Tuesday, November 24, 2009

Barisan artis terkenal pergi majlis di Dewan Merak Kayangan





kena sign guestbook weh :D

hello everyone. you guys kan tahu i ni kalau ada dekat kl memang susah nak duduk diam dekat rumah. tapi hari ni i ambil cuti untuk berehat. eceh. berehat konon. syafi ajak jumpa parents dia tapi i cakap i nak berehat. nasib baik syafi memahami and selalu berlembut je dengan i. tak ada lah nak paksa-paksa i jugak. ngeh ngeh.

cerita pasal wedding kak sobrina dengan abang fairuz belum habis. so you guys kena baca entri ni sampai habis dulu baru boleh baca entri lain pulak tau. jangan mengada nak skip satu ayat pun sebab nanti i merajuk habis tutup blog terus weehee.



kak sobrina cantik sangat pada hari itu dan sebelum ini pun dan selama-lamanya pun cantik sebab pakai baju warna merah jambu pada hari bahagia beliau. i suka sangat tapi i rasa kalau i kahwin nanti i tak pakai merah jambu kot tapi entahlah nanti tengoklah macamana tapi itulah, i kahwin lambat lagi insyaAllah tahun depan kan.



ini pun pengantin jugak hoi tapi coming soon lah insyaAllah lah kan. you guys kena banyak-banyak berdoa untuk i dengan syafi tau. siapa tak berdoa untuk i dengan syafi, dia jahat tau i tak nak kawan dia tau. pada hari itu i dengan muka sememeh macam baru bangun tidur kan, itupun syafi cakap i comel lah, cantik lah semua padahal i tahu syafi tipu sebab nak sedapkan hati i je :P masa ambil i dekat rumah kakak i, dia jumpa mama dulu, and bila i keluar jumpa dia kan macam pengantin weh. dia kan macam terpaku tengok i kan sambil cakap "wah jelitanya you sayang" okay i tipu lah kot kan T________T



haa. barisan artis terkenal duduk dekat meja bulat (padahal semua orang pun duduk dekat meja bulat). sebelah i tu cik aina kita yang baru bertunang dua bulan. dia datang dengan lenggang lenggok eh bukan bukan dia datang dengan tunang dia, ayie. jeng jengg. tapi dia join we all sekejap sangat sebab ayie dah ajak dia balik and lepas tu aina hantar message cakap dia merajuk sebab tunang dia nak balik awal. hahahhaha kelakar okay. kalau i jadi aina, i tak nak merajuk dah, i mengamuk habis terbalikkan meja tapi syukur alhamdulillah, syafi kesayangan i bersabar je menunggu i dengan kawan-kawan and sporting and layan je perangai i dengan kawan-kawan. thankyou sayang terbusuk termasam.



syafi kecintaan i duduk sebelah melz. diaorang berborak apa i pun tak tahu KAH KAH KAH



ini adalah mama pengantin yang gorgeous sangat and aunty sangat nice and aunty sangat besttttt. i ingat nak peluk aunty ni sebab i tengok aunty ni sangat bersifat keibuan. aunty sporting sangat. bila ynaa kenalkan i dekat mama dia, dia kenalkan macam ini tau;

"mama, ni lah yang suka hello kitty tu, budak johor tu"
"ohhhh hello kittyyyyyyy! thankyou for cominggggg"

aunty sangat best sebab aunty layan kitaorang perfect sangat walaupun aunty busy tapi sempat berbual and spent time dengan kitaorang. sangat terharu tau aunty. dah lah aunty kenal i, ynaa sebut nama "rara" je, aunty terus macam kenal. i tak tahu aunty betul-betul kenal atau tak, tapi memang i tahu i kenal aunty sebab aunty terror main game typing mania. ecececehh.

















haaa you guys tengok gambar pun dah tahu betapa enjoy nya kitaorang on the that day kan? memang meriah sangat. we all meninggalkan dewan tu dalam pukul 5pm kot. lama kan kitaorang lepak situ and habiskan masa mendera abang photographer untuk melayan karenah kitaorang? HAHAHAHAHHHAHA.

haa. yang sebelah i baju warna biru tu, mira. you guys mesti kenal dia kan? hihi.

lepas majlis, geng kereta i semua sepakat nak pergi hangout dekat timesquare berbaju kurung. eh siapa cakap i yang keding ini yang cover ayu hari tu? haa. i yang cover ayu ke tak ayu langsung ini pakai baju kurung weh pergi timesquare. haha. jangan menangis weh tengok gambar i penuh keayuan dalam entri ni :D

girlsssss, you guys tahu kan siapa? shhh.









i dah rindu saat-saat kita bergossip dan rindu saat-saat kita semua gelak ketawa bersama. i rindu sangat. please please nanti kita jumpa lagi please. sobs. (airmata jatuh bermakna entri wedding kak sobrina and her husband dah bersurai)

by the way,

kak sobrina and abang fairuz, tahniah sangat. and and semoga bahagia selalu. and you guys sporting sangat sebab walaupun penat dan busy, tetap melayan kitaorang and siap berbual mesra and boleh gelak ketawa and i takkan lupakan kenangan i jatuh dekat atas ynaa. nurull tolak i terus jatuh atas ynaa nasib baik tak patah tulang ke apa masa itu. weee.

