Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

Hari Persandingan Ikelas & Aifanabiha



hepp hepp siapa kata entri perkahwinan muhammad ikelas dengan aifanabiha dah tamat? helloooo. belum lah. i kan baru share pasal pernikahan diaorang. belum lagi hari persandingan. hekhek.



kad undangan ni i dapat masa i dah sampai kl. syafi bagi by hand je. i suruh dia pos tapi dia lambat. lagipun masa i sampai kl kan syafi dekat sabah lagi. dekat kad undangan ada gambar ikelas dengan efa. comel betul.





i dengan syafi sampai lewat sikit masa hari persandingan. pukul 10.30am baru sampai. mula-mula syafi kejut i pukul 8 pagi tapi dia suruh tidur balik and dia cakap akan kejut lagi pukul 9 pagi. pukul 9 pagi bersiap dari rumah lepas tu syafi call cakap dah sampai. dari petaling jaya bertolak ke hulu langat naik kereta. sampai-sampai je, meja kerusi semua dah siap pasang. patutlah syafi tak kisah kitaorang sampai langat tu lambat. heh.



bakal kakak ipar i ni (insyaAllah) tengah make up kan flower girl. i tak ingat nama flower girl ni. rasanya ada la bunyi karina ke apatah lebih kurang macam itulah. heh. dia sebut nama sendiri ada slang ala mat salleh gitu. karina tu disebut macam carry-na gituuuu ecewah.



kek tiga tingkat warna purple ni memang cantik sangat. hiasan bertingkat dia bukan macam selalu orang buat tu. first time i tengok pun i dah kagum. cantik. dah lah sedap. jeng jengg. i makan kek pengantin, syafi tolong ambilkan. tapi syafi kata tak sedap. eleh. syafi tu bukannya suka kek pun.



lepas dah make up dalam bilik beberapa jam, barulah i keluar dan terus cari syafi. syafi dah mula sibuk-sibuk sambut tetamu. i perhatikan je dia tu. kalau dia menggatal ke apa, habislah kenduri kahwin tu i buat huru-hara nanti. heh. nasib baik tak buat perangai entah apa-apa. comel betul sebab i suka perhatikan dia. bila makcik pakcik dia datang, dia salam lepas tu dia mula cari kipas sekejap. sebab dia tak boleh panas. bila dia panas, dia akan rasa nak mengamuk. bwehehehheh.



ini pun flower girl. nama dia erin. jiran sebelah rumah syafi dekat bandar tun razak. hihi. i suka melayan budak-budak ni sebab diaorang macam manja je dengan i. hekhek.





bila pengantin lelaki sampai and kompang pun dimainkan, syafi pun bersiap sedia pegang bunga mangga. manisnya bakal suami i ni heh. dia suruh i duduk tepi jalan untuk ambil gambar dia dengan bunga mangga dengan pengantin lelaki dengan rombongan. dah lah pakai baju pun warna purple, jambu je i tengok muhammad syafi kesayangan i niiiiiii. hihi.



kalau you guys perasan kan, kek dah tinggal dua tingkat je. bwehehheh. catering angkat meja kek tu untuk alihkan tapi tak nak alihkan dulu kek yang atas tu, habis kek tu terjunam jatuh atas jalan tar. berterabur. agaknya kalau i jadi efa, mesti i minta kek baru. tak kiralah demand ke apa, itu hari bahagia sekali seumur hidup kan. dah lah kek paling atas terjunam atas jalan tar, kek kat tengah pulak jatuh atas kek paling bawah. hesh.



dengan bakal adik ipar, aizanazifa. feeewwwiitttttt.





dengan bakal kakak ipar and bakal biras. awwwwwww :P



dengan bakal.. err.. hihi. ni bos syafi; kak zalea. kalau you guys perasan iklan downy, adalah dia. yang cakap "satu kecil cili api pun dah buat telinga berasap" haa lebih kurang gitu lah dialog dia. bweheheheh.



ni udang dekat meja beradab pengantin. heh. pengantin makan bukan banyak pun. i yang makan sampai habis sorang-sorang. syafi yang suruh. i dah lah pantang nampak udanggggggg!

okay lah okay lah. entri ni dah panjang sangat dah. dah lah letak gambar udang. haruslah esok minta mama masakkan udang. cis.

