Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Jom jom order jom!


Oh hello hello loves,

Semalam I pergi Singapore balik hari. Dalam sehari tu, I dengan family dapat pergi Cosway, pergi NTUC Ang Mo Kio hub, and pergi Ang Mo Kio central. Padahal satu hari tu singkat je kan. Sampai Ang Mo Kio pun dalam pukul 1pm macam itu. Balik JB balik dalam pukul 5.30pm. Bayangkan dalam masa beberapa jam tu weols pergi beli itu dan ini dekat tempat yang lain-lain. Pfft.


Actually, dari rumah I ke Singapore ikut Tuas Checkpoint je. So tak lah jauh sangat. Masa dekat Cosway, I buat muka boring je. Mama dengan Angah pilih itu, pilih ini. I pulak macam apatah duduk tercanguk dekat kerusi tu. Nasib baik ada kerusi untuk duduk. Heh. Dah balik dari Cosway, weols balik rumah Mak Mah balik. Lepas makan, Mama nak pergi NTUC beli barang dapur.


Pelik tak, orang Malaysia shopping dekat Singapore? HAHAHA Singapore tengah sales banyakkkkkk sebab nak Chinese New Year ni. Satu family borong sampai dua tiga troli. Blergh. Bersesak-sesaklah troli. Angah I nak tolak troli pun takut. Bukan takut terlanggar barang, tapi takut terlanggar kaki gebu gadis-gadis yang pakai hot pants tu. Kalau dah langgar kaki diaorang and calar kang satu hal pulak.

Lepas tu kan, I merengek dengan Mama, I nak felt T________T Well, dekat JB susah nak cari semua warna. Ada online shop pun mahal macam H9*846^$#2 pffft! Berbeza kalau beli and borong sendiri cuma kena pandai cari kedai je. Tapi kalau uols tanya I dekat kedai macamana ada jual felt tu, for sure I akan jawab "Dekat kedai yang jual felt lah" HAHA sebab I sendiri pun bukannya tahu sangat. Kena pandai survey and mulut tu ringan-ringan sikit nak tanya heh.


Bertambah lagi koleksi felt I. Warna pink tu macam warna candyfloss kan. Jom makan. Bweheheheh. Actually, ada banyakkkk lagi warna dekat situ tapi tak apa, next time I boleh tambah lagi stock since dah tahu kedai dia dekat mana and seller pun sangat nice. Semua warna basic pun I dah ada sebenarnya. Tapi saiz besar lepas tu harga cuma $1, apalagiiii beli jangan tak beli. Tapi kos nak masuk Singapore tu macam kira okay lah kalau nak beli online pun. Tapi lebih puas hatilah kalau beli sendiri (Taktahu lah berapa banyak tapi dekat situ)


I dapat beli borong jugak phone strap ni. Tapi semua warna hitam. Senang nak match dengan warna apa-apapun. So kalau uols nak order felt names nak letak dekat phone pun dah boleh sangat dah.


Ribbon pun dah makin cantik dah. Kalau beli online ni, semeter je dah RM2.50 ba:{pak#$ma%hal540gi@la HAHAHA T_______T Jom lah order cepatlah apa lagi. Email I cepat and bagitahu nak yang macamana and nak buat nama apa and lepas tu baru I boleh kira harga. Jangan worry lah I tak caj mahal macam nak cekik darah. Takkk. Takkan punya. Berbaloi lah dengan harga material yang berkualiti siap import-import lagi :D Itupun I ambil upah sikit gila tak banyak pun.

Okay dah takyah banyak cerita. Jom jom email I order felt banyak-banyak lepas tu ada free gift. Heh heh.