23 comments:

Encik Psychopath said...

rara x ajak!

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Akak baca kat atas-atas je lepas tu scroll tengok gambar.. amacam? nak tutup blog tak? Wahahaha..

acah je (^_^) Lebiu muahx.........

Ni kat ofis ni, nanti kat rumah akak baca puas2.. satu-satu ayat..ok?

p/s: Semua cantik jelita

YnaaOhYnaa said...

mama i kenal you yunk.. dia jugak bace belog u dan kawan2 yg laen..!

=)

hehehee

dye pggil u rara helokitty..
hahaha

Shira said...

Kak Noi

Okay nak tutup blog private lepas tu kak noi tak leh tengok gambar dahhhhhh =P HAHAHAHA best ke private blog?

okay nanti balik rumah baca dan hafal tau huwaaaaaaa.

Shira said...

Ynaa

eh serious ke? T______________T ala malu i tau. eh tapi i suka sangat family u. best =D kirim salam dekat aunty gorgeous tau!

rara hellokitty? ecewah. aunty typing maniaaaaaaa!

lel said...

rara plz bagitau i tarikh awal2 okeh
i dok jauh hulu ke penang ni
dahla xde sedara kat sana johor ke kl ke
so kena plan besar2an nak ke wedding u nanti
i doa banyak2 utk u
lagi cepat lagi bagus yea
huhu

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Dah baca balik.. hahhaa.. pasni leh lah wat sesi soal jawab nak tau akak hafal ke tak.. ekekekeke..

private blog..
best gak lah sometimes.. but kalau blog banyak readers cam rara, mesti ramai meroyan kalo rara private :P

Anonymous said...

Mieya

Yangg,besnyeeee.
Mesti happy gila kan ?
Ehem tahun dpn dia pulak naik pelamin.
Peewitttt :P
Bulan 12 tau bulan 12 tau
T______T

Shira said...

Laila

insyaAllah, i akan cuba mempercepatkan. tapi tammo lah paksa syafi kang i merengek je kang macam gatal pulak :P

(padahal selalu je merengek)

Shira said...

Kak Noi

okay betul dah baca ni? soalan sekarang sila jawab : apa rencah untuk buat sizzling dalam gambar? wahahhaaw :D

eh mana ada ramai readers T________T huwaaaaaa.

Shira said...

Mieya

kenapa kena tunggu bulan 12? Mieya bukan sekolah dah pun kan? :D HAHAHAHAHAHHAHA doakan tau, doakan! Rindu Mieya and memang best sangat pergi wedding tu tau.

Anonymous said...

Mieya

Maksudnya nak jumpa bulan 12 nanti.
Okay doakan jugak tau!
Solat hajat skali.
Haha.
Rindu kakrara jugak tau!
nnt hbs spm kita borak mcm slalu okayyy :)
Take care darling!

Noorfaqihah said...

bile mase kak rara buat rambut? comellah!

Mira3dora said...

tehnkiu babes! :) laen kali meet lagi ramai2 okay? bwt gathering plak. hehehe

Milimilo said...

bestnye kenduri ni..happening gila sume bloggers c:

Huda Luna said...

rindu nk bgosip ngn u lg..

hee..

i xkn lupe saat korg jatuh tgolek kt cameraman tuh..

:P

Shira said...

Mieya

baiklah baiklah akan dilaksanakan insyaAllah T_________________T

Shira said...

Faqihah

treng trengggg hihik =P hari sabtu, sehari sebelum kenduri. thankyou.

Shira said...

Cik Mira

haaaaaaa boleh je tapi as long as i dekat KL lah. eh nanti we olls nak pergi mandi manda dekat sungai congkak kot. hee jom!

Shira said...

Cik Epal

yes baby, itu huda kesayangan i. cantik kan dia? sebab tu lah siggplus sayang huda ngehngeh

Shira said...

Huda

kah kah kah kah kah kah sakit perut i gelak. HAHAHAHHAHAHHAHAHA (pengsan)

okay saat manis gila i jatuh tergolek atas ynaa and lepas tu ynaa tolak i sebab i berat wkakakkaka

Shira said...

Milimilo

Memang happening sangat sampai kitaorang rasa tammo balikkkkkkkkkkk =D

Neyra Shazeyra said...

hahahhaa ynaa invite me. tp ta dapat pegi. sbb kna submit final project esoknya sekali dengan presentation. sangat sedeyh ta dapat join jumpa korang semua. :P