"mana gambar sandingnya?"
"haha. tak ada. i busy masa efa bersanding"

selamat hari rabu semua. tengok wayang hari ni mesti murah ;)

Tuesday, December 15, 2009

Pernikahan Muhammad Ikelas dan Aifanabiha



ggr. i belum share pasal 6 december dekat sini. terus skip pasal hari pernikahan ikelas and efa pulak. peristiwa 6 december i tetap akan cerita. sebab hari tu betul-betul bermakna buat i jengjengg.



masa i datang hulu langat, selangor, rumah parents syafi, efa tengah berinai.



sebenarnya tidaklah dinamakan malam berinai sebab efa berinai tengahari. kak siti sebagai mak andam adalah tukang inai jugak. cantik and kemas je kak siti buat. kak siti, next year inaikan i pulak ye ;)



first day i pergi sibuk-sibukkan diri dekat sana, adik bongsu syafi, aizanazifa pun dah mula mesra dengan i. actually before ni masing-masing malu lagi. tambah pulak, i belum berapa pandai nak berbual dengan aiza. tapi sekarang i dah pandai dah berinteraksi dengan dia. dia pun manja je tau. hihi.



lepas zohor, semua pun bersiap-siap tukar baju apa semua. and make up make up. i make up ala kadar je masa hari tu sebab i rasa macam i pulak yang nervous. eceh. and setiap kali i terpandang muka efa mesti i pergi toilet and menangis. i tak tahu kenapa. i rasa banyaknya pengorbanan efa dalam hubungan diaorang ni.

pengantin lelaki pulak sakit mata time nikah and wedding. hihi. kesian dia.



masa yang dinanti-nanti dah pun tiba. ikelas and efa pun dah sah jadi suami isteri. alhamdulillah.











tahniah ; muhammad ikelas & aifanabiha.
semoga Allah SWT sentiasa meredhai you guys and memberi rezeki
yang melimpah ruah. amin.

cepat-cepat dapat baby comelllllllll;
syafi kata nak anak buah perempuan hihi.





berdiri dari kiri : abang azran, abah, ikelas, aifanabiha, emak, muhammad syafi
duduk dari kiri : azwanizan, aizanazifa, kak afzan
duduk bahagian depan : saufi hasbi (bit)

family syafi yang lengkap. semua pun i sayang ♥ ♥



akan datang, insyaAllah. doakan untuk kebahagiaan dan rezeki kami tau :P



pssstttt // gambar and video 100% diambil dari camera handphone i sahaja. orang lain bawak camera, bawak dslr, i bawak handphone je wehhh ;))

Friday, November 27, 2009

Diari rahsia heh



salam aidil adha from rara and family. makan banyak-banyak tau you guys. nanti boleh jadi gemuk macam i :P bwehehehh.



muka pagi tadi. gemuk, kan? :D syafi paksa i makan nasi sepuluh kasi sehari wehhh.

okay i nak story pasal semalam dulu. entri untuk aidil adha i buat next entri lah. semalam dari pagi sampai petang i duduk rumah je. and then petang tu mama ajak i pergi bintang supermarket, dekat taman sentosa petaling jaya. heh.





masa i dah sampai dekat sentosa, syafi call and bagitahu dia dah habis kerja and nak mandi and nak datang ambil i. dia ajak i teman dia pergi oakley, timesquare. hari-hari i pergi timesquare. kelmarin i pergi untuk shopping baju i. and semalam teman syafi shopping pulak. and kak cujie pun pesan dekat i belikan baju and seluar cantik-cantik untuk dia.

dari timesquare, syafi terus ajak i pergi dinner dekat santai cafe. hari-hari pun santai cafe. heh. heaven betul. dah lah fried chicken chop maryland dia marvelous.

i sayang betul dekat syafi. entah macamana i boleh sayang dekat dia sampai macam ni. hihi. entri i sejak akhir-akhir ni penuh percintaan. so you guys kena faham, i dekat kl ni bukannya lama sangat. eceh.

haa. i ada berita yang sangat melegakan hati sendiri. i tak payah hantar mama dengan adik balik jb next week. so i tak payah berulang alik dari jb ke kl lepas tu dari kl ke jb hantar mama and adik lepas tu dari jb ke kl sorang-sorang. mama nak stay sini sampai habis wedding efa (syafi's sister) nanti. yahooooooooo.



jom cashout nuffnang? B-)

Tuesday, November 24, 2009

Barisan artis terkenal pergi majlis di Dewan Merak Kayangan





kena sign guestbook weh :D

hello everyone. you guys kan tahu i ni kalau ada dekat kl memang susah nak duduk diam dekat rumah. tapi hari ni i ambil cuti untuk berehat. eceh. berehat konon. syafi ajak jumpa parents dia tapi i cakap i nak berehat. nasib baik syafi memahami and selalu berlembut je dengan i. tak ada lah nak paksa-paksa i jugak. ngeh ngeh.

