Tuesday, November 3, 2009

Tips : Kebersihan bahagian sulit wanita




credit to: devianart

malu membincangkan hal ini, kenapa? bukankah kebersihan di bahagian sulit itu dituntut agama dan yang penting kamu sentiasa selesa. wanita disaran memberi perhatian terhadap kebersihan bahagian sulit mereka bukan sahaja ketika haid, tetapi juga pada hari-hari biasa. pastikan bahagian ini bersih dan kering bagi mengelakkan sebarang jangkitan. tips ini i jumpa dekat bahagian gaya hidup intrend dan carefree acti-fresh. i rasa tips ini penting untuk semua readers i yang rata-ratanya adalah kaum perempuan. readers yang belum akil baligh pun kena baca entri ini, untuk persediaan masa akan datang.
  1. gunakan pad (ketika didatangi haid) atau panty liner (untuk hari biasa) yang sesuai. you guys digalakkan menggunakan yang diperbuat daripada kapas kerana keselesaan yang bakal ditawarkan. ditambah dengan ciri-ciri istimewa seperti pad nipis, panjang, berbentuk dan versi bersayap untuk kegunaan siang mahupun malam. malah ada yang menawarkan pad yang yang boleh menyah bau yang kurang menyenangkan.
  2. kerap menukar pad dan panty liner. menukar pad setiap dua atau empat jam sekali adalah yang disarankan. ini membuat wanita berasa segar dan lebih selesa, juga mengurangkan risiko kebocoran atau bau kurang menyenangkan. lagipun, takkanlah you guys nak pakai satu pad atau satu panty liner sepanjang hari, means 24 hours? huihh tak kuasalah nak dekat dengan you guys kalau macam tu. heh.
  3. jika mengalami kebocoran semasa 'datang bulan', adalah bagus kalau you guys mandi untuk membersihkan diri. elakkan daripada mandi menggunakan air hangat kerana ia akan memberhentikan seketika darah kotor yang keluar. selepas itu, darah akan keluar lebih banyak kerana suhu daripada air hangat merangsang arteri dan kapilari darah.
  4. elak menggunakan produk kewanitaan yang berbau wangi ketika didatangi haid. ingat! ketika haid, serviks boleh meregang dan mengembang seperti mahu melahirkan anak, jadi uterus lebih terdedah terkena jangkitan. pastikan keseimbangan pH kulit pada vagina dan tisu-tisu di sekitarnya. biar keadaan semula jadi menangani masalah kebersihan bahagian sulit wanita.
  5. simpan bekalan pad dan panty liner di beberapa lokasi berbeza misalnya di rumah, office, kereta atau di dalam handbag. ia memudahkan you guys bila menghadapi situasi tak dijangka.
  6. ketika menukar pad atau panty liner, you guys disaran membasuh bersih bahagian sulit (elak daripada menggunakan sabun biasa kerana pH pada bahagian vagina berbeza dengan kulit di badan, sebaliknya guna daily feminine wash yang sesuai). kemudian, lap kering dengan menggunakan tisu tandas atau tuala bersih.

12 comments:

Editor said...

wow nice post... don't forgot visit me to.. http://johnytim.blogspot.com

juanghidup said...

tips berguna ni. hehehe...

Anonymous said...

eh.
ada kwn i ckp xbaik gn feminine wash.
dia bdk pharmacy.
i pn xphm knp dia ckp mcm tu.
dia kt lg elok gn sabun biasa je.
xphm. xphm.

u gn feminine wash ape?
heheh.

Shira said...

Haneem

eh apa pulak. mana boleh guna sabun biasa. boleh menyebabkan kegatalan kawasan vagina lah you.

i guna feminine wash silky girl ehem² dengan ekstrak manjakani. ecewah.

admin said...

okaylah, suka sgt ayat rara tu. best.

'seperti mahu melahirkan anak'

haha :)))

Shira said...

Nyna

haha. fakta lah =P suka heh bab melahirkan anak² ni. nyna nynaaaaaa!

Ken Wooi said...

haha.. thanks for sharing? =P

kenwooi.com

Naurah Napiha said...

Bagus2..belum kawin la kene jaga dari sekarang..

Anonymous said...

kita seeloknya elakkan menggunakan feminine wash sebab kadang2 pH yang ade kat ctu tak sesuai untuk kegunaan kita. dats y kite perlukan nasihat doct bile nak guna. coz bile kite takda masalah, bile kite guna feminine wash, pH yang tak sesuai boleh sebabkan kita ade masalah. kat vagina kita ade bact yang baik ble pH tak sesuai bende tuh akan mati. jadi riaksi semulajadi kita takda la.. tentang pakai sabun tuh, lecturer i tak penah bagitau pulak guna sabun better. i bdk phrmcy sem4. :)

Shira said...

Naurah

hihi betul. dah kahwin nanti lagi kena jaga :')

Shira said...

Amoi

thanks bagi info. i memang nak minta pendapat you tapi sangat lupa url you tu. hihi. tapi i sesuai pakai feminine wash :P and sabun memang rasanya tak elok lah. cuba lah you tanya lecturer you hihihi

admin said...

wah wah, kalau da kawin kan rara, t da melahirkan anak, pasti kene jaga dengan rapi. OHMY. TAKUT