Sunday, April 26, 2009

Howaito Neko



lebih kurang pukul satu setengah petang tadi,
ada bebi-neko berwarna putih campur kelabu sedikit
datang rumah comel mestilah comel neko tersebut
datang tanpa ditemani oleh ibunya. dia keseorangan (seorang )
berbulu agak lebat bermata bulat. bila dah kata pun bebi-neko,
dia mestilah kuat bergurau. suka melompat. suka bermain.
suka bermain bola. tolong jangan fikir bukan dekat sini.





comel kan dia sebenarnya memang nawaitu hati ni nak amik bela dia.
tapi bila fikir nanti, macam mana kalau tuan dia cari dia
sangat kesianlah, bukan cukuplah family
pernah merasa kehilangan oliey tersayang. pedih terhiris hati.
tak tahu sama ada oliey mati atau diambil orang. sampai sekarang masih
menjadi persoalan. namun oliey tak pernah berkunjung tiba
( wah ayat mantap dah mula keluar mencelah )





sebenarnya, semasa bebi-neko ni datang, hati sangat kuat
mengatakan dia adalah anak kepada oliey. tak mustahil, bukan
sebab cara makan, cara tidur, cara bergurau, cara duduk
sama betul dengan oliey tapi tak apalah, anggap je bukan rezeki.





ya Allah memang betul macam oliey cara dia tidur macam tu
corak bulu pun sama. cuma bebi-neko ni berwarna terang sikit.
mungkin Allah nak uji , nak tengok sampai hati atau
tak untuk merampas bebi-neko tersebut daripada tuan dia
jawapannya : tidak. tak akan buat macam tu. ( gila )
sumpah tak sampai hati walaupun hati ni meronta mahukan
pengganti oliey. tak mahu tak mahu

kalau anda macamana akan ambil atau lepaskan
tolong membagi feedback. babai

17 comments:

Liyana Lunia said...

heee dea kurus lg ohh, kalo u bela sure gemuk and yg pntng kasi mkn science plan, jgn frieskies dh :)

wuhhh tp sbb u tanak bela kn, baik u jgn biar die pegi tp kalo mcm de org cr2 kucing br bg lh kot takot org lain yg curi die. =.=

wuuu bulu die stylooo :P

Bells said...

eh bulu die basah ke?
kene ujan eh?
siannn..:(

i nak bela kucing tp ibu i x bagi sbb nnt xde orang nak jaga dia..
lgpun i kt kolej camane nak jaga,kan?

takpe,nnt i dah duduk sendiri i nak bela kucing.

ermm klu i jadik u kan, i tolong jaga kucing tu.
bila ada orang cari dia baru i pulangkan.

Shira said...

yiyin // aah dia kurus lagi sebab masih bayi kan . aah frieskies mcm tak elok . doktor haiwan kata friskies dengan whiskas boleh buat kucing kena batu karang . and benda tu memang betul tau .

i pun ingat macam tu . tapi kalau boleh tak nak kurung dia lah . sebab i rasa tuan dia dekat area sini je tau . tapi sekarang i dah lepaskan dia , tapi dia tak balik pun . dia dah keluar rumah tau tapi dia masuk balik . syafi cakap kucing kalau kita dah bagi makan , dia anggap kita tuan dia , betul ke ?

Shira said...

yasmine // bulu dia kering sebenarnya tapi dia asyik mandikan diri terus basah =P dia asyik mandi mandi dan mandi je . nak je i mandikan dia guna shampoo oliey . tapi takut sebab dia baby lagi .

oh u pun suka kucing eyh ? i ingat u tak berapa suka . kucing sekarang mahal betul lah . nak nak lagi yang masih bayi . RM300 ++ mesti tak lari :(

i pun ingat nak biar kucing ni kat sini dulu tapi rumah i ni selalu ada jiran jiran datang . takut nanti apa pulak :|

Liyana Lunia said...

mungkin kot. tp mcm chibi dlu, die smpai je rumah, die dh meraung lari2 mcm org gila tp bila jejak je jln tar dpn umah trus masuk dlm rumah balik, hihi :P lepastu menyorok mcm bdn die kecik lh :P

haah, mmg x bagus frieskies n whiskas, buat bdn kucing² tu jd pns. kesian die nnt.

tape lh u jaga dulu, jgn kurung lh biar die lepas dlm rumah u je. myb tuan die cr nnt, die tade kesa lh kalo kucing tu ade dkt umah u

Shira said...

yiyin // biasalah kucing . dia kalau tak biasa mesti takut . oliey dulu baru pindah jb ni langsung tak nak keluar . bila i dah biasa bawak dia jalan jalan depan rumah , dia jadi berani lepastu asyik keluar pulak . eh eh chibi langsung tak keluar kawasan rumah eyh ?

aah . selagi dia suka duduk sini , i akan jaga lah =D insyaAllah . hihi sebab i suka tengok dia . dia betul betul tak ubah macam oliey

J u l i a 。.゜✿ said...

eyh babe.. tak mustahil lah oliey pergi beranak di tempat/rumah orang lain.

kan ?

Kill-Vearn said...

rara nak satu leh... peliz... minat kucin2 ni terutama bulu lawa n hitam + puteh...

Shira said...

Kakak Julia // bukan oliey beranak lah . oliey tu jantan =D sebab ada jugak orang kat sini cari kucing jantan bulu tebal untuk dikahwinkan dengan kucing betina diaorang tapi rara tak bagi . tak mustahil diaorang curi and kurung

kan ?

=D

Shira said...

killvearn // nak satu pekebenda nya ? kucing tu ada satu je . lol . orang pun tengah cari anak kucing nak beli ni , u senang pulak main nak nak bhahaha =P

safiena said...

hi sweetie!
eeee kiut ler miau tu..! tak sampai hati pulak nak lepaskan balik :( kucing ni kalo dah di bagi makan memang sure dia melekat terus dgn kite.. u bela jer kucing tu.If owner dia cari u bagi balik kat dia..
kalo i,memang i keep jer.cian dia sorang2 kat luar.
i suke giler dgn kucing!!

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Hmmm.. kucing ni ada yg punya ek? comel, tak sampai hati nak lepaskan balik. Kalau kaknoi pun, kaknoi bela je,bagi makan sume. Hehe.

Friskies mmg tak elok utk kucing, sbb too salty. (HAHA, ni cherry pernah cakap kat akak le). Dia bagi kucing dia makan RC.
Kalau mia lak, kitorg bg mkn ikan rebus je. Murah pun murah, bagus pun bagus. Hihi. Healthy. Dia suka ikan rebus takyah letak garam takyah letak apa2,rebus camtu je. Rebus,then air rebusan tu bagi dia minum,dia mmg enjoy sangat le.=D

Eiiiiiiiiiiii.nak peluk2 je kucing ni lah! Rara panggil dia ape? Mini-Oliey? Hehehe

Shira said...

safiena // hello pretty . i dah lepaskan dia dengan rela hati . biar dia pergi cari ibu dia . i tak nak seksa dia . kesian dia . walaupun dia tak menangis mintak dilepaskan , buka pintu rumah pun tak berlari nak keluar , i tetap rasa tak senang hati . i harap kalau betul dia tak bertuan , dia akan datang balik :|

Shira said...

kaknoi // rara dah lepaskan dia . kesian dia tapi tak boleh buat apa . rara tak sanggup :|

Anonymous said...

hai mata kamu tada rabunkah? haha.kamu kan selalu online.

Shira said...

hahahahaha anon ni comel gila ! =P aku tau kau sapa . ishk

Mieya said...

Comel gila :)