Tuesday, July 28, 2009

Changi Airport



Hari pertama dekat Singapore rasa macam sedih sangat
Sebab dah mula tak boleh contact Syafi Handphone Hello Kitty
ni pulak tiba-tiba tak boleh buat international call. Kira macam
call barred lah. Habis bila Syafi call, Syafi kena charges harga biasa
I yang kena charges melampau takyah cakap. Mahal. RM2 boleh
cakap 15 second je. Teruk, kan Padahal tak lah jauh mana. Dah kata
luar negara, nak buat macamana. Tapi, seriously hangsuang betul
Bila dah bersedih, rasa macam nak pergi Bedok, rumah Mak Long.
Masa kejadian sedih tu, ada dekat Marsilling, rumah Mak Long Timah.
Dekat Bedok, rumah Mak Long Ana. So, pergi Bedok dulu. Lepas tu,
my cousin, Kak Wati her husband nak bawak pergi Changi Airport.
Sumpah tak tolak tawaran tersebut sebab dengar cerita canggih sangat
tempat tu. Camera tak tinggal, ada je bawah ketiak ber-rexona



Dah sampai dekat Changi Airport, rasa macam over excited. Sebab
nampak stewardess from Korea berjalan ramai-ramai. Size badan
semua sama. Nampak macam kembar je bila diaorang jalan Fuhhh.
Dekat Departure Hall orang tak pernah reda. Pening kepala tengok
orang ramai sangat, semua jalan menonong je tak pandang kiri kanan.



Memang Singapore tak pernah nak kalah. Tempat bersih sangat
Lantai dekat carpark pun boleh buat baring. Okay, memang merepek
tapi just nak kasi korang imagine betapa bersihnya Singapore ni.
Tak nak puji lebih-lebih tapi seriously memang kagum lah Rakyat
sana memang patuh undang-undang. Tapi kalau rakyat Malaysia,
terpampang denda RM500 kalau buat sampah pun, tak ada berkesan.
Letak banner besar-besar gedabak camana pun kalau tak letak sekali
dengan camera, tak ada guna. Kan



Ni tempat shopping bagi orang-orang before boarding
Ada tempat shopping khas untuk diaorang. So tak ada lah kejar masa.
Tapi ada ke orang yang shopping dekat situ sebab barang semua
gila mahal. Kedai semua branded takyah cakap. Kalau I lah, confirm
pejam mata tak nak pandang kiri kanan. Belum sempat fly mana-mana
duit dah habis, how kan Hehe. Lepas dah puas tengok airport sana,
kitaorang pergi makan-makan dekat EastCost balik rumah
Mak Long Ana, berborak sampai pukul 2am dengan cousin, Juanita.

Nanti update lagi ya Banyak lagi cerita. Hehe

10 comments:

dAyah said...

wah bestnya..!!
ha'ah barang kat airport memang cekik leher! eh cekik darah!
kat mana-mana pun sama je.
KLIA pun 2 kali 5. sigh..

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Biasalah kat airport, kalau nak shopping memang agak mahal. T_T
Kalau setakat nak tengok-tengok, cuci mata boleh la. Haha..

Mieya said...

Wahh berjalan sakan yeee.
Ade beli ape ape utk mieya tak?
:P

Liyana Lunia said...

kenape gambar u tkde? +______________+


wahahhaa mest lemas kamera duduk celah ketiah tsk i memahami kamera tu hihi wahh ramai gila org tau. mmg bersih betul ke? muka kita nampak dkt lantai lah?

Shira said...

dayah • hihi kan kan ? yelah , takkan diaorang nak letak kedai harga pasar malam kan ? :P tapi mahal dia boleh buat sakit jantung .

Shira said...

kaknoi • aah lah kan . lain lah tourist , diaorang memang suka shopping barang branded lebih-lebih lagi arabian ! hihi

Shira said...

mieya • mieya , rugi lah kalau tak berjalan sakan . sambil menyelam minum air lah . baru rasa best . kah kah kah . beli untuk mieya ? mieya tak kasi duitttttttttt =P

Shira said...

ynn • syggg , camera i baik , dia tak mengeluh . hikhik . aah memang bersih sangat . lantai dekat departure hall tu memang boleh tengok muka kita tau . kalau dekat tempat before boarding tu kan , tu semua carpet tau !

Cujie said...

byk seronok mentengok tempat orang...
mengharap tempat sendiri bersih & cantik seperti itu... umpama tunggu bulan jatuh ke riba...

sivik kurang...

Shira said...

cujinana • seronok kan . dah lah building dia semua cantik . hoi tu la . bila malaysia nak buat macam dekat sana ? :S