Showing posts with label niece. Show all posts
Showing posts with label niece. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

Artis youtube



selamat datang, december. bulan terakhir untuk tahun dua ribu sembilan.

tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. kena fikir azam baru awal-awal. tapi sebelum tu boleh tak mintak pengurusan celcom tingkatkan prestasi broadband dia? buatlah azam macam itu. janganlah fikir nak kaya je. tak lama lagi contract dengan broadband dah nak habis. kalau still sama jugak, selamat tinggal jelah yang i boleh cakap nanti. tak komitmen langsung lah. sekejap okay, lepas tu lamaaaaaa tak okay. apa jadah i nak pakai benda yang tak memuaskan nafsu sendiri? heh.

i dah update calendar bulan december. kalau you guys lahir dalam bulan ni, boleh inform dekat kotak komen macam biasa. semalam i keluar lagi, pergi santai cafe, cheras. dah selalu sangat pergi sana tapi entah bila baru nak bosan. ahad ni anniversary i dengan syafi; dua tahun tiga bulan. kakak-kakak dia, adik dia dengan kawan-kawan dia ajak pergi celebrate hari tu. heh. diaorang ajak main bowling dekat flamingo lepas tu pergi karaoke dekat jusco setiawangsa T_____T karang waktu karaoke tu i record video lepas tu dah boleh jadi artis youtube dah.

mini calendar untuk december nantilah i bagi. i sengaja nak suruh you guys godek codes tu sendiri. semua kan dah bijak-bijak. mesti boleh punyaaaaaa.





hello, nama saya alesha.

Thursday, November 19, 2009

Situasi hari ini





melayan anak saudara tercinta memang banyak ragam. kan? tapi hati dah sayang sangat, yang nakal pun jadi tak nakal. yang comot itulah yang comel. kalau anak saudara orang lain? baru nakal sikit, i dah meluat dah. hihi.

my nephew and niece panggil i as 'acik' :P

--------------------------------------------------------------

#1 situasi

i duduk dalam bilik sambil online. banggg. pintu terbuka. alesha datang sambil tersengih.
duduk dekat atas riba i. sambil tengok i online. banggg. pintu terbuka lagi. kali ni, ahmad haikal dengan acu (adik) pulak datang.

i bukak youtube. hei. bukan redtube lah. youtube. hesh.
search teletubbies, doraemon, pocoyo, shin chan, habis semua rancangan kanak-kanak.

ahmad haikal dengan alesha seronok.

#2 situasi



ahmad haikal : acik acik, nak makan nasi. ahmad haikal tak nak sayur.
i : habis ahmad haikal nak lauk apa?
ahmad haikal : ahmad haikal nak nasi dengan kicap.

i pergi dapur. terkedek-kedek ambil nasi letak kicap. kicap dah habis pulak. ada botol baru belum bukak. i tak kuat nak bukak.

ahmad haikal : ahmad haikal nak banyak acik! (buat muka masam)
i : ala. kicap dah habis. tunggu nenek kejap eh. (mama tengah berbual dekat phone)
ahmad haikal : ahmad haikal tak nak makan! ahmad haikal nak kicap banyak-banyak!

i terus minta tolong mama cepat-cepat. lepas dah bukak botol baru, ahmad haikal suruh tuang kicap dekat nasi macam jadi kuah dah T____T

#3 situasi



i duduk dalam bilik. baru berkira-kira nak mandi. bangggg. alesha datang. terus ambil bag baju.

alesha : byeeeee (sambil melambai-lambai tangan)

alesha beredar dari bilik dan mengheret bag baju i macam mak cik senah jual kain.

--------------------------------------------------------------

semakin hari semakin banyak sangat sayang dekat ahmad haikal dengan alesha. mana tak nya, ahmad haikal tu anak saudara i yang pertama, lelaki pulak tu. adik beradik i kan semua perempuan. so ahmad haikal tu macam penyeri dah. alesha pulak anak saudara perempuan pertama i. mestilah sayang, kan?