cerita pasal wedding kak sobrina dengan abang fairuz belum habis. so you guys kena baca entri ni sampai habis dulu baru boleh baca entri lain pulak tau. jangan mengada nak skip satu ayat pun sebab nanti i merajuk habis tutup blog terus weehee.



kak sobrina cantik sangat pada hari itu dan sebelum ini pun dan selama-lamanya pun cantik sebab pakai baju warna merah jambu pada hari bahagia beliau. i suka sangat tapi i rasa kalau i kahwin nanti i tak pakai merah jambu kot tapi entahlah nanti tengoklah macamana tapi itulah, i kahwin lambat lagi insyaAllah tahun depan kan.



ini pun pengantin jugak hoi tapi coming soon lah insyaAllah lah kan. you guys kena banyak-banyak berdoa untuk i dengan syafi tau. siapa tak berdoa untuk i dengan syafi, dia jahat tau i tak nak kawan dia tau. pada hari itu i dengan muka sememeh macam baru bangun tidur kan, itupun syafi cakap i comel lah, cantik lah semua padahal i tahu syafi tipu sebab nak sedapkan hati i je :P masa ambil i dekat rumah kakak i, dia jumpa mama dulu, and bila i keluar jumpa dia kan macam pengantin weh. dia kan macam terpaku tengok i kan sambil cakap "wah jelitanya you sayang" okay i tipu lah kot kan T________T



haa. barisan artis terkenal duduk dekat meja bulat (padahal semua orang pun duduk dekat meja bulat). sebelah i tu cik aina kita yang baru bertunang dua bulan. dia datang dengan lenggang lenggok eh bukan bukan dia datang dengan tunang dia, ayie. jeng jengg. tapi dia join we all sekejap sangat sebab ayie dah ajak dia balik and lepas tu aina hantar message cakap dia merajuk sebab tunang dia nak balik awal. hahahhaha kelakar okay. kalau i jadi aina, i tak nak merajuk dah, i mengamuk habis terbalikkan meja tapi syukur alhamdulillah, syafi kesayangan i bersabar je menunggu i dengan kawan-kawan and sporting and layan je perangai i dengan kawan-kawan. thankyou sayang terbusuk termasam.



syafi kecintaan i duduk sebelah melz. diaorang berborak apa i pun tak tahu KAH KAH KAH



ini adalah mama pengantin yang gorgeous sangat and aunty sangat nice and aunty sangat besttttt. i ingat nak peluk aunty ni sebab i tengok aunty ni sangat bersifat keibuan. aunty sporting sangat. bila ynaa kenalkan i dekat mama dia, dia kenalkan macam ini tau;

"mama, ni lah yang suka hello kitty tu, budak johor tu"
"ohhhh hello kittyyyyyyy! thankyou for cominggggg"

aunty sangat best sebab aunty layan kitaorang perfect sangat walaupun aunty busy tapi sempat berbual and spent time dengan kitaorang. sangat terharu tau aunty. dah lah aunty kenal i, ynaa sebut nama "rara" je, aunty terus macam kenal. i tak tahu aunty betul-betul kenal atau tak, tapi memang i tahu i kenal aunty sebab aunty terror main game typing mania. ecececehh.

















haaa you guys tengok gambar pun dah tahu betapa enjoy nya kitaorang on the that day kan? memang meriah sangat. we all meninggalkan dewan tu dalam pukul 5pm kot. lama kan kitaorang lepak situ and habiskan masa mendera abang photographer untuk melayan karenah kitaorang? HAHAHAHAHHHAHA.

haa. yang sebelah i baju warna biru tu, mira. you guys mesti kenal dia kan? hihi.

lepas majlis, geng kereta i semua sepakat nak pergi hangout dekat timesquare berbaju kurung. eh siapa cakap i yang keding ini yang cover ayu hari tu? haa. i yang cover ayu ke tak ayu langsung ini pakai baju kurung weh pergi timesquare. haha. jangan menangis weh tengok gambar i penuh keayuan dalam entri ni :D

girlsssss, you guys tahu kan siapa? shhh.









i dah rindu saat-saat kita bergossip dan rindu saat-saat kita semua gelak ketawa bersama. i rindu sangat. please please nanti kita jumpa lagi please. sobs. (airmata jatuh bermakna entri wedding kak sobrina and her husband dah bersurai)

by the way,

kak sobrina and abang fairuz, tahniah sangat. and and semoga bahagia selalu. and you guys sporting sangat sebab walaupun penat dan busy, tetap melayan kitaorang and siap berbual mesra and boleh gelak ketawa and i takkan lupakan kenangan i jatuh dekat atas ynaa. nurull tolak i terus jatuh atas ynaa nasib baik tak patah tulang ke apa masa itu. weee.