Saturday, October 10, 2009

5 kunci pasangan bahagia



i buat entri ni bukan nak cakap yang i dengan syafi bahagia sangat okay walaupun pada hakikatnya we all memang bahagia ceh ceh ceh. you guys kena faham yang i cuma sekadar nak berkongsi tips. lagipun tips ni i dapat dari magazine inTrend. so i nak share dengan you guys boleh kan? ala bolehlah please T__________T you guys yang dah bercouple, dah bertunang dan berkahwin mesti nak tahu kan kunci kebahagiaan ni. sometimes kita rasa tak memerlukan sebab kita dah rasa bahagia tapi apa salahnya sekadar untuk memperingatkan diri masing-masing :P



  • tahu cara mengurus rasa cemburu
menurut pakar, kunci mengawal rasa cemburu adalah tidak menjadi posesif. contoh. bila pasangan you guys tu balik rumah lambat atau keluar tak bagitahu ke apa, you guys kena tarik nafas dulu. kasi chance dia explain dulu atau story dulu dekat you guys. get it? takut nanti dia bosan asyik kena marah. contoh lagi. kalau you guys tahu atau ternampak dia keluar, and then you guys tanya dia pergi mana tapi dia tak mengaku, barulah you guys boleh cemburu atau paling tidak pun, you guys cakap 'bye bye' je. eh bukan bukan; settlekan problem baik-baik tau.

  • saling melupakan masa lalu
seriously benda ni aset penting dalam hubungan. jangan pentingkan diri sendiri. melupakan dan memaafkan memang tindakan yang susah tapi kalau you guys tak buat, jangan harap hubungan you guys akan berkekalan. so, biarkan benda lepas tu menjadi sebahagian masa lalu dan jangan diingat apatah lagi diungkit balik.

  • tidak menuntut kesempurnaan
kesempurnaan hanya milik-Nya. so jangan harapkan kesempurnaan pada diri pasangan. terima dia seadanya. saling menghargai, menghormati dan memahami jauh lebih bermanfaat daripada menuntut sesuatu yang tak mungkin :D

  • tahu cara bertengkar atau berkompromi
tak ada pasangan yang tak pernah bertengkar. heh you tak pernah? you manusia atau robot? atau pokok? kalau nak tetap bahagia, biarkan dia berbicara (walaupun menyakitkan hati). kawal emosi dan tampilkan ekspresi yang tenang dan baru suarakan pendapat you guys dengan kata-kata manis dan boleh diterima akal; perbezaan pendapat antara korang akan berakhir dengan baik.

  • menciptakan keintiman kembali
ehem. ini untuk yang dah berkahwin ya adik-adik. jangan buat. nanti mama papa kejar pakai periuk belanga habis semua. rutin seharian yang monotone membawa 1000 rasa kejenuhan dalam diri. hukum ini tidak boleh ditolak. oleh sebab itu, you guys harus mencari bahkan 'mencuri' waktu untuk dihabiskan berdua-duaan sahaja. dengan pergi berdua (tidak perlu jauh-jauh) you guys boleh kembali saling membicarakan tentang mimpi-mimpi indah. semoga keintiman kembali tercipta dan you guys bahagia, insyaAllah.

cakap seksi : kalau tak usaha, macamana nak bahagia? makan chicken chop, rasalah sedap sendiri!

4 comments:

CikYana(",) said...

nice tips la deaR
akan dipraktikkan
hehehe
tenkiu :)

Shira said...

Cik Yana,

selain tu berdoa jangan lupa tau. semoga hubungan cikyana dengan izzat selalu bahagia tau. insyaAllah. Allah selalu melindungi orang yang tak pernah lupakan Dia :)

ღnurull.mrs21ღ said...

thanx 4 da tips my dear..

saya suke raracandyfloss dot com!

rara..give more tips and info taw..

bdw..klik2 ads nokia n97

Shira said...

Nurull

youuuuuuuuuu, you buat i termalu-malu tau :'> thankyou sebab suka and support raracandyfloss[dot]com

i cuba lagi untuk teruskan tips tau. and and tips ni semua juga untuk memperingatkan diri sendiri sebenarnya :D thanks click adv. will click yours.