Monday, December 28, 2009

Singapore; day second.



second day bermaksud apa you guys? bermaksud last day jugak lah. tapi last day bukan last untuk forever heh. bweheheheh.





seronok gila bila dalam kereta, i duduk belakang macam mam besar. selalunya i lah bertungkus lumus pegang stereng, tekan minyak, tekan clutch, tekan brek, tukar gear, semua i T_____T tapi beberapa hari since angah balik jb, i kira bercuti daripada tugas sebagai driver. hikhik. bahagia betul. okay, actually we olls tak tidur pun dekat singapore. kitaorang balik rumah balik tau you guys. esoknya pulak, angah ajak pergi survey catering jb. so bila pergi, tengok ada wedding pulak masa tu. so abang azam ajak pergi ikea singapore. again, we olls masuk singapore. tapi kali ni ikut checkpoint tuas.






kalau dah hari cuti, memang hari cuti lah jawabnya. jammed tetap jammed. checkpoint tuas yang selalu lengang tu pun boleh jammed. tapi ikut checkpoint tuas ni mahal lah. sebab dekat tol tg.kupang kena bayar rm10.80. lepas tu autopass lagi T_________T



sesat dalam sejam lebih. round-round singapore. dari tuas nak pergi tampines pun sesat (-___-") dah sesat jauh sangat, terpaksa pergi ikea bukit merah je. yang dekat dengan queensway tu. heh. dah tanya macam-macam orang baru jumpa ikea. hekk. guna gps pun macam tak faham jalan. jalan dekat singapore bukannya senang. signboard diaorang akan muncul bila dah nak dekat area tu je tau.




at lasttttttttttt; jumpa jugak ikea. kenoneng (pening) bila sesat. ikea ni tak lah besar sangat nak dibandingkan dengan ikea tampines.













haaaa punya pemalas tau you guys. tempek gambar je lepas tu buat muka tak bersalah. bweheheh. kalau you guys perasan, gambar ke empat tu, dia guna katil yang sama dengan ynaa. showroom dia memang buat i geram sampai berangan nak buat bilik macam ini, macam itu, bila dah kahwin nanti. pfffft.

shopping macam-macam jugak tapi biasalah kebanyakkannya kitchen stuff, takkan nak tempek letak sini you guys? T_______T



okay. one more thing. ada beberapa orang yang nak tanya i pasal nuffnang. so you guys yang nak tanya tu, boleh tinggalkan soalan dekat comment i heh. insyaAllah if boleh jawab, i jawab. hihi.

Sunday, December 27, 2009

Singapore; day first.







yes. jumaat lepas i dengan family masuk singapore kejap. memang tak rancang nak tidur sana. so pergi dengan sehelai sepinggang. hihi. mulanya plan ni datang dari angah dengan abang azam lah. alang-alang dah ada passport, dekat pun dekat, so apa salahnya nak pergi jalan kan you guys.



bermula perjalanan dari nusa perintis ke woodlands. we olls pilih nak masuk ikut checkpoint woodlands sebab rumah mak long timah i betul-betul bersebelahan dengan checkpoint tu. if you guys biasa dengan singapore, mesti tahu area mana. hihi; area marsiling. we olls stuck dekat checkpoint dalam dua jam. you guys bayangkan, perjalanan yang boleh sekejap, jadi stuck almost dua jam? heh. jammed tak agak (-___-")






dah sampai rumah mak long timah. memang rasa lega sangat bila dah masuk singapore. dah lah lepas stuck dengan jammed, we olls stuck masa nak swap autopass pulak. kena register baru lah apa. serious rasa macam menyusahkan. dah lah $10 (bermakna rm24.50 satu kad autopass) T_________T before ni we olls masuk tak ada pun kena swap autopass tu. maklong siapkan makan-makan and minum-minum petang, lepas tu we olls pun menjamu selera. ecewah. sebelum balik, we olls tunggu kak wati's husband balik dari kerja dulu sebab nak tanya jalan. actually, navigation system i hantar kedai, update software.

memang susah rupanya if tak ada navigation system tu.





i terpaksalah minta tolong huda topupkan credit handphone i sebab urgent nak guna navigation system through handphone. thankyouuuuu huda! nasib baik handphone pun ada navigation system. kalau tak? T___T and at last sampai jugak we olls dekat bugis street tu. kak wati kata dari marsiling ke bugis tu boleh sampai dalam setengah jam, we olls tersesat-sesat sampai satu setengah jam heh.

fuhhhh sales jangan cakap lah. memang sales gila gila gila punyaaaaaaaa. christmas, end year sales. bestttttttt.



after shopping, we olls pun balik jb balik. tapi balik ikut checkpoint tuas. lancar. tak ada stuck langsung. phew.

btw; you guys dah tengok paranormal activity tak? i dah tengok semalam. if you guys lemah semangat please jangan tengok. i pun sangat sangat menyesal sebab tengok. sekarang nak mandi pun takut. pfffft. malam ni confirm tidur dengan mama. serius.


