Showing posts with label oliey. Show all posts
Showing posts with label oliey. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Jom berkenalan dengan pembantu tukang jahit I


Kejap. Kejap. I tengah penat ni.

Rehat enampuluhlimaminit.

Okay dah. Penat rupanya menjadi tukang jahit tak bertauliah ni. Takda pekerja atau pembantu. Apatah lagi nak ada personal assistant. Heh. Itulah. I ingat nak lantik Oliey sebagai pembantu I, tukang potong kain felt. Lepas tu nak lantik Tabby dan Chibi jadi pembantu peribadi I macam tukang pergi post office T______T Dan Kiki tukang masukkan benang dalam jarum. Boleh? Sebab apa tak boleh kalau Kiki sangat layak ada jawatan macam itu?


Kiki ada kelayakkan yang sangat layak, kan? =______=" Dia selalu kacau I tau. Tiapkali I bentang felt untuk dipotong, mesti dia cepat-cepat datang and terus baring atas felt tu. Lepastu bila I sibuk nak masukkan benang dalam jarum, dia sibuk nak capai benang I tu. Pffft.


Oh btw, ini adalah contoh yang I nak tunjuk dekat uols. Kebetulan I buat order untuk Syafa, I pinjam kejap nak buat contoh :P Hope she don't mind. Okay macam ini uols boleh order untuk jahit sendiri dekat mana-mana. Contohnya uols nak jahit dekat baju, ataupun nak jahit dekat laptop bag ke apa. Kalau nak jahit dekat pipi masing-masing pun boleh heh.


I dah siapkan order from Syafa and her lovely friends. Syafa order sebanyak lima. I buat dari malam tadi and sambung pagi tadi. Dalam pukul 3pm baru siap and I terus pergi pos. Actually, Syafa bayar untuk harga pos ekspress RM3, tapi sampul tu tak muat nak letak semua items tu, so I tambah duit untuk poslaju RM6. It is because, Syafa and her friends punya total RM50. So anggap macam 'gift' lah kan.


Ni semua order from kawan-kawan Syafa. I must admit, I suka cara diaorang ni make order. Discuss sekejap saja, lepas tu cuma bagitahu nak warna apa, and siap pesan dekat I supaya buat yang comel-comel macam I (bukan I yang cakap heh, diaorang yang cakap) Hihi. Lepas itu terus bank in dekat I dan send SMS yang sangat nice membagitahu dah buat payment. Dan pesan lagi suruh I buat yang comel-comel macam I (bukan I yang cakap heh, diaorang yang cakap) T______T Kemaluan.

I harap diaorang semua happy bila terima parcel tu esok :') Lepas tu buat order banyak-banyak lagi YAY.

Tracking number for them
EN244926249MY


Hei Patrick. -Suara Spongebob Squarepants

Patrick ni baru siap sekejap tadi. Order from schoolmate dulu, Fad. She's a girl ye. Hihi. Yelah, kadang-kadang ada orang ingat 'Fad' tu macam nama kelelakian sikit, tapi sebenarnya perempuan. Kalau tak silap I, nama dia Fadzillah. Hei you, kalau I salah, you tell me heh.

Patrick ni gemuk sangat. I pulak geram. Dah lah mata dia goyang-goyang.

Okay dah. My mom asked me to take a rest start from now to tomorrow. Period pain. Muka pun dah pucat. So my lovely customer, uols faham I ya. Tammo worry, ur items for sure I akan hantar terus once dah siap ;)

Have a nice day everyone. Loves.

Wednesday, January 27, 2010

Felt and baby meow



Ini order yang I dapat daripada beberapa customer. Sengaja nak letak dekat entri ni. Nak tunjuk contoh. Senang kalau customer lain nak order, boleh tunjuk contoh mana satu dia nak.

Oyya, untuk pengetahuan kakak Yonna and kakak Diya, felt names untuk kakak Diya macam nama 'Mira' tu. Tapi kakak Diya punya warna lain T_________T Harap-harap dapatlah siasat siapa 'Rahim' tersebut. Pfft. Suka hati dia je nak curi parcel orang, kan?

Semua item dekat atas ni dijangka tiba kepada tuan masing-masing pada hari ini. Ada yang pos pakai pos laju and ada yang pakai pos ekspress. Hopefully semuanya sampai dengan selamat.


Oyya (lagi), malam tadi after maghrib, Kiki dah mula sakit and mintak dibelai oleh Mama. Gambar di atas adalah beberapa jam sebelum kelahiran anak-anak Kiki.


Pagi tadi, Mama bangun pukul 4am dan tengok Kiki dah beranak dah. Hoorayyyy! Mula-mula keluar dua ekor. Seekor hidup, seekor lagi mati dalam keadaan masih dalam sarung/kantung. Lepas itu keluar lagi dua ekor, juga keadaan yang sama. Seekor hidup, seekor lagi mati dalam keadaan masih dalam sarung/kantung. Yang hidup pulak dibiarkan dengan uri. Nampak sangat Kiki tak tahu apa-apa lagi.