Petaling Jaya



bersiaran langsung dari petaling jaya.

treng trengg. i dah sampai kuala lumpur. tanah tumpah darahku. tempat kelahiran i yang diagung-agungkan. well, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. johor tak best johor tak bestttt. tettt. entah sampai bila lah agaknya baru i boleh menyayangi johor sepenuh hati? heh.

sekarang ni alesha tengah tidur. ahmad haikal pulak tengah tengok tv. adik pulak tengah mengendeng main psp ahmad haikal. kak cujie baru lepas mandi. abang khairul tengah tolong kak cujie. mama tengah masak ikan haruan dekat dapur.

i tengah tunggu syafi balik. eh tak tak. bukan hari ni. syafi balik esok. i rindu dia. i dah sampai kl tapi syafi dekat sabah. sekarang dia tengah ada event dekat lahad datu. syafi kata, esok dia sampai kl terus ambil i dekat sini. lepas tu nak buat surprise dinner. heh. surprise lah sangat. padahal dinner biasa je T__________T

ha semalam. sepanjang perjalanan dari jb ke kl, hujan tak berhenti pun. takkan nak bawak kereta dekat highway macam siput kan? walaupun hujan, i redah kasi laju. tapi lepas tu setiap lima minit, mama akan cakap;

"slow nak, slowwww"
"slow yang, slowwww"

heh. kalau slow, i rasa pukul 10 malam karang baru sampai. hek hek. slow sangat pun tak boleh. takut kereta belakang yang hentam kereta i kan. itupun semalam masa jem dekat area petaling jaya, ada kereta apek cina langgar kereta i dari belakang. i dah angkat tangan and bagi signal nak ke kiri, tapi apek cina tu tak reti sabar. dilanggarnya belakang kereta i. nasib baik tak calar atau kemek. kalau tak, botak kepala apek tu i minta ganti rugi. jangan main-main. i garang atas jalanraya :P

sekarang i tengah online menumpang streamyx hotspot orang. tak tahu lah jiran yang mana punya. laju pun laju. jadi celcom broadband i simpan je dalam bag.

nasib baik laptop i dah ada sound lepas pasang win 7. itupun cousin yang tolong. kalau tak, terpaksa i bawak speaker hello kitty tu. nasib baik tak payah. hesh.

hari isnin nanti i nak pergi putrajaya. mama nak uruskan bahagian pencen arwah abah. i pulak nak buat ic baru. eh tapi tu kena cerita nanti. apa yang penting?

hari ahad. jeng jeng jengg. tak sabarnya!

Sunday, September 27, 2009

Ini semua pasangan bercinta muda mudi dekat danga bay punya pasal



semalam hari paling fun. saat-saat akhir i beraya bersama kakak-kakak
kecomelan dan anak-anak buah kenakalan. spent time bersama mereka
di jusco bukit indah dan selepas itu ke danga bay pula. pengalaman
yang sangat manis i rasakan. thankyou mom. thankyou sisters.



poyo sikit sebab dekat belog kakak zaiton sameon dah ada picture
ini dan no plat dia mana ada cencored. i pulak pandai-pandai nak
pergi photoscape and letak mosaic cencored. poyo betul. malu i.
abang ipar i kata tayar kereta i dah haus ke apatah, bukannya i tahu
sangat. well, perempuan macam i, tahu guna kereta sahaja (-__-")
so sebelum kitaorang pergi bersuka ria, abang ipar tolong pergi workshop,
gantikan kedua-dua tayar hadapan kereta i. thankyou abang khairull.





lepas pergi beli clutch idaman i dekat jusco bukit indah, mama
bercadang untuk ke danga bay. kawasan dah best dah, pemandangan
pun dah elok dah. tapi satu je buat spoiled. banyak sangat merpati
berjoli-joli dekat situ (pasangan bercinta muda mudi, pakcik makcik
juga ada tapi kurang sikit). tak ada mood nak makan kfc dekat situ
terus bungkus balik and bawak balik rumah saja ; sebab tak ada tempat
duduk dah. semua dah dipenuhkan oleh gagak dua sejoli. hekkk.





apa pasal i senyum macam itu? jangan tanya, please please.
itu sahaja yang i mampu. at least i tak buat drama lebih. itu memang
cara i. senyuman i. tak apa kan? hihi. i memang driver. baiklah. baiklah.
i memang driver. mana ada driver yang lebih comel dari ini? mana ada.
ahhh. i dah kata tak ada, means, tak ada. dah jangan nak perasan.
apapun semalam hari paling best. and hari ni kakak-kakak yang gorjes
i semua pulang ke pangkuan rumah masing-masing. semoga selamat.



babai everyone !

Thursday, July 23, 2009

City Square



Lepas balik dari rumah Pak Itam perut dah kenyang,
kitaorang semua bersiap untuk bershopping di City Square.
Sebenarnya kitaorang bukan nak pergi City Square pun, tapi
dekat JB ni ada satu je cawangan JCO Donut. So terpaksa jugak
pergi City Square yang kiranya hujung bandar Johor ni.



