
Honey stars MariGold Full Cream Milk. Aduhh. Sedapnya




Bila tengah breakfast, boyf call lagi.
Dia sangat hairan bila Rara cakap Rara sedang breakfast HAHA.
Rara breakfast lain, lunch lain Nampak kan Rara kuat makan sekarang ini, kan




Okay. Memang nafsu makan masih lagi tak berhenti.
Harap harapnya berkesan lah harapnya azam tahun baru
untuk menggemukkan badan akan tercapai lah.
Sangat tak best lah bila badan terlalu ringan.
Nak membeli baju seluar pun susah. Kalau nak membeli seluar,
saiz pinggang selalu tak ngam. Ggrr. Nasib baik lah, ROMP shop
ada saiz S memang sesuai dengan Rara
Kalau tak, memang susah lah. Haih




Mama pula memang dah siap masak lauk favourite Rara
Sup kentang yang ditemani telur, so'on, beberapa lagi bahan.
HAHA (Sebenarnya taktahu nama) Kihkih. Memang sedap
Rara meneruskan dari breakfast to lunch. Okay. Memang nampak
sendiri lah betapa seronoknya upacara makan makan ini.




Inilah dia rupa vitamin yang membuat Rara
sangat berselera untuk makan.
PHHP IG-RICH Colostrum
, harga mungkin
dalam RM1++ kot. Tak sure lah Mama sendiri
tak ingat. Hik. Then hari tu masa Haikal (anak buah kesayangan)
ada di sini, Mama membelikan Haikal Scott Emulsion ni,
masa tu Haikal pun asyik nak makan sampai naik pipi Haikal.
Ya, semakin tembam lah. Then bila Haikal dah balik ke KL,
Rara lah yang tolong menghabiskan Scott Emulsion ni.
Ada macam macam jenis, contohnya gula gula perisa ribena
ada juga jenis air. Err. Sehari Rara akan memakan
2 biji Scoot Emulsion juga 2 tablet vitamin PHHP.
Hasilnya, memang setiap masa akan berasa mahu makan saja.

Semoga usaha ini akan berkesan berat badan meningkat naik

PESANAN PENAJA: Credit to nyokiope for all icon in this entry. Eh. Jangan pulak kau pandai pandai cakap semua icon ini kau yang punyaaa!