Monday, November 30, 2009

Bestfriend forever



selamat pagi. treng trengg. rasa macam dah lama tak menaip entri waktu pagi. mana tak nya, time macam ni kan selalunya tengah busy mimpi. hek. semalam hari yang best. tapi ada sikit tak best. tapi boleh dikatakan 98% tu best lah. dah dekat setahun agaknya tak jumpa my very bestfriend. last jumpa bila heh. tak ingat. duh.



so semalam mama ajak pergi masjid jamek. angah pun. lepas tu call mia. ajak mia. lama ni tak jumpa. rindu takyah cakap T____T tapi nak buat camana, masing-masing pun macam busy dengan hal masing-masing. i pulak bila datang kl selalu tak ada transport nak pergi hangout dengan mia. sekarang dah ada kereta, berdesup sana sini jelah. cakap je nak pergi mana; tak ada hal punya. heh. berlagak betul. tapi duit minyak jangan cakap lah, laju je macam peluh ketiak masa lepas main galah panjang.



satu-satunya gambar yang di ambil semalam. itupun bila dah sampai dekat rumah. sepanjang perjalanan dekat masjid jamek, langsung tak ambil gambar. tak berani weh nak keluar camera lah, handphone lah semua. dah dua kali tau i jadi mangsa ragut. tapi dua-dua i bernasib baik, peragut tak berjaya. heh.

okay gambar dekat atas tu sebenarnya nak show off sunglasses kitaorang. dapat sunglasses yang sama. lepas tu terpaksa show off dekat dalam rumah je. sebab masa balik pun dah malam. weh. mana ada orang pakai sunglasses waktu malam atau dengan lebih hairan, dalam bangunan? HAHAHAHAHAHA tiba-tiba rasa macam nak kojol tergelak.



dah dah. nanti update lagi. ni baru entri pagi. kang malam kang nak update jugak. hoh. itupun kalau jadi.

apapun semalam memang best walaupun tak dapat jumpa syafi busuk masam tu. tapi i enjoy, and yang penting, dia pun enjoy pergi kuala kangsar. by the way, i miss you sayang. petang karang kita jumpa, makan sama-sama.

Saturday, November 28, 2009

Live dari hati



salam. live dari hati. heh.

semalam hari raya aidiladha tapi i dengan family duduk rumah je. tak pakai baju kurung langsung. pakai tshirt je. hek betul. lepas tu dah malam, angah ajak pergi plaza oug.



semata-mata beli cake dekat baker's cottage. padahal tak ada birthday siapa-siapa pun. sengaja beli nak puaskan tekak. brrffftttt.



gambar pagi tadi. lepas dah siap-siap and syafi pun dah sampai, kitaorang pun turun. cuba teka i pergi mana? treng trengggg.



heh. pergi timesquare lagi weh. boring tak boring takkkkkkkk? asyik pergi sana kan, tapi bestttttttt.



mama dengan alesha. first time weh i bawak mama pergi timesquare untuk shopping baju. setiap kedai yang kitaorang singgah, mesti ada je baju yang kitaorang beli. paling banyak, baju adik. semua kedai ada baju cantik, ada baju comel, semua mama nak beli untuk adik. jeles i. i kena guna duit sendiri HAHAHAHAHAHA (nasib baik syafi ada, boleh belanja i sikit bwhehhehe)




syafi dukung alesha sampai tertidur-tidur. best betul. orang sibuk shopping, alesha sibuk tidur. heh. mentang-mentang lah dia dah gorgeous, tak payah nak melaram lagi. nanti dah naik remaja baru dia tahu shopping tu camanaaaaaaaaaaa.





eceh eceh. gambar favourite. sebab i rasa macam i berisi kan. okay cepatlah tolong cakap i dah gemuk T________________T i dah makan banyak-banyak-banyak sangat dah tau. please please cakap i gemuk pleaseeeeeeee ;(

kesat airmata konon-konon sebab kecewa, bila berat i nak jadi 45kg ni?





ini pun, ini pun, ini pun favouriteeee. bwehhehehhe. i suka. you all suka? T___T

bye bye. i nak tidur. esok i nak keluar lagi. tapi without syafi lah. syafi pergi kuala kangsar dengan parents dia. hantar pak cik dia balik sana.

selamat malam.

