Sunday, October 11, 2009

Cat lover



hei antara you guys ni mesti ada yang bergelar cat lover kan. i pun. and ada antara you guys yang sayang kucing tapi takut nak pegang atau geli atau yang berkaitan lah. ada jugak yang langsung tak suka kucing. masing-masing ada perspektif lah kan. and i pun tak boleh nak judge you guys. hati masing-masing and kita boleh share our experience maybe? :')



rasanya ramai dah tahu ini kucing kesayangan i. nama dia oliey. pernah hilang selama lapan bulan and balik semula ke pangkuan keluarga i pada ramadhan baru-baru ini. alhamdulillah. memang perit kehilangan oliey. hello, bukan kehilangan orang je tau yang boleh bagi kesan dekat diri i. kucing pun. oliey ni tak macam kucing lain. suka merakas dekat dapur cari makanan. suka berak kencing merata-rata. tak.

oliey nice sangat. makan tak mintak. nak dengar dia bunyi 'meow' pun bukan main payah. cuba buat dia sakit macamana pun, dia tak akan gigit. betul. tak akan. bukan setakat tak akan. tak pernah. kalau mandi je dia meraung. maybe sejuk. so kalau mandi air panas (suam) dia diam je. bubbles satu badan pun tak apa asal air tu tak sejuk. kalau dia berak. kencing pun. dia masuk dalam mangkuk jamban tu. and buang dekat situ. i tinggal nak letak sabun and flush. senang kan? cuma satu je. kalau biskut dia dah masuk angin, dia tak nak makan.



masa oliey hilang.

"manalah agaknya oliey. mati kot"
"oliey dicuri orang lah"
"oliey lupa jalan balik agaknya"
"oliey.. baliklah. rindunya dekat oliey"

muka dia nampak garang bila dekat luar rumah. kalau dalam rumah.. manja. dengar cakap. kalau i marah, dia tahu sedih. dia buat muka sedih. lepas tu dia tidur tempat tersorok. so far, kesihatan dia alhamdulillah masih lagi baik. cuma dia macam ada masalah nak nafas. nak bawak pergi veterinar? puas cari jalan nak pergi veterinar area johor ni. susah. kalau dekat kl. tak payah cari. belambak. kan? paling best veterinar area ampang. you guys tahu?



kiki. kucing yang ada bentuk love dekat bawah perut. dia makin nakal. biasalah. budak baru nak naik. heh. suka kacau oliey. bila oliey duduk diam, kiki datang dekat and cuit kaki lah, tangan lah, kepala oliey lah. paling kelakar. dia tampar pipi oliey. haha. eh. kiki pun macam oliey. berak dekat toilet heh; tak main merata-rata. cuma makan je. suka sangat mintak. kalau time lunch or dinner, i terpaksa letak dia dalam bilik mama and kunci pintu (error: tak payah kunci. tutup pun dah cukup) terpaksa. bukan kejam. habis kalau kita tengah makan, tiba-tiba dia datang masuk dalam pinggan? choi. rimas (-___-").

apapun, kiki and oliey masing-masing ada kelebihan. and semua kucing pun. i sayang semua kucing. sometimes tengok gelagat kucing pun dah buat i gelak :D

13 comments:

✿A 'n' L✿ said...

Kak Rara, untungnya Oliey & Kiki tu ada owner cam Kak Rara..
Kak Noi pun suka kucing gak, tapi sebab kat rumah ni tak boleh bela kucing, jadi dia tak bela lah..
Lagipun kami tak suka kucing yang bising-bising, susah betul kami nak tido. Heeee =D

Cujie said...

oliey my love... love u always...

IZZ HAZWANI. said...

Abang Wani tgh study course veterinar

Shira said...

AnL

eh ini siapa ye? bukan kaknoi eh? hihi :P

by the way,
kakrara yang untung ada oliey dengan kiki tau. kucing yang baik sangat :') kucing yang bising tu kadang-kadang comel jugak kan :P

Shira said...

Akak Cujinana

HAHA oliey my heart ♥

Shira said...

Wani

eh serious? baguslah =) mesti dia animal lover kan dear?

Shira said...

AnL

i got it ! i got it !

HAHAHAHAHAHHAHAH :P hamster hamster yang tercomel rupanya yang bagi comment niiiiiiiiiiiii ! comelllnyaaaa

Sesopie said...

suke kucen gak!!

dlu de kucen name billy n cobain..

due2 suke gad0..

billy mati,cobain ilng..

sdey btol!

Liyana Lunia said...

olieyyyy olieeyyyy comel comel hihi

kiki kiki kiki pun comel :P


haha kucing ni la kawan baik yang terbaik ohh kalau ada prob suka cerita dkt chibi, or kucing2 i yg dlu, peah dgn johhny. tp dkt unisel takda chibi, i cari kucing2 tepi jalan je :(

Shira said...

Liyanaa

haha dua-dua comel. eh bukan. semua kucing dengan dunia ni semua comel. singa pun macam kucing. pun comel. betul. kucing adalah kawan terbaik kan. ada prob cerita dekat dorang mesti dorang macam faham and buat muka sedih jugak :) i pernah menangis mengadu dekat oliey tau. eh kucing-kucing tepi jalan pun still comel. cuma. dorang kotor sikit lah kan.

*dorang = i memang suka anggap kucing macam manusia :P

Shira said...

Sophie

cobain? hihi macam ganas nama dia. terus teringat kurt cobain ke apatah. cicak kobeng pun teringat sikit :P hihi. tak ada pengganti ke lepas dorang? :D

Anonymous said...

cute laa blog u..amcm u bwt erk??ajr la ckit=D
cute sgt

Shira said...

Anonymous dear

nak ajar macamana if you tak bagi link ;) meh bagi link and insyaAllah i boleh tolong apa yang u nak i tolong.