Monday, November 16, 2009

Kan best kalau dah kahwin..



uihh, tajuk dia, gatal menghela! (ghe dibaca sebagai 'RE')

semalam syafi dah bertolak ke tawau, sabah. sampai di airport tawau pada jam 10.30am. dari airport terus check in di king park hotel. nasib baik lah semalam tak ada event apa-apa. syafi dah lah tak cukup tidur sebab boss dia ajak bertolak dari rumah ke airport pukul 3.30am. tidur dalam flight bukan boleh nyenyak sangat pun.





masa dekat klia, syafi MMS dua gambar ni dekat i. rindunya dekat dia T___________T kan best kalau dah kahwin, boleh lah ikut dia pergi event sana sini. heh. dia pergilah event kan, i pergilah shopping :P



dah sampai di king park hotel, syafi terus MMS lagi gambar ni. kira okaylah dia dapat deluxe room. harap dia selesa dekat sana. hari ni pukul 1.30pm, dia ada event dekat kawasan tawau. goodluck and i harap dia boleh buat yang terbaik. tak payah risau i dekat sini, i boleh jaga diri i.

kejap lagi i nak pergi hospital sultanah aminah johor bahru.

Wednesday, November 11, 2009

Sentosa Island #2



masih pada hari kedua di singapore. sentosa island. ini entri last pasal singapore untuk trip kali ni. hihi. you guys mesti dah bosan bila raracandyfloss.com ni dah macam blog travel ke apa. heh. semua ni i cerita sebab blog dah sebati dalam diri dan i anggap ia sebagai diari kehidupan i. i cuma bercerita dan you guys berkongsi cerita kehidupan i. thankyou you guys.



tiger tower. we alls tak naik pun benda ni. tengok dia bergerak perlahan macam semput pun tak ada hati nak naik. i ingat dia macam solero shot dekat genting highland, tapi tiger tower ni sekadar nak tengok-tengok pemandangan island je. tak kuasa i. kalau i ada camera dslr berkemungkinan besar, i memang nak naik, snap sana snap sini.



hekhek. dekat tangan i ada sebotol air ribena. we alls lupa nak beli air before masuk sentosa island. sekali dah sampai, tekak rasa haus and tengok harga air dah macam mencekik dah. ggr. tapi lepas ni i dah tak nak beli ribena dalam botol kaca tu lagi dah. ada gas. sumpah tak best. i suka ribena yang tak ada sebarang gas (-___-")



dapat naik bas dua tingkat yang tidak berbumbung adalah seronok. we alls semua macam yang paling kecoh dekat atas bas. macam tak reti duduk diam. macam kelakar. macam jakun. heh. i memang jakun kalau dapat benda yang kadang-kadang susah nak dapat. time ni lah, abang ngah record comment kitaorang. kelakar. and i suka tengok banyak-banyak kali. i nak share dengan you guys tapi macam susah nak upload. celcom broadband kan %^#@^&*!



dekat pantai tempat tengok dolphin. we alls orang ke berapa awal entah. and belum ramai orang lagi. dah lah panas. nak snap gambar pun mata tak berapa boleh nak bukak. dok lah menunggu sampai dolphin show tu start. sambil tu dapat jugak tengok dolphin berenang. eh, hari tu i pergi ada dua dolphin je. kali ni ada tiga.







lepas show, baru kitaorang pergi underwater world.











abaikan suara latarbelakang. itu suara angah dengan abang azam. ha tapi yang part yang sebut dugong-dugong tu i lah tu. heh. and oh, i record video ni pakai handphone i :P

haa. gambar-gambar dekat underwater world ni semua i ambil using my new handphone. kira kualiti gambar memuaskan lah. ini pun i belum explore lagi macamana nak settings camera tu. hihi. okay dah. habis cerita pasal singapore. lepas ni i akan countdown untuk ke kuala lumpur pulak berjumpa dengan kekasih kesayangan i. eceh.

cuba bayangkan betapa penatnya kaki i yang ramping ni? T________T