Friday, November 27, 2009

Diari rahsia heh



salam aidil adha from rara and family. makan banyak-banyak tau you guys. nanti boleh jadi gemuk macam i :P bwehehehh.



muka pagi tadi. gemuk, kan? :D syafi paksa i makan nasi sepuluh kasi sehari wehhh.

okay i nak story pasal semalam dulu. entri untuk aidil adha i buat next entri lah. semalam dari pagi sampai petang i duduk rumah je. and then petang tu mama ajak i pergi bintang supermarket, dekat taman sentosa petaling jaya. heh.





masa i dah sampai dekat sentosa, syafi call and bagitahu dia dah habis kerja and nak mandi and nak datang ambil i. dia ajak i teman dia pergi oakley, timesquare. hari-hari i pergi timesquare. kelmarin i pergi untuk shopping baju i. and semalam teman syafi shopping pulak. and kak cujie pun pesan dekat i belikan baju and seluar cantik-cantik untuk dia.

dari timesquare, syafi terus ajak i pergi dinner dekat santai cafe. hari-hari pun santai cafe. heh. heaven betul. dah lah fried chicken chop maryland dia marvelous.

i sayang betul dekat syafi. entah macamana i boleh sayang dekat dia sampai macam ni. hihi. entri i sejak akhir-akhir ni penuh percintaan. so you guys kena faham, i dekat kl ni bukannya lama sangat. eceh.

haa. i ada berita yang sangat melegakan hati sendiri. i tak payah hantar mama dengan adik balik jb next week. so i tak payah berulang alik dari jb ke kl lepas tu dari kl ke jb hantar mama and adik lepas tu dari jb ke kl sorang-sorang. mama nak stay sini sampai habis wedding efa (syafi's sister) nanti. yahooooooooo.



jom cashout nuffnang? B-)

Thursday, November 26, 2009

Sehari selepas perkahwinan..



isnin lepas. angah ambil cuti untuk teman i dengan mama pergi putrajaya. pagi-pagi lagi angah dah kejut i secara mengejut. kunci bilik office ada dekat dia padahal dia bukannya kerja hari tu and kawan dia call dah tanya pasal kunci. kalau tak ada kunci, macamana kawan dia nak buat kerja kan? nasib baiklah adik dia yang sorang ni pandai driving. kalau tak? naiklah komuter, lrt putra apa semua tu hihi.

tapi you guys bayangkanlah. jem dia macamana kan (-_____-")





dah lah tak mandi. terus turun pergi start kereta and go. dari petaling jaya nak ke menara naza kampung baru tu. heh. dah lah destinasi tu memang betul-betul dekat tengah bandar. jem dia fuhhh. angah dah risau-risau dah tapi nasib baik jugak bos dia belum masuk office lagi pagi tu. kalau takkkkkkkk.. heh.

balik dari menara naza kampung baru, terus balik petaling jaya balik. and rushing, terus siap. kata nak pergi putrajaya kan. lepas tu mama tiba-tiba tanya soalan macamni masa i tengah siap;

"kenapa tak ajak syafi?"
"haa? nak ajak ke? okay okay"

lepas tu i suruh syafi bersiap and datang rumah kakak. syafi tu semua okay je. tak pernah membantah pun. dengar cakap i tau. hihi. kebetulan pulak hari tu dia off day. yelah, dia kan ada event dekat sabah seminggu hari tu. konon-konon penat lah. eceh (padahal memang penat lah kan, i apa tahu)





percintaan kitaorang ni memang best sangat. parents dia sayang i, parents i sayang dia. hihi. mestilah kena sayang kan. tahun depan dah nak kahwin, insyaAllah. family masing-masing pun sporting je. kakak-kakak dia dengan i pun dah rapat dah. kalau jumpa dah macam kawan, tapi batas rasa hormat tu kenalah ada. karang kalau i betul-betul anggap macam kawan, tak sopan pulak nanti bwhehehheh. kalau setakat family sebelah pihak je yang terima, and sebelah pihak lagi macam so-so je, serious tak best lah kan. lagi-lagi kalau family belah perempuan tak suka dekat lelaki tu. siapa nak jadi wali? kalau macam i ni, memanglah, arwah abah dah tak ada, adik beradik lelaki pun tak ada. kira nanti i pakai wali hakim lah kot. nak pakai wali bapak saudara, entahlah.

tapi hubungan yang betul-betul direstukan oleh kedua-dua belah keluarga, barulah dikatakan hubungan yang bahagia. betul-betul bahagia. restu tu penting. jangan ingat main-main. kalau couple lama-lama sampai lapan tujuh tahun tapi parents tak restu pun susah tau T_________T



lepas pergi putrajaya kan, kitaorang pergi cimb bank taman melawati, tempat mama bukak account cimb. sebab nak uruskan cheque DBS bank from singapore tu. hujan lebat sangat waktu tu. nasib baik sekejap je urusan tu pun, terus pergi carefour wangsa maju. itukan tempat shopping wajib bagi mama. heh.





