
- Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kanan. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
- Rasa mual dan sometimes muntah.
- Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
- Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Mama I akan suruh I tidur dalam bilik gelap kalau I diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri I terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk T_____T
- Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat "aura" iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.
Migraine akan menyerang apabila:
- Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
- Makanan - Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
- Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
- Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
- Persekitaran - bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.
- Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
- Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
- Letakkan kain yang sejuk di kepala.
- Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
- Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.
Menurut I, kesakitan yang paling sakit adalah sakit gigi dan gusi. Kedua adalah migraine. Menurut I lah T____T