Friday, January 30, 2009

Happy Stickers

Received Happy Parcel


( Parcel Kak Mizah sampai )

( Ada dua giant sticker Hello Kitty )

And now I have three Hello Kitty giant size stickers !

My Hello Kitty Thumb Drive ! 2G :)


( Cute bag with biggy ribbon )

Tata

Tuesday, January 27, 2009

My Second Sister

Hai semua. Hik. Dah puas makan limau
Tahun ni first time ber-Chinese New Year di JB
Bunyi mercun sangat memekak tak boleh tidur.
Maybe dalam 3 pagi baru stop. Tak ingat dunia betul mereka
Before ni kan Rara duduk area quartes polis,
so takda lah bunyi mercun yang tak henti. Nak kena tangkap

Kenapa dah lama Rara tak update blog Minta sorry ye.
Busy sangat memandangkan kakak kedua saudara mara
datang ke rumah. Yelah, masing bercuti kan.
Tapi sangat bersedih sebab kakak pertama takda balik JB
Selain melayan tetamu yang datang, Rara dengan Angah
menghabiskan masa dengan Atasinchi. Comelnyaa
Rara sangat jatuh hati melihat Mama dalam family Atasinchi
Kelakar sangat happy family okay.

Gambar ini adalah beberapa jam sebelum Angah balik
Puas Rara memujuk Angah untuk membagi baju yang dipakai itu
Baju tu adalah baju company Angah iaitu Naza.
Kat tepi tu ada word "PEUGEOT" Huwaa sangat seronok lah.
Tapi Angah kata baju tu susah nak dapat sebab Angah bukan
di bahagian marketing, tapi bahagian Finance. Ggrr

Comel sangat padan kan? Hehehe
Beberapa hari lepas, Angah membagi Rara bercakap
dalam phone dengan Abg Nizam (boyfriend Angah lah)
Then Rara sempatlah bertanya khabar juga.
Abg Nizam sangat baik hati sangat prihatin pada family Rara
Harapnya lepas dah kahwin dengan Angah pun,
Abg Nizam tetap rapat mesra dengan family kami.
Psst, tahun ni genap lah mereka ini selama 7 tahun.
Cepat lah berkahwin takda lah adik dia ni melangkah bendul

Boleh tolong Tolong mendoakan Angah cepat kahwin
Kalau Rara terpaksa langkah bendul, kena membagi hadiah
Sila mengelak itu kerana nanti kehabisan mata wang.
Angah sangat mementingkan kualiti barang, nanti dia minta
yang mahal. Tolong berdoa untuk permaisuri anda. Lalala


Boyfie suruh pergi mandi petang Ekekeke
Okay kena berhenti sekarang ni. Mmuaahh semua. Babai

Thursday, January 22, 2009

photoshop cs3

Petang semalam, pihak Celcom call Rara
sepatutnya Rara berterima kasih lah kan
sebab tak putus bertanya tentang perkhidmatan diaorang
Sebagai customer, kita menjadi suka respect lah jugak
Tapi bila semalam, pihak Celcom call bertanya lagi
Rara membagitahu problem yang dihadapi masih belum pulih
Mereka ni faham ke tidak Kalau orang kata belum, belum lah
Mereka seboleh boleh menegaskan ianya sudah pulih
Tak rasa geram ke kalau bercakap dengan orang tak faham bahasa
Rara bukan bercakap dalam bahasa Tamil ataupun Portugese.
Kita guna bahasa kebangsaan kita, ada juga selitkan
bahasa antarabangsa. Apa guna jadi operator kalau tak faham


Okay. Secara jujur, memang sangat kecewa lah
Bayar bil tak pernah lambat. Selalu bayar awal.
Bil untuk Januari pun dah bayar sedangkan masih awal lagi
Bukan itu saja, bil untuk December Januari dibayar lebih lagi
Malam semalam, website Nuffnang dah boleh buka
tapi problem sekarang masih banyak blog yang takboleh dibuka
Seperti yang korang tahu, Rara dah lama tak dapat access ke blog
Chokilala.com. Mana tak geram, kalau Chokilala update,
Rara kena baca kat google reader. Itupun image mana ada keluar
Kalau Rara try buka blog Chokilala.com, ini lah hasilnya


Okay. Ada waiting loading, kan
Tunggulah benda tu loading selama 24jam, sangat sia
Bila pihak Celcom call tanya, apa error message keluar
kat website tu, Rara mula naik angin, terasa nak sumpah seranah.
Geram tahu tak. Kita ni pilih Celcom pasal percaya.
Hasilnya tak ubah seperti ba alip ba ya. Ptuihhh ptuihhh.

Rara, stop lah marah Hehehehe. Kena darah tinggi cemana
Meh kita kongsikan sesuatu untuk hilangkan marah dan geram


Tak. Mana ada korang salah pandang lah.
Memang itu sofware Adobe Photoshop CS3.
Ingat tak, beberapa hari lepas, Rara ada bercerita
pasal emoji yang Rara dapat from japanese blog
Haaaaa, bila dah dapat tu, Rara cuba lah mengedit icon tu
tapi kali ni tidak menggunakan Paint Shop Pro,
tapi cuma menggunakan AP CS3. Guna magic wand, mudah.

Sekarang masa untuk lunch Korang lunch apa hari ni

Hari ni Rara bangun pukul 8.30am, boyfie kejutkan
untuk membagitahu yang dia nak pergi order motor. Haih
Kalau kali ni hilang lagi, tak tahu lah nak cakap apa