Kiki tengah lemah sekarang. Well, anak Kiki adalah BUKAN anak Oliey T________T

UPDATE: Baby lagi sekor tu mati jugak. Baby tu semua tak cukup bulan lagi sebenarnya :(

Friday, October 23, 2009

Memang gedik, kan?



sekarang i gedik dengan syafi. serious.

maybe macam tak tahu malu lah kalau i cerita dekat sini tapi i rasa tak apa kot lah kan. hihi. petang tadi mama dah bertolak pergi singapore dengan adik. i tak ikut. i senggugut. malas nak jalan kaki dari rumah ke bus stand. benci jalan kaki jauh-jauh. penat.

okay fine. mama and adik dah pergi. i tinggal dengan oliey and kiki. i sunyi. oliey dengan kiki asyik tidur je. i mintak syafi temankan i dekat skype. sekarang belum skype lagi lah. sebab syafi dekat bandar tun razak and broadband pulak, kakak dia bawak pergi kerja. and kalau dekat langat, dia boleh online. so i tengah tunggu syafi pergi langat and on skype dengan i. gedik kan?

okay itu baru gedik pertama. tadi masa mama baru pergi naik teksi, i dah menangis teresak-esak call syafi. haha. i sedih sebab kena tinggal macam ni. dah lah senggugut. nak berjalan pun tak boleh. okay fine, syafi dah tenangkan i.

paling gedik, bila setiap kali syafi call i atau i call syafi, mesti i menangis lepas tu i cakap nak pergi kl pergi rumah haikal and alesha. lepas tu i dah terbayang-bayang nak main dengan haikal and kacau alesha jalan terkedek-kedek. i rindu anak-anak buah i.

sekarang i dah demam balik. i tak larat nak bangun pergi makan. ambil air pun tak larat. kalau mama balik and tengok anak dia dah mati, macamana? T_______T

apapun, thank you syafi sebab selalu ada dengan i. i love you and always do.

mesti syafi menyampah dengan i sebab i ni banyak songeh kan? you guys rasa macam tu tak? i pun rasa macam tu. and syafi kata tak. syafi kan memang suka bila i gedik. i dah admit secara terang-terang yang i ni gedik. admit secara public. heh.

ada sesiapa nak teman i tak? i nak berbual dekat skype. lamanya nak tunggu syafi. haih :/

ok i first time ni tinggal sorang-sorang dekat rumah. you guys ada tak nak pesan apa-apa? hihi. jiran i sekeliling semua baik hati. diaorang semua sibuk-sibuk jaga i sebenarnya :')

Sunday, October 11, 2009

Cat lover



hei antara you guys ni mesti ada yang bergelar cat lover kan. i pun. and ada antara you guys yang sayang kucing tapi takut nak pegang atau geli atau yang berkaitan lah. ada jugak yang langsung tak suka kucing. masing-masing ada perspektif lah kan. and i pun tak boleh nak judge you guys. hati masing-masing and kita boleh share our experience maybe? :')



rasanya ramai dah tahu ini kucing kesayangan i. nama dia oliey. pernah hilang selama lapan bulan and balik semula ke pangkuan keluarga i pada ramadhan baru-baru ini. alhamdulillah. memang perit kehilangan oliey. hello, bukan kehilangan orang je tau yang boleh bagi kesan dekat diri i. kucing pun. oliey ni tak macam kucing lain. suka merakas dekat dapur cari makanan. suka berak kencing merata-rata. tak.

oliey nice sangat. makan tak mintak. nak dengar dia bunyi 'meow' pun bukan main payah. cuba buat dia sakit macamana pun, dia tak akan gigit. betul. tak akan. bukan setakat tak akan. tak pernah. kalau mandi je dia meraung. maybe sejuk. so kalau mandi air panas (suam) dia diam je. bubbles satu badan pun tak apa asal air tu tak sejuk. kalau dia berak. kencing pun. dia masuk dalam mangkuk jamban tu. and buang dekat situ. i tinggal nak letak sabun and flush. senang kan? cuma satu je. kalau biskut dia dah masuk angin, dia tak nak makan.



masa oliey hilang.

