Sunday, April 26, 2009

Howaito Neko



lebih kurang pukul satu setengah petang tadi,
ada bebi-neko berwarna putih campur kelabu sedikit
datang rumah comel mestilah comel neko tersebut
datang tanpa ditemani oleh ibunya. dia keseorangan (seorang )
berbulu agak lebat bermata bulat. bila dah kata pun bebi-neko,
dia mestilah kuat bergurau. suka melompat. suka bermain.
suka bermain bola. tolong jangan fikir bukan dekat sini.





comel kan dia sebenarnya memang nawaitu hati ni nak amik bela dia.
tapi bila fikir nanti, macam mana kalau tuan dia cari dia
sangat kesianlah, bukan cukuplah family
pernah merasa kehilangan oliey tersayang. pedih terhiris hati.
tak tahu sama ada oliey mati atau diambil orang. sampai sekarang masih
menjadi persoalan. namun oliey tak pernah berkunjung tiba
( wah ayat mantap dah mula keluar mencelah )





sebenarnya, semasa bebi-neko ni datang, hati sangat kuat
mengatakan dia adalah anak kepada oliey. tak mustahil, bukan
sebab cara makan, cara tidur, cara bergurau, cara duduk
sama betul dengan oliey tapi tak apalah, anggap je bukan rezeki.





ya Allah memang betul macam oliey cara dia tidur macam tu
corak bulu pun sama. cuma bebi-neko ni berwarna terang sikit.
mungkin Allah nak uji , nak tengok sampai hati atau
tak untuk merampas bebi-neko tersebut daripada tuan dia
jawapannya : tidak. tak akan buat macam tu. ( gila )
sumpah tak sampai hati walaupun hati ni meronta mahukan
pengganti oliey. tak mahu tak mahu

kalau anda macamana akan ambil atau lepaskan
tolong membagi feedback. babai

Saturday, April 25, 2009

Kawaii Koumoku



happy weekend everyone masing mesti sibuk
dengan hal masing di hujung minggu macam ni.
sekarang ni musim panas, kan sila tolong menjaga
kesihatan untuk body yang baik suci murni.
err apalah budak ni merepek cukup. berhenti sekarang.
eh mana boleh berhenti. entri baru bermula. dengki lah tu.
ok pada yang dengki taknak baca bercerita, pergi main
jauh sampai cucur atap sana. pergi sana. pergi
tapi lepas habis baca ok





"eh rara buncitnya perut bear tersebut "
ok tak nak dengar comment berbunyi semacam itu.
tolong jangan. ulang lagi. jangan. tell you
nanti bear akan merajuk terus bertukar jadi warna merah.
cepat comment cakap
"eh rara comelnya bear tersebut "
jangan membantah. bagi lah semangat sikit nak update blog
tiap hari dengan comment yang membina bangunan setinggi
88 tingkat sempena tahun kelahiran 1988




"eh apalah rara ni. meletak cartoon
bermuka ketat tersebut
dalam blog gula kapas ni "
tolong hormat sikit, boleh mintak tolong jangan merungut.
cartoon tersebut comel apa. memegang binatang
yang bermuncung kuning. benda tersebut didapati
di dalam kinder joy pergi cepat dapatkan. boleh membuat
hati bergelak ketawa secara berdekah - dekah





ini. ini apa ini, itu mini dolls. adik membagi pada
ok walaupun selalu bergaduh banyak menangis sebab adik,
beruntung sebab selalu dibagi benda comel macam ni.
tengok baju dia. tengok baju dia. cantik kan comel kan
ok cepat jugak pergi tempahkan baju kahwin untuk
berdesign macam tu cuma tambah sikit renda warna putih.
eh apa merepek lambat lagi kahwin. jangan tanya bila.
oh syafi, i selalu sayangkan you

ok nak pergi lunch ni. korang yang dengki tadi tu mana mana
eleh tak berani mengaku pulak. seronok kan sebenarnya entri ni
ah takda takda. jangan dengki lagi. perkara paling hina lagi terkutuk


cukup cukup. boleh pergi comment sekarang. babai