Sunday, October 18, 2009

Tips berhadapan dengan pesakit kanser



selamat ahad.

hari ni bangun awal. tak lena tidur. rasa macam tak sedap hati. pukul 2.50am ada sesuatu berlaku. kalau i cerita you guys mesti tak percaya. i kena kacau malam tadi. pffft.

eh. you guys ada tak kawan-kawan yang kena kanser? kesian kan? you guys rasa tak hidup diorang macam sedih je. diorang tak boleh aktif macam you guys. apa nak buat semua terhad. kan?

i ada beberapa tips untuk you guys berhadapan dengan orang yang menghidap kanser.


  • jangan lupakan dia
jangan berhenti call dia semata-mata tak tahu nak cakap apa. you guys boleh tanya macamana keadaan dia. atau. kasi cerita lawak sikit yang buat dia lupakan penyakit dia sekejap. kalau pergi majlis mana-mana jangan pulak buat tak tahu dengan dia sebab you guys takut tersalah cakap ke apa. jaga jelah kata-kata. janganlah kepochi sangat kan you guys.
  • masih bertemu
masih jumpa dengan dia, call atau email. kiranya jangan lost contact lah. bagitahulah yang you guys tahu penyakit yang sedang dia hadapi. bagitahu juga you guys sedih and simpati. at least dia tahu you guys tu ada perasaan.
  • jangan bercerita
jangan pulak you guys cerita kisah sedih yang berkaitan dengan pesakit kanser terutamanya kisah kematian. contoh. you guys cakap jiran you guys ada yang meninggal sebab kanser lepas setahun menghidap kanser. gila apa. mestilah keadaan bertambah buruk and boleh buat dia putus asa.
  • elakkan
elakkan bercakap pasal perubatan alternatif yang boleh sembuhkan penyakit dia. bagilah kata-kata perangsang untuk dia menjalani rawatan. contohnya kimoterapi.
  • kalau dia sedih
jangan beritahu dia yang dia tak patut sedih. dia berhak untuk rasa sedih atau apa sahaja yang dia rasa. jangan pandai-pandai beritahu dia apa yang dia patut buat. you guys kena yakin, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. heh
  • bertanya
tanyakan tentang rawatan dia. kemudian dengar luahan dari dia. biarpun agak membosankan sebab berkaitan dengan 'medical term', dengar jelah. at least dia rasa tenang lepas luahkan perasaan tu kan. kena lah faham and berkorban lah sikit. kesian dia.
  • pelukkan
kalau boleh, peluk dia dan gosok perlahan-lahan belakang badannya. beritahu dia yang you guys prihatin and ambil berat tentang penyakitnya. bagitahu you guys risau dan nak tengok dia sembuh satu hari nanti.

see? tak adalah susah mana kan. sekarang ni diaorang yang menanggung derita, nasib i, nasib you guys pun kita tak tahu lagi kan. mintak dijauhkan. tapi ini semua kuasa Allah SWT.

credit: intrend.

heh. well. nak buat macamana. duta intrend. hekk

2 comments:

Sesopie said...

wat mase ny sophie tade agy kwan yg de cancer.. insyallah klaw de,akan dipraktikkan tips2 kat ats ny..

Shira said...

Sophie

i ramai kawan-kawan yang ada cancer and kakrara faham perasaan diaorang sangat-sangat. hidup memikirkan penyakit, tak berdaya :(