kitaorang pergi makan dekat foodcourt. lepas tu i pergi cari leggings. tak habis-habis dengan legging kan. okay fine lepas tu syafi beli crocs, and lepas tu we olls balik rumah balik. dari wangsa maju ke petaling jaya. ada jammed sikit. tapi still okay. biasalah kan, waktu orang balik dari kerja. malam tu, syafi lepak kejap rumah kakak and tunggu abang azam sampai untuk ambil angah.



i lah yang paling penat jadi driver sepanjang tiga hari berturut-turut. dari hari sabtu sampai hari isnin. hari selasa i rehat lepas tu semalam i pergi keluar lagi jadi driver. fuhhhhh +______+ tapi tak apalah, kira tanggungjawab i kan hihi.


Sehari sebelum perkahwinan..



jeng jenggg i update lagi setelah skip satu hari untuk update. ni lah kalau i dekat kl, memang i don't care dengan blog tapi tetap sayang dekat blog sebab blog telah mengkurniakan i terlalu ramai kawan-kawan yang manis. ada kawan sejak zaman kecil, bila contact tak pernah bagi respon T_______T you know who you are.

sekarang ini i nak update pasal sehari sebelum i pergi ke wedding kak sobrina dengan abang fairuz. actually, ramai tanya i, aik aik bila masa i buat rambut. tiba-tiba dekat wedding tu i menjadi magic bertukar style rambut padahal i rasa satu perkara biasa. tapi mereka kata sangat lain. haa kalau you guys tengok dekat mini calendar i tu, i memang ada bagitahu i pergi saloon hari sabtu tu. maybe you guys yang tanya tu tak perasan. yelah takkan lah you guys nak tahu semua sekali kisah hidup i kan? hihi.

i dekat saloon daripada pukul 3pm sampai pukul 8pm. actually bukan i sorang yang buat rambut, tapi angah and adik jugak. sebab tu lama agaknya. kitaorang ni customer terakhir. heh. lepas tu i rasa lapar, padahal sebelum masuk saloon dah melantak kfc. tapi kira sendirilah berapa jam kitaorang dekat saloon kan. lepas tu i terus ajak syafi, angah and adik pergi makan. and i seboleh-boleh nak makan dekat santai cafe, cheras. hik.

syafi kata, santai cafe tu milik noraniza idris. ngeh ngeh.



tapi tempat dia memang best lah. open air and selesa sangat.

area santai cafe. tempat dia kalau nak dinner secara romantic pun boleh lah jugak. sebab gelap samar-samar gitu. bwehehheh. i, angah and adik pilih nak makan grilled chicken chop and syafi pulak makan lamb chop. tapi i lupa nak snap gambar grilled chicken chop dia. i just capture gambar lamb chop je. lapar weh sampai tak ingat nak tayang dekat you guys T________T



cis. tiba-tiba i terasa lapar sendiri sekarang ni. ingatkan nak buat you guys yang rasa lapar tapi i pulak yang lapar ni macamana ni habislah i nanti kejap lagi merengek dekat syafi nak pergi santai lagi padahal baru semalam pergi. tettttttt.



cis. muka natural gila tak pakai make up T__________T

gambar ni angah yang snap. heh. angah i memang sporting. by the way, thankyou syafi yang selalu buat i jatuh cinta banyak-banyak kali, sebab belanja i dengan adik beradik and jugak belanja diri you sendiri. i appreciate sangat-sangat. and i janji i takkan pergi mana-mana, i akan selalu ada untuk you. thankyou sebab very membahagiakan i :') okay i dah nak menangis ni sebab terlalu bahagia. semalam satu hari i shopping dengan syafi tapi tak ada snap gambar pun HAHAHAHAHAHA comel betul.

Tuesday, November 24, 2009

Barisan artis terkenal pergi majlis di Dewan Merak Kayangan





kena sign guestbook weh :D

hello everyone. you guys kan tahu i ni kalau ada dekat kl memang susah nak duduk diam dekat rumah. tapi hari ni i ambil cuti untuk berehat. eceh. berehat konon. syafi ajak jumpa parents dia tapi i cakap i nak berehat. nasib baik syafi memahami and selalu berlembut je dengan i. tak ada lah nak paksa-paksa i jugak. ngeh ngeh.

cerita pasal wedding kak sobrina dengan abang fairuz belum habis. so you guys kena baca entri ni sampai habis dulu baru boleh baca entri lain pulak tau. jangan mengada nak skip satu ayat pun sebab nanti i merajuk habis tutup blog terus weehee.



