Wednesday, January 21, 2009

congrate sis in law


SELAMAT BERTUNANG 25 JANUARI 2009

Ikelas ♥ Aifa Nabiha

Tahniah kepada mereka. Hehehe. Macam tak sangka pulak
Aifa Nabiha (Efa) adalah kakak kepada boyf
Sangat baik hati memang the best sister lah
Diaorang ni dah lama couple, tapi baru nak mengikat
tali pertunangan
Alhamdulillah. Syukur lah. Bila nak bersanding? Ehem
Efa ni sebaya dengan Rara lah, tp perwatakan dia lebih matang


Actually boyf Rara ada 3 orang kakak Efa, kakak yang ketiga
Tapi dalam keluarga Efa yang banyak berpenat lelah
Parents pergi balik kerja, Efa yang hantar ambil
Bukan setakat parents tau, siblings yang lain
nak ke mana pun, Efa yang hantar ambil
Sangat baik hati, kan? Dulu masa boyf takda transport,
Efa lah yang tolong mengambil menghantar Rara di rumah.

Semoga hubungan mereka ni akan kekal.
Mereka sangat sesuai tau, walaupun selalu jugak lah
bertengkar depan Rara, tapi mereka cepat cool.
Semoga Allah merestui mereka. Amin.

BOYF's SIBLINGS & GRANDMA
Dari kiri (berdiri): Abang Arzan, Adik Bit, Boyf
Dari kiri (tengah): Efa, Adik Aiza
Dari kiri (duduk): Ewa, Mak Tok, Kak Afzan


BHAHAHA tak terasa cam kelakar Siap ada nama semua.
Ekekekek. Okay. Lupakan. Saja kenalkan. Kot kenal
Dalam siblings boyf, Rara cuma rapat dengan
Efa, Ewa, Adik Bit Adik Aiza.
Abg Arzan pendiam lah, Kak Afzan pula serius orangnya :P

Tapi, Rara paling sayang dgn Adik Aiza
sebab Aiza memang perlu disayangi lah
Kalau berjumpa Rara, Aiza mesti tersenyum, salam
mencium tangan Rara, sangat menghormati lah
Walaupun Aiza tidak boleh bercakap
tetapi dia sangat bijak dlm pelajaran tau.
Semoga Aiza mencapai kehendak hidup

Eh, kenapa Rara bercerita pasal family boyf
Sebab baru je baik dgn boyf HAHAHA
Bukan gaduh, salah faham saja lah
Err. Sayang dia lah, mana blh hilang dia tau
Okay, dah nak berhenti. Daa

Sunday, January 18, 2009

Pontian

Selamat pagi semua budak budak comot Agagagagaga
Mula mula Rara nak bercerita kisah semalam lah
Rara, Mama, Kak Noni Abg Jaafar ke Jusco Bukit Indah
Benda ni tak dirancang pada mulanya. Kak Noni secara tiba tiba
mengajak Mama Rara secara mengejut.
Tak sangka plan menjadi pula
Mula mula masuk, terasa macam berada di Jusco AU2 Setiawangsa.
Memang sama lah keadaannya.
Tapi selepas itu, boleh menerima hakikat
yang Rara sedang berada di Johor. HAHAHAHA rindunya kat KL


Gambar ni adalah highway di belakang rumah.
Memang nampak lah jalan yang baru keadaan yang lengang
Seronok lah berdriving di sini secara laju.
Bila masa lagi nak tunjuk bakat
Balik dari Jusco, Kak Noni mengajak Rara meround di kawasan baru
Around pukul 9pm macam tu lah, kitaorang pergi meround
Oh terpegun lah sikit. Ada jugak kedai makan untuk melepak Opps
ada jugak mini market untuk membeli barang dapur.
Insya Allah nanti Angah balik, Rara mahu mengajak Angah ke sana lagi


Sejak akhir akhir ni, entry Rara memang dibanjiri oleh makanan
Mesti korang lapar bila menengok bermacam jenis makanan, kan
Okay. Cadbury Crunchie adalah makanan
breakfast Rara untuk hari ini
Sangat sedap lah. Tapi tak dapat menghabiskan dalam satu masa.
Kena simpan untuk petang nanti pula. Agagagaga.
Haa..Korang pernah makan atau ada suka tak Cadbury Crunchie ni

Eh. Rara sedang membersihkan lappy ni Jom mandikan lappy

UPDATE SEDIKIT:
Lokasi; Tepi Laut, Pontian, Johor.
Masa; Around 4pm-7pm

BHAHA best gila melepak tepi laut camni :P