"manalah agaknya oliey. mati kot"
"oliey dicuri orang lah"
"oliey lupa jalan balik agaknya"
"oliey.. baliklah. rindunya dekat oliey"

muka dia nampak garang bila dekat luar rumah. kalau dalam rumah.. manja. dengar cakap. kalau i marah, dia tahu sedih. dia buat muka sedih. lepas tu dia tidur tempat tersorok. so far, kesihatan dia alhamdulillah masih lagi baik. cuma dia macam ada masalah nak nafas. nak bawak pergi veterinar? puas cari jalan nak pergi veterinar area johor ni. susah. kalau dekat kl. tak payah cari. belambak. kan? paling best veterinar area ampang. you guys tahu?



kiki. kucing yang ada bentuk love dekat bawah perut. dia makin nakal. biasalah. budak baru nak naik. heh. suka kacau oliey. bila oliey duduk diam, kiki datang dekat and cuit kaki lah, tangan lah, kepala oliey lah. paling kelakar. dia tampar pipi oliey. haha. eh. kiki pun macam oliey. berak dekat toilet heh; tak main merata-rata. cuma makan je. suka sangat mintak. kalau time lunch or dinner, i terpaksa letak dia dalam bilik mama and kunci pintu (error: tak payah kunci. tutup pun dah cukup) terpaksa. bukan kejam. habis kalau kita tengah makan, tiba-tiba dia datang masuk dalam pinggan? choi. rimas (-___-").

apapun, kiki and oliey masing-masing ada kelebihan. and semua kucing pun. i sayang semua kucing. sometimes tengok gelagat kucing pun dah buat i gelak :D

Wednesday, September 2, 2009

Alhamdulillah




Semalam adalah hari penuh bermakna bagi keluarga I
Penantian kami sekeluarga selama lapan bulan adalah menjadi
tidak sia-sia dengan penemuan Oliey pada awal pagi semalam
.
Alhamdulillah, Allah SWT telah temukan kami semula selepas kami
kehilangan Oliey Oliey dipercayai telah di ambil di kurung oleh
jiran terdekat Tapi tak apa, di bulan puasa yang mulia ini, I sudah
maafkan jiran tersebut :') Terima kasih kerana memberi makan
minum untuk Oliey.





Setelah beberapa bulan gambar Oliey tidak ada dalam entri belog,
akhirnya pada hari ini I meletak gambar Oliey kesayangan. Rindu
kami sekeluarga masih belum terubat sebenarnya. Bayangkanlah
betapa rindunya hati kami kepada Oliey



Allah SWT Maha Adil Akhirnya Oliey kembali semula ke pangkuan
keluarga kami. Syukur, alhamdulillah. Rasa tak percaya sangat bila
Adik kejutkan Rara awal pagi memberitahu "Oliey dah balik" sambil
menangis. Seriously I ingat dia main-main. Bergurau senda pagi-pagi buta
seawal 7 pagi memanglah menempah carutan hebat. Hekhek.
Bila dah tengok Oliey, rasa macam tak percaya What the fish
Biar betul. Muka pun lain; putih sikit. Mama kata sebab Oliey dah lama
tak kena cahaya matahari. Hidup Oliey selama lapan bulan terkurung. Ggr





Siapa sangka, Oliey kembali kepada keluarga kami semula
Apapun, tahniah untuk Nurull kerana berjaya meneka siapa yang
kembali; yang follow I dekat twitter facebook mesti tahu, kan

You all take care okay, sayangilah binatang peliharaan anda.
Hekhek. Babai mwah

Sunday, April 26, 2009

Howaito Neko



lebih kurang pukul satu setengah petang tadi,
ada bebi-neko berwarna putih campur kelabu sedikit
datang rumah comel mestilah comel neko tersebut
datang tanpa ditemani oleh ibunya. dia keseorangan (seorang )
berbulu agak lebat bermata bulat. bila dah kata pun bebi-neko,
dia mestilah kuat bergurau. suka melompat. suka bermain.
suka bermain bola. tolong jangan fikir bukan dekat sini.





comel kan dia sebenarnya memang nawaitu hati ni nak amik bela dia.
tapi bila fikir nanti, macam mana kalau tuan dia cari dia
sangat kesianlah, bukan cukuplah family
pernah merasa kehilangan oliey tersayang. pedih terhiris hati.
tak tahu sama ada oliey mati atau diambil orang. sampai sekarang masih
menjadi persoalan. namun oliey tak pernah berkunjung tiba
( wah ayat mantap dah mula keluar mencelah )





sebenarnya, semasa bebi-neko ni datang, hati sangat kuat
mengatakan dia adalah anak kepada oliey. tak mustahil, bukan
sebab cara makan, cara tidur, cara bergurau, cara duduk
sama betul dengan oliey tapi tak apalah, anggap je bukan rezeki.





ya Allah memang betul macam oliey cara dia tidur macam tu
corak bulu pun sama. cuma bebi-neko ni berwarna terang sikit.
mungkin Allah nak uji , nak tengok sampai hati atau
tak untuk merampas bebi-neko tersebut daripada tuan dia
jawapannya : tidak. tak akan buat macam tu. ( gila )
sumpah tak sampai hati walaupun hati ni meronta mahukan
pengganti oliey. tak mahu tak mahu

kalau anda macamana akan ambil atau lepaskan
tolong membagi feedback. babai