Ini sebelum pergi. Muka berseri tak ada fikir akibat kalau pergi.
Kepenatan jangan cakap. Dah lah kena drive lebih kurang 40minit.
Lepastu nak berjalan dalam bangunan yang besar tu. Amboi.
Bersiap paling awal, lepas tu sanggup tunggu orang lain bersiap.
Dalam hati cuma fikir, bila lagi nak dapat pergi jalan-jalan dengan
kesemua orang tersayang. Mak, Kakak, Angah BF, Adik, Haikal,
Alesha yang paling penting, Muhammad Syafi. Hehe.



Siapa Muhammad Syafi ni ; Readers baru bertanya. Eceh.
Macam lah ada readers yang baru lama padahal blog ni macam
syok sendiri tak ada readers. Jeng jeng jeng. Muhammad Syafi yang
handsome, comel, kacak.. ohh segala-galanya dihatiku



Masa ni memang dah bosan entah taktahu nak buat apa
Semua orang bersiap lambat macam mak datin nak pergi candle
light dinner
. Syafi pulak memang gila camera sejak I gila menjadi
photographer. Eh, tak ada camera mahal, malas nak beli, baik
beli barang hantaran untuk Syafi nanti. Ceh.





Hehe. Keluarga bahagia. Ahmad Haikal, anak buah kesayangan
I dipinjam oleh Angah Abg Azam. Err. Abg Azam ye sekarang.
Dulu Abg N. Dah tak ada dalam senarai keluarga dah. Abg N boleh
blah sekarang. Hikhik. Semua orang yang sedang membaca wajib
doakan diorang ni happy forever tau. Kalau tak, esok sembelit.





Alesha dah pandai jalan. Dia jalan terkedek-kedek. Habis
semua barang dalam rumah dia selongkar. Bila jumpa laptop,
Alesha yang nak online dulu
. Orang lain kena beratur. Hehe.
Sepanjang jalan-jalan dekat City Square, Syafi rajin dukungkan
Alesha. I dah dukung sampai lenguh tangan. Alesha tak nak duduk
diam. Dah lah pantang nampak orang makan minum, semua dia nak.
Kuat makan. Apa orang suap semua dia bedal. Comel gila perangai.

Barang shopping ? Lain entri.

Okay nanti update lagi, insyaAllah. Babai

Wednesday, May 20, 2009

Tanjoubi Di



" Hoi Rara Apa pasal Tabby berlakon tiga saat saja " Bising.

Eh apa ni Apa ni Itu baru episod Tabby yang pertama.
Bawak sabar. Bawak sabar. Mengucap sebanyak mungkin dulu.
Next week boleh tengok lagi, bukan Tak tengok tak nak kawan.
Ceh. Budget artis lah konon @%#$^ Bukan. Bukan itu. Maaf T___T



Ini adalah abang ip.. err.. bakal abang ipar tetapi sudah menganggap
beliau sebagai abang ipar yang sah Ceh. Sayang dekat Abang Nizam.
Sebagai abang yang selalu ambil berat, tak pernah abaikan keluarga
kami, lagi semenjak arwah abah meninggal dunia. Tak pernah
mendengus, mengeluh bila kami meminta tolong. Sangat baik.
Semasa arwah Abah sedang koma dekat hospital, Abang Nizam tak tidur
tolong temankan Angah keluarga kami. Susah senang selalu bersama.
Syafi tolong jadi lebih baik dari Abang Nizam. Sebaik lelaki. Amin.
Selamat Hari Lahir Abang Nizam yang ke 24 pada 19th May.
Semoga selalu terus bahagia dengan Angah. Semoga murah rezeki.



Ini anak. Ya, anak saudara perempuan Anak kepada kakak.
Selamat Hari Lahir Alesha yang pertama. Semoga murah rezeki.
Semoga menjadi anak yang solehah tak akan pernah bangga diri.
Semoga akan selalu menjadi anak terbaik untuk Ayah Ummi,
menjadi adik terbaik untuk Haikal, menjadi cucu terbaik untuk Nenek,
menjadi anak saudara terbaik untuk makcik. Pendek kata, menjadi
terbaik untuk semua. Jangan lupa nanti dah besar, baca blog Acik
lepas tu tolong. Tolong membagi hadiah berupa Hello Kitty. KAH KAH KAH

Sayang semua. Babai