kak sobrina cantik sangat pada hari itu dan sebelum ini pun dan selama-lamanya pun cantik sebab pakai baju warna merah jambu pada hari bahagia beliau. i suka sangat tapi i rasa kalau i kahwin nanti i tak pakai merah jambu kot tapi entahlah nanti tengoklah macamana tapi itulah, i kahwin lambat lagi insyaAllah tahun depan kan.



ini pun pengantin jugak hoi tapi coming soon lah insyaAllah lah kan. you guys kena banyak-banyak berdoa untuk i dengan syafi tau. siapa tak berdoa untuk i dengan syafi, dia jahat tau i tak nak kawan dia tau. pada hari itu i dengan muka sememeh macam baru bangun tidur kan, itupun syafi cakap i comel lah, cantik lah semua padahal i tahu syafi tipu sebab nak sedapkan hati i je :P masa ambil i dekat rumah kakak i, dia jumpa mama dulu, and bila i keluar jumpa dia kan macam pengantin weh. dia kan macam terpaku tengok i kan sambil cakap "wah jelitanya you sayang" okay i tipu lah kot kan T________T



haa. barisan artis terkenal duduk dekat meja bulat (padahal semua orang pun duduk dekat meja bulat). sebelah i tu cik aina kita yang baru bertunang dua bulan. dia datang dengan lenggang lenggok eh bukan bukan dia datang dengan tunang dia, ayie. jeng jengg. tapi dia join we all sekejap sangat sebab ayie dah ajak dia balik and lepas tu aina hantar message cakap dia merajuk sebab tunang dia nak balik awal. hahahhaha kelakar okay. kalau i jadi aina, i tak nak merajuk dah, i mengamuk habis terbalikkan meja tapi syukur alhamdulillah, syafi kesayangan i bersabar je menunggu i dengan kawan-kawan and sporting and layan je perangai i dengan kawan-kawan. thankyou sayang terbusuk termasam.



syafi kecintaan i duduk sebelah melz. diaorang berborak apa i pun tak tahu KAH KAH KAH



ini adalah mama pengantin yang gorgeous sangat and aunty sangat nice and aunty sangat besttttt. i ingat nak peluk aunty ni sebab i tengok aunty ni sangat bersifat keibuan. aunty sporting sangat. bila ynaa kenalkan i dekat mama dia, dia kenalkan macam ini tau;

"mama, ni lah yang suka hello kitty tu, budak johor tu"
"ohhhh hello kittyyyyyyy! thankyou for cominggggg"

aunty sangat best sebab aunty layan kitaorang perfect sangat walaupun aunty busy tapi sempat berbual and spent time dengan kitaorang. sangat terharu tau aunty. dah lah aunty kenal i, ynaa sebut nama "rara" je, aunty terus macam kenal. i tak tahu aunty betul-betul kenal atau tak, tapi memang i tahu i kenal aunty sebab aunty terror main game typing mania. ecececehh.

















haaa you guys tengok gambar pun dah tahu betapa enjoy nya kitaorang on the that day kan? memang meriah sangat. we all meninggalkan dewan tu dalam pukul 5pm kot. lama kan kitaorang lepak situ and habiskan masa mendera abang photographer untuk melayan karenah kitaorang? HAHAHAHAHHHAHA.

haa. yang sebelah i baju warna biru tu, mira. you guys mesti kenal dia kan? hihi.

lepas majlis, geng kereta i semua sepakat nak pergi hangout dekat timesquare berbaju kurung. eh siapa cakap i yang keding ini yang cover ayu hari tu? haa. i yang cover ayu ke tak ayu langsung ini pakai baju kurung weh pergi timesquare. haha. jangan menangis weh tengok gambar i penuh keayuan dalam entri ni :D

girlsssss, you guys tahu kan siapa? shhh.









i dah rindu saat-saat kita bergossip dan rindu saat-saat kita semua gelak ketawa bersama. i rindu sangat. please please nanti kita jumpa lagi please. sobs. (airmata jatuh bermakna entri wedding kak sobrina and her husband dah bersurai)

by the way,

kak sobrina and abang fairuz, tahniah sangat. and and semoga bahagia selalu. and you guys sporting sangat sebab walaupun penat dan busy, tetap melayan kitaorang and siap berbual mesra and boleh gelak ketawa and i takkan lupakan kenangan i jatuh dekat atas ynaa. nurull tolak i terus jatuh atas ynaa nasib baik tak patah tulang ke apa masa itu. weee.