Showing posts with label room. Show all posts
Showing posts with label room. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

Kitty Poketto


Petang semalam Rara keluar dengan Mama. Mama nak
cari tissue stand dekat 2N shop. Selama ni shop tu macam bosan
sebab jarang ada Hello Kitty item. Sekali pergi, banyak sangat
Hello Kitty item Tapi yang sedihnya, banyak sangat yang terlalu
fake. Nyampah ah. Boikot kang baru tahu. Nasib baik ah shop tersebut
favourite Mama. Pinggan mangkuk apa semua dekat situ semua
comel. Macam - macam design ada. Barang dapur banyak ah
Dah macam makcik - makcik ke apatah bila pergi shop tu. CEH.


Rara dah ada Hello Kitty Case ( 5 pocket ) Setiap pocket ada
gambar Hello Kitty berlainan design. Sumpah comel. Anda nak
Pergi cari sendiri. Harga pun very affordable RM5 only.


Sebenarnya semalam ada beli dua jenis case Hello Kitty jugak.
Tapi satu lagi tu dah bagi dekat adik. Again. Kakak terbaik ah.
Dah dah. Takyah nak comment email mintak jadi adik angkat,
takyah. Malas ah nak layan. HAHAHAHA hina betul perangai.

( Item tersebut hanya pelakon sampingan untuk gambar )

So far, belum letak apa - apa item lagi. Nanti ah kalau dah ada
barang comel ke apa baru nak letak. Kalau nak letak benda
merepek tak guna !@$^%& baik takyah. Buat semak nanti.
Bilik Rara mana boleh semak apa semua, always kemas, tell you

Nak pergi Jusco pleaseee. Mamaaaaa, nak pergi Jusco

Take care darlings. Adiosu

Tuesday, June 2, 2009

Rokugatsu



Masuk je bulan baru, mesti bersepah - sepah blogger buat title
" Goodbye May, Hello June " kan Bersepah. Tak percaya
Pergi lah blogwalking, google ke apatah. HAHAHAHA
Sapa buat, jangan terasa. Ini fakta realiti. Terima ah hakikat.


( Abaikan door frame berwarna hijau tersebut, belum cat )

Bulan baru, bilik pun nak baru jugak Rara dah pindah bilik
Bilik still warna pink, tapi ada dua warna. Soft pink hot pink
Nak kontra lah konon. Nampak tak Dari katil je dah boleh
tengok tv dah. Tak payah susah nak pergi dekat hall atau bawak
tv masuk bilik Menyemak pulak banyak sangat barang.



Bulan baru, katil pun nak baru jugak Bertukar dari single
kepada queen. Queen cukup dah. King Tunggu kahwin ah.
Nak katil saiz besar sangat pun nak buat apa Ceh.
Tak payah nak ego hipokrit konkrit apa semua, tak perlu.
Dah kahwin tak ada maknanya nak tidur jarak 15cm dari suami.
0.1cm pun belum tentu ah, kan Ecececeh. Takyah tipu, takyah.
Melainkan saiz suami anda tu bersaiz.. err.. agak besar. Itu terkecuali.
Atau anda dah terfikir ada anak empat lima orang lepas tu ajak
semua anak anda tidur sekali dengan anda suami isteri HEHEH


( Again. Abaikan warna door frame tersebut )

Dressing table memang sentiasa meriah Mesti ada cawan
Dah buat air dekat dapur terus masuk bilik. Bila dah habis minum,
letak cawan dekat dressing table buat perangai gasak tak tahu.
( Tolong tengok Hagemaru kalau tak faham )



Sekarang ni masih lagi kemas apa yang patut. Masuk balik baju
dalam almari. Memang ambil masa ah. Always nak tengok laptop.
Lepastu terus malas dah nak sambung kemas. Perangai.

Okay dah tak tahu nak cerita apa. Sakit kepala Babai

Saturday, May 30, 2009

Masshuru-Mu



Happy weekend everyone. Hujung minggu macamni,
what to do lah Duduk dekat rumah online depan laptop.
Sama macam hari - hari kebiasaan. It's okay, online pun tak ada
lah terbosan - bosan hidup ni. Ada kawan - kawan yang ramai.
Weh Rara apahal poyo sangat Entri lepas bukan main sedih
Hesh. Tell me babe, siapa tak sedih bila disisihkan Tell me
Sudah. Sudah. Lupakan hal tersebut. Mari mengkira untuk
hidup baru. Kalau asyik nak fikir hal sakit hati, sakit hati, sampai
hati terluka - luka lepas tu mati camana Haih. Sabar. Sabar.



Rara ada mushroom Rara ada mushroom HAHAHAHA
Rakus betul bunyinya. Mushroom tersebut apa Hiasan
Ceh baik tak payah beli Buang dekat tepi Sungai Congkak.
Lepas tu ada keluarga pergi berkelah dekat tempat tersebut
( Mungkin keluarga Syafi sebab rumah dia dekat area sana )
akan terjumpa mushroom tersebut simpan buat kenangan
sebagai tanda pernah pergi Sungai Congkak. HEHE mana class.



Ia adalah lampu Lampu dia warna putih, you know
Kita sekarang mana pakai dah lampu malap warna kuning
ke oren apa entah Lain lah kalau anda nak gunakan lampu
malap tersebut untuk buat candle light dinner. Ceh.
Syafi, bila nak buat candle light dinner dengan I Ceh, demand.
Tak payah buat pun tak apa You dah cukup romantik bagi I.
HAHAHAHA apa ni Apa ni Blog ni public. Bukan 18sx ah.



Tadi Mama kemas stor Ada kotak besar berisi buku
Semua Rara punya. Ceh. Budget je Mana ada baca.
Semua tu buku masa college dulu. Ada note apa entah.
Lepas tu jumpa pulak exam paper. Cuba tengok paper tu.
Universiti Malaysia Sarawak Jom blah. Rara tipu, dia mana
pernah study dekat Sarawak HAHAHA dulu Rara pun pelik.
Kenapa paper kitaorang ni paper UNIMAS pulak Tanya lecturer.
Tanya lecturer. Rupanya memang macam tu. Course kitaorang tu
under UNIMAS. Susah jangan cakap. Boleh sembelit enam hari ah.



Masa Mama tengah kemas stor, Mama panggil Rara
Mama bagitahu ada tikus besar duduk dekat bawah icebox.
Mama get ready pegang penyapu lidi dengan rumah perangkap.
Rara pulak get ready duduk atas kerusi sambil pegang Baygon.
Bila kena spray, tikus tersebut lari - lari. Main police entri dengan
Mama. Kelakar takyah cakap. Ketawa macam Misaikh.
( Kalau tak kenal sapa Misaikh, tanya Sin Chan atau Shiro )

Dressing table dah kemas. Esok nak kemas baju pulak.
Jumaat - Ahad ( 29 May - 31 May ) Syafi outstation Rindu

Okay nak makan burger sebagai dinner. Babai